Wednesday 29 February 2012

BAB TIGA BELAS


AMELIA sedang sibuk menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh gurunya siang tadi. Tumpuan diberikan sepenuhnya terhadap kerja yang dilakukan. Seperti tiada satu pun yang mampu menggugahkan tumpuannya masa ini. Ibarat tenggelam dalam dunianya. Jikalau ada gunung berapi yang meletus pun pastinya Amelia tidak akan berganjak dari tempat duduk itu.
Sedang dia bertungkus-lumus menyiapkan tugasan yang diberikan, tiba-tiba telefon di sisi mejanya mengumandangkan lagu Already Gone nyanyian Kelly Clarkson. Terkejut  Amelia  dibuatnya . Dia berkalih ke arah telefon bimbitnya.Memeriksa panggilan yang masuk. Dahinya berkerut seribu kerana nombor yang tertera pada skrin telefon bimbit tersebut adalah nombor asing yang tidak pernah diterimanya selama ini. Namun, dia mengangkat panggilan tersebut.
 “ Assalamualaikum,” ujar Amelia denagn perasan yang sedikit cuak. Namun, suaranya tidak menunjukkan sebarang kegusaran. Dia pandai mnenyembunyikan perasaan yang dialami.
 “Waalaikumussalam… Amelai it’s me…” suara di sebelah sana menjawab. Berbunyi penuh keriangan.Amelia terdiam sejenak. Barangkali dia amat mengenali suara itu. Perasaan cuaknya perlahan-lahan mengendur tetapi minda masih lagi berkira-kira siapakah milik suara tersebut. 
 “ Amelia, ni akulah, Rina,” suara Irina di corong telefon kedengaran sedikt meninggi. Tersentak Amelia dari lamunannya. Serta-merta riak mukanya berubah. Dia sangat gembira mendengar suara sahabatnya itu.
“ Hei, sis… so, how are you?” terdengar keriangan menerusi suaranya tadi. Seperti kegusarannya serta-merta hilang ditiup bayu Laut China Selatan. Suara Irina disebelah sana juga berbunyi seperinya.
“ Ya… I’m okay”
“ Cam ne hari pertama persekolahan.”
“Quite good I think. So, Dini macam mane?” Keriangan yang sebelum ini dipamerkan, perlahan-lahan dikendurkan apabila menyebut tentang Dini. Sukar untuk dia melupakan jejaka yang terkenal dengan sifat keegoannya itu.
“ Ok je… Kamal dah tak de kawan untuk dia gaduh.. lepas je kau tak de, kelas jadi sunyi sepi… macam malaikat lalu. Kalau ada bunyi cengkerik, mesti boleh dengar punya. Rina kami rindukan kau….” Perlahan –lahan suara Amelia mengendur. Dia berasa sangat kehilangan kawan yang disayanginya itu. Percakapannya tidak disambut disebelah sana. Mungkin Irina juga mendiamkan diri, tidak tahu apa yang perlu diutarakan lagi.
 “ Nanti kirim salam dengan diorang ye…  I miss them all too. Amelia I’ve to hung up.. duit dah abis.. Nanti aku call lagi ye..” tidak sempat Amelia mahu berkata-kata Irina sudah meletakkan telefonnya. Perlahan-lahan Amelia menarik telefon  menjauhi cuping telinganya, menatap dengan penuh penghayatan skrin pada telefon tersebut. Tidak seemena-mena, keluhan kasar terhembus dari rongga pernafasannya. Dia merenung keluar jendela. Menembusi kaca jendela tersebut. Kelopak matanya dipejam rapat-rapat.

IRINA hanya mengeluh berat. Sebenarnya dia berasa sangat sedih. Terbayang rakan-rakannya. Memori terakhir bersama. Sebak di dada datang lagi. Tapi belum sempat sebak menguasai minda dan perasaan, dia disapa dari belakang.
 “ Hei… Jom pergi makan Rina,” rupa-rupanya Maya menepuk bahunya. Serta merta lamunannya bersepai ditiup angin. Segera dia menoleh ke arah Maya. Ada seorang gadis di sebelah Maya itu. Irina memandang ke arah gadis tersebut dengan segarit senyuman. Gadis itu pun membalas. Kemudian dia mengalihkan pandangannya kembali kepada Maya meminta penjelasan.
“ Oh.. lupa pulak. Perkenalkan ini Yana,” sejurus itu Maya memperkenalkan Yana kepada Irina. Sekali lagi mereka bertukar-tukar senyuman. Senyuman Yana sungguh manis sekali. Ditambah pula keayuan wajahnya bertudung labuh membuatkan Irina kagum sekali. Sekaligus, membuatkan Irina menyedari ciptaan ALLAH dimuka bumi ini. Sesungguhnya Yana merupakan muslimah yang sejati.
 “ Saya Irina,” sambut Irina sambil menghulurkan tangan sebagai tanda pertemuan yang diaturkan Ilahi. Yana membalas huluran tangan tersebut, tangan mereka bersatu, tanda persahabatan mereka bermula.
“ Jomlah, kita pergi makan,” Irina mengajak mereka bertiga. Lantas, mereka melangkah ke arah dewan makan sekolah.
ANAK mata Jamal hanya memandang ke arah kumpulan pelajar baru di situ. Kelihatan mereka rancak berbual. Tentu sekali pertemuan mereka menjalinkan persahabatan yang kukuh. Itulah yang menggusarkan Jamal sebenarnya. Berkerut mukanya memandang keriangan mereka bersama.
“ Hoi… menung panjang nampak atau tengah ‘usha’ minah tu ke,”  Malik menepuk bahunya. Jamal memalingkan wajah ke arah Malik. Wajahnya berkerut seribu. Menandakan hati tidak pernah tenteram semenjak kedatangan pelajar baru ke situ. Baginya kedatangan mereka hanya menimbulkan persaingan di sini.
 Malik hanya mendiamkan diri. Tidak mahu lagi menganggu kekacauan jiwa kala ini. Lagak Jamal seperti seekor harimau yang sendang menghendap mangsanya. Lebih baik menjauhi daripada terkena. Lebih baik mencegah daripada berubat. Itulah sebaik-baik keputusan. Maka, Malik berlalu pergi .
“ Rilekslah, bro,” Zaidi pula yang menyapanya dari belakang. Namun, dia tidak berdiam disitu untuk menunggu reaksi Jamal. Lantas, dia segera berjalan, belalu pergi meninggalkan Jamal keseorangan. Perlahan-lahan anak matanya mengekori langkah Zaidi. Mungkin benar apa yang diungkapkan oleh sahabatnya itu. Rangkulan nafas berlalu kencang cuba untuk mengimbangi minda dan perbuatannya. Dia melangkah lambat-lambat masuk ke dalam dewan makan.

