Friday 30 March 2012

BAB DUA PULUH LAPAN


ZAIDI dan rakan –rakan sekelasnya iaitu pelajar kelas 4 Al Khawarizmi sedang membincangkan sesuatu. Lagak mereka seperti membincangkan sesuatu yang sangat penting dan sulit. Wajah masing-masing berkerut. Semacam ada satu misi yang harus dilakukan. Hai… macam Mission Imppossible pula.
         “ Jadi, untuk menambahkan kewangan kelas kita bagi mencantikkan kelas kita yang  macam ‘tongkang pecah’ ni..,” Zaidi berhenti sejenak, memandang ke arah sekeliling kelas. Untuk seketika dia terpaksa juga menerima keadaan kelasnya yang agak…. Berselerak. “  kita akan adakan ‘request’ untuk peperiksaan Akhir Tahun ini,” kata-katanya di sambut dengan anggukan daripada semua ahli kelas tersebut. Cuma ada segelintir yang tidak mengetahui apa yang dikatakan oleh Zaidi.
Begitu juga dengan Yana. Terlopong sedikit mulutnya untuk menangkap butir bicara percakapan lelaki tersebut di meja bulat tersebut. Meja bulat yang di sertai oleh majoriti rakan-rakannya walaupun ada beberapa tempat yang di biarkan kosong kerana ketiadaan beberapa orang sahabat mereka disebabkan oleh tugasan yang perlu dilaksanakan senyap seketika. Masih lagi memikirkan sesuatu.
Yana menyiku Zaty yang berada di sebelahnya. Cuba mendapatkan jawapan daripada gadis itu.
          “ Request is something that we give to someone. Dia macam coklat ke atau bunga untuk bagi kat orang yang kita nak bagi berserta ucapan,” penjelasan yang diberikan oleh Zaty membuatkan Yana teranguk-angguk memahaminya. Suasana di meja bulat tersebut hingar-bingar .Masing-masing cuba untuk mengeluarkan idea masing-masing untuk menjayakan misi mereka.
           “ Apepun, saya serahkan projek ini kepada Natasya,” Zaidi berpaling memandang ke arah Natasya yang sibuk mencatatkan sesuatu di atas kertas yang merupakan minit mesyuarat tersebut. Natasya mengangguk perlahan apabila mendengar seruan namanya kedengaran.
           “ Natasya merupakan salah seorang daripada orang kuat seni. Maklumlah lukisannya merupakan rujukan pelajar di sini. Dia dah buat ‘design’ untuk ‘request’ ni dah 3 tahun dah,” kepala Yana terangguk-angguk mendengar bisikan Zaty tadi. Ya, memang betul Natasya merupakan orang yang agak berseni juga menjadikan lukisannya sebagai lukisan contoh oleh pelajar-pelajar di sekolah ini. Orangnya juga berlemah lembut. Memiliki kulit yang putih bersih,senyuman yang agak manis. Menjadikan sesiapa yang melihat senyumannya pasti akan ‘cair’. Seangkatan jugalah dengan Ana.
Kata putus akhirnya dilakukan. Program ini akan dilakukan atas kendalian kelas mereka. Segala surat menyurat diuruskan bersama untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak pentadbiran. Perkara ini juga akan dimaklumkan kepada rakan –rakan mereka yang lain.

