Thursday 1 March 2012

BAB EMPAT BELAS


SEMINGGU berlalu. Irina semakin serasi dengan kediaman barunya di sini walaupun tanpa kerelaan pada mulanya. Tapi, Irina mengerti bahawa pasti ada hikmahnya. Dia hanya perlu bersabar. Sepanjang dia menetap disini satu persatu pengalaman yang diraih. Ramai rakan-rakan baru yang dikenalinya. Hubungan antara mereka akrab kerana kebanyakan waktu dihabiskan bersama. Mereka berkongsi suka dan duka bersama walaupun berlainan kelas. Adanya Yana, Maya,Mira,Fira dan Ieka membuatkan hari-hari Irina berseri. Itulah pengubat rindu buat hatinya.Hubungan antara rakan-rakan yang baru atau lama di sini semakin akrab.Manakan tidak, setiap hari pastinya ada cerita akan dikongsikan bersama. Sedikit sebanyak membuatkan Irina semakin serasi  di sekolah itu.
Irina sedang menyusun buku-buku di dalam loker.Namun, tumpuan tidak pada kerjanya. Melayang merentasi dunia. Jauh, jauh bertebaran membelah angin. Irina hanya membiarkan mindanya dibawa angin.Sukar untuk melupakan memori yang terindah pada dirinya. Perlahan-lahan dia tenggelam dalam dunia yang bergantungan. Kerja yang dilakukan segera terhenti. Kerjanya bertukar menjadi lamunan. Menungan yang panjang. Sangat panjang.
Perbuatannya itu disedari oleh Yana.perlahan-lahan Yana menginjakkan kakinya menghampiri Irina. Derapan kaki Yana pun tidak menggugah menungan Irina kala itu. Seperti jasadnya tetap tapi mindannya melayang jauh. Yana meletakkan tangan pada bahu tapi tiada sebarang reaksi daripada gadis itu. Berkerut muka Yana. Menungannya benar-benar menenggelamkan gadis itu dalam dunianya sendiri. Apakah yang dimenungkan? Persolan yang terus bermain di minda gadis itu.
Imbas kembali:
Sekolah menengah Bandar baru bangsar
KELUHAN kesyukuran dilepaskan sambil hatinya mengucapkan tahmid kesyukuran pada ilahi. Nampaknya, dia selamat menghadapi semua kertas peperiksaan PMR kali ini. Kertas terakhirnya pada hari ini ialah Kemahiran Hidup. Jadi kertasnya habis pada sekitar jam 10.00 pagi. Namun, dia terpaksa melaksanakan tugasan  yang bukan pada kerelaannya. Serta-merta  keriangan diwajah mengendur. Ya, pada hari ini dia terpaksa mengisi borang kemasukan ke SBP. Dipaksa juga kakinya melangkah ke makmal komputer di sekolah itu. Selepas meminta kebenaran daripada pegawai  yang berkaitan segera dia membuka komputer di hadapannya. Lebih cepat, Lebih  bagus. Dia tidak mahu memikirkan lagi mengenai hal ini lagi.
Lebih sepuluh minit dia menguruskan hal tersebut. Kini dia merenung pada skrin komputer. Berdepan dengan satu lagi masalah. Tangannya terhenti di situ. Ada sesuatu yang menghalangnya. Memilih sama ada mahu menekan butang ‘hantar’ ataupun ‘batal’. Akhirnnya, dia mengambil keputusan. Menekan butang  ‘hantar’.  Tersandar pada kerusinya , fikirannya masih lagi menimbang-nimbang adakah betul keputusannya itu. Perlahan-lahan matanya terkatup. Menghelakan keluhan yang begitu berat sekali kedengaran.
 “ Awak betul-betul nak tinggalkan sekolah ni?” suara Miss Julia menyapanya dari belakang. Dia tetap pkada tempatnya. Tidak mengejutkan Irina pun. Dia sudah menyedari bahawa perkara ini akan berlaku. Perlahan-lahan mata yang terkatup dibuka. Miss Julia melabuhkan punggungnya di sebelah Irina. Irina tidak menoleh wajahnya. Masih lagi merenung ke arah skrin computer.
“ I’ve to,” akhirnya Irina menjawab. Namun, jawapan yang diberikan tidak menunjukkan sebarang respon menerusi nad suaranya. Miss Julia turut melemparkan pandangan mengikuti arah pandangan Irina.
     “ Saya harap awak bersedia untuk memepuh kehidupan baru awak nanti. Mental preparation is the thing that you need,” kata-kata Miss jullia membuatkan dia sekali lagi mengatup kedua-dua kelopak matanya.

