Tuesday 6 March 2012

BAB SEMBILAN BELAS


IRINA, Syamil, dan beberapa lagi kumpulannya sibuk membincangkan tentang topik yang baru diterima mereka beberapa minit yang lalu. Ini merupakan perjuangan pertama mereka untuk pertandingan bahas HKSBP Zon Selatan. Sekarang mereka berada di Sekolah Menengah Sains Muar yang terletak di Johor. Tambahan pula, ini merupakan perjuangan pertama  mereka bagi hari ini.
Langit diluar kelihatan berbalam-balam menandakan sudah lewat petang. Namun, tumpuan mereka tidak tergugah pun denagn misi yang berada dalam genggaman.  Malam ini mereka akan berentap dengan sebuah sekolah yang menjadi persaingan mereka selama ini, Sekolah Menengah Sains Rembau. Disebabkan itulah, mereka perlu mencurahkan keringat dan usaha mereka sehabis mungkin.Di meja sebelahnya pula perbincangan rancak dilakukan oleh pasukan bahas Bahasa Melayu. Malik juga merupakan salah satu pembahas bagi kumpulan itu.
 Bilik kuarantin tersebut menempatkan dua buah meja yang mewakili bahas dan ‘debate’. Mereka diperuntukkan masa selama 15 minit uuntuk melakukan persiapan untuk berentap.
Wajah Irina tampak serius memikirkan isi-isi yang bernas untuk pertandingan ini. Tanggungjawab yang digalas sebagai pembahas pertama kali ini membuatkan tubuh Irina menggeletar. Sememangnya, dia tidak pernah menggalas tanggungjawab sebagai pembahas pertama. Selama ini pun dia hanya menjadi pembahas ketiga. Kecut perut juga dibuatnya. Namun, impak positif segera diraih sebagai cabarannya . Begitu juga dengan Syamil.
                                                              

LANGKAH mereka penuh dengan semangat menuju ke medan pertempuran. Walaupun, rasa-rasa takut menjalar di dalam salur darahnya  namun, ditolak ketepi. Mereka bertiga mengambil tempat masing-masing. Bersedia menyusun strategi. Malam ini mereka berada di pihak pencadang. Maknanya Irina yang akan membuka dewan pertarungan. Irina mengumpul keyakinan walaupun dia dapat merasakan adrenalin mengalir deras dalam tubuh menunjang tulang belakangnya. Gadis itu menarik nafas dalam-dalam dan sedia memulakn bicara. Permulaan yang sangat memberangsangkan daripada Irina. Segera mengalihkan pandangannya kepada Cikgu Fiza.Gurunya hanya memberikan isyarat ‘thumbs up’ dan tersenyum tanda berpuas hati dengan usahanya.
“ Good luck okay,” Irina membisikkan kata-kata semangat kepada rakan seperjuangannya sambil menghulurkan helaian kertas yang tercatat beberapa isi yang diutarakan daripada pihak lawan.  Dia  mengangguk perlahan, bersedia untuk melaksanakan tanggungjawabnya. Irina memandang ke arah Syamil di kerusi penonton. Pada kali ini, lelaki itu hanya menjadi pemerhati,tetapi selepas ini dia akan memberikan tanggungjawab tersebut kepada Syamil kembali. Syamil menyedari pandangan Irina dan membalas pandangannya dengan segarit senyuman. Gadis itu hanya membalas kembali. Lelaki itu sempat juga memberikan isyarat ‘thumbs up’ kepada Irina.Gadis itu kembali melemparkan pandangannya ke hadapan menumpukan segala perhatiannya.
“I think we can win this game,” Syamil berbisik kepada Cikgu Fiza. Wanita ituhanya mengangguk perlahan. Dia punmemikirkan perkara yang sama.
“ I think the same way too. Tengok  second speaker dia tergagap-gagap. Kalau compare dengan isi saya rasa kita mampu kalahkan mereka,” Cikgu Fiza mengalihkan pandangannya kepada Syamil menyatakan perasaannya kala ini. Mengharapkan kemenangan merupakan sesuatu yang seharusnya menjadi milik mereka. Namun, diserahkan kepada Ilahi. Sesungguhnya, manusia hanya mampu merancang tapi ALLAH yang menentukan. Kala ini, Syamil pula yang mengangguk. Melihat daripada kekuatan kedua-dua pihak lawan, kumpulan mereka mampu memenangi pertempuran kali pertama ini.
“ But be careful. One of them , is SEMESRA,” kata-kata Cikgu Fiza mengejutkan lamunan kemenangannya. Pada masa yang sama, telunjuk Cikgu Fiza menunjukkan kepada satu arah iaitu para hakim. Syamil memandang kembali ke wajah gurunya itu dengan perasaan yang agak terkejut. Boleh jadi mereka bakal kalah pada malamini.
Pengakhiran pertempuran antara kedua-dua buah kumpulan memberika seribu satu pertanyaan. Siapakah yang akan memenangi pertandingan ini. SEMESRA atau STJ? Debaran kian terasa. Perbincangan antarapara hakim sedang dilakukan dalam menentukan siapakah pemenangnya. Sesekali terlihat kepala para hakim terangguk-angguk. Keringat mula timbul menerusi dahi Irina. pandangannya hanya ditundukkan dalam usaha untuk menenangkan perasaannya kala ini.
Keputusan telah pun diserahkan kepada pengerusi majlis.  Detakan jantung semakin terasa berombak-ombak yang mampu memecahkan dadanya. Pengerusi majllis itu hanya memandang para juri dan semua ahli dewan tersebut sehingga menimbulkan kegusaran di hati mereka. Lama juga mereka menunggu, akhirnya.......
“ The winner for tonight is…..


