Friday 30 March 2012

BAB DUA PULUH LAPAN


ZAIDI dan rakan –rakan sekelasnya iaitu pelajar kelas 4 Al Khawarizmi sedang membincangkan sesuatu. Lagak mereka seperti membincangkan sesuatu yang sangat penting dan sulit. Wajah masing-masing berkerut. Semacam ada satu misi yang harus dilakukan. Hai… macam Mission Imppossible pula.
         “ Jadi, untuk menambahkan kewangan kelas kita bagi mencantikkan kelas kita yang  macam ‘tongkang pecah’ ni..,” Zaidi berhenti sejenak, memandang ke arah sekeliling kelas. Untuk seketika dia terpaksa juga menerima keadaan kelasnya yang agak…. Berselerak. “  kita akan adakan ‘request’ untuk peperiksaan Akhir Tahun ini,” kata-katanya di sambut dengan anggukan daripada semua ahli kelas tersebut. Cuma ada segelintir yang tidak mengetahui apa yang dikatakan oleh Zaidi.
Begitu juga dengan Yana. Terlopong sedikit mulutnya untuk menangkap butir bicara percakapan lelaki tersebut di meja bulat tersebut. Meja bulat yang di sertai oleh majoriti rakan-rakannya walaupun ada beberapa tempat yang di biarkan kosong kerana ketiadaan beberapa orang sahabat mereka disebabkan oleh tugasan yang perlu dilaksanakan senyap seketika. Masih lagi memikirkan sesuatu.
Yana menyiku Zaty yang berada di sebelahnya. Cuba mendapatkan jawapan daripada gadis itu.
          “ Request is something that we give to someone. Dia macam coklat ke atau bunga untuk bagi kat orang yang kita nak bagi berserta ucapan,” penjelasan yang diberikan oleh Zaty membuatkan Yana teranguk-angguk memahaminya. Suasana di meja bulat tersebut hingar-bingar .Masing-masing cuba untuk mengeluarkan idea masing-masing untuk menjayakan misi mereka.
           “ Apepun, saya serahkan projek ini kepada Natasya,” Zaidi berpaling memandang ke arah Natasya yang sibuk mencatatkan sesuatu di atas kertas yang merupakan minit mesyuarat tersebut. Natasya mengangguk perlahan apabila mendengar seruan namanya kedengaran.
           “ Natasya merupakan salah seorang daripada orang kuat seni. Maklumlah lukisannya merupakan rujukan pelajar di sini. Dia dah buat ‘design’ untuk ‘request’ ni dah 3 tahun dah,” kepala Yana terangguk-angguk mendengar bisikan Zaty tadi. Ya, memang betul Natasya merupakan orang yang agak berseni juga menjadikan lukisannya sebagai lukisan contoh oleh pelajar-pelajar di sekolah ini. Orangnya juga berlemah lembut. Memiliki kulit yang putih bersih,senyuman yang agak manis. Menjadikan sesiapa yang melihat senyumannya pasti akan ‘cair’. Seangkatan jugalah dengan Ana.
Kata putus akhirnya dilakukan. Program ini akan dilakukan atas kendalian kelas mereka. Segala surat menyurat diuruskan bersama untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak pentadbiran. Perkara ini juga akan dimaklumkan kepada rakan –rakan mereka yang lain.

ANA cuba menenangkan Irina yang masih bermain dengan perasaannya kala ini. Dia   memeluk bahu rakannya walaupun Irina tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda dirinya sakit. Gadis itu seperti biasa juga. Membisu seribu kata tanpa sebarang bicara. Ana tahu bahawa Irina sememangnya takut dengan aktiviti tersebut. Tapi tidak pula dia lemah semangat. Cuma ini merupakan pengalaman yang pertama dalam hidupnya.
Farid menghampiri kedua-dua gadis itu yang sedang berada di astaka kala ini. Kedua-duanya hanya mendiamkan diri. Rasylan pula ada sesuatu yang perlu diuruskan mengenai tempat yang akan mereka awasi. Lelaki itu perlahan-lahan melangkah menghampiri gadis tersebut. Ana yang menyedari kehadiran Farid hanya menguntumkan senyuman kepada lelaki tersebut sebagai menyambut kehadiran Farid. Irina juga begitu. Bibirnya terukir senyuman di balik kepucatan wajahnya itu. Beranggapan dia mampu menyembunyikan ketakutan yang menyelubunginya.
        “Kau ‘still’ nak pergi dengan keadaan kau yang macam ni,” Farid bertanya sambil melabuhkan punggungnnya di sebelah Irina. Gadis itu hanya tersenyum lagi walaupun senyumannya tidak mampu mengaburi mata lelaki itu.
         “ Yup… I wanna to go. Nothing can stop me,” kata-kata Irina yang begitu bersemangat di sambut dengan hilaian tawa oleh Farid.
          “ Muka kau dah pucat macam ni, kau nak jugak pergi. Rina, come on. Rasylan sibuk tanya pasal kau. Ana risaukan kau juga tengok keadaan kau yang tak menentu arah ni. You still wanna go?” Irina berkerut mendengar apa yang diperkatakan oleh Farid. Dia berkalih memandang Ana untuk mendapatkan kepastian. Gadis yang berada di sebelahnya tertunduk tidak mahu bertentang mata dengan Irina. Dia kembali memandang  ke arah Farid yang masih dalam hilaian tawanya.
            “ Yup, I still wanna go!” kata-kata gadis itu memeranjatkan rakan yang berada di sebelah kiri dan kanannya. Tak sangka gadis ini sukar sekali mengalah. Berkeras juga mahu mengikuti dalam ekspedisi ini. Hilaian tawa Farid serta-merta mengendur. Dia memandang tepat ke anak mata Irina Cuba mendapatkan kepastian apakah benar yang diperkatakan oleh gadis itu.
           “ Kalau kau pengsan , jangan panggil aku,” Irina hanya mencebikkan mukanya dengan kata-kata sindiran lelaki itu. Kata-kata tersebut benar -benar  mencabar kewibawaannya. Ana pula hanya tertawa kecil melihat gelagat mereka berdua. Namun, ada suatu persoalan yang bermain di fikirannya kala ini. Kenapa Rasylan begitu prihatin pada dirinya?