AKTIVITI pada malam itu berjalan lancar. Namun, tidak bagi Irina dan kumpulan pelajar baru di situ. Kehadiran mereka disambut dengan renungan tajam oleh pelajar-pelajar lama di situ kecuali mereka yang mengenali mereka sahaja. Pandangan mereka seperti serigala yang mengintai mangsanya sebelum menerkam.
“  Ok guys.. pada malam ni aktiviti minggu orientasi akan bermula. Jadi aktiviti pertama anda pada malam ini adalah ‘ ice breaking’,” suara Cikgu Azizan sorang guru konselor di sekolah ini lantang memberikan arahan. Disebelahnya, berdiri seorang wanita pertengahan usia sedang berpeluk tubuh juga merupakan seorang kaunselor juga bertugas selaku pembantu disitu.
Semasa arahan lantang disuarakan, kelihatan semua pelajar memberikan tumpuan yang sepenuhnya. Tiada sepatah kata pun yang terucap di antara mereka. Irina memandang sekeliling memerhatikan gerak-geri pelajar di sekelilingnya. Memang tidak dinafikan lagi,dia masih lagi terkejut dengan budaya yang menjadi ikutan disini. Ternyata, pelajar di sini sangat menghormati guru. Tidak seperti di sekolahnya dahulu, walaupun guru memberikan ucapan jarang pelajar memberikan perhatian terhadap apa yang diperkatakan. Sangat berbeza. Setelah puas dia meninjau keadaan sekeliling, dia kembali berkalih kehadapan.
“ Baiklah kamu diberi masa selama 5 minit cari kumpulan mengikut bulan kelahiran kamu. Mulakan sekarang!” Suasana bertukar menjadi hingar –bingar selepas arahan di utarakan. Dewan besar itu ternyata memantulkan suara yang terkandung didalamnnya. Semua orang sibuk bertanyakan bulan kelahiran masing-masing. Irina juga begitu. Tiba-tiba Malik menyapanya dari belakang.
 “ Rina, kamu bulan lapankan,” suara yang hingar-bingar itu sedikit sebanyak menenggelamkan suara Malik. Namun, dia masih memahami apa yang disoalkan oleh Malik. Segera dia menganggukkan kepalanya.
 “ Ikut saya!” Irina hanya mengekori sahaja ke mana Malik pergi. Dilhatnya Malik melaung-laung mencari kumpulan yang berbulan kelahiran sama seperti mereka. Irina hanya mendiamkan diri di situ.
      “ Bulan lapan, mai sini… mai sini,” Irina hanya tersennyum dengan gelagat Malik. Namun, senyumannya tidak kenampakan.
Cikgu Azizan tersenyum bangga melihat kerjasama antara mereka. “Baiklah, sekarang susun ikut turutan tarikh lahir kamu, sekarang! Kamu diberi masa dua minit sahaja untuk menyelesaikan tugasan yang di berikan,” sekali lagi suasana menjadi hingar-bingar.Keadaan sekeliling menjadi kelam-kabut sebentar. Masing-masing sibuk mengarahkan itu ini dalam memastikan kumpulan mereka mampu melaksanakan arahan yang diberi. “ Kalau kamu tak dapat melaksanakan tugasan ini, hukuman menarik bakal dikenakan,” sinis kedengaran suara tesebut.
“ Irina you sit here,” arah Malik. Persepsi Irina mengatakan bahawa Malik merupakan seorang pemimpin yang berkebolehan. Akhirnya Malik duduk disebelahnya.
 “Malik, awak tarikh berapa?” walaupun teragak-agak untuk bertanya, tapi digagahkan juga. Tidak elok kalau dia hanya mendiamkan diri sahaja. Malik hanya tersenyum. Baru kali ini dia mendengar gadis itu bersuara. Irina membalas sennyumannya.
“ 12 Ogos. Rina apa rancangan awak kat sini,” ujar Malik. 
“ Maybe nak masuk debate kot..I don’t know yet,” dia pun masih terpinga-pinga menguruskan hidupnya di sini. Pelajar yang lain masing-masing sibuk menguruskan kumpulan mereka. Mereka sangat bertuah kerana ahli kumpulan mereka sedikit sahaja.
 “ Baguslahh tu. I’m the same with you. Tapi bahas BM. Rina,” Malik berhenti sejenak, menunjuk ke satu arah dihadapan. Irina hanya mengekori tunjukan tersebut. Di hujung tunjukkan jari Malik menunjukkan seorang lelakiyang sibuk mengarahkan itu ini pada ahli kumpulannya. Lelaki itu tidak menyedari pun yang dirinya menjadi subjek utama dalam perbualan mereka. Barangkali sibuk dengan kerjanya. Irina melontarkan pandangannya kembali pada Malik. Diminta penjelasan.
 “ Itu Syamil. Dia merupakan salah seorang daripada ‘debater’ sekolah ni. Jadi kalau ada apa-apa mengenai debate yang awak nak tau, tanyalah dia,” penjelasan yang diberikan oleh Malik membuatkan gadis itu mengangguk perlahan tanda memahaminya .
“ Tapi dalam kelas kita pun ada,” Irina mengalihkan pandangannya kembali kepada Malik. Raut wajahnya menunjukkan 1001 pertanyaan yang bermain dalam minda. Terpinga-pinga. Termanggu-manggu. Malik hanya tertawa kecil dengan gelagat gadis itu.
“Tu,” sekali lagi Malik menunjukkan ke satu arah. Seorang lelaki yang sedang duduk. Berkaca mata. Raut wajahnya boleh tahan. Tapi ada sesuatu yang pelik mengenai lelakki tersebut.
“Dia Akim. Ya… dia Nampak pelik sikit. Tapi power giler dalam BI. Dalam setiap ‘essay’ yang dia tulis, tak de orang yang mampu kalahkan dia lagi. Ayat yang dia gunakan sangat bombastic. Tapi dia ni suka ‘anime’,” terlopong mulut Irina mendengar penjelasan tersebut. Lantas, dia menutup mulutnya. Malik hanya tertawa kecil. Nampaknya tidak lama lagi dia mampu menyesuaikan diri di tempat ini. Dengan layanan yang baik daripada rakan barunya ini , dia fikir tiada  masalah. Namun, dia cepat-cepat mengingatkan diri. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya.

