Sunday 11 March 2012

BAB DUA PULUH DUA


PAKAIAN yang terletak di dalam ‘luggage’ dikeluarkan. Dilipat elok-elok dan kemas-kemas. Dimasukkan ke dalam loker. Makanan ringan seperti biskut, coklat dan air minuman disusun di bahagian bawah loker. Cadar pula dipasang dan ditarik dengan kemas. Sarung bantal disarung dan dikemaskan kedutannya. Irina tampak sibuk sekali mengemaskan barang-barang walaupun dia baru sampai ke kamarnya. Baginya eloklah dia mengemaskan apa yang patut, selesai sahaja nanti boleh juga direbahkan badannya untuk berehat beberapa ketika sebelum meneruskan ‘perjuangan’ disini.
Ella baru sahaja sampai kekamarnya. Kelihatan berbondong-bondong barangan di kiri kanan tangan. Sejurus meletakkan barangan dan begnya ditepi loker terus sahaja  dia menghempaskan badannya ke katil. Keluhan kelegaan kedengaran di rangkulan pernafasan. Lelahnya tidak juga hilang, namun dapat dikurangkan juga. Dia mengalihkan pandangannya ke arah Irina yang berada bertentangan dengan arah pandangan mata. Walaupun kamar yang berbeza tetapi kelibat dan perilaku gadis itu jelas kelihatan oleh Ella.
Perlahan-lahan Ella bangkit daripada pembaringannya menghampiri Irina yang kelihatan sibuk sekali mengemas. Derapan kaki Ella tidak pula kedengaran dan tidak pula menggugah tumpuan Irina daripada kerjanya. Ella tersengih-sengih apabila minda  menerjah satu idea. Bagaikan harimau yang mahu menerkam mangsanya dengan penuh berhati-hati Ella melangkah perlahan-lahan ke arah  gadis itu.
“ Booooooo…..” terjahan Ella mengejutkan Irina daripada kerja. Kain yang dilipatnya tercampak ke belakang. Irina mengecam suara tersebut. Perlahan-lahan dia memalingkan kepala kearah suara tersebut. Cuba mengamati siapakah gerangan orang tersebut. Renungan tajam ditujukan kepada gerangan tersebut. Diakui, dia benar-benar terrsentak dengan perlakuan tersebut.
“ Ella, kalau aku ada sakit jantung dah lama gugur jantung aku ni tau,”Ella hanya tertawa terbahak-bahak melihat gelagat sahabatnya itu.  Kain yang tercampak ke arahnya diambil dan diserahkan kembali kepada gadis tersebut. Irina mengambil kain tersebut namun, pandangan tajamnya tidak mahu melepaskan mangsanya. Perlahan-lahan ketawa Ella mengendur apabila tiada reaksi daripada sahabatnya itu. dia melabuhkan punggung  kekatil yang berhampiran.
“ So how your debate,” Ella cuba mengalihkan topik perbualan mereka. Menceriakan kembali situasi yang sunyi. Irina pula akhirnya mengalah dan meneruskan kerjanya yang tertangguh dek gangguan daripada Ella.
“ Menang sekali je,” menerusi nada yang terungkap daripada suara Irina kedengaran kecewa pula. Ella pula hanya mengangguk perlahan.
“ Alah, tak pe. Lagipun, lepas nie ada lagi pertandingan yang aku rasa….. perlukan kau jugaklah,”  raut wajah Ella menimbulkan tanda tanya pada Irina. Sekali lagi, kerja yang berada ditangannya terhenti. Dia menoleh kembali pada sahabatnya itu.
“ What do you mean?” ternyata persoalan tersebut masih lagi belum terungkai sepenuhnya. Ella pula hanya menggelengkan kepala pula.
“ Ye… Minggu ni ada bahas. And I think kapitan pun dah pilih kumpulannya. ‘Form’ 5 pulak tak boleh masuk. So kaulah yang jadi kapten,” kata-kata Ella itu sekali lagi menyentakkan Irina. Minda terbejat. Seakan-akan organ yang menakung nyawanya itu berhenti berdetak. Dia benar-benar tak menyangkakan berita tersebut. Tiada apa-apa yang terluah menerusi mulutnya. Matanya sahaja yang terkunci pada Ella.


TIADA apa yang menarik pada malam itu. Kelas pada malam itu dimulakan dengan ‘recall’ untuk mengambil kehadiran para pelajar. Takut-takut adapula yang terlajak cuti. Selesai sahaja, Irina segera melangkah ke  kelas bersama sahabatnya yang lain. Mengambil tempat duduk. Menyusun buku-buku di dalam loker dan meneruskan kerjanya yang masih belum terlaksana.
“ Rina, dah sedia dah untuk pertandingan bahas Rabu ni?” Maya bertanya kepada Irina, namun, pertanyaan terebut disambut dingin memandangkan Irina mengetahui tentang hal itu.
“ Yup, know about it alreadybut there’s no plenty of time,” kegusaran hati Irina diluahkan juga kepada Maya.
“ Alah, I know you can doit. Kalau bendamacam ni je kaukan ‘pakar’,” Irina hanya tersenyum dengan pujian melambung yang diberikan oleh sahabatnya itu.
“ Whateverlah Maya,” kedua-dua sahabat itu tersenyum dan akhirnya meneruskan kerja yang masih belum disiapkan memandangkan pada minggu ini sahaja mereka bakal sibuk menguruskan itu ini. Lagi pula, minggu ‘Aspirasi Bulan Bahasa’ akan diadakan. Jadi masa yang tersisa ini akan digunakan dengan sebaiknya.


