Sunday 4 March 2012

BAB TUJUH BELAS



TIADA apa-apa yang menarik pagi itu. Cuma perhimpunan rumah memandangkan hari tersebut merupakan hari selasa. Ucapan daripada kapten rumah disusuli pula dengan ucapan ketua guru rumah Tunku Kurshiah. Semuanya berkisarkan tentang 3K, akademi, kokurikulum dan sahsiah. Maklumlah, rumah Tunku Kurshiah merupakan antara rumah yamg cemerlang dan telah merangkul lebih daripada tiga anugerah bagi tiga tahun berturut-turut. Selesai perhimpunan, mereka bersurai ke kelas masing-masing. Irina segera melabuhkan punggung  di atas kerusinya. Pelajar lain masih menghadiri perhimpunan rumah melainkan rumah Tunku Kurshiah sahaja. Irina segera membuka buku dihadapannya. Cuba fokus terhadap pembacaannya.
Waktu pertama pada hari ini merupakan subjek bahasa Inggeris. Bagi Irina ini merupakan subjek kegemarannya selain daripada Sejarah dan Bahasa Melayu. Cikgu Fiza sudah memasuki kelas tersebut. Pelajar sibuk mengeluarkan buku-buku yang berkaitan dengan subjek tersebut. Begitu juga dengan Irina. Gadis itu segera menginjakkan kaki menuju ke lokernya mengambil buku-buku yang berkaitan dengan subjek tersebut.
“ I know that maybe there is a student that participate with the audition last night and this is the result,” semua pelajar memberikan tumpuan yang sepenuhnya terhadap pengumuman yang dilakukan oleh Cikgu Fiza. Irina masih lagi sibuk mencari-cari buku didalam lokernya, namun, telinga dipicingkan.
“ Rina, you’re selected as a debater for this team. Congratulation,” Irina tersentak seketika apabila namanya diumumkan. Semua mata memandang ke arahnya. Irina menjengukkan kepala disebalik pintu loker untuk memastikan adakah apa yang kedengaran itu adalah benar. Mulutnya sedikit ternganga apabila semua mata memandangnya. Betullah berita tersebut. Tergamam dengan keputusan yang diumumkan. Dia benar-benar tidak menyangka. Sejurus kemudian, kelas itu bergemuruh dengan tepukan daripada pelajar-pelajar kelas itu. Irina tersipu-sipu malu. Cikgu Fiza tersenyum.
“Okay class, we continue with our class. Rina, I want to meet you after this,” Cikgu Fiza mententeramkan keadaan kelas tersebut. Irina kembali melangkah ke tempat duduk. Namun, mata-mata masih lagi  mengekori gerak-gerinya.  Maya dan Yana hanya tersenyum-senyum. Irina hanya tertunduk tersipu-sipu malu.

ZAIDI mengalihkan pandangan ke arah Irina yang masih berada di lokernya. Gadis itu kelihatan tercengang dengan apa yang berlaku. Dia juga tidak menyangkakan bahawa ‘budak baru’ itu mampu mencipta nama sendiri dalam  masa beberapa bulan sahaja. Riak mukanya agak terkejut dengan situasi tersebut. Bagi menyembunyikan perasaannya kala itu Zaidi memaniskan roman muka sambil bertepuk tangan.
    ‘ Nampaknya persaingan  akan bermula’. ‘ hatinya mengumam kecil.Benarlah apa yang dibicarakan oleh rakannya. Adakah itu memberikan impak yang positif atau negatif, dia hanya mampu tunggu dan lihat. Segera dia mengalihkan pandangan kehadapan namun fikirannya menerawang agak jauh dari kelas. Memikirkan tentang sesuatu mengenai gadis itu.