JAM di tangannya menunjukkan pukul satu pagi. Aktiviti berjalan malam akan diadakan setengah jam dari sekarang. Ketika ini, pelajar-pelajar tingkatan satu pula sedang khusyuk menonton sebuah filem seram yang bertujuan untuk meningkatkan semangat mereka memandangkan aktiviti pada malam ini memerlukan semangat yang tinggi. Irina pula cuba menghindarkan diri daripada menonton filem tersebut. Syukurlah, pada waktu ini mereka akan bergerak ke ‘checkpoint’ masing-masing.
       “ Rina, cepat sikit ,” Farid melaung nama Irina dari kejauhan. Gadis itu berpaling ke arah lelaki itu dan segera berlari ke arahnya. Di  sebelahnya , biasalah Rasylan pasti akan bersama dengan Farid. Tidak akan pernah lekang bersama.
         “ Rasylan, Ana mana?” Farid bertanya pada Rasylan yang masih termanggu-manggu menunggu pasangannya Ana. Saat ini mereka dikehendaki untuk mendapatkan pasangan mereka sebelum pergi ke ‘checkpoint’ masing-masing.
          “ It’s okay, you go first,” Rasylan terpaksa juga melepaskan Farid untuk pergi terlebih dahulu memandangkan Ana ada sedikit kerja yang perlu diuruskan. Irina yang berada di situ hanya mendengar butir bicara kedua sahabat itu. “ but, take care of   Rina for me!” Rasylan membisikkan sesuatu pada Farid. Keras juga bunyinya. Seperti menggugut sesuatu pada Farid. Lelaki itu hanya tersenyum memandang ke arah Irina yang masih berdiri di situ. Gadis itu hanya mengerutkan wajah apabila dia merasakan bahawa dirinya dijadikan subjek utama perbualan antara dua orang lelaki di hadapannya kala ini.
 Farid pula hanya menepuk-nepuk bahu sahabatnya itu dan segera mengajak Irina , meninggalkan Rasylan keseorangan. Rasylan pula hanya mengukirkan senyumannya apabila mereka berdua berlalu  pergi.
          “ Are you okay right now?” Pertanyaan Farid disambut oleh anggukan yang tampak bersemangat daripada Irina. Gadis itu berpaling dan menawarkan senyuman yang paling manis pada lelaki tersebut.Farid hanya membalas senyuman tersebut.
          “ Kau sebenarnya takut ke Rina,” Farid cuba mengorek rahsia daripada Irina. gadis itu hanya mendiamkan diri.
           “ Yup…” Setelah membisu sedari tadi barulah dia memberikan jawapannya. Farid mengangguk perlahan tanda memahai perasaan Irina waktu ini. Irina pula kembali mendiamkan diri. Keduanya diam seketika. Hanya derapan kaki sahaja yang kedengaran.
           “ Rina tahu tak, sebenarnya malam yang ALLAH berikan ini merupakan satu nikmat yang sangat bermakna. Malam ni sebenarnya….”
          “ Digunakan untuk beribadat kepada yang Maha Esa, betul tak?” belum sempat Farid menghabiskan kata-katanya Irina pula yang memotong percakapan lelaki itu. Farid tersenyum mendengar jawapan gadis di sebelahnya.
          “Yup, that’s true. Buat apa kita nak takut?” mendengar pertanyaan tersebut membuatkan bulu roma Irina meremang. Sememangnya, dia takut dengan kegelapan yang selalunya menghantui dirinya.
         “ Lagipun mana ada hantu dalam dunia ni. Try to think positive ok!” Kata-kata Farid membuatkan Irina sedikit mengerti dan semangatnya kembali kuat dalam mengharungi malam ini.Dia mengangguk perlahan. Farid pula tersenyum apabila melihat reaksi Irina  itu.
       “Farid, can I ask you something?” Irina bertanya setelah sekian lama mendiamkan diri. Persoalan yang bakal diajukan itu telah lama bermain di fikirannya. Cuma tak terluah sahaja. Farid pula hanya mengangguk setia menanti soalan yang akan diajukan..
         “ Kenapa Rasylan pandang aku semacam je? Tak taulah nak cakap, tapi macam aku ni dah buat sesuatu kat dia,” ternyata telahan itu benar. Farid pula hanya tertawa kecil mendengar soalan tersebut. Irina pula pelik melihat reaksi yang diberikan oleh lelaki tersebut. Apakah yang sebenarnya terjadi? Adakah ia berkaitan dengan dirinya?
          “ Kenapa pula gelak ni?” Irina benar-benar di lonjak rasa ingin tahu mengenai lelaki yang bernama Rasylan itu. Farid pula makin galak ketawa. Sehinggakan rakan-rakan di sekeliling mereka tersentak dengan hilaian tawa tersebut. Perlahan-lahan ketawanya mengendur apabila dirinya menjadi subjek pandangan mereka. Maklumlah, malam-malam begini pelbagai perkara yang tidak diingini pasti akan berlaku. Irina yang bersebelahan denganya hanya mengengkat sebelah keningnya, jengkel melihat perlakuan Farid yang sememangnya pelik.
          “ Yelah… Rasylan sebenarnya….”

No comments:

Post a Comment