 “ APASAL diorang leh menang pulak,” sememangnya Syamil tidak berpuas hati dengan keputusan yang diumumkan. Baginya keputusan tersebut  sepatutnya milik mereka. Yang lain hanya mendiamkan diri. Tidak tahu apa yang mampu diperkatakan. Mereka juga tidak berpuas hati dengan keputusan yang diumumkan itu. Tidak adil langsung. Seperti ada sesuatu yang tidak kena.Tidak semena-mena Syamil menendang salah satu tiang pada laluan pejalan kaki tersebut. Dia benar-benar membara kala ini. Irina tersentak dengan perilaku lelaki itu. Begitu juga yang lain. Mereka tidak menyangkakan perbuatan yang dilakukan oleh Syamil sebentar tadi. Lelaki itu benar-benar diamuk rasa marah. Irina  dan yang lain terhenti buat seketika. Tergamam dengan apa yang berlaku.Cikgu Fiza pula hanya mampu mengeluh. Dia mengerti apa yang dirasai oleh Syamil. Mata mereka semuanya memandang ke arah lelaki itu. Syamil hanya melangkah pantas menuju ke bilik ‘kuarantin’. Sekali lagi mereka saling berpandangan antara satu sama lain.
Setibanya mereka ke bilik tersebut, Syamil sedang duduk disatu sudut dibelakang. Pada waktu itu,pasukan bahas masih belum habis lagi ‘pertempuran’ mereka. Suasana kembali sunyi. Kalau serpihan kaca yang jatuh pun mampu memberi bunyi yang  jelas.
“ It’s okay guys. This is our first shot. We’ve another shot to think about,” suara cikgu Fiza memecahkan kebisuan mereka. Semua mata memandang ke arah Cikgu Fiza. Dia hanya menguntumkan senyuman yang paling manis buat kumpulannya dengan harapan senyuman tersebut mampu mengurangkan kesedihan dan kekecewaan mereka pada waktu ini. Cikgu Fiza memicingkan pandangannya ke arah Syamil. Lelaki itu hanya menundukkan pandangannya. Kerutan yang menghiasi wajah akibat kekecewaan yang dialami perlahan-lahan mengendur. Disebalik tundukannya dia mengangguk kecil. Irina hanya memandang perlakuan Syamil itu. tentunya mereka berada pada fasa yang kritikal kerana kekalahan mereka pada malam ini sedikit sebanyak melunturkan semangat perjuangan mereka.
“ Okay, malam ni kamu semua berehat sebab kita ada perjuangan yang harus dibayar esok,” Cikgu Fiza segera bangkit dari tempat duduk menghadap pelajar-pelajarnya. Perlahan-lahan mereka semua bangkit dari tempat duduk masing-masing. Semangat yang ditunjukkan olah guru mereka sedikit sebanyak menaikkan kembali semangat mereka.

