Wednesday 7 March 2012

BAB DUA PULUH



SEPERTI biasa Hamidah duduk berteleku di mejanya menghadap komputer menyiapkan tugasan yang tergendala. Tumpuannya tampak tergugah sedikit dengan deringan telefon di sisi meja. Segera dirangkul telefon bimbitnya dan menjawab panggilan yang masuk.
“ Hallo….” Ujar Hamidah.
“ Ma.. Asssalamuaikum,” suara Irina di hujung corong telefon menghentikan gerakan tangan wanita itu dari terus menaip. Suara anak yang  benar-benar dirinduinya.
“ Waalaikumussalam, Rina… so how your debate?”
“ Alhamdulillah… for now its quite okay. Ma… jemput Rina esok boleh?” lembut suara Irina memujuk ibunya.
“Mmmm…. Yelah. Esokkan?” Hamidah hanya menggelengkan kepalanya.
“ Yup. Ma .. Rina tak leh nak cakap lama-lama ni. Ni pun phone akak dorm. Bye…” belum sempat Hamidah membalas, Irina telah pun meletakkan gagang telefon disebelah sana. Sekali lagi Hamidah menggelengkan kepalanya.pening dengan gelagat anaknya itu.


MALAM itu merupakan malam yang terakhir untuk pertandingan itu. Irina bersama dengan kumpulannya bersiar-siar di perkarangan sekolah. Sekolah itu sememangnya indah kerana terletak disuatu tempat yang benar-benar strategi. Gelak tawa mereka sesekali kedengaran memecahkan kesunyian malam itu. Mujurlah pelajar-pelajar sekolah itu tiada disitu. Semuanya pulang bermalam memandangkan waktu itu merupakan cuti pertengahan tahun.
“ Wei, aku memang tak boleh  lupakan waktu kita lawan dengan TKC semalam,”  Syamil mengingatkan kembali peristiwa yang sukar dilupakan itu. Serentak mereka ketawa. 
“ Yelah, ‘time’ tulah saya kena sakit perut,” terburai tawa mereka berlapan mendengar kata-kata Idham yang merupakan pembahas kedua bagi pasukan ‘debate’ tersebut. Padawaktu ini, kedua-dua buah pembahas turut serta.
“Yelah, ‘time’ tu jugak akak kena migraine,tak taulah sebab apa,” kak Dia juga menyatakan kesulitannya ketika itu. Dia merupakan senior bagi kumpulan ‘debate’ di sekolah itu. Sememangnya begitulah kesulitan yang dihadapi oleh mereka sekumpulan sewktu berentap dengan kumpulan TKC. Sejujurnya,  sangat sengit persaingan tersebut dan tidak dinafikan bahawa saingan mereka sangat kuat.
“ Alih-alih diorang yang menang,” Serentak mereka ketawa. Sememangnya malam terakhir di situ mereka gunakan dengan sebaik-baiknya. Irina juga terasa kegirangannya walaupun bukanlah seperti pasukannya ketika dahulu. Dia akan cuba dengan sedaya upaya untuk menyesuaikan diri.

IRINA merebahkan tubuhnya di atas katilnya yang empuk. Bukan katil di asrama tetapi katil di rumahnya. Dia benar-benar merindui katilnnya itu. Tiada yang banyak berubah selama peninggalannyadia merenung ke arah siling di dalam biliknya cuba menghayati suasana yang terasa begitu asing juga walapun hanya beberapa bulan sahaja sewaktu pemergiannya.
Dia mengalihkan pandangannya ke arah meja belajar. Telefon bimbitnya masih lagi terletak kemas di atas mejanya.Irina segera bingkas  bangkit daripada  pembaringannya menuju ke meja belajar. Namun, langkahnya terhenti seketika apabila berhampiran dengan meja. Sesuatu menangkap pandangan mata. Kini anak matanya masih merenung ke arah yang sama, cuma objek yang pada mulanya difokuskan beralih arah. Irina menatap kepada kad yang tersampul kemas dibawah  telefon bimbitnya. Beribu-ribu persoalan bermain di dalam fikirannya waktu ini. Penat yang merangkul pernafasan dan darahnyaketika itu walaupun baru sahaja sampai ke rumah  hilang serta-merta.
Perlahan-lahan Irina meneruskan ayunan kakinya ke mejan. Dialihkan  telefon bimbitnya ke tepi. Mindanya masih terbejat. Cuba menghuraikan persoalan yang masih lagi bermain-main di benak kala ini. Sampul surat yang berwarna ungu bersegi empat diikat pula dengan ‘ribbon’ berwarna merah jambu perlahan-lahan diambil. Gadis itu berhati-hati menarik ‘ribbon’ tersebut. Takut pula akan merosakkan kad tersebut. Untaian ‘ribbon’ itu diletakkan diatas meja. Kad yang terletak ditangannya  dibuka perlahan-lahan sehingga terbentang luas diatas telapak tangannya.
Irina membaca tulisan diatas kad tersebut. Rupa-rupanya kad tersebut merupakan undangan untuk ke parti hari jadi Amelia yang akan diadakan pada minggu ini.  Segarit senyuman terukir dibibirnya .
“ Ingat juga ‘korang’ kat  akukan,” gumam hati kecil Irina. Telefon bimbit di atas meja segera dirangkul dan pantas mendail nombor Amelia. Kegembiraan hati mengaburi kepenatannya kala ini. Irina terus-terusan tersenyum.

