Friday 23 March 2012

BAB DUA PULUH EMPAT





Peperiksaan Pertengahan Tahun akan menjelang . Kala ini semua pelajar sedang tekun menelaah pelajaran. Bagi Irina dan rakan-rakan yang lain, ini merupakan peperiksaan pertama mereka di SBP. Sesekali timbul juga perasaan gemuruh dalam hati. Maklumlah, soalan yang akan dijawab tentunya diaras yang tinggi bersesuaian dengan tahap IQ pelajar disini.Dengan erti kata yang lain, sekolah ternama semestinya rata-rata pelajar di sini pandai-padai belaka.
Irina pula sedang sibuk berbincang dengan Zaidi. Perbincangan mereka mengenai subjek ‘English’ sesekali menimbulkan perdebatan antara mereka berdua. Masing-masing berbalah mengenai pendapat masing-masing. Padahal apa yang diperbincangkan itu merupakan perkara yang hampir serupa isinya. Maklumlah, kedua-duanya ‘master’. Masing-masing punya pendapat yang berbeza.
Yana di kejauhan hanya tersenyum melihat gelagat kedua-dua sahabatnya itu. Sekali pandang macam pasangan kekasih. Tapi kalau dua kali  pandang macam anjing dan kucing. Gadis itu menghampiri perlahan-lahan ke kumpulan mereka. Pertikaman lidah  antara mereka berdua tidak lagi di hentikan. Ternyata kehadiran Yana tidak disedari oleh pasangan tersebut. Bagaikan angin yang menderu kencang pun tidak disedari. Injakan kaikinya dihentikan apabila dia berada dibelakang mereka. Yana berdehem-dehem beberapa kali dan deheman itu didengari oleh mereka berdua. Serentak pasangan itu menolehkan kepala kebelakang memerhatikan siapa yang berinteraksi dengan mereka berdua.
Gadis itu hanya tersenyum memandang mereka berdua yang berkerut seperti mengandungi seribu satu persoalan. Yana segera menghulurkan helaian kertas yang berada ditangannya kepada Irina. Irina menyambut perlahan kertas tersebut. Mindanya diasak dengan pelbagai persoalan mengenai kandungan kertas ditangannya. Zaidi yang berada disebelahnya pun diasak dengan perasaan ingin tahu juga. Dia perlahan-lahan mendekatkan tubuhnya sedikit untuk sama-sama meneliti apa isi kandungan kertas tersebut.
Satu-persatu perkataan diatas kertas itu dibaca. Memahami betul-betul apa yang terkandung di dalam kertas itu. Terdapat beberapa senarai nama yang tercatat di situ dan dia terhenti apabila pandangan matanya terkunci pada tulisan nama yang terletak di  barisan paling bawah sekali di dalam senarai itu. Irina memandang kembali ke muka Yana. Meminta kepastian yang belumlagi pasti adakah itu kebenarannya atay tidak.
 “Rina, kau jadi fasilitator untuk Kem ‘form’1 nie,” berdekah-dekah ketawa Zaidi kedengaran memecahkan kesunyian diantara mereka bertiga. Dia benar-benar tidak menyangkakan yang Irina Hamdan, gadis yang terkenal dengan kekecohan mulutnnya itu mampu menjadi fasilitator. Irina hanya memandang tajam kearah lelaki itu. Hatinya menjadi sakit apabila dikutuk sebegitu rupa.
Malas melayan kerenah lelaki yang berada disebelahnya itu, Irina mengalihkan pandangann semula kewajah Yana.
“ Farid pun pergi sekali?” persoalan Irina itu disambut dengan anggukan perlahanYana.
“ Lepas ‘prep’ ni, kau ada perjumpaan dekat bilik kaunseling tau. Ada taklimat sikit untuk program ni,” kali ini pula Irina mengangguk perlahan. Matanya kembali terarah pada lembaran kertas yang terbentang ditangannya. Zaidi pula senyap di sebelah  mendengar setiap butir perbualan mereka.

