Friday 6 April 2012

BAB DUA PULUH SEMBILAN


SYUKUR kehadrat Ilahi kerana aktiviti pada malam ini berjalan dengan lancar. Tiada apa yang menghalang perjalanan aktiviti pada malam itu. Irina dan Farid mendapat tempat yang agak berdekatan dengan sekolah, namun, kawasan yang mereka awasi itu merupakan tempat ‘maut’ seperti yang diuar-uarkan oleh penduduk kampung di situ.
        “ Farid, kenapa kau pilih tempat ni? Kau tengok bukan ke banyak anjing kat sini,” walaupun berbisik tapi suaranya jelas kedengaran. Tubuhnya mengeletar sedikit apabila matanya menangkap kelibat yang hitam tidak jauh daripada tempat mereka itu. Apabila pandangan dipicingkan barulah dia mengetahui bahawa itu adalah kelibat anjing. Irina memang fobia dengan anjing mengenangkan kejadian yang berlaku lebih lapan tahun dahulu. Nada suaranya pun sudah cukup membayangkan apa yang bermain di fikiran dan jiwanya.
Farid pula hanya tersenyum sinis melihat gelagat pasangannya itu. Nampaknya terpaksalah dia bertahan dengan perangai salah seorang sahabatnya ini.
         “ Rina, remember what I’ve told you,” Farid nampaknya perlu banyak bersabar dengan Irina. Cuba dengan sedaya upaya untuk menjaga gadis ini. Ketakutan gadis ini melebihi apa pun yang berlaku. “ Kalau apa pun yang terjadi,nanti aku silatlah anjing-anjing tu!” Irina hanya menelan air liurnya cuba untuk menenangkan diri. Dia berdiam sahaja di situ. Sempat juga dia mengerling ke arah jam tangannya. Jarum jam menunjukkan pukul tiga pagi. Tidak lama lagi habislah aktiviti ini. Cuma mereka perlu menunggu  beberapa orang pelajar lagi sebelum pulang kebali ke destinasi mereka.
Farid pula hanya memandang Irina melalui ekor matanya sahaja. Awal aktiviti  ini diadakan, tiada pula apa yang menggugahkan semangat gadis ini tetapi mendengar sahaja bunyi salakan anjing terus jadi kecut perut. Hai….. apalah Irina ini?
Dari kejauhan mereka nampak sekumpulan rakan-rakan yang lain sedang menghampiri tempat mereka. Irina melonjak kegembiraan apabila akhirnya kerja mereka sudah berakhir.  Zanna yang merupakan seorang gadis yang ‘happy go lucky’ dengan tidak semena-mena berlari ke arah mereka. Hal ini membuatkan riak muka Farid dan Irina berubah serta-merta. Bahaya bakal datang pada bila-bila masa sahaja.
        “ Zanna, stop running right now!” Serentak mereka bersuara. Kedua-dua mereka cuba untuk menghentikan Zanna daripada lariannya namun tidak juga  berjaya. Farid dan Irina berpaling melihat ke kanan mereka. Begitu juga dengan yang lain. Mengekori pandangan mata mereka. Zanna pula memperlahankan lariannya turut mengekori pandangan mata mereka. Darah yang mengalir ke seluruh tubuh mereka seakan-akan berhenti mengalir. Mereka seperti terpaku seketika. Terhenti melangkah.
Perlahan-lahan anjing itu bangun berdiri menegakkan tunjang tulang belakangnya. Mengendurkan sedikit otot-otot yang menegang. Namun, matanya masih lagi terlekat pada sekumpulan manusia di hadapannya. Irina menggeletar ketakutan. Giginya terketap-ketap. Dia tetap juga di situ begitu juga yang lain.Ketakutan yang menguasai diri menjadikan gadis itu sukar untuk bernafas bahkan sukar juga untuk bergerak. Anjing yang berada di hadapannya yang tidak berapa jauh itu masih lagi merenung tajam pada mereka.
