Saturday 3 March 2012

BAB ENAM BELAS



TUMPUAN yang diberikan seratus peratus pada kerja membuatkan Irina tenggelam dalam dunianya.  Jauh dari realiti. Kala ini dia sedang menyiapkan tugasan ‘chemistry’. Kekecohan dan kebisingan di dalam bilik darjah itu tidak dihiraukan. Yana perlahan-lahan menghampiri Irina.Kehadirannya tidak disedari oleh gadis itu. Khusyuk nampaknya.
“ Wow, khusyuk nampak…” sapaan Yana membutkan Irina tersentak. Gadis itu hanya tertawa kecil. Dia menarik kerusi di sebelah Irina dan melabuhkan punggung duduk di sebelah sahabatnya. Irina memandang dengan beribu kedutan di wajah.Barangkali pelrik dengan keprihatinan yang ditunjukkan.
“ Tak payah buat reaksi muka macam tu. Aku bawak berita baik punya,” kata-kata sahabatnya itu perlahan-lahan menimbulkan kehairanan buat gadis itu. kerutan di wajah Irina mengendur. Dia meminta jawapan.
 “ Kau nak masuk ‘debate’kan?” Irina hanya mengangguk dengan persoalan yang diutarakan.
“ Malam ni, ade ‘audition’ untuk pemilihan pasukan yang akan masuk bertanding ke HKSBP,” Irina tersenyum kegembiraan.Sememangnya, itulah impiannya yang selama ini terbuku. Dia benar-benar gembira dengan berita yang disampaikan. Tidak teragak-agak dia memeluk eratYana yang berada disebelahnya.
“ Rina, aku lemas ni,” Yana cuba melepaskan rangkulan Irina. Sesak nafasnnya diperlakukan sebegitu rupa. Irina segera melepaskan pelukan tersebut. Tersengih –sengih macam kerang busuk. Tercungap-cungap Yana dalam usahanya untuk mengisi rongga pernafasannya yang kekurangan oksigen beberapa minit yang lalu. Irina hanya tersenyum.

ZAIDI  sedang menyiapkan kerja yang berbaki untuk hari itu. Masa yang terluang pada petang itu digunakan dengan sebaik-baiknya. Mujurlah petang itu tiada kelas tambahan. Kerja yang diberikan bertimbun-timbun, namun, itulah lumrah hidup di sebuah Sekolah Berasrama Penuh. Tetapi bagi Zaidi itu merupakan rutin hariannya dan dia sudah biasa dengan lumrah tersebut.
Tumpuan yang diberikan terganggu buat seketika dek kerana jeritan sang puteri. Puteri ke? Pontianak yang sesuai. Tangan yang laju menulis terhenti tiba-tiba. Dia memalingkan wajahnya ke arah suara jeritan tersebut. Anak matanya terhenti pada Irina. Dilihat gadis itu sangat gembira. Terbit sennyuman keriangan diwajah itu. Zaidi kembali menyiapkan kerja. Tersentak buat kali kedua disebabkan contengan yang terlakar diatas kertas kerjanya. Dia mengeluh berat, memejamkan mata,cuba menerima keadaan tersebut. Geram pula rasanya. Ibarat perasaan tersebut meluap-luap dalam hati kala ini. Semuanya gara-gara seorang wanita bernama Irina.

“ RINA, good luck tau,” kata-kata semangat yang diberikan oleh rakan-rakannya membuatkan Irina bersemangat untuk malam ini. Insya-ALLAH, dia akan melakukan yang terbaik untuk ‘audition’ini.
“Thanks a lot for your support. Doakan aku tau,” balas Irina. ternyata dia benar-benar terharu dengan sokongan yang diberikan. Perlahan –lahan dia menginjakkan kaki keluar dari kelas. Menuju ke destinasi yang dituju.
‘Audition’ pada malam ini dijalankan di dewan sekolah. Sejujurnya, Irina berasa gementar. Setiap langkah kaki yang diayunkan menzahirkan kegugupan dalam hati dan jiwa.
Setibanya dia disana, perasaan gementar dan takut semakin bertimpa-timpa menghimpit dada.  Cepat-cepat Irina mengambil jalan untuk menenangkan diri. Tidak tahu kenapa malamini perasaan gementarnya menjadi-jadi. Padahal, dia sememangnya sudah biasa dengan aktiviti-aktiviti seperti ini. Sewaktu di sekolah lamanya dulu pun dia banyak melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti ini seperti syarahan, debate, perbahasan dan banyak lagi.
Irina menarik nafas dalam-dalam. Cuba mengumpulkan keyakinan dalam diri. Perlahan-lahan jiwa menjadi tenang , minda menjadi ringan. Tiba-tiba matanya menangkap kelibat seseorang di hujung dewan. Dia memicingkan pandangannya ke arah objek tersebut. Rupa-rupanya Syamil. Irina tidak hairan pun dengan kedatangan Syamil ke situ. Semememangnya, gadis itu tahu bahawa Syamil merupakan antara orang kuat pasukan ‘debate’ di sekolah ini. Kelihatan lelaki itu tenang menyandarkan tubuhnnya ke kerusi di belakangnya. Menghayati bait-bait lagu menerusi pemain MP3. Irina hanya mencebikkan muka. Jengkel melihat perlakuan lelaki itu.
“ Bajet giler mamat nie,” gumam Irina sendiri.
‘Audition’ malam itu dikendalikan oleh beberapa guru penasihatbagi pasukan berkenaan. Kesemua peserta dikehendaki untuk menyampaikan ucapan awam selama dua minit dan diberikan masa persediaan selama satu minit. ‘Audition ini disertai seramai dua belas orang. Merangkumi dari tingkatan-tingkatan yang berbeza. Masing-masing berentap untuk satu tempat yang digelar ‘debater’. Irina juga telah melakukan yang terbaik malamini. Selebihnya dia berserah pada Ilahi.
 “ Okay the result for this audition will be announce tomorrow. You did a good job for today. Good night,” Cikgu Fiza merupakan antara ketua penasihat bagi pasukan ini. Tentunya beliau berasa sangat gembira dan berbangga dengan pencapaian serta sambutan bagi aktiviti malam ini. Masing-masing bersurai. Irina mengerling ke arah jam tangannya. Jarum jam baru menunjukkan pukul 10.00 malam. Masih terlalu awal untuk pulang ke hostel. Jadi dia meneruskan langkahnya menuju ke kelas. Irina teringat bahawa masih ada kerja yang perlu diselesaikan lalu segera melajukan ayunan kakinya.

