Monday 12 March 2012

BAB DUA PULUH TIGA



MUJURLAH pertandingan bahas antara rumah ini berpihak kepada mereka.  Ternyata usaha mereka tidak pernah sia-sia. Irina menarik nafas lega apabila diumumkan bahawa pasukan mereka adalah juara pada perhimpunan pagi itu. Rakannya turut bersorak kegembiraan.
“ Jadi pemenang keseluruhan bagi pertandingan Aspirasi Bulan Bahasa ialah rumah Tunku Kurshiah,” tepukan bergemuruh kedengaran lagi.  Hingar-bingar juga dibuatnya dewan tersebut. Ada juga yang bangun dari tempat duduk mereka , ada yang terlompat-lompat mendengar pengumuman tersebut. Sememangnya begitulah saban tahun. Rumah Tunku Kurshiah merupakan rumah yang pasti akan menduduki takhta teratas selain tiga lagi buah rumah. Begitulah dia apabila semangat rumah bersatu apa sahaja boleh dihadapi. Buktinya selama empat tahun berturut-turut Tunku Kurshiah menjadi Johan Keseluruhan Rumah.
“ Congrates, Rina,” Yana hampir sahaja kehilangan  suaranya kerana dia terpaksa meninggikan skala pic suara agar didengari oleh Irina memandangkan suasana yang gegak-gempita menyukarkan mereka untuk berbicara. Irina hanya mengangguk perlahan sambil tersenyum dengan ucapan tahniah daripada sahabatnya itu. Dia pun hanya kedengaran mahupun tidak.
Mereka kembali ke kelas apabila selesai sahaja  majlis tersebut. Proses pembelajaran dan pengajaran hanya berjalan seperti biasa. Tiada apa yang berbeza pun pada hari itu. Cuma para pelajarnya yang sedikit tekun memandangkan peperiksaan pertengahan tahun bakal menjelang. Sedang asyik menelaah pelajaran memandangkan waktu itu merupakan waktu rehat, bahunya ditepuk perlahan. Tergugah juga tumpuan Irina kala itu. Dia memalingkan  wajahnya ke arah belakang. Melihat siapakah gerangan yang menegurnya itu.
Ana hanya tersenyum dengan reaksi yang ditunjukkan oleh Irina. Ana sama seperti Irina yang merupakan pelajar baru di situ. Gadis ini terkenal dengan kecomelannya yang hampir membuatkan jejaka-jejaka disini begitu tergila-gilakan dan mungkin menimbulkan persaingan antara gadis-gadis disini. Rahsianya hanya satu, senyuman yang diukirkan mampu ‘mencairkan’ sesiapa sahaja yang  melihatnya.
Ana melabuhkan punggungnya ke salah sebuah kerusi di sebelah Irina. Pandangan sahabatnya itu tidak pun beralih seinci pun daripadanya . Irina dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena disebalik senyuman itu, tetapi didiamkan sahaja. Mencari masa yang sesuai untuk dibongkar.
“ Sibuk ke?” Ana cuba menukar topikperbualan. Mungkin bukan masa yang sesuai untuk memberitahu perkara berkenaan.Irina pula hanya meneruskan sahaja kerjanya.
“Mamat tu tengah ‘usha’ kau nampak,” Irina berkata sambil tangannya rancak menulis. Soalan yang diajukan tidak berjawab. Melilau mata Ana  mencari-cari apa yang dimaksudkan sahabatnya itu. Matanya terkunci pada satu arah yang secara tiba-tiba membuatkan detakan jantungnya menjadi pantas. Seperti organ tersebut mampu terkeluar dari dadanya.Irina tertawa kecil melihat riak wajah sahabatnya itu. Seperti orang yang kena sampuk. Matanya terbeliak. Mulutnya ternganga.
Daus yang sedari tadi memandang ke arah Ana yang sememangnya mengharapkan gadis itu membalas pandangannya.  Akhirnya terkabul juga hasratnya. Walaupun bukan itu reaksi yang dia mahu tetapi itu pun sudah memadai. Dia benar-benar gembira kala itu.Sememangnya, Ana merupakan gadis yang bertakhta dalam hati. Namun, itu kata hatinya sahaja yang mungkin sukar untuk difahami. Pantang jumpa perempuan cantik, misi pun mula berjalanlah.
Misi  pertama, tenangkan fikiran. Disusuli pula dengan lirikan senyuman yang paling manis. Misi akhir pula, tunggu reaksi daripada gadis yang dipikat. Nampaknya, ajaran tersebut diikuti sepenuhnya. Maklumlah, petua sendiri. Mungkin berhasil kepada beberapa orang gadis disitu. Kali ini adakah misinya berjaya membuahkan hasil kepada gadis luar itu. Tunggu dan lihat.
Irina memandang ke arah Daus yang masih dalam usahanya memikat hati Ana.Dia tertawa kecil melihat gelagat mereka berdua. Ana pada mulanya agak terkejut dengan reaksi mendadak jejaka itu. Tetapi taktik itu seakan-akan tidak ‘lut’ lagi pada gadis sepertinya. Mungkin bukan sahaja pada dia  bahkan rakan-rakannya yang lain. Sahabat disebelahnya masih sibuk dengan kerjanya.
Daus masih lagi menunggu reaksi gadis itu. Detik-detik yang ditunggu semakin tiba. Akhirnya tiba…..
Ana hanya mencebikkan mukanya kepada lelaki itu. Malas hendak melayan kerenah lelaki-lelaki seperti itu. Bahkan Ana dan Irina juga sudah cukup masak dengan perangai mereka. Sama seperti lelaki diluar sana. Cuma perbezaannya ialah lelaki-lelaki ini hanya ‘terkurung’ disitu dan mungkin kekurangan taktik sedikit untuk memikat wanita.
Daus tersentak dengan reaksi yang ditunggu-tunggu. Betul sangkaannya. Susah juga memikat gadis luar. ‘Immunity’ mereka sangat kuat. Bukan calang-calang gadis yang mampu dipikat. Riak wajah Daus berubah mendadak. Terpana dengan ‘serangan’ yang dihamburkan.
Ana segera memalingkan pandangannya kepada Irina yang tersenyum simpul melihat aksi mereka.
 “ Muka dah ‘hensem’ dah. Tapi perangai…” Ana hanya mengeluh kasar. Irina pula tersenyum-senyum melihat sahabatnya itu.
“Orang comel mestilah asyik kena ‘usha’,” Irina hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum. Sememangnya, itulah padah kalau orang dah comel sangat. Kerap kali menjadi tumpuan pelajar-pelajar disini. Ana pula hanya tertawa kecil mendengarkan pujian melambung itu.
“ Tadi macam ada benda nak cakap. Apa dia?” Persoalan yang diajukan oleh Irina mengembalikan tujuan utamanya ke sini. Senyuman yang diukirkan serta-merta mengendur. Pastinya berita yang disampaikan itu bukanlah sesuatu yang mengembirakan. Irina berkalih memandang Ana yang sedari tadi mendiamkan diri. Gadis itu seperti dapat merasakan sesuatu yang tidak  kena di antara mereka.
“ Ana…” Ana hanya menyahut dengan pandangan yang sayu . Bertambah rumitlah persoalan yang bermain di minda Irina kala ini.Dia masih lagi menunggu jawapan yang sahih daripada sahabatnya itu .
“ Rina… Dina nak pindah,” kata-kata Ana akhirnya terluah setelah beberapa ketika mendiamkan diri. Sejujurnya, dia pun tidak mahu memberitahu berita yang mendukacitakan itu memandangkan Dina merupakan antara sahabat rapat Irina disitu. Untuk membuka mulut pun dia mengerahkan seluruh tenaga dalaman bagi menolak gumpulan yang berada di kotak suranya itu. Irina berkalih ke arah lain. Dia benar-benar tidak menyangkakan bahawa dia akan kehilangan seorang lagi sahabat. Ana yang berada disebelahnya pula hanya menundukkan kepalanya. Berkongsi kesedihan.
Irina mengingati saat-saat Ieka meninggalkan mereka tidak lama dulu. Dalam menungannya yang panjang itu, memori yang tidak mahu diingatinya menerpa sekali lagi.

