Friday 9 March 2012

BAB DUA PULUH SATU


SENYUMAN tergarit pada bibir Amelia sewaktu memutuskan panggilannya dengan Irina sebentar tadi. Reaksinya disedari pula oleh Dini. Pelik juga melihat kelakuan sahabatnya itu. Beribu-ribu persoalan bermain di fikiran. Mula-mula mahu sahaja dia mengendahkan tetapi hatinya melonjak-lonjak mahu mengetahui tentangnya. Oleh itu, keputusan diambil. Jejaka itu perlahan-lahan menginjakkan kakinya ke arah Amelia yang masih lagi tersengih-sengih.
“ Apa tersenyum-senyum macam kerang busuk ni?” Dini cuba menyembunyikan perasaan ingin tahu hatinya kala ini. Takut diketahui pula oleh rakannya itu. Amelia mengalihkan pandangannya ke arah Dini dengan senyuman yang masih terukir di bibir. Lelaki itu tidak lagi mampu bersabar dengan gelagat rakannya itu setelah Amelia tidak bersuara sedari tadi. Gelojak hatinya makin menjadi-jadi.
“ Siapa yang ‘call’ tadi?” Akhirnya, persoalan tersebut terpacul juga dari mulutnya. Amelia yang berada di sebelahnya hanya ketawa kecil. Muka Dini pula berkerut seribu tidak memahami apa maksud disebalik tawa Amelia.
“Aku dah agak dah kau mesti tanya pasal ni,” Amelia berjaya nampaknya membongkar rahsia hatilelaki ego itu.Dini pula hanya tersipu-sipu malu setelah mendengar jawapan Amelia tetapi dalam keadaan yang masih lagi terkawal. Sesungguhnya, dia tidak mampu menyembunyikan apa-apa sahaja daripada Amelia. Semuanya pasti akan terbongkar. Seperti ‘mind reader’.
“ Buah hati kaulah,” akhirnya, Amelia memberikan jawapan yang selama ini ditunggu-tunggu  oleh lelaki itu. Dini mengangkat wajahnya menatap mata Amelia meminta kepastian daripada rakannya itu.
“ You mean Rina,” kepastiannya terjawab dengan anggukan perlahan gadis  itu. Adakah dia sedang bermimpi? Tatapan mata Dini tidak berganjak daripada mata Amelia. Namun, kuakan pintu bilik tersebut mengalihkan tumpuan mereka sebentar. Bagi Amelia, dia sememangnya mengetahui siapakah gerangan di balik pintu tersebut. Senyuman yang sedari tadi yang terukir tidak pernah lekang dari bibirnya
 Kuakan pintu yang berhampiran mengalihkantumpuan semua tetamu di bilik itu. Semuanya menantikan siapakah gerangan tetamu yang akan masuk. Pandangan diarahkan ke pintu utama. Perlahan-lahan kelibat seorang perempuan muncul dihadapan.
“ Kau tak cakap pun yang dia datang,” kata-kata Dini yang seakan-akan berbisik  itu tidak diendahkan namun itu tidak menganggu tumpuannya kala ini. Pandangan matanya  seakan-akan terlekat pada objek tersebut. Tidak berkelip juga matanya menatap gadis dihadapan mereka.
Irina melangkah perlahan-lahan masuk ke bilik tersebut. Mencari-cari kelibat sahabatnya Amelia.  Setelah, menemui sahabatnya itu langkah yang pada mulanya perlahan bertukar pantas. Dia segera memeluk rakannya itu. Rasa rindu terlerai jua.
“ Amelia, happy birthday to you,” kata-kata Irina itu juga dibalas dengan pelukan gadis itu. Dini yang berada di sebelahnya masih lagi terkejut dengan kemunculan tiba-tiba Irina. Dia benar-benar tidak menyangkakan kehadiran gadis itu. Amelia hanya mengerlingkan pandangannya kepada Dini yang masih menatap Irina. Seperti menatap perkara atau objek yang menarik di hadapannya.
“ Tak yahlah renung lama-lama,” Kata-kata Amelia itu mengejutkan lamunan Dini. Lekas-lekas dia mengalihkan pandangannya ke arah lain. Cuba menyembunyikan perasaannya kala ini. Irina pula terkejut kerana lelaki disebelah mereka itu ialah Dini.  Masing-masing cuba menyembunyikan gelojak hati yang meronta-ronta. Tetapi dihadapan Amelia tiada yang mampu disembunyikan oleh mereka. Amelia seakan-akan sudah masak dengan perangai mereka berdua.
“Rina, this way,”Amelia memimpin Irina menuju ke destinasi seterusnya . Dini pula hanya mengekori dari belakang. Namun, pandangan matanya tidak pernah terlepas dari gadis itu.
Mereka berhenti di satu meja yang menempatkan juadah makanan diatas meja. Terdapat kek ditengah-tengah meja tersebut. Semua tetamu mula mengumandangkan lagu ‘ happy birthday’ sewaktu kedatangan mereka. Irina pun turut sama menyanyikan lagu tersebut sambil bertepuk tangan. Dia turut berasa gembira dengan majlis rakan baiknya itu.
“Amelia, tiup lilin tu,” kedengaran suara Kamal yang begitu bersemangat. Gadis itu meniup lilin diatas kek itu dan segera mengalihkan pandangannya ke arah semua tetamu di hadapan kemudian sahabatnya Irina. Rakan-rakan yang lain juga mengekori pandangan Amelia. Kelihatan senyuman terukir lagi dibibir  menunjukkan betapa bahagianya dia hari ini.
“The great present that I’ve ever had is you, Irina. I’m so happy you’re coming today. Thanks a lot,” Amelia memeluk Irina yang berada disebelahnya. Gadis itu tampak tersentak seketika diperlakukan sebegitu rupa tapi tidak pula ditegah. Biarlah dia diperlakukan sebegitu rupa. Sesungguhnya dia berasa bahagia jikalau sahabatnya begitu. Bilik itu bergemuruh lagi dengan bunyi tepukan rakan-rakan yang lain.

