Sunday 25 March 2012

BAB DUA PULUH LIMA


PEPERIKSAAN telah pun selamat dijalankan. Kertas terakhir pada hari itu ialah Seni. Mujurlah, subjek yang diuji pada hari itu tidak mencabar mindanya.
Irina mengeluh perlahan menunjukkan betapa lega perasaannya kala ini apabila peperiksaan sudah habis menjelang. Irina perlahan-lahan menginjakkan kakinya menuju ke loker bagi menyimpan alatan-alatan melukis yang sudah siap di basuh. Kemudian tangannya menyentap surat khabar yang berada di atas meja guru yang terletak di belakang kelas.Dia menyelak satu persatu helaian surat akhbar tersebut. Membaca setiap berita yang dipaparkan yang menunjukkan perkembangan semasa yang berlaku sama ada dalam atau luar negara. Maklumlah, cuma surat khabar sahaja yang menjadi penghubung antara mereka dengan dunia luar.
Tiba-tiba matanya terlekat pada salah satu muka tajuk di dalam akhbar tersebut. Matanya terbeliak sehinggakan pada satu tahap matanya boleh terkeluar daripada soket matanya itu.
‘BUKAN SEKADAR CERITA CINTA. TWILIGHT:NEW MOON MEMBERI                 NAFAS BARU KEPADA EPIK FANTASI’
Ternyata pernafasan tersekat apabila membaca berita tersebut. Irina sememangnya merupakan peminat nombor satu cerita ini namun masih lagi mencari-cari apakah tarikan sebenar cerita epik cinta ini. Dia tahu bahawa filem hangat ini merupakan adaptasi daripada  novel bersiri karya Stephenie Mayer. Seorang penulis jutawan selepas JK Rowling.
          “ Macam mana buku dia, dah masuk siri yang kedua dah. Nak jugak ‘try’ baca buku dia,”Irina hanya menggumam sendiri bicaranya. Dengan tidak semena-mena ingatan terpaut pada Zira yang semestinya mempunyai buku tersebut. Segera dia menoleh ke arah gadis itu. Kelihatan gadis itu sedang sibuk menyusun bukunya. Irina perlahan-lahan menghampiri Zira.
          “ Assalamualaikum,” seruan salam kesejahteraan itu di sambut lembut oleh Zira yang sedari tadi sibuk mengemaskan barang-barangnya. Zira mengangkat wajah memandang ke arah Irina . Gadis itu hanya membalas senyuman yang ditawarkan. Masih lagi mneunggu-nunggu apakah butiran yang ingin diperkatakan olah Irina yang berada di hadapan  tetapi hanya angin yang menderu sepoi-sepoi sahaja yang kedengaran. Dia berkalih semula memandang Irina, apa yang dilakukan kala ini.
Gadis itu hanya tersengih-sengih seperti kerang busuk sehingga menampakkan barisan gigi yang memutih . Zira hairan melihat perubahan sikap Irina yang sangat pelik pada pandangan matanya.Nak kata matanya rosak, cermin mata masih lagi terlekat pada wajahnya. Gadis itu mengangkat keningnya masih lagi tidak menghilangkan kehairanan yang bertandang.
        “ Rina, better you speak it out,” ternyata Zira tidak tahan dengan perangai Irina yang sedari tadi tersengih-sengih.
          “ Zira, bolah tak aku pinjam buku Twilight kau?” Akhirnya terluah juga kata dihati. Zira pula hanya tertawa kecil.
         “ Dari tadi kau tersengih-sengih macam kerang busuk ni cuma nak pinjam buku tu je ke? Ni mesti dah sangkut dengan Edward Cullen ni kan?” persoalan Zira itu di sambut dengan anggukan pantas oleh Irina. Sejujurnya, Irina sudah jatuh cinta dengan watak Edward Cullen semenjak pertama kali menontonnya dahulu. Zira hanya menggeleng-gelengkan kepalanya dengan telatah Irina yang kadang kala  mencuitkan hati dan kadang-kala tidak juga rasional. Dia memicit-micit kepalanya yang tidak pening.