BARU sahaja selesai dengan ‘debate’ disambung pula dengan bahas. Kala ini dia sibuk dengan latihan bagi kumpulannya. Tanggungjawab dan amanah yang perlu disandang untuk memimpin pasukan yang mewakili Kurshiah merupakan satu cabaran yang besar. Lagi pula, lawannya ,merupakan satu kumpulan yang arif tentang selok belok perbahasan. Satu lagi cabaran yang besar apabila Malik juga merupakan salah seorang daripada pembahas dalam perlawanan ini.  Pening juga kepalanya memikirkan hal tersebut. Malik merupakan seorang pembahas yang petah berkata-kata. Irina pula sudah terbiasa dengan perbahasan bahasa Inggeris.  Susah sedikit kalau hendak membiasakan diri dengan pertukaran bahasa ini.
Irina melangkah ke kelasnya memandangkan ada kerja yang perlu dilaksanakan. Kerja  tersebut memang perlu diselesaikan memandang pada malamini dia akan sibuk berlatih lagi.
“Rina, kita ada ‘member’  baru datanglah,” Yana menrik lengan Irina dan membawanya ke satu arah kumpulan yang sedang berkerumun. Irina pula hanya mengikuti gerak langkah sahabatnya itu. Tidak mahu bertanya apa-apa.
 “ Rina, yang ini Hani, Zahlia dan Zira. Hani, Zira, Zahlia ini Irina,” Maya memperkenalkan  Irina kepada tiga orang lagi sahabat baru mereka. Irina hanya menguntumkan senyuman menyambut kedatangan mereka. Mereka membalas senyuman yang diberikan. Huluran tangan dihulur tanda persahabatan terjalin. Sebenarnya seramai lima orang rakan baru yang memasuki kelas itu. Tiga orang perempuan manakala dua lagi ialah lelaki. Nampaknya bertambah lagi ahli kelas mereka.
Irina segera kembali ketempat duduknya. Membuku lembaran buku dan menyiapkan kerja sekolah yang perlu dilaksanakan.tumpuan diberikan sepenuhnya pada kerja tersebut. Sehinggakan tiada apa-apa pun yang mampu menggugah tumpuannya kala ini.  Dia mengerling ke arah jam tangannya. Tersentak melihat waktu yang ditunjukkan . Tanpa membuang masa , dia mengemaskan barang-barangnya. Merangkul beg sandangnya dan terus berlalu pergi. Ditangannya tergengam rapi helaian kertas yang mengandungi karangan yang perlu dihantar pada keesokan harinya.
“ Zaidi, if you don’t mind, boleh tak tolong ‘checkkan’ benda ni,” Irina menghulurkan helaian kertas tersebut kepada Zaidi. Lelaki itu mengambil kertas tersebut tanpa sebarang bicara.
“ Malam ni aku tak de. Kau bagi jer kat Maya ok,” tanpa menunggu sebarang kata daripada lelaki itu,Irina segera melangkahkakinya keluar daripada kelas tersebut. Sememangnya dia memang benar-benar kesuntukan waktu. Kerap kali juga dia mengerling  jam ditangannya.
Zaidi pula yang tadi hanya mendiamkan diri tidak berkata apa-apa hanya memandang Irina dengan pandangan yang  penuh persoalan.
“ Boleh dia cakap macam tu je. Rina….Rina,” Zaidi hanya menggelengkan kepalanya. Tidak tahu macam mana mahu menggambarkan perempuan itu sebenarnya. Sentiasa sibuk dengan urusannya. Namun, persahabatan mereka bermula beberapa minggu yang lalu apabila dia dijadikan rujukan untuk subjek ‘Bahasa Inggeris’. Dia meneruskan kerja yang  masih lagi tertangguh.

YANA tersentak dengan perilaku Irina yang kelam-kabut  seperti mengejar sesuatu yang dia sendiri tidak pasti. Dia yang sedari tadi sibuk menumpukan perhatian dengan kerja yang masih bertimbun-timbun memalingkan pandangannya kepada Irina. Maya  pula kala ini tiada disitu. Namun, pandangannya tidak disedari oleh Irina.
Sememangnya, dia berasa kesihan juga dengan rakannya itu. Baru sahaja habis dengan ‘debate’ sambung pula dengan perbahasan. Jadi, Irina terpaksa membahagikan masa untuk menyiapkan semua kerjanya. Walaupun, ‘homework’ yang bertimbun-timbun Irina cuba mencari-cari masa untuk menyiapkan. Kadang-kadang Irina terpaksa ‘stay-up’ untuk menyiapkannya. Namun, tiada apa yang mampu dilakukan oleh Yana . Pastinya Irina akan menolak pelawaan Yana yang mahu membantunya.Gadis itu hanya memandang sayu rakannya itu. Hati hanya berdetak menggumamkan doa agar dipermudahkan segala urusan.


No comments:

Post a Comment