Imbas kembali:
“ Betul ke kau nak pindah Ieka,” dalam pelukannya Ieka masihteresak-esak menangis. Dalam susah payah dirundung kepiluan yang amat sangat bagaikan organ pernafasannya tersekat, dia cuba menggagahkan diri untuk bertanya. Ieka hanya mengangguk perlahan tanda mengiakan perkara tersebut.
Ieka menolak perlahan Irina untuk melepaskan diri daripada rangkulan sahabatnya itu. Menatap puas-puas mata gadis di hadapannya. Matanya berkaca begitu juga dengan Irina. Dia mengumpulkan tenaga untuk bersuara. Air matanya yang berguguran segera diseka meninggalkan bekas diwajah.
“Rina…” Ieka menyeluk sakunya kala ini. Mengeluarkan sesuatu yang berbentuk hati dihujungnya.Ieka mengangkat benda itu separas penglihatan mereka. Diamemandang kembali sahabatnya  namun, tiada apa yang mampu diucapkan kala ini.
“Simpan key-chain ni baik-baik tau. You’ll remember me. Promise,” Ieka perlahan-lahan mengangkat tangannya dan mengeluarkan jari kelinkingnya yang merupakan signifikan perjanjian mereka. Gadis itu menunggu reaksi daripada rakannya. Irina hanya memandang sayu sahabatnya itu dan terus menyambut kelinking Ieka. Jari mereka bertaut menndakan perjanjian dimeterai. Sekali lagi, mereka dirundung pilu. Hanya tangisan sahaja yang bergema sekali lagi mengisi ruang tersebut.

Bahunya disentuh menyebabkan anggota tersebut terasa hangat. Irina tersentak daripada ingatan lampau. Memori tersebut benar-benar menenggelamkan dirinya. Dia berkalih memandang sahabatnya. Pandangan mata tampak kosong. Seakan-akan tiada jasad yang menunjang tubuh itu ketika ini. Ana segera merangkul tubuh Irina dan memeluknya.Irina memahami maksud baik sahabatnya itu. Mereka semua sememangnya sedih dengan perpisahan tersebut. Gadis itu memejam  matanya merasai  kehangatan kasih sayang yang mengalir di antara mereka.

No comments:

Post a Comment