ANA cuba menenangkan Irina yang masih bermain dengan perasaannya kala ini. Dia   memeluk bahu rakannya walaupun Irina tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda dirinya sakit. Gadis itu seperti biasa juga. Membisu seribu kata tanpa sebarang bicara. Ana tahu bahawa Irina sememangnya takut dengan aktiviti tersebut. Tapi tidak pula dia lemah semangat. Cuma ini merupakan pengalaman yang pertama dalam hidupnya.
Farid menghampiri kedua-dua gadis itu yang sedang berada di astaka kala ini. Kedua-duanya hanya mendiamkan diri. Rasylan pula ada sesuatu yang perlu diuruskan mengenai tempat yang akan mereka awasi. Lelaki itu perlahan-lahan melangkah menghampiri gadis tersebut. Ana yang menyedari kehadiran Farid hanya menguntumkan senyuman kepada lelaki tersebut sebagai menyambut kehadiran Farid. Irina juga begitu. Bibirnya terukir senyuman di balik kepucatan wajahnya itu. Beranggapan dia mampu menyembunyikan ketakutan yang menyelubunginya.
        “Kau ‘still’ nak pergi dengan keadaan kau yang macam ni,” Farid bertanya sambil melabuhkan punggungnnya di sebelah Irina. Gadis itu hanya tersenyum lagi walaupun senyumannya tidak mampu mengaburi mata lelaki itu.
         “ Yup… I wanna to go. Nothing can stop me,” kata-kata Irina yang begitu bersemangat di sambut dengan hilaian tawa oleh Farid.
          “ Muka kau dah pucat macam ni, kau nak jugak pergi. Rina, come on. Rasylan sibuk tanya pasal kau. Ana risaukan kau juga tengok keadaan kau yang tak menentu arah ni. You still wanna go?” Irina berkerut mendengar apa yang diperkatakan oleh Farid. Dia berkalih memandang Ana untuk mendapatkan kepastian. Gadis yang berada di sebelahnya tertunduk tidak mahu bertentang mata dengan Irina. Dia kembali memandang  ke arah Farid yang masih dalam hilaian tawanya.
            “ Yup, I still wanna go!” kata-kata gadis itu memeranjatkan rakan yang berada di sebelah kiri dan kanannya. Tak sangka gadis ini sukar sekali mengalah. Berkeras juga mahu mengikuti dalam ekspedisi ini. Hilaian tawa Farid serta-merta mengendur. Dia memandang tepat ke anak mata Irina Cuba mendapatkan kepastian apakah benar yang diperkatakan oleh gadis itu.
           “ Kalau kau pengsan , jangan panggil aku,” Irina hanya mencebikkan mukanya dengan kata-kata sindiran lelaki itu. Kata-kata tersebut benar -benar  mencabar kewibawaannya. Ana pula hanya tertawa kecil melihat gelagat mereka berdua. Namun, ada suatu persoalan yang bermain di fikirannya kala ini. Kenapa Rasylan begitu prihatin pada dirinya?

JAM di tangannya menunjukkan pukul satu pagi. Aktiviti berjalan malam akan diadakan setengah jam dari sekarang. Ketika ini, pelajar-pelajar tingkatan satu pula sedang khusyuk menonton sebuah filem seram yang bertujuan untuk meningkatkan semangat mereka memandangkan aktiviti pada malam ini memerlukan semangat yang tinggi. Irina pula cuba menghindarkan diri daripada menonton filem tersebut. Syukurlah, pada waktu ini mereka akan bergerak ke ‘checkpoint’ masing-masing.
       “ Rina, cepat sikit ,” Farid melaung nama Irina dari kejauhan. Gadis itu berpaling ke arah lelaki itu dan segera berlari ke arahnya. Di  sebelahnya , biasalah Rasylan pasti akan bersama dengan Farid. Tidak akan pernah lekang bersama.
         “ Rasylan, Ana mana?” Farid bertanya pada Rasylan yang masih termanggu-manggu menunggu pasangannya Ana. Saat ini mereka dikehendaki untuk mendapatkan pasangan mereka sebelum pergi ke ‘checkpoint’ masing-masing.
          “ It’s okay, you go first,” Rasylan terpaksa juga melepaskan Farid untuk pergi terlebih dahulu memandangkan Ana ada sedikit kerja yang perlu diuruskan. Irina yang berada di situ hanya mendengar butir bicara kedua sahabat itu. “ but, take care of   Rina for me!” Rasylan membisikkan sesuatu pada Farid. Keras juga bunyinya. Seperti menggugut sesuatu pada Farid. Lelaki itu hanya tersenyum memandang ke arah Irina yang masih berdiri di situ. Gadis itu hanya mengerutkan wajah apabila dia merasakan bahawa dirinya dijadikan subjek utama perbualan antara dua orang lelaki di hadapannya kala ini.
 Farid pula hanya menepuk-nepuk bahu sahabatnya itu dan segera mengajak Irina , meninggalkan Rasylan keseorangan. Rasylan pula hanya mengukirkan senyumannya apabila mereka berdua berlalu  pergi.
          “ Are you okay right now?” Pertanyaan Farid disambut oleh anggukan yang tampak bersemangat daripada Irina. Gadis itu berpaling dan menawarkan senyuman yang paling manis pada lelaki tersebut.Farid hanya membalas senyuman tersebut.
          “ Kau sebenarnya takut ke Rina,” Farid cuba mengorek rahsia daripada Irina. gadis itu hanya mendiamkan diri.
           “ Yup…” Setelah membisu sedari tadi barulah dia memberikan jawapannya. Farid mengangguk perlahan tanda memahai perasaan Irina waktu ini. Irina pula kembali mendiamkan diri. Keduanya diam seketika. Hanya derapan kaki sahaja yang kedengaran.
           “ Rina tahu tak, sebenarnya malam yang ALLAH berikan ini merupakan satu nikmat yang sangat bermakna. Malam ni sebenarnya….”
          “ Digunakan untuk beribadat kepada yang Maha Esa, betul tak?” belum sempat Farid menghabiskan kata-katanya Irina pula yang memotong percakapan lelaki itu. Farid tersenyum mendengar jawapan gadis di sebelahnya.
          “Yup, that’s true. Buat apa kita nak takut?” mendengar pertanyaan tersebut membuatkan bulu roma Irina meremang. Sememangnya, dia takut dengan kegelapan yang selalunya menghantui dirinya.
         “ Lagipun mana ada hantu dalam dunia ni. Try to think positive ok!” Kata-kata Farid membuatkan Irina sedikit mengerti dan semangatnya kembali kuat dalam mengharungi malam ini.Dia mengangguk perlahan. Farid pula tersenyum apabila melihat reaksi Irina  itu.
       “Farid, can I ask you something?” Irina bertanya setelah sekian lama mendiamkan diri. Persoalan yang bakal diajukan itu telah lama bermain di fikirannya. Cuma tak terluah sahaja. Farid pula hanya mengangguk setia menanti soalan yang akan diajukan..
         “ Kenapa Rasylan pandang aku semacam je? Tak taulah nak cakap, tapi macam aku ni dah buat sesuatu kat dia,” ternyata telahan itu benar. Farid pula hanya tertawa kecil mendengar soalan tersebut. Irina pula pelik melihat reaksi yang diberikan oleh lelaki tersebut. Apakah yang sebenarnya terjadi? Adakah ia berkaitan dengan dirinya?
          “ Kenapa pula gelak ni?” Irina benar-benar di lonjak rasa ingin tahu mengenai lelaki yang bernama Rasylan itu. Farid pula makin galak ketawa. Sehinggakan rakan-rakan di sekeliling mereka tersentak dengan hilaian tawa tersebut. Perlahan-lahan ketawanya mengendur apabila dirinya menjadi subjek pandangan mereka. Maklumlah, malam-malam begini pelbagai perkara yang tidak diingini pasti akan berlaku. Irina yang bersebelahan denganya hanya mengengkat sebelah keningnya, jengkel melihat perlakuan Farid yang sememangnya pelik.
          “ Yelah… Rasylan sebenarnya….”