“ NANTI kalau ada apa-apa ‘call’ papa tau. Papa ada kat ‘office’ je ,”Hamidah hanya mengangguk dengan kata-kata suaminya. Begitu juga dengan Irina. Hamdan sedang bersiap-siap hendak kembali ke pejabat.
“ Betul tu. Risau pulak mama,” Hamidah pula membalas. Sememangnya dia risau juga hendak melepaskan  puterinya yang seorang ini.
“ Alah, mama ni janganlah risau. Semua tukan kawan Rina je. Anak murid mama juga,” Irina hanya ketawa melihat gelagat ibunya yang risau akan keselamatannya.
“ Nanti kalau mama risaukan Rina, mama ‘call’ Dini jelah,” kata-kata ibunya benar-banar menyentakkan Irina. Tak sangka juga ibunya mengetahui isi hatinya kala ini. Hamidah hanya tersengih-sengih melihat gelagat anaknya yang mulai tidak keruan itu.
Mujurlah Hamdan menyelamatkan keadaan. Irina cepat-cepat mencium ibunya. Pipinya tampak kemerahan. Malu diperlakukan sebegitu rupa. Cepat-cepat dia mengekori Hamdan masuk ke dalam kereta. Sepanjang perjalanan pun dia hanya mendiamkan diri. Masih lagi terkesan dengan usikan ibunya. Hamdan hanya mengerlingkan pandangan kea rah puteri kesayangannya. Dia faham akan gelora anak remaja. Dia juga percaya pasti Irina tidak akan mencampur adukkan urusan hati dengan pembelajaran. Hamdan hanya tersenyum kecil.

IRINA tiba ke destinasi yang dituju. Di sebuah hotel lima bintang selepas mengucup tangan papanya. Tergamam juga dia kerana buat pertama kalinya dia menjejakkan kakinya di situ. Selama ini dia hanya mendengar khabar angin sahaja tentang hotel ini dan ini merupakan pertama kali dia datang dalam  hidupnya.
Gadis itu hanya melangkah masuk ke dalam hotel tersebut untuk sampai ke destinasi yang seterusnya. Mula-mula dia bertanya sahaja kepada ‘receptionist’ di kaunter hadapan. Mengikut apa yang ditunjukkan kepadanya.Maklumlah, baru pertama kali sampai ke tempat baru. Tidak hairanlah dia untuk berasa takut juga. Akhirnya Irina mengambil keputusan untuk menelefon rakannya itu.
“ Hello, Amelia. Aku ada kat dalam ‘lif’ ni,” kedengaran juga kegusaran  menerusi nada suaranya. Suara di corong telefon sebelah sana hanya ketawa mendengar gelagat rakannya itu.
“ Calm down,  Rina. Okay, kau pergi kat tingkat 3 and then belok kiri. Lepas tu, ada satu bilik dan ada penyambut tetamu dekat depan tu. You hand him your card and problem solve,”penjelasan yang panjang lebar itu hanya disambut dengan anggukan perlahan daripada Irina . Tanda memahami.Sewaktu mendengar penjelasan Amelia itu pun matanya sempatmengerling ke arah lampu diatas pintu lif yang menunjukkan dimana tingkat dia berada sekarang. Takut terlepas daripada destinasinya .
“ Clear?” Suara Amelia mengejutkan gadis itu daripada tumpuannya.
“ I’ll be there in five minute,” balas Irina. Segera dia meletakkan gagang telefonnya apabila  pintu lif di hadapan terbuka. Dia segera mengayunkan langkahnya  mengikut arah tuju yang dipandukan oleh Amelia sebentar tadi. Namun, kala ini hati pula yang berdebar bukan kerana tersesat jalan tetapi berdebar-debar untuk bertemu dengan rakan-rakan lamanya. Bunyi detakan jantungnya seiring dengan bunyi detakan kasutnya.
Sekarang dia berada di hadapan bilik yang di maksudkan. ‘Receptionist’ yang menyambutnya menguntumkan senyuman manis buat gadis itu. Irina hanya membalas senyuman tersebut. Segera dia menghulurkan kad di tangannya . Irina hanya menatap pintu bilik tersebut. Pelbagai persoalan yang bermain di mindanya.



No comments:

Post a Comment