Tuesday 28 February 2012

BAB DUA BELAS


IRINA disambut dengan keramahan rakan sekelas 4Al Khawatizmi. Gadis di sebelahnya juga begitu. Tidak disangka mereka dilayan sebegitu rupa. Zaidi dan Pian telah tiba kekelas kembali dengan dua buah meja dan kerusi. Disusun rapi kerusi dan meja tersebut di belakang kelas. Kedua-dua mereka tersenyum ke arah kedua-dua orang lelaki yang membantu mereka. Irina segera mengambil tempat duduknya. Gadis itu hanya mengekori dari belakang. Zaidi dan Pian masih berada disitu menanti kehadiran mereka.
“ Assalamualaikum, siapa nama kamu?” berbasa-basi nampaknya Zaidi. Pian segera memalingkan mukanya ke arah Zaidi. Sekali lagi, Pian dirundung kekeliruan. Pelik dengan tingkah laku Zaidi. Tidak pernah dia melihat sahabatnya itu peramah sepanjang persahabatan mereka. Selama ini pun , Zaidi hanya mendiamkan diri dan tidak pernah mengambil tahu tentang orang lain kecuali mengenai dirinya sendiri.
Irina  tersentak sebentar. Dia menoleh ke arah gadis disebelahnya. Cuba mencari kepastian.
“Waalaikumussalam. Nama saya Maya,”balas  Maya. Zaidi mengangguk perlahan. Kemudian dia meleretkan pandangannya kea rah Irina. Diminta membalas pertanyaan yang diajukan .
“Nama saya Irina,” sekali lagi Zaidi mengangguk perlahan tanda memahaminya. Nampaknya ada dua orang baru di dalam kelasnya. Sesuatu yang menyeronokkan walaupun kelihatan sedikit menggusarkan.  Menggusarkan kerana pastinya persaingan yang sengit bakal berlaku.Irina hanya tersenyum.
“ Thanks,”Irina mengucapkan terima kasih kepada Zaidi dan Pian. Kedua-dua jejaka tersebut hanya mengangguk perlahan. Tersipu-sipu malu. Sejurus Irina dan Maya melabuhkan punggung mereka di tempat duduk masing-masing. Pian masih lagi merenung tajam ke arah Zaidi. Masih lagi tergamam dengan perlakuan Zaidi.Lelaki itu  hanya berdiam diri. Tidak memberi apa-apa respon. Akhirnya dia meminta diri meninggalkan Pian keseorangan melayan imaginasi yang terapung-apung tidak mencecah bumi itu.
Pada masa yang sama Cikgu Rosmaniza masuk ke dalam kelas.Kedatangan Irina dan Maya disambut dengan hati yang terbuka.Namun,hati Irina tetap terusik. Ternyata dia mula merindui sekolah dan rakan-rakannya di Selangor. Sebak di dada  berasak kembali mengisi setiap ruang yang kosong. Hampir-hampir sahaja menumpahkan air mata. Namun, ditahan-tahan juga.Biarlah angin yang berpuput dari arah perbukitan berhampiran menerbangkan perasaannya kala ini. Perlahan-lahan kelopak matanya dipejam.


RASYLAN memandang sekeliling. Memerhatikan keadaan sekelilingnya walaupun, suasana disitu tidak pernah berubah sepanjang 4 tahun dia menetap disitu. Sekolah ini bagaikan persinggahan kedua baginya kerana hampir separuh hidupnya disalurkan ke situ. Tapi hari ini suasanamenjadi berlainan sedikit. Seperti angin yang bertiup mengkhabarkan sesuatu padanya. Rupa-rupanya, perkhabaran yang dibawa angin itu ialah kemasukan pelajar-pelajar baru ke kelas. Kerja yang dalam tumpuannya kala ini terganggu sebentar dek kerana kekecohan rakan sekelasnya. Nampaknya, seramai lapan orang pelajar telah menjadi saudara baru mereka di kelas ini. Enam orang daripadanya merupakan pelajar perempuan manakala dua orang lagi adalah pelajar lelaki.
“ Alamak, budak ‘fresh’ dah masuk dah,” kedengaran suara bisikan rakannya.Sememangnya itu merupakn perkara yang biasa berlaku di situ. Kehadiran sesuatu yang baru disitu menimbulkan pelbagai persepsi di antara mereka. Sama ada positif mahupun negatif. Rasylan memanjangkan lehernya, cuba memerhatikan wajah saudara baru kelas mereka.Dia sekadar menjenguk. Setelah puas menjenguk dia mengembalikan pandangannya ke arah buku yang terbuka dihadapan. Mengembalikan konsentrasi yang terganggu sebentar tadi. Malas hendak mengambil bahagian dalam kekecohan disitu.


AKTIVITI pada malamini menimbulkan kegusaran di dalam hati Irina. minggu orientasi yang dianjurkan merupakan aktiviti bagi mengeratkan silaturrahim antara  ‘formate’. Itulah yang menggusarkan Irina sebenarnya. Adakah semua orang mampu menerima mereka sebagai saudara?Tidak mustahil juga mereka sukar untuk menerima mereka. Maklumlah orang baru. Nampaknya, mahu atau tidak dia terpaksa menempuhi cabaran yang mendatang.
“ Hei, kenapa ni?’ Maya khuatir dengan keadaan Irina tatkala mendengar keluhan kasar yang terlepas dari rangkulan Irina. Irina tersentak seketika apabila mendengar sapaan sahabatnya dan segera memaniskan roman rupanya.
“ Tak delah, Cuma risau dengan aktiviti malam ini,” balas Irina. Maya hanya mengangguk perlahan. Sebenarnya, dia pun merasakan perkara yang sama. Suasana kembali senyap.  Bunyi derapan kasut sahaja yang kedengaran. Kala ini, mereka sedang dalam perjalanan menuju ke hostel. Masing-maisng melayan perasan sendiri.
Irina memandang kea rah langit yang membiru. Melihat dibalik awan bagaimana kehidupannya kala ini.Seakan-akan terbayangkan perjalanan hidupnya disitu. Namun, dia tahu bahawa ALLAH mengaturkan kehidupannya dengan baik disini kerana sebagai manusia, Irina sedar dia hanya mampu merancang tapi selebihnya yang Maha  Esa yang tentukan. Cuma dia perlu bersabar untuk mengecapinya. Sekali lagi, matanya dipejam menikmati deruan angin yang bertiup perlahan menampar-nampar pipinya.