Tuesday 27 March 2012

BAB DUA PULUH TUJUH


MUKA Irina kelihatan pucat sedikit. Kelihatan tidak bermaya  seperti selalu. Ada sesuatu yang menganggu fikirannya kala ini. Saluran darah yang mengalirkan darah ke seluruh tubuhnya seperti dihalang dengan satu gumpalan yang sangat besar. Dia tidak pula bersuara seperti selalu. Kelakuannya yang menceriakan dan mencuitkan hati terkubur secara tiba-tiba.
Ana yang berada bersebelahannya pula hanya merenungnya dengan penuh kerisauan yang terbuku di hati.Jarang dia melihat Irina sebegitu rupa. Pasti ada sesuatu yang berlaku pada dirinya.
Rasylan pula hanya memandang gadis itu  dengan seribu satu persoalan yang bermain di minda. Kenapa pula dengan gadis ini? Pelbagai soalan yang berasak dalam mindanya kala ini. Dia mengerling ke arah gadis itu. Irina pula hanya mendiamkan diri. Membisu seribu kata. Muka pula berkerut seribu. Seperti cacing kepanasan. Bergerak ke sana sini cuba untuk menyejukkan diri. Resah. Gelisah. Risau. Macam –macam perasaan yang bermain dan menganggunya.
      “Hei… Rina. Kenapa ni?” Ana menepuk bahu Irina cuba untuk mengetahui kegusaran hati sahabatnya itu. Tidak sedap hati pula dia melihat keadaan Irina ini.
 Irina  tersentak apabila ditepuk daripada belakang. Mahu sahaja gugur jantungnya. Dia segera berkalih memandang Ana yang menatapnya dengan kerisauan yang teramat sangat. Gadis itu cuba mengukirkan senyuman walaupun Ana dihadapannya mampu meneka apa jenis senyuman yang ditawarkan kepadanya.Penuh dengan kepura-puraan. Ana hanya menunggu jawapan sahih daripada gadis itu.
    “ Takde apa-apa lah,” Irina cepat-cepat mengalihkan pandangannya ke hadapan cuba menyembunyikan apa yang bersarang di dalam hati. Ana hanya menggelengkan kepalanya. Irina memang seorang gadis yang banyak  menyimpan apa yang dialaminya di dalam hati. Itulah sebabnya sukar untuk memahami gadis ini.

