Friday 2 March 2012

BAB LIMA BELAS


KEHIDUPAN  Irina sepanjang dua bulan ini bertambah baik. Dengan adanya rakan–rakan yang berkongsi nasib bersama. Alhamdulillah, hubungan antara mereka semakin akrab. Itulah pertama kali dia merasakan kasih sayang daripada sebuah perhubungan yang dinamakan persahabatan.
Irina sedang bersiap-siap untuk bergerak ke destinasinya iaitu musolla. Sedang dia sibuk menguruskan diri, memakai tudung, matanya terarah pada katil yang bertentangan dengan ‘dormnya’ menerusi biasan pada cermin lokernya. Irina hanya menggelengkan kepala. Pening melihat gelagat sahabatnya yang seorang itu. Dia menyudahi kerja yang berbaki. Kemudian mengayunkan langkahnya ke ‘dorm’ sebelah. Cuba mencari-cari kelibat Ella.  Juga sepertinya, pelajar baru disitu.
“ Ieka, tak bangun lagi?”Ella juga sedang bersiap di lokernya. Masih lagi membetulkan tudung.
“ Yup. Banyak kali aku  kejut pun masih cam tu,” balas Ella. Sekali lagi Irina menggelengkan kepalanya. Segera dia menuju ke katil Ieka. Nampak nyenyak dibuai mimpi. Tersenyum-senyum nampaknya. Irina menggerakkan tubuh gadis itu. Namun, tiada apa-apa reaksi. Irina menggoncangkan lagi tubuh Ieka.
“ Ieka, banngunlah dah pukul 6.30 dah nie,”  geram juga dibuatnya.
Gadis itu hanya mengeliat. “Alah nantilah. Penat tau,” jawab Ieka separuh sedar. Masih lagi menggeliatkan tubuhnya. Meregangkansendi-sendi tubuh.  Geram dengan respon yang diterima,Irina menarik tubuh Ieka ke hadapan.
“ Ieka, bangunlah,”
“ Yelah… aku bangunlah nie”
“Cepat sikit. Aku tunggu kat luar tau,”Irina berlalu pergi. Terpisat-pisat mata Ieka cuba menjelaskan pandangan matanya. Segera dia bangun menuju ke loker. Mengambil persalinandan memakainya..
Irina menunggu di luar. Masa yang terbuang digunakan dengan sebaik-baiknya. Oleh itu, Irina membuka lembaran-lembaran nota dan membaca. Itu merupakan perkara yang terbaik untuk dilakukan di samping dapat menyegarkan kembali apa yang dipelajari. Tiba-tiba tumpuannya diganggu dengan kemunculan Zaty dan Dina. Mereka berempat merupakan kawan yang baik. Kemana-mana sahaja mereka pergi pasti bersama. Irina hanya tersenyum melihat kedatangan kedua-dua rakannya. Mereka juga membalas senyuman. Namun, disebalik senyuman yang digarit ada persoalan yang ditanya. Fahamlah Irina kala itu.
“ Still lagi ada kat dalam tu. Tengah bersiap. Baru bangun tidur,” Irina menjawab persoalan yang dilemparkan menerusi senyuman tersebut. Lantas mereka berdua melemparkan pandangan ke ‘dorm’ Ieka. Dilihatnya Ieka sedang bersiap-siap.
“ Kuat tidur betullah minah ni,” sememangnya apa yang diperkatakan oleh Zaty adalah kebenarannya. Memang tidak dapat disangkalkan lagi bahawa Ieka memang kuat tidur. Kalau ditanya siapa juaranya tentulah Ieka.
“ Kalau dah tidur, susah giler nak bangun,” giliran Dina pula yang menjawab. Masing-masing mengganguk perlahan. Mereka bertiga memang cukup masak dengan perangai Ieka.
Ieka tergesa-gesa bergegas keluar. Sempat mengerling ke arah jamnya. Jarum jam sudah menunjukkan pukul 6.45 petang segera dia menyarungkan kasut dan  bersedia untuk bertolak. Tersentak seketika apabila bukan Irina sahaja yang menunggunya tapi Zaty dan Dina juga. Serentak mereka bertiga menggelengkan kepala. Ieka hanya tersenyum sumbing.
“ Sorry for late,”ujar Ieka. Ternyata malu dengan perilakunya. Janji yang diutarakan tidak mampu dilaksanakan. Suasana menjadi senyap seketika.
“ Dahlah. Jomlah pergi makan. Aku dah lapar nie!” Suara Irina memecahkan kesepian di antara mereka berempat.
"Yup… Jomlah,” Dina membalas sahutan Irina. Perlahan-lahan mereka mengayunkan langkah kaki menuju ke dewan makan. Ieka hanya tertunduk malu dengan sikapnya itu. Dalam hati dia berazam mahu memperbaiki kesilapannnya itu.