KELAS 4 Al Khawarizmi kedengaran riuh rendah. Disulami dengan beberapa jeritan, pekikan dan lolongan bahkan juga gelak tawa pelajar-pelajar tersebut. Itulah dia kelas 4 Al Khawarizmi. Tidak pernah lekang dari kekecohannya. Nak tengok kelas ini senyap adalah ketika guru memasuki kelas tersebut. Lebih-lebih lagi kalau guru disiplin yang memasuki kelas itu. Biasalah, kelas ini merupakan kelas yang diawasi sepenuhnya di bawah pengurusan sekolah disebabkan olah masalah disiplin.
Irina pelahan-lahan menginjakkan kaki masuk ke kelas. Dia segera kembali ke tempat duduknya. Gerak geri Irina diperhatikan oleh Maya dan Yana. Kelihatan Irina tersenyum-sennyum sendirian. Lain macam nampaknya. Kedua-dua saling berpandangan.
“Senyum-senyum ni, mesti dapatkan,” usik Maya. Yana disebelahnya hanya tersenyum. Irina mengalihkan pandangan kepada kedua sahabatnya itu.
“ Tak tau lagi. Esok keputusan. I’ve done  the best,” nada suara menggambarkan betapa seronok perasaannya kala ini. Kedua-dua sahabatnya itu hanyamencebikkan muka. Sedang dia menyusun buku yang berada di atas meja yang kelihatan bersepah tangannya tiba-tiba dirangkul kasar ke belakang. Tersentak dia buat seketika. Mindanya terbejat, reaksinya terhenti. Membiarkan sahaja diperlakukan sebegitu rupa. Maya dan Yana juga begitu.
“ Beb, ikut aku kejap,” Irina hanya tercengang-cengang melihat Zaty di hadapannya. Berkerut seribu seperti orang yang kehilangan anak. Tangan dirangkul semakin kejap. Zaty menarik sahabatnya itu ke satu sudut yang benar-benar selesa untuk mereka bercakap. Irina Hanya menurut.
“ Ieka nak keluar dari sekolah ni,” muka Irina berubah mendadak. Cuba menerima berita yang baru disampaikan kepadanya. Agak lama dia mendiamkan diri.
“ Kenapa dia nak pindah pulak?” Bertanya untuk mendapatkan kepastian. Berita yang baru diterimanya benar-benar menyentap jantung. Baru tadi dia gembira tapi kini dia terpaksa bersusah hati kerana kawannya itu. 
“ Dengar cerita dia susah nak ‘study’ kat sini,’ perlahan-lahan Zaty menundukkan wajah. Dia juga turut bersusah hati.
“ Kau cakap ‘dengar cerita’. Itu tak pasti lagi Zaty,” ternyata Irina tidak mempercayai dengan cerita tersebut. Berita tersebut hanya menimbulkan kecurigaan terhadapnya. Zaty pula menundukkan wajah. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan.
“ The better thing right now, try to ask her  first,”Irina memberikan buah fikiran buat masa ini. Dia tidak mahu rakannya berasa kesusahan disini. Dia juga pernah terasa seperti itu.  Tidak dapat dinafikan lagi, bahawa dalam tempoh terdekat ini mereka masih lagi dalam fasa menyesuaikan diri. Irina melontarkan pandangannya ke langit yang berbalam tanpa dihiasi bintang. Sama seperti perasaannya waktu ini. Dia mengatupkan kelopak mata dan berada dalam kegelapan. Keluhan nafas yang merengus panjang terlepas melalui hidungnya.

No comments:

Post a Comment