MEREKA berkumpul bagi membincangkan tugasan yang akan dilakukan pada malamini. Mengagihkan tempat yang akan mereka awasi pelajar-pelajar tingkatan satu ini. Keadaan di situ agak riuh rendah seketika apabila pelbagai buah fikiran dikeluarkan daripada benak masing-masing.
        “ Tugas ni, kita kena buat secara berpasangan. Tapi bukan perempun sama perempuan atau lelaki sama lelaki. It’s some kind of dangerous,” suara Farid jelas kedengaran memberikan arahan dan buah fikirannya mengatasi beberapa masalah yang akan berlaku. Yang lain pula hanya mendiamkan diri menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa yang diperkatakan oleh Farid. Sememangnya, daya kepimpinan Farid tiada tolok bandingannya. Maklumlah Naib Ketua Pemimpim Pelajar. Tentulah kewibawaannya tidak mampu ditandingi.
 Irina pula hanya mendengar sahaja. Tidak pula dia  membantah mahupun mengeluarkan sebarang buah fikirannya seperti apa yang berlaku di dalam kelas selama ini. Lagi pula dia sedang bertarung dengan perasaannya kala ini.
       “ Jadi pasangannya mesti lelaki dan perempuan,” telahan Rasylan disambut dengan anggukan daripada Farid. Memang apa yang dikatakan itu tidak munasabah. Lelaki dan perempuan berdua-duaan di kawasan yang gelap menimbulkan sedikit kegusaran. Namun, memandangkan tiada apa yang mampu dilakukan lagi, maka itu merupakan jalan yang sedikit terbaik. Tidak mungkin hendak meninggalkan pasangan perempuan untuk mengawasi. Maklumlah perempuan sememangnya lemah. Jadi pengawasan daripada lelaki sedikit sebanyak dapat mebantu mereka.
Semua mengangguk mendengar penjelasan daripada Farid. Mereka kemudiannya mengagihkan pasangan masing-masing.
Ana menyiku Farid. Lelaki itu tersentak seketika. Mujurlah, yang lain sibuk memilih pasangan masing-masing. Farid berkalih memandang Ana. Pada masa yang sama Rasylan yang berada disebelahnya pun berkalih memandang ke arah yang sama. Mendengar setiap butiran gadis itu perkatakan.
     “Farid, bagilah Rina seseorang yang mampu jaga dia..” Ana menunjukkan ke arah Irina yang sedang termenung sedari tadi. Mukanya pun kelihatan pucat juga. Farid memandang ke arah Rasylan yang berada di sebelahnya. Rasylan pun tidak mampu berkata apa-apa.
     “Masing-masing dah pilih pasangan?” Pertanyaan Farid disambut dengan anggukan daripada semua pimpinannya.
        “ Baiklah. Rina, you’ll be with me,” seruan namanya membuatkan Irina terpaku sebentar.
      “Ana , you’ll be with Rasylan,” Ana dan Rasylan serentak mengangguk. Memahami arahan daripada ketua mereka. Irina masih lagi terpaku dengan apa yang berlaku. Matanya masih tepat memandang ke arah Farid yang sibuk memberikan arahan dan panduan tentang tugasan pada malam ini.Farid pula hanya meneruskan tanggungjawab dan amanah yang diberikan tanpa mempedulikan pandangan gadis itu terhadapnya.

         “ ARE you still okay, Rina,” sekali lagi Irina tersentak apabila disapa daripada belakang. Langkahnya segera terhenti. Kalau nak diikutkan suara tesebut tidak pula pernah didengarnya. Dia segera menoleh ke belakang melihat siapakah gerangan yang menegurnya itu.
Rasylan yang baru pertama kali menyapa gadis itu agak sedikit gugup. Inilah pertama kalinya dia menegur gadis itu sepanjang Irina berada di sini. Dia hanya tersenyum apabila Irina memandang ke arahnya. Muka gadis itu berkerut dengan seribu satu persoalan yang bermain di benaknya. Tetapi dia cepat-cepat membalas senyuman lelaki itu setelah menyedari bahawa Rasylan yang menegurnya. Mencuba untuk mengawal keadaan yang berlaku.
         “ Ya… I’m still okay,” Irina hanya tersenyum melihat keprihatinan seseorang lelaki terhadapnya. Sebenarnya dia memang terkejut memandangkan lelaki tersebut bukanlah orang yang dia kenali. Sepanjang dia berada disekolah ini, Irina hanya rapat dengan rakan sekelasnnya dan rakan-rakan yang seiring dengannya. Tapi Irina pandai mengawal keadaan sekeliling.
Dia cepat-cepat berkalih ke arah yang lain. Tidak mahu bertentang mata dengan lelaki yang bercermin mata itu. Dia mempercepatkan lagi langkah kakinya menghampiri Ana yang tidak jauh daripadanya.