KEESOKAN harinya merekka bakal bertempur lagi. Walaupun, mereka tidak seyakin seperti semalam. Kekalahan pada malam itu memberi tamparan kepada mereka. Kali ini Syamil akan mengambil tangungjawab Irina selaku pembahas pertama. Hari ini angin lelaki itu bertambah baik. Irina hanya tersenyum memerhatikan gelagat lelaki  tersebut.
Sekarang mereka sedang menuju ke bilik ‘pertempuran’. Sekolah yang bakal bertempur tidak diketahui pula bagaimana kekuatannya. Langkah mereka disulami lagi dengan keyakinan. Kumpulan pembahas Bahasa Melayu yang diketuai oleh Malik, telah memenangi ‘pertempuran’ pada malam tadi. Mujurlah, Malik memujuk Syamil,kalau tidak tentu  ‘anginnya’ tidak akan berubah.
Ketiga-tiga pembahas mengambil tempat masing-masing. Menyediakan segala bahan di atas meja. Begitu juga dengan pihak ‘lawan’. Tampak berkeyakinan namun begitu mereka kelihatan ‘pelik’. Irina pula dikerusi penonton hanya memandang pelik kepada pihak lawan. Perasaan yang sama juga  dirasakan oleh  Cikgu Fiza. Masing-masing hanya menguncikan bicara.
Malik dan kumpulan pembahas yang lain perlahan-lahan menginjakkan kaki masuk ke dalam bilik tersebut. Pada waktu ini mereka tiada sebarang ‘pertempuran’. Dia segera mengambil tempat di sebelah Irina. Gadis itu sedikit terkejut dengan kemunculan Malik. Lelaki itu haya menguntumkan senyuman kepada kedua-dua gadis disebelahnya.
“ Tak de ‘battle’ ke?” Irina membiskkan kata-katanya ke telinga Malik namun, pandangan matanya tetap dikuncikan ke hadapan.
“ Nop.. ‘Battle’ petang ni. Nak tengok koranglah,” jawab Malik.
Irina hanya menganguk perlahan.  Kepalanya segera dipalingkan ke hadapan.
“ Kenapa pihak lawan tak serius?” Pertanyaan yang diajukan oleh Malik itu mmenyebabkan Irina hanya mengangkat bahunya tanda tidak mengerti. Dilihatnya, pihak lawan masih tertawa kecil. Tidak tahu apa yang berlaku.
“ Gembira sangat kot?” ujar Irina.
“ Camne dengan Syamil,” kata Malik
“Quiet good. Thanks ” Irina memalingkan wajahnya dan tersenyum. Malik hanya membalas senyuman itu. Kedua-dua mereka kembali menumpukan perhatian di hadapan. Irina kelihatan sibuk mencatat butiran-butiran penting.
Pengakhiran ‘pertempuran’ antara kedua-dua belah pihak nampak seimbang. Tetapi apabila isi daripada kedua-dua belah pihak dicatatkan, Irina merasakan bahawa pihak mereka bakal memenangi ‘pertempuran’. Cuma perlu berserah pada Ilahi sahajawaktu ini.
Para hakim pula sudah berbincang tentang keputusannya dan sekarang keputusan berada dalm tangan pengerusi majlis. Apakah keputusannya.
“ The winner is opposition side by STJ,. Congratulation,” saat diumumkan keputusan tersebut, masing-masing melonjak kegembiraan.termasuklah Malik. Irina hanya tersenyum melihat gelagat mereka. Sesungguhnya, dia sangat berpuas hati kerana akhirnya pertempuran mereka ‘dibayar’. Irina memandang kea rah Cikgu Fiza dengan isyarat ‘thumbs up’.

No comments:

Post a Comment