Monday 5 March 2012

BAB LAPAN BELAS


LATIHAN pada malam itu tidak mendatangkan kesan kepadanya. Seperti jasadnya sahaja yang kekal di situ namun, mindanya diterbangkan ke dalam dunia lain.  Syamil yang duduk disebelahnya sedikit terganggu dengan Irina.  Gadis itu seperti termenung panjang. Pelik melihat keadaan gadis itu, dia memalingkan wajahnya  dan menatap lama-lama gadis itu cuba mencari-cari jawapan yang sahih. Tetapi tidak kedapatan. Tiba-tiba, Irina tersentak bangun dari lamunannya. Dia menyedari bahawa lelaki itu memicingkan pandangan ke arahnya. Perlahan-lahan Irina memalingkan kepalanya menghadap Syamil. Seraya itu juga, Syamil cepat-cepat memalingkan kepalanya ke arah yang bertentangan. Buat-buat sibuk dalam menumpukan sepenuh perhatian terhadap perbincangan di hadapan.
Irina  merenung tajam lelaki di sebelahnya. Cuba menggertak dengan cara sedemikian. Syamil nampaknya menggelabah. Cuba menyembunyikannya. Irina juga tetap merenung tajam. Seperti kucing menghendap mangsa.  Terpercik keringat membasahi dahi lelaki itu.  Akhirnya, Irina memalingkan wajahnya kembali ke hadapan. Syamil merengus lega. Sesungguhnya, gadis disebelahnya sangat menakutkan.
        “Rina and Syamil,both of you wil be the first speaker. Saya nak kamu ‘rotate’ okay,” saranan yang diberikan oleh Cikgu Fiza disambut denngan anggukan kepala daripada mereka berdua. Namun, dihati masing-masing tidak bersetuju dengan keputusan yang diberikan.
“ Kenapalah aku kena kongsi dengan budak baru ni,”  gumam Syamil. Dia merasakan bahawa dia tidak sepatutnya berkongsi apapun dengan ‘budak baru’ ini.
“ Apasal aku kena kerja dengan dia,” Irina juga menggumamkan ketidakpuasan hatinya kala ini. Tetapi dia tahu bahawa dia masih baru disini. Jadi mungkin ini merupakan cabaran yang harus diterimanya. Lagi pula, mereka akan bertanding untuk HKSBP  tidak lama lagi. Eloknya, kerjasama amat diperlukan kala ini.
          “ Sepatutnya aku yang patut jadi tau,” Syamil membisik ke anak telinga Irina. Namun, Irina  hanya mendiamkan dirinya sahaja. Tidak ambil pusing tentang kata-kata Syamil.  Kalau dilayan kerenah lelaki itu hanya akan membuang masanya.  Dia sememangnya faham benar dengan perangai Syamil. Walaupun baru seminggu mengenali jejaka itu, namun keperibadiannya begitu terserlah. Terkenal dengan ego, sikap mementingkan dirinya yang kadang-kala melampaui batasan dan amat mementingkan populariti dan ketampanan walaupun tak kacak manapun. Lelaki itu amat dikenali sebagai ‘mamat kon’ di sekolahnya. Irina kadang-kala jengkel dengan kerenah Syamil. Jadi langkah yang terbaik ialah, jangan ambil pusing dengan apa yang dikatakan.
Syamil pula geram apabila kata-katanya tidak disambut oleh Irina. Dia kembali menumpukan perhatiannya ke hadapan. Terbit juga perasaan membara dalam hati. Namun begitu, apa yang dapat dilakukan. Irina pula hanya menumpukan sepenuh perhatiannya ke hadapan.

BARANG-BARANG telah dimasukkan ke dalam kotak. Habis dikemaskan segalanya. Dilipat, disusun dan dimasukkan ke dalam kotak. Ella pula belum pulang lagi. Kala ini dia masih berseorangan di kamarnya. Sama seperti hatinya yang dilipat dengan cantik dan disisipkan kemas-kemas disatu sudut yang sulit.  Perasaannya terasa pilu. Terimbau kenangan terakhir di sini bersama-sama rakannya itu.Walaupun ramai yang menegahnya untuk berpindah namun, keputusannya tidak akan berubah. Ini merupakan keputusan yang terbaik mengenai kehidupannya dan masa depannya.  Keputusan ini mungkin dianggapkan sebagai pentingkan diri tapi dia terpaksa menolak bahkan  mengetepikan segala pandangan tersebut. Tidak semena-mena  air mata mengalir dari tubir matanya. Tangannya pula terhenti. Diam-diam dia menangis dibalik lokernya.
Irina perlahan-lahan melangkah masuk ke kamar Ieka. Dia sengaja pulang awal pada hari ini untuk menemani Ieka. Terkejut melihat sahabatnya sedang menangis disebalik loker. Langkahnya tiba-tiba terhenti. Dia memandang sayu ke arah Ieka. Dia segera memalingkan wajahnya ke luar. Tidak sanggup untuk menatap kesayuan dan kesedihan sahabatnya itu. Walaupun hanya beberapa bulan bersama namun, ukhwah yang terjalin antara mereka sangat kukuh. Air matanya jatuh jua. Cepat-cepat dikesatnya agar tidak diketahui oleh sahabatnya itu.
Dia cuba menguatkan diri menghampiri Ieka. Sebak didada dirundung lagi sehinggakan memenuhi anggota pernafasannya namun, digagahkan juga. Perlahan-lahan kakinya diayunkan ke hadapan. Kehadiran Irina tidak disedari oleh Ieka.Lambat-lambat Irina meletakkan tangannya ke bahu Ieka. Gadis itu tersentak buat seketika. Cuba untuk mencari punca tersebut. Lantas, dia memalingkan wajahnya ke belakang. Air matanya yang mengalir tidak diseka meninggalkan bekas pada wajah gebu itu. Irina hanya tersenyum. Kesedihan yang menggunung  menimpa dadannya tatkala dia memandang mata Irina.  Segera dia memeluk Irina dan tangisnya bergema lagi. Irina tersentak dengan perilakusebegitu membuat dia tergamam untuk seketika. Tetapi dia mengerti perasaan Ieka kala ini. Dia pun menyambut pelukan Ieka. Sekali lagi air matanya jatuh jua.