FARID  menghampiri Rasylan yang masih tetap pada tempatnya. Memandang ke arah pandangan mata sahabatnya yang  melayang  jauh entah ke mana . Tak lain tak bukan mestilah pada Irina. Lelaki itu hanya mengeluh perlahan. Pening juga kepalanya mengenangkan apa yang berlaku dengan sahabatnya yang seorang ini.
 Rasylan pula membatukan diri sahaja disitu. Tidak berganjak ke mana-mana. Seperti ada sesuatu yang dilekatkan dibawah kasutnya. Menyukarkan dia untuk bergerak walau seinci pun. Wajahnya pula seperti orang yang baru putus cinya. Minda menerawang entah ke mana hinggakan kedatangan Farid pun tidak pula disedari.
Farid menepuk bahu Rasylan. Lelaki itu pula tersentak daripada fikirannya yang menerawang. Kembali ke tempat asalnya semula. Matanya tampak sayu memandang tepat ke mata Farid. Nampaknya disebalik pandangan mata tersebut mentafsirkan sesuatu.
    “ Biasalah tu. Rina memang macam tu. Dia susah sikit nak bergaul dengan orang. Rileks bro,” Farid menepuk-nepuk belakang Rasylan berkali-kali cuba untuk menenangkan perasaan sahabatnya yang bergelojak itu tadi. Rasylan pula hanya mengeluh kasar. Seperti ada sesuatu yang merangkul pernafasannya kala ini. Sebenarnya, dia hanya mahu menjalinkan tali persahabatan dengan gadis itu. Ada sesuatu yang mengajak dirinya untuk merapatkan silaturrahim antara mereka berdua.
    “ Kau jaga Rina betul-betul tau. Aku tengok dia pucat semacam pulak,” akhirnya barulah Rasylan bersuara walaupun sudah berapa lama dia mendiamkan diri.Farid pula hanya tertawa kecil melihat kegusaran yang melanda fikiran dan jiwa lelaki itu.
      “ Yelah… Aku jaga dia baik-baik. Jangan risau. Cheer up, bro. Nanti kalau Siti nampak kau macam ni, aku tak tau,” Rasylan hanya tertawa kecil apabila rakannya menyebut nama Siti. Farid segera melangkah kakinya meninggalkan Rasylan keseorangan. Dia pun perlahan-lahan menginjakkan kakinya mengekori Farid yang berada di hadapannya dengan senyuman yang masih lagi terukir dibibir.

Monday 26 March 2012

BAB DUA PULUH ENAM


Kem Jati Diri Tingkatan Satu disekolah itu sudah pun bermula. Irina dan rakan-rakan yang lain sedang berkumpul di pusat kokurikulum. Bersamanya ialah Ana, Farid dan beberapa lagi sahabatnya. Masing-masing sibuk melaksanakan tugasan masing-masing. Irina kala ini sibuk membersihkan pelantar di astaka tersebut. Farid pula sibuk menyiapkan meja pendaftaran. Ana pula sibuk menolong mengangkat beberapa perkakas memasak di situ. Masing-masing sibuk dengan tugasan sehinggakan mereka benar-benar menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerja yang dilakukan.
Rasylan pula membantu Irina untuk membersihkan pelantar tersebut hanya memandang ke arah gadis itu. Tidak pun berganjak daripada pandangan mata. Irina pula daripada tadi hanya mendiamkan diri tidak berani mengangkat muka menatap mata lelaki yang berada bertentangan dengannya. Dia sebenarnya tidak selesa apabila terpaksa bekerja dengan orang yang tidak dikenali. Tambahan pula, dia terpaksa bekerja dengan seorang lelaki. Kalau nak diikutkan mahu sahaja dia bekerja dengan Ana, namun, keputusan tersebut dilakukan oleh gurunya itu. Dia tidak berhak membantah arahan guru. Mahu atau tidak dia hanya menurut sahaja.
           “ Rina,help me with this stuff. I’ll take yours!” Serentak mereka menoleh ke arah Farid. Irina pula tanpa membuang masa terus sahaja mengangguk dan berlalu pergi. Dia mengeluh perlahan. Hatinya benar-benar lega. Di rasakan bahawa lelaki yang bernama Rasylan itu benar.-benar pelik.
Farid pula menawarkan senyuman kepada Irina sebelum berlalu pergi, Gadis itu hanya membalas senyuman yang diberikan. Perlahan-lahan dia membuka kasutnyadan memanjat naik ke atas astaka tersebut. Melangkah menuju kearah sahabatnya yang masih lagi memandang Irina. Farid memandang kembali ke arah gadis itu. Irina pula sedang sibuk menyusun fail-fail pendaftaran di atas meja. Farid melambai-lambaikan tangannya, cubaan untuk menyedarkan sahabatnya itu.
Rasylan tersentak apabila diperlakukan begitu. Masih lagi terkejut, dia mengalihkan pandangan kepada sahabatnya. Muka Farid yang berkerut seribu hanya dipandang dengan pandangan yang kosong. Dia segera meneruskan pekerjaannya yang tertunggak sebentar tadi. Farid pula benar-benar pelik dengan perangai sahabatnya itu akhir-akhir ini
     “ Beb, apahal ni? Semacam je. Macam kene sampuk. Kau ok tak ni?” Soalan yang diajukan oleh Farid hanya dibalas dengan anggukan perlahan oleh Rasylan. Tiada apa-apa pun yang terluah daripada mulutnya  menggusarkan lagi hati Farid. Dia masih tidak meneruskan  lagi kerjanya. Mahukan kepastian dengan apa yang berlaku dengan Rasylan. Adakah semuanya berpunca daripada gadis itu, Irina?
Rasylan pula akhirnya mengangkat mukanya menghadap Farid. Farid masih tidak lagi berganjak dari tempatnya.
     “ Aku ok jelah Farid. Dah buat kerja tu cepat. Budak-budak ni dah nak sampai dah,” Akhirnya,barulah suara Rasylan kedengaran. Tetapi itu tidak memuaskan lagi hatinya. Pasti ada perkara yang sedang menganggu sahabatnya itu. Dia mengambil keputusan unutk mengorek apa yang bermain lagi difikiran lelaki itu. Dia memandang Rasylan kemudian Irina. pandangannya silih berganti cuba untuk mencari jawapan yang masih lagi tersirat. Pasti ada sesuatu antara mereka berdua.