IRINA melangkah  pantas menuju ke pondok telefon di perkarangan asrama.Mujurlah tiada orang di situ. Selalunya, pelajar-pelajar di situ pasti akan berasak-asak menunggu giliran untuk menggunakannya. Lagaknya seperti orang kehilangan anak. Kelam kabut seakan-akan mempunyai masalah yang besar menimpa dirinya. Cepat-cepat dia mengangkat gagang telefon tersebut. Tangannya pantas mendail, menekan punat-punat nombor di atas plat telefon tersebut.
Gagang disebelah sana di sambut.Riak muka Irina yang pada mulanya agak tegang tetapi dapat juga disembunyikan di hadapan rakannya berubah ceria.
      “ Assalamuailaikum,” Irina menarik nafas panjang-panjang cuba untuk menyembunyikan gementarnya apabila suara lembut Dini kedengaran di hujung corong telefon.
        “ Waalaikumussalam, Dini. Ini akulah Rina,”nada suara gadis itu kedengaran biasa-biasa sahaja namun, dalamannya melonjak-lonjak keriangan yang teramat sangat. Itulah Irina yang sememangnya pandai mengawal keadaan.
         “ Ohhhhh… Rina. Kenapa?” Dini pula terkejut bukan kepalang apabila suara Irina pula yang menyahut di sebelah sana. Tetapi dia juga pandai mengawal gejolak hatinya agar tidak terpamer perasaaannya kala ini.
         “ Nothing. Saje je ‘call’ kau. Apepun, happy birthday to you,” Dini hanya tertawa kecil mendengar ucapan daripada sahabatnya itu. Barulah dia teringat bahawa hari ini merupakan hari lahirnya. Dia benar-benar terlupa dengan tarikh lahirnya sendiri.Dia menepuk dahinya berkali-kali. Nampaknya, dia tidak mampu lagi mengawal perasaannya. Irina pula terbit kehairanan dalam hatinya apabila mendengar ketawa Dini. Selama dia mengenali Dini, dia tidak pernah mendengar atau melihat reaksi sebegitu daripada lelaki itu.Dia cukup masak dengan perangai Dini yang sememangnya terkenal dengan sikapnya yang sangat ego itu.Berkerut juga mukanya.
Ketawa Dini mengendur perlahan-lahan apabila suara di sebelah sana tiada lagi kedengaran. Dini cepat-cepat membetulkan riak wajah kala ini, juga membetulkan nada suranya.
          “ Tak habis ke duit kau ni ‘call’ aku?”Dini cuba mengubah topik perbualan tersebut daripada terus menjadi kepelikan gadis itu.
          “ Yelah… aku pun ada kerja ni. Apepun, ‘Selamat Hari Tua’ ,” sejurus itu juga Irina meletakkan gagang telefon ke tempat asalnya. Segera melangkah menuju ke dewan makan untuk menyertai rakan-rakannya yang lain menjamu selera. Seulit senyuman masih terukir dibibir.

DINI tercengang-cengang apabila dia yang belum sempat mengucapkan apa-apa, gagang di sebelah sana sudah pun diletakkan. Dia melihat ke skrin telefon bimbitnya. Ternyata panggilan antara mereka berdua sudah putus. Dia mengeluh panjang. Banyak yang hendak diperkatakan antara mereka berdua. Dini meletakkan telefonnya di atas meja yang berdekatan dengan katil. Menghempaskan tubuhnya di atas katil yang gebu sambil memandang ke syiling biliknya. Begitulah yang akan dilakukan oleh Dini apabila hatinya sendiri sedang gelisah. Entah apa yang difikirkan kala ini.
Sekali lagi, keluhan berat terlepas dari rangkulan nafasnya. Kedengaran menyesakkan dada. Akhirnya, Dini sedar bahawa dia semakin tenggelam dalam kegalauan hatinnya. Cepat-cepat dia bingkas bangun dari pembaringannya.
         “ Lebih baik aku buat kerja sekolah daripada fikirkan perkara yang bukan-bukan,” gumam hati kecil Dini. Dia menggelengkan –gelengkan kepalanya dengan anggapan bahawa mernerusi apa yang dilakukan mampu menghilangkan apa yang kusut di fikirannya. Setelah, ditemui gagal cubaannya, dia segera manuju ke meja belajar, membuka buku di hadapan dan mulai menelaah buku. Nampaknya, itu sahaja jalan yang terbaik.

No comments:

Post a Comment