Sunday 26 February 2012

BAB SEBELAS


SILING bilik yang putih itu ditatapnya dengan sepenuh hati. Seperti ada bayangan diatas sana. Kala ini Dini berbaring terlentang di atas katilnya yang empuk. Namun, hatinya melayang jauh. Jauh dari tempat dia berada sekarang. Kerutan diwajahnya menceritakan segala-galanya yang terbuku di hati. Walau seribu kerutan sekalipun yang timbul itu tidak akan mampu menenangkan hatinya ini.
Pemain MP3 yang berada di atas meja kecil di rangkulnya. Lagu Bruno Mars terngiang-ngiang ditelinga sekaligus membawa minda menjelajah jauh menerusi lagu tersebut. Hanya jasadnya sahaja yang tinggal.
‘ I know that you’re out there somewhere out there,’
‘I want you back, I want you back,’
‘They think that I’m crazy, they don’t understand,’
Gumamnya terhenti disitu. Tidak mampu diteruskan lagi walaupun dia mengetahui bait lagu seterusnya. Dia menggeleng-gelengkan kepala. Cuba menjernihkan minda dan mata hatinya. Namun, dia tidak mampu berbuat demikian. Keluhan berat terlepas dari rangkulan nafasnya itu. Seperti organ pernafasan tersebut tidak mampu   menanggungnya lagi.


 “ RINA awak dikehendaki untuk masuk ke kelas terlebih dahulu. Minta maaf saya tak dapat nak hantar awak sampai ke kelas. Minta maaf ya,” Berkali-kali Julia memohon maaf daripada Irina kerana kesulitan yang dialaminya. Baru sebentar tadi dia menerima panggilan untuk melaporkan diri di bilik disiplin mengenai tugasnya itu.
      “ Ya… it’s okay!” Irina mengangguk tanda memahaminya. Julia hanya bergegas dari situ. Sejujurnya, Irina termanggu-manggu untuk mencari destinasinnya.
     “ Kelas 4 Al Khawarizmi,” Irina hanya mengumamkan perkataan tersebut kepada dirinya. Cuba mencari haluan. Tiba-tiba matanya menangkap kelibat seseorang yang mungkin sama sepertinya.Mencari-cari haluan.
  “ Assalamualaikum,” Irina menyapa gadis tersebut. Gadis itu memalingkan wajahnya ke arah Irina. Sejurus Irina melemparkan senyuman manis kepadanya.  Gadis tersebut memiliki roman wajah seperti artis korea.Pipi yang gebu, tinggi juga orangnya. Dia pun turut membalas senyuman. Senyumannya tampak manis sekali.
“ Waalaikumussalam,” selajur gadis itu menjawab.
  “Awak baru masuk sini?” gadis itu hanya mengangguk bagi menjawab persoalan yang ditanya.
“ Awak dapat kelas mana?” selanjut Irina bertanya lagi.
 “ Saya  dapat 4 Al Khawarizmi,” sambil menyebut nama kelas itu, dia cuba menyelak fail ditangannya. Membuka helaian kertas tersebut dan memandang Irina dengan senyuman yang terukir di bibir apabillla dia membaca butir menerusi kertas di atas tangannya.
  “ Saya pun dapat kelas yang sama dengan awak. Awak tahu tak kat mana kelas tu?” keriangan terpancar di wajah Irina.Segera dia merangkul tangan gadis yang tidak diketahuinya itu menuju ke kelas tersebut setelah gadis itu terdiam buat seketika.
“ Tapi….”  Gadis tersebut tersentak beberapa ketika, cuba melepaskan rangkulan tangan Irina yang begitu kejap.  Akhirnya gadis itu mengalah. Dan hanya mengekori Irina ke tempat yang dituju walaupun bukan tempat yang ditujunya. Tidak disangka-sangka wanita di hadapannya merupakan seoorang wanita yang sangat tegar jiwa.


HAMIDAH hanya mendiamkan diri sahaja. Tidak mengeluarkan apa-apa bicara pun.Wajahnnya menampakkan kerisauan yang tidak berbelah bahagi. Risau dengan keadaan anaknya yang disayangi. Ini merupakan pertama kali mereka berpisah dan sudah tentu mustahil bagi seorang ibu untuk berjauhan dengan anak sendiri. Kegalauan hatinya dapat dikesan oleh Hamdan.
“ Tak payahlah awak risaukan Rina. Dia takkan apa-apa kat sana. Insya-ALLAH dia ok,” Hamdan cuba menenangkan perasaan isterinya itu. Sama sekali dia memahami apa yang terbuku di hati isteri yang dicintai. Hamidah hanya memmbatukan diri. Melontarkan pandangannya ke luar, cuba melarikan diri daripada suaminya.
   “ Awak kena percayakan dia, sayang. Kita sebagai ibu bapa dia, perlu bagi pendorong dan semangat pada dia,”  Hamdan mencuba lagi memujuk isterinya itu. Dia amat memahami situasi yang dialami sekarang. Mulut mengiakan namun hati menidakkan. Itulah hakikatnya. Baru sekarang Hamidah menoleh wajah. Kelihatan jelas kerutan di wajahnya. Kerisauan seperti ditambah-tambah.
       “ Saya cuma risaukan dia, bang. Irina tak pernah berjauhan selama ni,” suara Hamidah cukup jelas menandakan dia risau dan takut akan keadaan Irina di sana.
      “ Sayang, remember what I’ve told you,” Hamdan mencuba lagi. Hamidah hanya mendiamkan diri, memalingkan wajahnya keluar jendela, membawa minda dan hatinya bersama angin yang berpuput lembut. Hamdan hanya mendiamkan diri memberikan ruang kepada isterinya untuk bertenang. Sejuurnya,Hamdan juga berasa begitu kerana ini merupakan kali pertama dia berjauhan dengan  ank gadisnya itu.


MEREKA berdua sampai ke destinasi yang di tuju setelah beberapa pelajar di situ menghantar mereka yang sepeti kehilangan arah. Kelas 4 Al Khawarizmi. Kisah mereka nampaknya bermula di sini.
    “Selamat datang ke kelas 4 Al Khawarizmi. Silakan masuk,” mereka hanya saling berpandangan. Tidak terluah pun sepatah kata. Terkejut dengan keramahan seorang daripada rakan sekelas baru mereka. Malik hanya tersenyum. Masih lagi menunggu reaksi kedua-dua saudara baru kelas mereka.
     “ Jemputlah masuk,” Malik tersentak seketika dengan suara Zaidi di belakangnya. Namun, dia berjaya mengawal keadaan.
 Perlahan-lahan kedua-dua gadis tersebut menginjakkan kaki mereka kedalam kelas. Kesemua mata memandang ke arah mereka. Gemuruh perasaan deras mengalir menerusi aliran darah di dalam badan Irina. Dirasakan pipinya hangat.
 “Pian, our newcomers. Jom ambil kerusi untuk diorang,” Zaidi lantang bersuara mengajak seseorang yang bernama ‘Pian’. Dilihatnya orang yang dimaksudkan berpaling ke arah lelaki yang memanggilnya tadi. Lelaki tersebut memandang ke arah mereka berdua. Tergamam buat seketika. Namun, segera dia mengukirkan senyumannya. Pian bangkit dari tempat duduknya dan menghampiri Zaidi.Zaidi segera merangkul tangan Pian dan mereka melangkah keluar. Irina dan gadis yang baru dikenalinya tapi tidak diketahui namanya itu saling bertukar-tukar senyuman. Tidak disangka rakan sekelas mereka sangat peramah dan menerima kehadiran mereka di sini.