ANA menghampiri Irina yang sedang menyusun fail-fail di atas meja pendafaran. Kehadiran gadis itu tidak pula disedari oleh Irina. Ana hanya tersenyum melihat kesungguhan sahabatnya itu bekerja.
   “ Sibuk nampak,” suara Ana benar-benar mengejutkan Irina. Dia segera menoleh. Ana berada di hadapannya dengan seuntai senyuman yang sangat manis menyambut kehadirannya. Irina juga menguntumkan senyuman bagi membalas senyuman tersebut.
    “ Tak delah,. Sikit je lagi. Dah siap ke kerja kau?” tangannya masih lagi pantas menyusun fail-fail tersebut di atas meja. Takut pula diketahui akan perasaanya kala ini. Ana pula hanya mengangguk perlahan. Tidak pula mengesan apa yang terbuku dalam hati Irina. Kalau Amelia di situ pasti dia tidak mempunyai peluang langsung untuk menyembunyikan apa yang terbuku dalam hati. Semuanya pasti akan terluah atas desakan rakannnya yang seorang ini. Tiba-tiba pula fikirannya teringat kepada sahabatnya Amelia. Terbit juga rasa rindu dihati setelah sekian lama tidak bersua.
Sedang mereka asyik berbual-bual, bunyi keriuhan dari kejauhan pula memecahkan kesepian di situ setelah sekian lama bertandang. Semua mata beralih ke arah keriuhan tersebut.


IRINA dalam perjalanan pulang kembali ke asrama apabila dia bertembung dengan Yana saat itu. Masing-asing berbalas senyuman dan berjalan beriringan menuju ke dewan makan. Yana pada waktu itu dalam perjalanan menuju ke dewan makan manakala Irina pula baru pulang dari kem tersebut. Ana yang pada mulanya bersama dengan gadis itu meneruskan langkahnya kembali ke asrama.
    “ Cam ne,dengan kem?” Irina hanya tersenyum dengan persoalan yang diajukan. Yana yang berada disebelahnya pula hanya tersenyum  menunggu jawapan daripada sahabatnya itu. Muka gadis itu terpancar keletihan yang amat sangat.
      “Okay je. It’s quite fun actually. So, how about our class?” Irina memandang wajah Yana ketika itu yang sedang memandang ke hadapan.  
       “ Macam biasa  jelah. Masing-masing pegang novel. Tengok tu, Yana menunjuk ke arah seorang pelajar yang berdekatan. Kelihatan pelajar itu sedang khusyuk membaca buku di tangannya.
      “ Itu,” Yana menunjukkan lagi ke arah yang lain. Irina berkalih memandang ke arah yang dituju. Masih juga sama. Khusyuk  membaca novel. Irina melilau lagi melihat sekeliling. Benar telahannya, mereka yang berada di mana-mana memegang novel di tangan masing-masing.Gadis itu memandang kembali sahabatnya. Yana hanya tersenyum melihat reaksi daripada Irina.
     “ Tak payahlah pelik sangat. Ini memang gaya hidup asrama,” Yana cuba  menenangkan kehairanan yang mula bersarang  dalam hati gadis tersebut. Irina cepat-cepat menutup mulutnya yang separuh tebuka sedari tadi.
      “ Tapi ada orang yang rindukan kaulah,” kata-kata Yana itu mengundang lagi rasa hairan pada diri Irina. Dia memandang tepat mata Yana. Meminta jawapan yang kukuh disebalik kata-kata gadis itu.
   “Zaidilah. Siapa lagi!”  Kata-kata Yana membuatkan Irina ketawa terbahak-bahak.Kenyataan yang diutarakan Yana itu menimbulkan rasa geli hati gadis itu. Yana yang berada disebelahnya pun tertawa kecil. Dia sememangnya faham benar dengan perangai Irina. Seumur hidupnya dia pasti tidak akan mempercayai perkara yang berkaitan dengan CINTA….