JAMAL sedang makan di sebuah meja bulat yang terletak di belakang ruangan dewan makan itu. Sememangnya itu merupakan tempat khasnya. Juadah pada petang itu memang membuka selera. Maklumlah Nasi Ayam. Bersamanya beberapa lagi orang kawannya. Zaidi,Pian, Malik dan ramai lagi. Masing-masing senyap membisu. Nempaknya sedang menumpukan sepenuh perhatian terhadap kunyahan serta kenikmatan yang dirasakan . Tiba-tiba pandangan Jamal terhenti pada satu arah. Kumpulan pelajar-pelajar baru di situ. Zaidi yang menyedari perbuatan Jamal juga turut mengikut gerak mata lelaki itu. Terhenti pada satu arah yang sama. Anak mata Jamal tertumpu pada Irina yang sedang rancak berbual dengan seorang rakannya. Zaidi mengekori lagi gerak mata Jamal.  Akhirnya, pandangannya terhenti pada Irina. Zaidi hanya tersenyum.
“ Sudahlah tu. Nak ‘usha’ minah tu. Dia tu jangan buat main. Parah hidup,” agak keterlaluan kata-kata Zaidi itu membuatkan Jamal beralih pandangannya kembali pada Zaidi. Wajahnya penuh dengan kerutan. Cuba mendapatkan jawapan daripada Zaidi. Zaidi hanya meneruskan kunyahannya
“ Kenapa kau cakap cam tu? She’s have a speciality. Something yang istimewa,”  sambil mengutarakan isi hatinya pandangan kembali dilemparkan pada Irina yang sedang makan di sebuah meja tidak jauh daripada tempat mereka.
“ Yup, ‘speciality’ dia ialah bercakap. Sekali cakap tak berhenti,” selamba Zaidi. Jamal hanya merenung tajam padanya. Jadi, lebih baik berdiam daripada bercakap. Jamal kembali menyudahkan sisa makanannya di dalam pinggan,namun pandanganya tetap terarah pada seorang gadis bernama Irina.

IRINA sedang makan bersama rakan-rakannya. Sambil makan mereka rancak berbual itu ini. Jadi meja mereka tidaklah diselubungi kesepian. Walaupun kadang-kala perbuatan yang mereka lakukan mendapat perhatian pelajar-pelajar di situ namun, tidak mungkin mereka mampu mengubahnya. Kalau nak berubah pun memerlukan masa yang lama. Lagi pula, mereka merupakan pelajar harian biasa.
Ieka yang berada dikelompok itu hanya mendiamkan diri. Tapi tidak pula mereka bertiga mahu menegurnya. Memberi sedikit ruang kepada Ieka untuk melayai perasaan kala ini.
“ Rina, mamat tu pandang kaulah,” sempat juga Zaty berbisik kepada Irina. Gadis itu hanya mengerutkan wajahnya. Makanan yang berada dalam suapannya terhenti. Irina memandang Zaty, sahabatnya memuncungkan mulut ke arah hadapan. Dia hanya mengekori muncungan bibir sahabatnya itu. Rupa-rupanya Jamal mengaritkan senyumannya. Irina tidak membalas senyuman tersebut tapi memberikan kerutan di wajah sebagai balasan. Malas hendak melayan kerenah pelajar di sini, dia meneruskan suapan yang terakhir kemulutnya dan meneguk minuman secepat yang mungkin. Segera dia bangun dari tempat duduknya tanpa menunggu rakannnya yang lain. Sebenarnnya dia tidak selesa diperlakukan sedemikian rupa.
“Aku tunggu kat luar,” dia segera menginjakkan kakinya meninggalkan meja makannya. Meletakkan pinggan serta cawan ke tempatnya dan segera keluar dari dewan makan.
Jamal mengendurkan senyuman di wajahnya. Kecewa dengan reaksi yang diberikan oleh gadis itu. dia menundukkan wajahnya. Matanya terarah pada nasi yang berbaki dalam pinggannya.
“ Kan aku dah cakap. Minah tu mana layan lelaki. Garang macam harimau,” Zaidi sengaja menghuru-harakan perasaan Jamal. Dia menepuk perlahan bahu Jamal dan berlalu pergi. Jamal seperti itu juga. Tidak bergerak-gerak. Lagaknya seperti orang patah hati. Zaidi hanya tertawa kecil melihat gelagat sahabatnya itu.

No comments:

Post a Comment