SEMUA pelajar kelas 4 Al Khawarizmi  sedang menyiapkan ‘homework’ yang diberikan. Tumpuan diberikan sepenuhnya terhadap kerja yang perlu disiapkan. Namun, tidak pada Irina.Tangannya terhenti menulis. Menunganya  berterusan. Perkara tersebut di sedari oleh Yana. Dia memandang sayu kepada Irina. Dia pun tidak  mampu berbuat apa-apa mengenai kegalauan hati sahabatnya itu. Yana mencuit lengan Maya yang sibuk dengan kerjanya. Menanyakan perihal Irina melalui gerakan mata.
“ Pasal Ieka agaknya,” Maya membisikkan sesuatu kepada Yana. Hanya itu sahaja yang mampu diterjemahkan oleh Maya menerusi menungan berpanjangan Irina. Yana mengangguk perlahan. Tiba-tiba Irina bangun daripada tempat duduknya menuju ke luar kelas. Langkahnya laju menuju ke tandas. Disana dia cuba untuk menenangkan fikiran yang bercelaru. Mindanya benar-benar terbejat memikirkan tentang sahabatnya itu.  Dia menatap wajahnya melalui biasan pada cermin.Menatap lama-lama wajah yang monggel itu.Fikirannya ligat berfikir akan sesuatu.   Beberapa lama kemudian barulahdia melangkah ke luar kembali menuju ke kelasnya apabila dia merasakan benar-benar lega. Kala ini mindanya terasa lapang sedikit. Dia meneruskan kerjannya yang tertangguh.
Sewaktu membuka helaian bukunya ada secebis kertas di atas helaian tersebut.  Tersentak juga dia buat seketika. Pelbagai juga persolan yang bermain di mindanya kala ini. Perlahan-lahan dia membuka lipatan tersebut. Akhirnya kertas itu terbentang ditangannya. Dia memandang sekeliling cuba mencari-cari gerangan yang memberinya. Setelah cubaannya gagal menemui siapakah yang menghantar surat tersebut dia menatap kembali surat tersebut. Mindanya pun tidak dapat menggagak.
Irina Hamdan,
Cintai Dia, Hargai Diri, Jaga Hati..
Hidup adalah permulaan,percubaan demi percubaan merentasi segala halangan..
Ada waktu sukar, ada waktu yang menyenangkan..
Bilamana turunnya hujan, lalu kita jatuh tersungkur, pedih yang tidak tertanggung…
Serasa ingin kita berundur…
Lalu Dia ubati hatimu, rawat lukamu dengan memunculkan pelangi yang indah…
Syukur padamu Ya ALLAH…
Setiap kali kita bersedih, ubati hatimu dengan makalah cinta Tuhanmu…
Dia tidak pernah lupakan kita..
Memberi ruang bernafas dalam terang cahaya…
Bilamana kita teruji dengan dunia, yang mengajak kita alpa…
Ingatlah cinta itu tidak terinilai harganya , anugerah tuhan bukan untuk disia-sia…
Ya ALLAH, betapa cintanya Dia pada kita …
Biarpunberkali-kali kita berlari menjauhkan diri dari Cinta-NYA, Dia tidak pernah jemu menyemai benih taubat dan insafdalam jiwa…
Dia tidak pernah lupakan kita…

Irina mengalihkan pandangannya kepada pengirimnya.
Pelangiku bercahaya…. Sesuatu menerjah mindanya kala ini. Menerusi tulisan dan nama pena tersebut seperti dia mengenalinya. Selepas beberapa ketika, segarit senyuman terukir dibibirnya. Dia memandang ke arah Yana yang sibuk dengan kerjanya. Bibirnya masih lagi mengukirkan senyuman.

No comments:

Post a Comment