ZAIDI dan Pian hanya senyap membisu sepanjang perjalanan mereka. Tiada sepatah kata pun yang terluah di antara mereka berdua. Dilihatnya Zaidi seperti melayan perasaan kala ini. Jadi Pian turut mendiamkan diri tidak mahu mengganggu perasaan Zaidi terbuai dengan arus masa.
Zaidi tidak mengerti mengapa dengan perasaannya kala ini. Seperti sesuatu yang sedang bergejolak membuatkan jiwanya tidak tenteram. Semuanya disebabkan seorang gadis yang  juga ‘newcomer’ itu.
    “Hoi, menung jauh nampak.Cik abang oi, dah sampai dah….”  Zaidi tersentak buat seketika dengan sindiran Pian. Barulah dia perasan bahawa langkahnya terlebih. Menungannya tampak berjauhan sehingga menghanyutkannya daripada realiti. Tanpa menoleh ke belakang dia perlahan-lahan berundur kebelakang menghampiri Pian. Pian pula memandang denagn renungan yang penuh muslihat. Sememangnya, dia cukup masak dengan perangai Zaidi. Bahkan persahabatan mereka telah mencecah hampir 4 tahun bersama.
       “ Mana ada termenung.Tengah exerciselah. Tak nampak ni?” Zaidi bergerak ke hadapan dan kebelakang. Lagaknya seperti orang bersenam aerobik. Pian hanya memandangnya dengan renungan yang tajam penuh muslihat.Zaidi akhirnya berhenti dan cuba menyibukkan diri ,mengangkat kerusi dan meja dihadapannya.
    “ Zaidi janganlah nak cuba kelentong aku ni! Dah 4 tahun dah kita kawan…,” Zaidi hanya memekakkan telinganya. Sibuk mengangkat kerusi dan meja. Malas mendengar leteran dan bebelan rakan baiknya itu. Sejujurnya Zaidi tidak mampu menyembunyikan apa-apa daripada Pian. Seakan-akan mereka mempunyai pertalian yang rapat sehinggakan mereka mampu membaca fikiran dan hati masing-masing. Macam cerita Twilight pula. Seperti Edward dan Jacob yang mampu berbicara tanpa suara hanya fikiran yang berkata-kata.
“Kerusi dan meja ni dah cukup ke,” pertanyaan  Zaidi menyentakkan Pian dari bebelan dan leterannya. Ternyata lelaki itu tidak mendengarapa yang terbuku didalam hatinya. Luahan rasa sahabat kepada sahabat. Dia hanya mengeluh panjang. Menggeleng-gelengkan kepalanya. Pening dengan kerenah sahabatnya itu.

BAB SEPULUH



PERJALANAN mereka  tinggal lagi setengah jam sahaja lagi untuk sampai ke destinasi. Tiba-tiba Irina teringatkan sesuatu.
“Pa, Rina rasa ada sesuatu yang tiada.”  Kegusarannya terserlah apabila dia  teringat ada sesuatu yang tertinggal.
“Apa yang tak de Rina?” Kegusarannya juga turut dirasai oleh Hamidah.
“ Kan mama dah ingatkan, tengok apa yang tak de,”  Hamidah yang terkilan buat seketika, menukarkan suasana yang senyap selama ini menjadi hingr-bingar. Irina mencari-cari barang yang terlintas difikirannya. Perlahan-lahan dia mengangkat wajah seperti ingatannya meraih sesuatu. 
“ Setem,” selajur dia menjawab. Hamidah merengus panjang. Hamdan hanya membatukan diri.
“ Tak pelah, depan sana ada pejabat pos,” keputusan yang diuarkan oleh Hamdan memberikan kelegaan kepada Hamidah dan Irina. Suasana yang hingar bingar menjadi senyap kembali.

PAPAN tanda Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar kelihatan berblam-balam di hadapan.Lama-lama jelas kelihatan.Akhirnya mereka sampai ke destinasi yang dituju. 2 Februari itulah tarikh keramat buat diri Irina. Antara takut dan cuak atau yang lebih tepat lagi gementar.
    ‘Macam manalah agaknya nasib aku kat sini.’ Salah satu persoalan yang kerap kali bermain diminda. Kerutan di wajah menandakan bagaimana perasaannya kala ini. Perlahan-lahan kakinya menginjak ke bumi STJ.
Mereka disambut oleh beberapa orang pemimpin pelajar di situ yang sedikit berlainan daripadannya suatu ketika dahulu. Kalau disekolahnya , pemimpin pelajar memakai baju kurung berwarna biru tapi disebuah sekolah ternama seperti ini pemimpin pelajar memakai baju kemeja berwarna ‘peach’, bertali leher, berkot. Maklumlah sekolah elit. Mereka memberikan senyuman kepada mereka tiga beranak.Irina cuba memaniskan roman wajah walaupun dia terpaksa.
Kedua-dua pemimpin pelajar tersebut mengiringi Irina sekeluarga ke tempat pendaftaran. Matanya meliar memerhatikan persekitan sekolah yang begitu cantik. Hamidah rancak berbual dengan salah seorang pemimpin pelajar di situ,begitu juga dengan Hamdan. Irina hanya mendiamkan diri. Masih lagi dalam cubaan untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru.  Mereka bertiga di sambut lagi dengan beberapa orang pemimpin pelajar di pintu masuk dewan tersebut yang menguruskan bahagian  pendaftaran.
“Selamat datang ke Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar,” seorang gadis mengulumkan senyuman kepada mereka bertiga.Irina membalas senyuman tersebut walaupun tanpa kerelaan. Sememangnya dia berasa takut kerana tidak pernah dia berjauhan dengan kedua orang tuanya.
Selesai dengan prosedur yang sepatutnya, mereka dikehendaki menghadiri taklimat di sebuah bilik. Tiada apa-apa yang menarik perhatian. Hanya ucapan oleh pengetua sekolah tersebut dan beberapa pengenalan daripada beberapa guru penolong kanan tadbir. Irina ditempatkan disebuah kelas aliran sains tulen namun, dia terpaksa mengambil matapelajaran tambahan iaitu seni. Sukar baginya menerima hakikat tersebut kerana sememangnya dia tidak pernah terfikir akan mempelajari sesuatu tiada pada bakat gadis semasa ini. Maka  bermulalah kehidupan barunya disini.
Irina dipandu oleh seorang pemimpin pelajar yang dikenali sebagai Julia Farisya. Orangnya manis dan cantik. Tinggi lampai.pastinya gadis ini merupakan tumpuan di sekolah ini. pelbagai anggapan yang bermain di minda.Akhirnya,Irina ditempatkan di kamar R3-K5. 
“ Baiklah ini kamar awak dan nampaknya ini loker awak.,” Julia menunujukkan kamar serta loker kepadanya. Irina hanya mengangguk perlahan tanda memahami. Julia juga memberi beberapa garis panduan dan peraturan yang mudah kepada Irina.
“ Kalau ada apa-apa masalah, awak boleh rujuk saya ye. Malam ini kita ada agenda yang perlu dilaksanakan. Rujuk pada fail yang awak dah dapat untuk info lanjut,” kata, gerak- geri Julia membuatkan Irina selesa berdampingan dengannya. Selajur, Julia meninggalkan Irina serta keluarganya bagi memberikan sedikit ruang kepada mereka untuk diluangkan bersama.
Hamidah dan Hamdan menolong Irina mengemas serta menyusun barang-barang.
“ Ha… Macam mana?Mama tengok ok je pelajar kat sini,” tersentak Irina dengan ungkapan mamanya itu. Namun, dia hanya mendiamkan diri. Hamidah dan Hamdan berbangga dengan  sekolah baru puterinya itu.