Sunday 25 March 2012

BAB DUA PULUH LIMA


PEPERIKSAAN telah pun selamat dijalankan. Kertas terakhir pada hari itu ialah Seni. Mujurlah, subjek yang diuji pada hari itu tidak mencabar mindanya.
Irina mengeluh perlahan menunjukkan betapa lega perasaannya kala ini apabila peperiksaan sudah habis menjelang. Irina perlahan-lahan menginjakkan kakinya menuju ke loker bagi menyimpan alatan-alatan melukis yang sudah siap di basuh. Kemudian tangannya menyentap surat khabar yang berada di atas meja guru yang terletak di belakang kelas.Dia menyelak satu persatu helaian surat akhbar tersebut. Membaca setiap berita yang dipaparkan yang menunjukkan perkembangan semasa yang berlaku sama ada dalam atau luar negara. Maklumlah, cuma surat khabar sahaja yang menjadi penghubung antara mereka dengan dunia luar.
Tiba-tiba matanya terlekat pada salah satu muka tajuk di dalam akhbar tersebut. Matanya terbeliak sehinggakan pada satu tahap matanya boleh terkeluar daripada soket matanya itu.
‘BUKAN SEKADAR CERITA CINTA. TWILIGHT:NEW MOON MEMBERI                 NAFAS BARU KEPADA EPIK FANTASI’
Ternyata pernafasan tersekat apabila membaca berita tersebut. Irina sememangnya merupakan peminat nombor satu cerita ini namun masih lagi mencari-cari apakah tarikan sebenar cerita epik cinta ini. Dia tahu bahawa filem hangat ini merupakan adaptasi daripada  novel bersiri karya Stephenie Mayer. Seorang penulis jutawan selepas JK Rowling.
          “ Macam mana buku dia, dah masuk siri yang kedua dah. Nak jugak ‘try’ baca buku dia,”Irina hanya menggumam sendiri bicaranya. Dengan tidak semena-mena ingatan terpaut pada Zira yang semestinya mempunyai buku tersebut. Segera dia menoleh ke arah gadis itu. Kelihatan gadis itu sedang sibuk menyusun bukunya. Irina perlahan-lahan menghampiri Zira.
          “ Assalamualaikum,” seruan salam kesejahteraan itu di sambut lembut oleh Zira yang sedari tadi sibuk mengemaskan barang-barangnya. Zira mengangkat wajah memandang ke arah Irina . Gadis itu hanya membalas senyuman yang ditawarkan. Masih lagi mneunggu-nunggu apakah butiran yang ingin diperkatakan olah Irina yang berada di hadapan  tetapi hanya angin yang menderu sepoi-sepoi sahaja yang kedengaran. Dia berkalih semula memandang Irina, apa yang dilakukan kala ini.
Gadis itu hanya tersengih-sengih seperti kerang busuk sehingga menampakkan barisan gigi yang memutih . Zira hairan melihat perubahan sikap Irina yang sangat pelik pada pandangan matanya.Nak kata matanya rosak, cermin mata masih lagi terlekat pada wajahnya. Gadis itu mengangkat keningnya masih lagi tidak menghilangkan kehairanan yang bertandang.
        “ Rina, better you speak it out,” ternyata Zira tidak tahan dengan perangai Irina yang sedari tadi tersengih-sengih.
          “ Zira, bolah tak aku pinjam buku Twilight kau?” Akhirnya terluah juga kata dihati. Zira pula hanya tertawa kecil.
         “ Dari tadi kau tersengih-sengih macam kerang busuk ni cuma nak pinjam buku tu je ke? Ni mesti dah sangkut dengan Edward Cullen ni kan?” persoalan Zira itu di sambut dengan anggukan pantas oleh Irina. Sejujurnya, Irina sudah jatuh cinta dengan watak Edward Cullen semenjak pertama kali menontonnya dahulu. Zira hanya menggeleng-gelengkan kepalanya dengan telatah Irina yang kadang kala  mencuitkan hati dan kadang-kala tidak juga rasional. Dia memicit-micit kepalanya yang tidak pening.