YANA  terkilan sekali lagi. Ternyata cubaan keduanya tidak berjaya. Pada masa yang sama, Zaidi menghampiri ke arah Yana. Cuba merisik kepastian mengenai kebingungan Yana. Gadis itu menceritakan perihal Irina kepadanya. Berkerut juga muka Zaidi. Pandangannya kembali beralih kepada Irina yang masih statik pada kedudukan tersebut. Tidak bergerak-gerak. Tidak ubah seperti patung.
Yana mencuba sekali lagi. Dia cuba menggoyangkan badan Irina. Gadis itu tersentak. Menarik nafas panjang. Goncangan Yana mengejutkannya daripada lamunan yang tidak berdinding. Segera dia memalingkan muka ke belakang. Dilihatnya Yana dengan wajah yang berkerut begitu juga dengan Zaidi. Senyuman sahaja yang di lemparkan tanpa keikhlasan. Cubamenyembunyikan kekacauan hatinya kala ini. Dia kembali menyiapkan tugasan yang berbaki dan segera kembali ke tempat duduknya. Tiada sepatah kata pundi ucapkan kepada mereka berdua. Hanya senyuman yang dileretkan dibibir.
Yana bingung seketika. Zaidi juga begitu. Masing-masing mengekori Irina dengan pandangan mata sahaja. Cuba mencari jawapan yang masih lagi menjadi misteri. Zaidi melemparkan kembali pandangannya kepada Yana, cuba berkomunikasi dengan gerakan mata. Tetapi Yana hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu apa-apa mengenai keadaan Irina. Mereka berdua melepaskan keluhan hampir serentak.

HAMIDAH masih lagi sibuk dengan tugasannya. Tumpuan tidak berbelah bahagi diberikan kepada tugas itu. Suaminya, Hamdan telah lama keluar kerana urusan kerja. Tinggallah Hamidah keseoranngan. Jikalau Irina ada, sedikit sebanyak rumah itu terbit sedikit keceriaan .
Tiba-tiba telefonnya berdering. Hamidah segera mengangkat telefon tersebut, namun matanya tidak berganjak daripada tugas yang dilakukan. Seperti, mindanya sudah terlekat pada kerja.
“ Assalamualaikum,” ujar Hamidah. Minda masih lagi ke arah kerja yang berada di hadapan. Tangannya ligat menyusun kertas-kertas di atas meja,masih lagi membuat rujukan itu ini.
“ Waalaikumussalam,ma,” suara di hujung corong telefon bimbitnya membuatkan  Hamidah terhenti dari kerjanya itu buat seketika. Dia amat mengenali suara tersebut. Semestinya suara puteri kesayangan , Irina. Perlahan-lahan dia menyandarkan badannya ke kerusi. Terasa minda terlepas daripada rangkulan yang memenatkan.
“ Rina,” Hamidah menjerit keriangan. Seperti sudah lama berpisah.
“ Ma, tak payahlah menjerit. I’m okay here,” balas Irina. dia agak terkejut dengan reaksi mamanya.
“ Opps.. sorry! Anak mama seronok tak kat sana?”
“ Rina kat sini okay je. Kalau nak cakap seronok tu memakan masa sikitlah. But I will,” walaupun sukar untuk menjawab persoalan itu namun digagahkan juga menerusi nada suaranya.
 Rancak mereka berbual. Walaupun tidak bertentang mata, kedua-dua beranak itu sangat gembira bercerita itu ini. Kerja yang dilakukan Hamidah tergendala buat seketika dek kerana kerinduan kepada puteri yang tersayang. Begitu juga dengan Irina. Hati terubat sedikit mendengar suara ibunya. Sekaligus memberinya semangat untuk meneruskan perjuangan disini.
“ Ma, duit dah habislah. I’ll call you later,” kedengaran nada suaranya sedikit kecewa kerana terpaksa menghentikan perbualannya tersebut. Maklumlah telefon menggunakan ‘public phone’.
“ Yelah… Rina belajar betul-betul tau. Jangan lupa call mama tau!’ Sukar juga Hamidah ingin menamatkan perbualan mereka. Suara di hujung corong telefon tidak kedengaran lagi. Perlahan-lahan Hamidah melepaskan gagang telefon daripada katupan telinga. Meletakkan telefon tersebut di sisi meja dan kembali melaksanakan kerjanya yang tertangguh.
Keadaan Irina di sana juga begitu. Perlahan-lahan dia meletakkan gagang telefon ke posisinnya.  Senang sekali hatinya kerana dapat bercakap dengan ibu tersayang. Irina menginjakkan kaki perlahan-lahan menuju ke kelas bagi menyiapkan beberapa kerja yang tergendala. Dia cuba menggaritkan senyuman pada bibir. Tidak rugi dia melakukan sedemikian.  Tiba-tiba ayunan kakinya terhenti. Seraya itu juga dia melontarkan pandangannya  kelangit yang membiru, menikmati keindahan alam yang sangat cantik. Senyuman di bibirnya dileret lagi

2 comments:

  1. kelly..aku bayangkan ko irina =.='

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha...its depends on u dear...huhuhuhu....cerita fiksyen...walaupun de kaitannya...hahahaha...cubalh teka lg....

      Delete