ANGIN yang berpuput lembut tidak mampu menyingkirkan perasaanya kala ini. Hatinya tetap tidak tenteram. Kerutan di wajah menunjukkan bagaimana hatinya berbicara.
“Hei, whats up man? Anything wrong?” Malik menyapanya daripada belakang. Jamal tetap membatukan diri. Lagaknya seperti ayam yang  kehilangan anak. Malik mengekori anak mata Jamal. Tiada apa ynag kelihatan di hadapan. Hanya perbukitan yang menghiasi alam ALLAH. Akhirnya, Malik meninggalkan Jamal. Tidak mahu menganggunya lagi. Tiada sebarang respon diterima oleh Malik. Jamal merengus kencang.


“RINA jaga diri bebaik ya… mama dan papa balik dulu..” sebak di dada Hamidah menyukarkannya untuk berkata-kata.Begitu juga dengan Hamdan, berat hatinya untuk meninggalkan Irina  disitu. Namun, apakan daya. Ini merupakan yang terbaik untuk kejayaan serta masa depan Irina. Mereka terpaksa berpisah jua. Irina juga dirangkul kepiluan. Tidak semena-mena air matanya jatuh berlinangan. Puas ditahan tapi jatuh jua. Air mata berguguran seperti luruhnya daun-daun pada musim luruh itu diseka. Irina menunudukkan wajah.
Perlahan-lahan Hamidah menghampiri puteri kesayangannya itu. Diangkat wajah yang mongel Irina dan ditatap wajahnya. Tangannya menyeka air mata di bibir mata anak gadisnya itu. Selajur dia tersenyum. Senyuman itulah yang sedikit sebanyak menenangkan hati Irina.
“Janganlah nangis,sayang. Papa dan mama akan datang jenguk Irina minggu hadapan ya,”  Irina hanya mengangguk dengan pujukan ibunnya itu. Dia tahu bahawa semua pengorbanan yang dilakukan oleh kedua orang tuanya itu merupakan yang terbaik untuk dirinya. Walaupun kenyataan ini pahit untuk ditelan tapi itulah hakikat yang harus ditempuhi.
Irina bersalaman dengan kedua mama dan papanya. Kemudian Hamidah dan Hamdan masuk ke dalam kereta pacuan empat roda mereka. Bersedia untuk bertolak. Sempat juga Hamdan memberikan beberapa nasihat yang berguna untuk menaikkan semangat anaknya itu. Diingatkan supaya belajar bersungguh-sungguh. Irina hanya mengangguk dan menghantar ibu dan bapanya dengan seulas senyuman yang manis. Dia telah menanamkan tekad untuk memberikan kejayaan bagi mengembirakan kedua orang tuanya.
  Rina, awak dah bersedia untuk masuk ke kelas,” suara Julia mengejutkan gadis itu daripada lamunan disiang hari. Lantas, dia menoleh  dan tersenyum.
“ Ya… saya sedia,” ujarnya pendek sambil tersenyum. Perlahan-lahan dia mengekori Julia menuju ke destinasi seterusnya walaupun tidak seiring dengan hati waktu ini.



Saturday 25 February 2012

BAB SEMBILAN



IRINA melontarkan pandangannya ke luar tingkap. Permandangan di luar tingkap bergerak laju seiring kelajuan kereta pacuan empat roda GMC  milik En. Hamdan. Menungannya seperti membawa hati yang lara. Sekarang dia dalam perjalanan menuju ke sekolah barunya nanti. Kegalauan hati memuncak-muncak sejurus melepasi sekolah lamanya itu. Hamdan mengerti perasaan anaknya kala ini. Perkara yang biasa berlaku bagi setiap manusia. Oleh itu, Hamdan hanya mendiamkan diri. Membiarkan sahaja puteri kesayangannya melayani perasaan. Irina menundukkan pandangannya. Berusaha mengawal emosi kala ini.
       “Are you okay, Rina?”  Hamdan bertanya perihal anaknya itu. Irina tersentak mendengar pertanyaan papanya. Dia segera mengangkat muka dan cuba sedaya upaya untuk memaniskan roman muka. Dia mencuba tersenyum walaupun nampaknya hambar.
    “ I’m okay, pa”

DINI mengelamun jauh sambil memandang keluar jendela kelasnya. Hatinya tidak tenteram kala ini. Pemergian Irina sangat mendukacitakan. Nampaknya, tiadalah teman untuk bergaduh. Sekali pandang, seperti sedang menghayati permandangan semula jadi. Namun disebalik renungannya, hanya yang Maha Esa yang mengetahui. Seiring dengan menungannya itulah,perlahan-lahan memori masa lalu menginjak minda lelaki tersebut. Bagaimana pertemuannya bersama Irina. Lagak seperti orang yang baru putus cinta.