IRINA melangkah  pantas menuju ke pondok telefon di perkarangan asrama.Mujurlah tiada orang di situ. Selalunya, pelajar-pelajar di situ pasti akan berasak-asak menunggu giliran untuk menggunakannya. Lagaknya seperti orang kehilangan anak. Kelam kabut seakan-akan mempunyai masalah yang besar menimpa dirinya. Cepat-cepat dia mengangkat gagang telefon tersebut. Tangannya pantas mendail, menekan punat-punat nombor di atas plat telefon tersebut.
Gagang disebelah sana di sambut.Riak muka Irina yang pada mulanya agak tegang tetapi dapat juga disembunyikan di hadapan rakannya berubah ceria.
      “ Assalamuailaikum,” Irina menarik nafas panjang-panjang cuba untuk menyembunyikan gementarnya apabila suara lembut Dini kedengaran di hujung corong telefon.
        “ Waalaikumussalam, Dini. Ini akulah Rina,”nada suara gadis itu kedengaran biasa-biasa sahaja namun, dalamannya melonjak-lonjak keriangan yang teramat sangat. Itulah Irina yang sememangnya pandai mengawal keadaan.
         “ Ohhhhh… Rina. Kenapa?” Dini pula terkejut bukan kepalang apabila suara Irina pula yang menyahut di sebelah sana. Tetapi dia juga pandai mengawal gejolak hatinya agar tidak terpamer perasaaannya kala ini.
         “ Nothing. Saje je ‘call’ kau. Apepun, happy birthday to you,” Dini hanya tertawa kecil mendengar ucapan daripada sahabatnya itu. Barulah dia teringat bahawa hari ini merupakan hari lahirnya. Dia benar-benar terlupa dengan tarikh lahirnya sendiri.Dia menepuk dahinya berkali-kali. Nampaknya, dia tidak mampu lagi mengawal perasaannya. Irina pula terbit kehairanan dalam hatinya apabila mendengar ketawa Dini. Selama dia mengenali Dini, dia tidak pernah mendengar atau melihat reaksi sebegitu daripada lelaki itu.Dia cukup masak dengan perangai Dini yang sememangnya terkenal dengan sikapnya yang sangat ego itu.Berkerut juga mukanya.
Ketawa Dini mengendur perlahan-lahan apabila suara di sebelah sana tiada lagi kedengaran. Dini cepat-cepat membetulkan riak wajah kala ini, juga membetulkan nada suranya.
          “ Tak habis ke duit kau ni ‘call’ aku?”Dini cuba mengubah topik perbualan tersebut daripada terus menjadi kepelikan gadis itu.
          “ Yelah… aku pun ada kerja ni. Apepun, ‘Selamat Hari Tua’ ,” sejurus itu juga Irina meletakkan gagang telefon ke tempat asalnya. Segera melangkah menuju ke dewan makan untuk menyertai rakan-rakannya yang lain menjamu selera. Seulit senyuman masih terukir dibibir.

DINI tercengang-cengang apabila dia yang belum sempat mengucapkan apa-apa, gagang di sebelah sana sudah pun diletakkan. Dia melihat ke skrin telefon bimbitnya. Ternyata panggilan antara mereka berdua sudah putus. Dia mengeluh panjang. Banyak yang hendak diperkatakan antara mereka berdua. Dini meletakkan telefonnya di atas meja yang berdekatan dengan katil. Menghempaskan tubuhnya di atas katil yang gebu sambil memandang ke syiling biliknya. Begitulah yang akan dilakukan oleh Dini apabila hatinya sendiri sedang gelisah. Entah apa yang difikirkan kala ini.
Sekali lagi, keluhan berat terlepas dari rangkulan nafasnya. Kedengaran menyesakkan dada. Akhirnya, Dini sedar bahawa dia semakin tenggelam dalam kegalauan hatinnya. Cepat-cepat dia bingkas bangun dari pembaringannya.
         “ Lebih baik aku buat kerja sekolah daripada fikirkan perkara yang bukan-bukan,” gumam hati kecil Dini. Dia menggelengkan –gelengkan kepalanya dengan anggapan bahawa mernerusi apa yang dilakukan mampu menghilangkan apa yang kusut di fikirannya. Setelah, ditemui gagal cubaannya, dia segera manuju ke meja belajar, membuka buku di hadapan dan mulai menelaah buku. Nampaknya, itu sahaja jalan yang terbaik.