PETANG itu, Irina bersama Farid berjalan bersama-sama menuju ke bilik kaunseling yang terletak bertentangan dengan kelas mereka. Tambahan pula, Irina dan Farid sahaja yang merupakan wakil dari kelas 4 Al Khawarizmi.
Setiba sahaja di sana semua mata memandang ke arah mereka dengan seribu satu pertanyaan yang menerpa di benak fikiran.seperti ada sesuat yang tak kena. Bagi Irina itu merupakan perkara biasa kerana dia sudah terbiasa dengan gaya hidup diluar. Tetapi mungkin bagi Farid pandangan mata itu merupakan pandangan yang tidak begitu selesa. Bagaikan dirinya dihendap dengan beribu pemangsa yang sudah bersedia untuk menerkam dan merobeknya.
Rasylan yang berada disatu sudut di dalam bilik itu hanya tersenyum kecil. Dia memang masak dengan perangai Farid memandangkan mereka merupakan sahabat baik yang telah menempuhi pelbagai suka dan duka di sini selama empat tahun. Mana mungkin mereka dapat menyembunyikan apa-apa antara satu sama lain. Dia tahu sememangnya bukan itu pilihan Farid  untuk berjalan dengan rakan sekelasnya. Bukan sesuatu yang salah pun. Namun, dia pun sudah cukup masak dengan pemikiran pelajar-pelajar di situ. Maka, sebaik-baik keputusan ialah dengan bersabar. Itulah sebaik-baik jalan.
Farid segera berjalan ke arah Rasylan setelah anak matanya berjaya menangkap kelibat sahabatnnya itu. Rasylan sedang duduk di atas sebuah kerusi sedang memandang ke arahnya juga. Bertatih-tatih Farid melangkah menghampiri sahabatnya itu, melangkah untuk mengelakkan diri daripada halangan yang berada dihadapannya.ruangan bilik itu sangat kecil dan pelajar pula berasak-asak untuk mendapatkan sedikit ruang yang benar-benar selesa.  Setibanya di situ dia segera melabuhkan punggugnya disebelah Rasylan. Mata Rasylan hanya mengekori pergerakan Farid.
“ Siapa tadi tu?” persoalan yang diutarakan dengan tujuan mengusik hanya disambut dengan pandangan tajam daripada Farid.Rasylan hanya menanti jawapan daripada sahabatnya itu. Seketika kemudian, keluhan sahaja yang kedengaran terlepas dari rangkulan pernafasan Farid. Namun, mata lelaki itu tetap pada subjeknya. Tidak berganjak sedikit pun daripada wajah sahabatnya itu.
“ Alah, aku terserempak dengan Rina kat kelas tadi. Dialah yang sampaikan berita ni kat aku. Kau pun nak ‘susupicious’ dengan aku juga ke?” Nada yang terluah kedengaran seperti merajuk. Kepalanya tertunduk memandang ke lantai. Mujurlah cikgu Azizan masih belum sampai. Kalau tidak pasti perilakunya menjadi tumpuan guru itu. Rasylan yang berada disebelahnya hanya tertawa kecil melihat gelagat rakannya itu. Dia menepuk lembut belakang Farid untuk memujuk lelaki tersebut.
“ Tak delah. Tak payahlah merajuk,” ketawa kecil Rasylan masih tidak mengendur juga. Sudah lama juga ditepuk namun, tiada apa-apa reaksi pula daripada sahabatnya itu.Farid pula makin ditepuk makin menjadi-jadi pula rajukannya.
“ Dah… Tak payahlah nak mengada-ngada sangat,” Rasylan menampar belakang Farid sehingga tersentak dibuatnya. Nada suara yang pada mulanya kedengaran lembut tiba-tiba menjadi garau. Menyampah pula melihat gelagat Farid yang mengada-ngada itu. Farid pula hanya menggosok-gosok belakang badannya yang terasa perit apabila ditampar oleh Rasylan.
Rasylan tidak menghiraukan kesakitan yang dialami oleh sahabatnnya itu, sebaliknya pandangan matanya berkalih kepada gadis yang bernama Irina. Dia merasakan bahawa ada sesuatu yang  akan berlaku antara dia dan gadis itu. Dia menatap lama-lama wajah gadis itu yang sedang rancak berbual bersama dengan rakannya.. namun, minda tetap berjalan memikirkan kemungkinan itu.

No comments:

Post a Comment