Imbas lalu:
Sekolah menengah Bandar baru  bangsar selangor 
2008
Dini melangkah masuk ke kelas dengan hati yang membara.Dia kembali ke tempat duduknya. Cuba untuk menenangkan fikirannya. Amarah semakin menguasai fikiran kala ini. Mujur tiada siapa di dalam kelas itu. Jika tidak mahu dilambung-lambung sesiapa yang ada berdekatannya. Geram dengan sikap Irina. Perhubungan dia  bersama Irina menjadi buah mulut rakan-rakannya. Ego tercabar. Padahal tiada apa yang berlaku antara mereka berdua. Hanyalah kawan semata-mata.
     “Hei, chilllah bro. Hal sikit punya pasal,rileks…” Kamal menginjakkan kaki ke kelas untuk menenangkan sahabatnya itu. Baginya Dini memang begitu. Takhta keegoan merupakan sesuatu yang penting. Kamal melabuhkan punggung disebelah Dini. Dini hanya mendiamkan diri. Tidak menoleh, tidak menjawab.
      “Kau patut bersyukur sebab ada orang suka kat kau tau. Aku ni kesian… orang yang aku suka., dah melepas tau tak..” Sedih bunyinya. Kamal meluahkan perasaannya kala ini. Suasana tetap tegang. Dini terus-terusan mendiamkan diri. Itu merupakan perkara yang terbaik dilakukan. Kamal tidak mahu mengganggu Dini, lalu mengambil keputusan untuk sama-sama mendiamkan diri. Kamal kembali untuk meneruskan agendanya.
Irina melangkah masuk ke dalam kelas.Muka penuh dengan seribu kerutan. Situasinya pun sama seperti Dini. Amelia hanya mengekori daripada belakang. Kamal memandang ke arah Amelia dengan seribu satu pertanyaan. Amelia hanya mengangkat bahu, tidak  mahu menerangkan apa-apa lagi kepada Kamal. Baginya itu hanya mengeruhkan lagi keadaan. Muka juga kelihatan sugul.
Irina merengus kencang ibarat naga yang menghembuskan nafas apinya ke arah musuh. Ternyata hati serta minda dikuasai amarah. Amelia mengambil tempat duduk disebelah Irina. Cuba untuk menenangkan gadis itu. Dia memang cukup masak dengan perangai sahabatnya itu. Amelia seorang yang cukup sabar. Oleh sebab itulah, hanya Amelia sahaja yang mampu bertahan dengan Irina.
 Amelia menoleh kembali pada Kamal. Begitu juga dengan Kamal. Tatapan mata mereka bertembung,Cuba untuk berkomunikasi menerusinya untuk mengetahui perihal kedua-dua rakan mereka. Namun, tiada apa yang mampu dilakukan. Serentak mereka mengeluh berat.


LAMUNAN Dini bersepai apabila dia dikejutkan oleh kedatangan Amelia disebelahnya. Segera dia menoleh ke arah  Amelia. Gadis itu perlahan-lahan melabuhkan punggungdisebelah Dini. Dini hanya tersenyum hambar. Namun, senyumannya itu tidak mampu menyembunyikan kegalauan hati kala ini. Menyedari usahanya itu gagal, lantas dia menundukkan pandangan ke bawah.  Amelia hanya meleretkan senyuman. Tidak disangka lelaki yang terkenal dengan tembok keegoaanya,sekarang bersusah hati kerana seorang gadis.
       “ Teringatkan dia ke?” Dini hanya mendiamkan diri dengan soalan yang diajukan oleh Amelia.
      “ Macam manalah agaknya Rina kat sana?”Amelia meluahkan kerisauannya. Dini hanya membatukan diri. Suasana senyap buat seketika. Tiba-tiba Dini bingkas bangun dari tempat duduk,  beredar dari situ. Amelia memahami perasaan rakannya itu. Dia turut gusar memikirkan nasib Irina di sana memandangkan Irina mempunyai Amelia sahaja untuk berkongsi segala-galanya. Rengkulan nafas dilepaskan, kedengaran begitu berat sekali ibarat batu besar yang menghimpit dada.

Friday 24 February 2012

BAB LAPAN


Matahari merunduk kembali melalui barat. Kala ini langit yang membiru perlahan-lahan bertukar merah tembaga yang berbalam-balam. Burung-burung beterbangan kembali ke sarang masing-masing. Barangkali mengerti nikmat  yang ALLAH berikan ini digunakan sepenuhnya untuk beristirehat. Namun, bagi Irina malam yang dialu-alukan ini merupakan malam terakhirnya untuk meluangkan masa bersama keluarganya yang tercinta.
Irina sibuk mengemaskan barang-barang keperluannya esok. Walaupun, hati dirundung pilu tapi dia mengerti perjuangan yang semestinya dia tempuhi. Sedang leka menyusun bajunya di dalam beg,telefonnya berdering. Dia segera merangkul  telefon bimbitnya. Bukan panggilan yang masuk, tetapi mesej yang baru dihantar. Irina tertanya-tanya siapakah yang menghantarnya. Perlahan-lahan dia menekan butang ‘ open’. Mesej yang dipaparkan adalah daripada gurunya, Cikgu Ahmad.
     ‘Sibuk tengah buat persiapan ke?’ Irina hanya tersenyum. Tangannya ligat menaip mesej bagi membalas mesej tersebut.
‘ Yup, busy for a while. Cikgu jangan lupakan saya tau.’ Lantas dia menekan butang ‘send’ pada telefon bimbitnya.
 ‘ Yelah, saya tak nak kacau awak mengemaslah. Apa pun, good luck in your new life there’  Tersentuh hatinya buat seketika waktu. Memang benar, kesedihan tidak pernah lekang dari jiwanya. Irina hanya meleretkan senyuman pada kata-kata nasihat gurunya itu.
 Perlahan-lahan dia meletakkan telefon bimbit tersebut disisi tempat dia duduk. Sejurus itu, dia melontarkan pandangannya ke luar jendela . Menikmati suasana malam yang dingin dan merupakan malam yang terakhir untuk dinikmati sebagai pelajar sekolah menengah harian biasa. Malam terakhir juga untuk menikmati malam yang indah di rumahnya. Kerana pada keesokan hari hidup yang baru bakal ditempuhi.
Di kala menungannya jauh tidak terjangkau dek akalnya, minda terus meraih pada satu memori yang sukar dilupakan. Perlahan-lahan minda menginjak ke memori terindah tersebut. Sukar baginya melupakan memori tersebut.