AMELIA sibuk melayan tetamu yang lain. Jadi Irina tidak mahu menganggu sahabatnya itu. Perut pun sudah berkeroncong minta diisi. Dia segera ke bahagian juadah. Mengambil makanan yang secukupnya. Belum sempat  kakinya melangkah ke meja untuk makan. Suara dari belakangnya mengejutkan Irina.
“ Lapar ke?” buat seketika Irina terkejut apabila disapa begitu . Namun, dia tidak cepat menoleh. Pandai mengawal keadaan, dia hanya berdiam sahaja disitu. Dia amat mengenali suara tersebut. Sudah lama suara itu tidak menjengah anak telinganya tapi terpaksa pula dia mendengarnyahari ini. Tanpa disedarinya keluhan kecil terlepas dari rangkulannya namun, tak pula didengari oleh Dini.
Dini termanggu-manggu menunggu reaksi daripada gadis itu. Tiada reaksi nampaknya. Terpaksalah dia mengaku kalah. Mengangkat bendera  putih. Raut wajahnya menunjukkan kekecewaan. Perlahan-lahan wajahnya tertunduk,menginjakkan kaki beredar dari situ.
“ Yup, lapar sangat,”  maklum balas daripada Irina membuatkan langkah lelaki itu terhenti seketika. Terkejut nampaknya. Segera dia mengangkat wajah berkalih memandang ke arah gadis itu. Irina perlahan-lahan memalingkan kepala  menghadap Dini. Baginya permulaan yang baik apa salahnya kalau dibalas dengan baik dan kesudahannya pasti akan baik juga. Dini pula tercengang sewaktu menatap wajah Irina secara dekat.
“Hei , tak payahlah pandang macam tu?!” sergahan Irina mengejutkan Dini daripada angannya. Irina berlalu pergi meninggalkan lelaki itu keseorangan. Pelik benar rasanya dengan perangai Dini. Seperti orang yang disampuk hantu pula. Dini pula cepat-cepat mengekori ayunan kaki gadis itu. Tak mahu pula ketinggalan dibelakang.
Irina mengambil tempat duduknya di satu sudut menghadap keluar. Angin yang bepuput perlahan-lahan dari perbukitan berhampiran memberikan sedikit sebanyak ketenangan  kepadanya. Namun, kenikmatan yang di alami tidak berkekalan. Dini mengambil tempat duduknya berhadapan dengan Irina. Gadis itu haanya mampu mengeluh perlahan dan menggelengkan kepalanya melihat gelagat sahabatnya yang seorang ini.

HATINYA terasa membengkak melihat gelagat kedua-dua orang dihadapannya itu. kalau diikutkan hati mahu sahaja dia melayangkan buku lima ke arah lelaki itu. namun, ditahan jua. Hatinya membara, Sakit. Bagaikakn disiat-siat dan dipanah. Setelah sekian lama menatap ‘kemesraan’ antara mereka, Kamal tidak mampu bertahan lagi. Dia bingkas bangun, tetapi kelakuannya terhenti apabila lengannya ditarik oleh seseorang.
“Biarkan jelah,” Amelia cuba menghalang pergerakan Kamal. Lelaki itu hanya merenung tajam tidak rela pula dia diperlakukan seperti itu.
“ Don’t try to mess up my event,” ugutan Amelia perlahan-lahan mengendurkan ketegangan yang mengalir bersama darahnya. Kamal menundukkan wajah malu kerana diri sendiri tidak mampu mengawal sifat amarah.terikut-ikut dengan hasutan syaitan. Amelia melepaskan rangkulannya perlahan-lahan apabila keadaan benar-benar terkawal.
“ Chill bro. Rina dan Dini tu baru je kan jumpa. Lagipun,sesuatu yang menarik kita boleh nampak,’’ Amelia memandang ke arah pasangan Dini dan Irina di satu sudut denagan senyuman yang nakal terukir di bibirnya. Irina kelihatannya menggelengkan kepala . Pasti sesuatu berlaku antara mereka. Namun, Amelia percaya yang  pertemuan ini mampu merapatkan jurang antara mereka. Kamal mengekori anak mata Amelia namun, disebalik pandangan matanya banyak persoalan yang masih belum bernoktah.
Amelia hanya tersenyum melihat kebingungan sahabatnya ynag seorang itu. Dia faham perasaan lelaki itu. Mana boleh tahan kekasih hati diambil orang. Tetapi gadis itu menyifatkan sesuatu yang baik bakal berlaku antara mereka berdua. Lagi pula, dia amat memahami kedua-dua sahabatnya itu.Walaupun, pada luarannya masing-masing mempunyai ego yang tersendiri dan keras kepala namun dalam hati mereka tersimpan satu kelembutan yang bakal memecahkan dinding keegoan tersebut. Cuma tunggu dan lihat sahaja. Segarit senyuman dibibirnya mengandungi seribu satu makna yang sukar diterjemahkan.

No comments:

Post a Comment