IEKA sedang sibuk menerangkan kepada rakan sekelasnya tentang subjek Matematik Tambahan. Buat masa ini, sub-topik yang dipelajarinya menimbulkan beberapa kekeliruan kepada pelajar-pelajar. Oleh itu, bantuan daripada rakan-rakan merupakan yang terpenting bagi membantu mereka menguasai subjek tersebut. Jadi masa yang terluang pada ‘prep’ petang ini digunakan sebaik-baiknya untuk memahami subjek tersebut.
Irina dan Zaty melangkah ke kelas 4 Farghani. Ternyata keadaan di dalam kelas itu sangat berbeza daripada kelas mereka. Suasana yang begitu senyap walaupun ada juga desis orang bercakap tapi tidak pula menganggu mereka yang lain. Mereka cuba mencari kelibat dua orang rakannya itu Dina dan Ieka. Dina menyedari kehadiran mereka berdua bergegas mendapatkan sahabatnya itu.
 “ Dina, betul ke Ieka nak pindah,”segera anak mata Irina terlekat pada Dina. Bertanyakan kesahihan berita yang diterimanya itu. Dina hanya mampu menganggukkan kepala. Takut bertentang mata dengan Irina. Irina hanya mengeluh lemah. Bunyi keluhan itu  menggambarkan perasaannya kala ini.  Dia memandang ke arah Ieka yang sibuk menerangkan sesuatu di hadapan kelas. Perlahan-lahan menginjakkan kaki menghampiri kumpulan tersebut. Ieka tidak menyedari kehadiran rakan-rakannya itu.
“ Ieka,” suara lembut Irina mengejutkan mereka yang berada di situ. Masing-masing mengalihkan pandangan kepada arah suara berkenaan. Namun, itu tidak menganggu tumpuan Irina yang mensasarkan kepada sahabatnya itu. Ieka juga berkalih kepada Irina. Dia tahu apa yang mahu diutarakan oleh sahabatnya itu. Dina dan Zaty juga turut sama. Terlakar kegalauan hati masing-masing dengan kerutan di wajah mereka.
“ Hold on a second okay?” Ieka meminta diri buat seketika dari kumpulan tersebut dan  segera melangkah ke arah sahabatnya. Irina segera menarik tangan Ieka ke satu sudut di belakang kelas sehingga benar-benar selesa. Dina dan Zaty  mengekori di belakang. Suasana senyap seketika.
“ Betul ke kau nak pindah?” Suara Irina memecahkan kesepian antara mereka. Ieka hanya mendiamkan diri. Menatap mata sahabatnya itu dalam-dalam .
“ Yup, I’ve too,” akhirnya dia menjawab. Irina melepaskan sekali lagi keluhannya.
“ Kenapa kau nak pindah pula? We’ve already 3 month here,” Dina pula yang bersuara apabila Irina tidak mampu berkata-kata lagi.
“ That’s why I’ve to move out. Aku tak leh nak belajar kat sini,” gesa Ieka. Irina hanya mampu mendiamkan diri.Tidak mampu meluahkan apa-apa lagi mahupun memaksa. Dia  tidak  boleh bertahan lagi di situ. Segera dia mengangkat kakinya dan keluar dari situ. Ieka dan Dina hanya memandang dengan hati yang walang.

JAMAL sedang berjalan menuju ke kelasnya. Ditangannya terdapat beberapa buah buku yang tersusun untuk dihantar ke bilik guru. Kelihatan dia sungguh gembira dan senang sekali menjalani kehidupannya di situ. Tiba-tiba dia terserempak dengan Irina dan Zaty di pertengahan jalan. Muka gadis itu kelihatan berkerut seribu seperti ada masalah yang dihadapi.
“ RINA…” Jamal memanggilnya dari kejauhan. Irina memalingkan wajah ke arah suara tersebut. Mukanya bertambah berkerut apabila Jamal yang memanggilnya. Sudahlah ‘angin’ tak baik, ditambah pula dengan Jamal. Irina hanya mampu mengeluh. Malas hendak melayan kerenah Jamal itu. Dia memang masak dengan Jamal. Begitulah cara dia menyapa Irina di situ. Tapi kali ini dia menghadapi masalah yang agak besar dalam hidup. Dia tidak mampu memaniskan roman rupanya itu.
Jamal kehairanan dengan perubahan mendadak Irina. Kalau selama ini Irina pasti menguntumkan senyumannya apabila di sapa begitu. Tapi kali ini lain pula.  Zaty di belakangnya membuat pelbagai aksi di belakang Irina menunjukkan isyarat bahawa itu merupakan masa yang tidak sesuai sekarang. Barulah dia mengerti . Maklumlah, setiap manusia pasti ada kesulitannya. Jamal mengangguk tanda mengerti isyarat tersebut.


No comments:

Post a Comment