Imbas kembali:
Sekolah menengah Bandar baru bangsar, Selangor
2009
Lambat-lambat Irina melangkah menuju ke kelasnya. Tiada apa yang menarik untuk dinikmati pada hari ini. Mindanya hanya tertumpu pada ‘study’ ,meraih kejayaan yang cemerlang untuk PMR bagi tahun ini.
Sampai sahaja  di kelasnya, dia segera meletakkan beg sandang di atas kerusi dan melabuhkan punggungnya. Masa yang berbaki digunakan dengan sebaik-baiknya sebelum masa menginjak ke pukul 7.20 pagi menandakan perhimpunan pagi akan bermula.
Kamal yang baru sahaja tiba ke kelas hanya meleretkan pandangannya pada Irina. Tiba-tiba bibirnya yang kusam meleretkan senyuman nakal. Nampaknya disebalik senyuman tersebut, ada misi  yang akan direncanakan pada hari ini. Khususnya buat  gadis idaman , Irina.
Irina hanya menumpukan perhatiannya kepada pembelajaran. Barangkali, tenggelam dalam kekhusyukannya mengulang kaji pelajaran. Kamal tersenyum melihat perilaku Irina. Nampaknya, misi akan berjalan lancar.
Kamal menerkam ke arah Dini yang baru sahaja malangkahkan kakinya ke dalam kelas. Dini tersentak dengan pelakuan Kamal hanya merenung tajam ke arah lelaki itu. Kamal hanya tersenyum. Dini  meneruskan perjalanannya dan meletakkan beg di atas kerusi. Belum sempat melabuhkan punggungnya di atas kerusi bagi melepaskan lelah yang tersisa, tangannya dirangkul, ditarik keluar kelas.
   “ Kenapa ni Kamal?” Dini tidak senang diperlakukan sebegitu rupa oleh Kamal. Dia cuba mencari jawapan.
    “ Beb, ingat tak hari ni ‘birthday’ minah tu?” Kamal memuncungkan bibirnya ke arah Irina. Dini meleretkan pandangan matanya ke arah yang sama. Dilihatnnya Irina sedang khusyuk mengulangkaji pelajaran.
    “ Kenapa?” Dini memulangkan kembali pertanyaan tersebut kepada Kamal. Riak muka Kamal berubah. Jengkel dengan respon yang diberikanoleh Dini.
“ Aku ada planlah nak kenakan minah tu!” Kamal menjelaskan apa yang bermain difikirannaya kala ini. Pada masa yang sama, senyuman nakal kembali menghiasi bibirnya yang kusam. Agaknya, seronok dengan agenda terbaru itu.
“En.Kamal, saya malas nak terlibat dengan misi awak ni. Boleh tak awak kongsikan idea bernas awak dengan Amelia je.” Dini segera melepaskan rangkulannya daripada pegangan Kamal. Sejurus dia memanggil Amelia yang baru sahaja menginjakkan kakinya ke kelas. Amelia termanggu-manggu apabila namanya dipanggil.
“ Amelia, mamat ni  have something to say. Kamal, just tell her about it. I don’t want to involve. Bye…” Dini segera menuju ke arah  tempat duduknya. Amelia hanya melemparkan pandangannya ke arah  Dini dan kembali semula kepada Kamal. Pada masa yang sama, Dini sempat mengerling ke arah Irina yang dilihatnya sibuk sekali. Sememangnya Dini tidak pernah melupakan tarikh keramat pada hari ini. Kalau boleh dia pun ingin melibatkan diri dalam misi tersebut. Namun, ego yang membataskannya.
“Apa Kamal?” Amelia cuba mencari jawapannya menerusi Kamal. Kamal membisikkan sesuatu kepada Amelia. Gadis tersebut hanya memicingkan anak telinga. Riak muka seperti sedang menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap sesuatu maklumat yang baru. Sejurus kemudian, kedua-duanya meleretkan senyuman. Apakah itu?

 IRINA mengerlingkan anak matanya ke arah jam tangan yang sudah menunjukkan pukul 7.15 pagi. Dia segera mengemaskan barangan untuk melaksanakan tugasannya selaku pemimpin pelajar. Tiba-tiba dia merasakan sesuatu yang tidak kena tapi dia mengendahkan sahaja perasaan tersebut.
Buku yang disusun diletakkan di bawah meja. Dia membuka zip begnya untuk mengambil buku nota. Tidak semena-menasesuatu yang begitu asing berterbangan keluar daripada begnya. Rupa-rupanya kupu-kupu.Irina tersentak. Hatinya telah memercikkan api-api kemarahan. Belum meletup sahaja lagi. Alamatnya, dalam beberapa saat sahaja lagi anak gunung berapi Krakatoa bakal meletuskan laharnya. Barangkali, Irina sudah mengetahui angkara siapa.
    “KAMALLLLLLL…….” Nampaknya  gunung berapi sudah meletus. Irina memicingkan pandangannya mencari-cari kelibat Kamal. Dini yang khusyuk dengan kerjanya tersentak apabila terdengar jeritan Irina. Nampaknya, misi Kamal sudah mengena. Dini hanya melirikkan senyuman. Geli hati dengan apabila memikirkan reaksi Irina kala ini.

KAMAL terkekeh-kekeh menggelakkan gelagat Irina. Kala ini Kamal sedang menyembunyikan diri di sebalik pintu agar tidak kenampakan oleh Irina. Bersamanya Amelia. Berpakat mengenakan Irina pada hari jadinya.
 “ Ingat perancangnnya tau!” Kamal sempat mengingatkan tugas Amelia. Gadis tu hanya mengangguk. Pincingan mata Irina terhenti ke arah mereka. Kedua-dua sahabatnya tergamam seketika.Membisu seribu kata takut pada renungan tajam gadis itu.
“Good luck Kamal,” Amelia sempat memberikan kata-kata terakhirnya sebelum membuka langkah seribu meninggalkan Kamal keseorangan. Kamal hanya meleretkan senyumannya. Tidak gentar bertempur dengan singa betina di hadapannya . Lagaknya tampak tenang. Irina perlahan-lahan melangkah ke arah Kamal. Hatinya sakit diperlakukan sebegitu rupa. Kamal juga perlahan-lahan menginjakkkan kaki ke arah Irina, bersedia untuk bertempur. Namun, kakinnya membuat pusingan 180 darjah. Sedia membuka langkah seribu. Kamal membuka lariannya dalam cubaan melarikan diri. Lagak yang dipertotonkan seperti Hang Tuah hanyalah bayangan semata-mata. Sebaliknya melarikan diri. Irina terpaku seketika melihat tindakan terakhir Kamal. Selajur, dia mengejar lelaki itu. Hatinya belum reda lagi.
      “ Happy Birthday, Rina.” Kamal separuh melaung sambil meneruskan lariannya.takut tertangkap oleh Irina.

IRINA tertawa apabila kenangan tersebut muncul dalam bentuk memori. Itulah satu-satunya hadiah hari jadi yang akan diingati seumur hidupnya.