         “ Cabut……” terus saja mereka membuka langkah seribu meninggalkan tempat berkenaan. Anjing itu pun membuka langkah mengejar mangsanya. Masing-masing mengerahkan tenaga melepaskan diri daripada anjing gila tersebut.
          “ Cepat…cepat…,” Farid mengerahkan rakan-rakannya masuk ke kawasan sekolah dan segera menolak pintu pagar sekolah itu dengan sekuat hati. Rasylan yang  berada di belakang sekali menoleh ke arah sahabatnya yang mengerahkan sepenuh tenaganya walaupun tenaga yang disalurkan hanya memberikan sedikit impak sahaja. Rasylan segera menerpa dan membantu  sahabatnya. Anjing yang mengejar mereka hanya berada beberapa ela dari mereka.
Ternyata tenaga mereka berdua tidak mencukupi untuk menggerakkan pintu pagar yang berat seakan-akan mereka sedang  menggerakkan gergasi. Irina terhenti lariannya berpaling pada Farid dan Rasylan yang berusaha sedaya upaya untuk menolak pintu pagar tersebut. Matanya kini teralih pada sekumpulan anjing yang menderu ke arah mereka. Terkejut bukan kepalang dia. Tadi seekor , kini bertambah kepada empat ekor. Pandangannya silih berganti antara rakan-rakannya dan anjing-anjing tersebut. Pengawal keselamatan pula tiada pula  di situ. Bahaya semakin mendatang. Dengan tidak semena-mena dia menukarkan arah lariannya.Berlari menuju kedua-dua rakannya.
Ketakutan yang menjalar dalam tubhnya kini bertukar kepada keberanian yang tidak diduga. Dirasakan juga cecair adrenalin deras mengalir di segenap ruang di dalam dirirnya.
Ana yang berlari beriringan dengan Irina turut menghentikan lariannya apabila menyedari bahawa sahabatnya itu berhenti dan mengekori pandangan mata Irina. Dia juga terkejut melihat apa yang sedang berlaku. Kedua-dua gadis itu pun segera bergegas mendapatkan Farid dan Rasylan. Turut sama berganding bahu, membanting tulang membantu mereka.
        “ Rina, apa yang kau buat kat sini?” Dalam kepayahan menolak pintu tersebut yang mungkin beratnya mencapai beribu kilo, sempat juga dia bertanyakan soalan kepada Irina. Gadis itu hanya tersenyum sebagai jawapan bagi persoalan yang diajukan. Anjing tersebut semakin mendekat.
         “ Push it harder!” Irina berteriak dan serentak itu juga masing-masing mengerah tenaga yang masih berbaki. Pintu pagar itu yang pada mulanya bergerak secara perlahan-lahan kini bergerak dengan lebih laju sehinggalah terkatup pada ruangannya. Ternyata tenaga dari empat orang membuahkan hasil. Sekumpulan binatang perlahan-lahan berhenti di hadapan pagar tersebut dan menyalak menandakan bahawa usaha mereka sememangnya gagal sama sekali.
Mereka berempat segera berlari menuju ke kawasan perkhemahanmeninggalkan kawasan tersebut. Dibibir masing-masing terukir senyuman, berpuas hati dengan usaha mereka. Ternyata peristiwa tersebut benar-benar mencuitkan hati mereka.  Langkah mereka perlahan-lahan dikendurkan apabila sampai ke kawasan perkhemaham tersebut.Pandangan mata mereka bertaut antara satu sama lain. Terhambur ketawa mereka berempat mengenangkan peristiwa tadi.
Irina memeluk Ana seerat-eratnya. Gembira dengan apa yang mereka lakukan. Farid dan Rasylan saling bertepuk ‘high 5’. Tawa mereka masih lagi menghiasi malam tersebut. Ternyata peristiwa itu tidak akan dilupakan untuk seumur hidup mereka.

YANA sedang melakarkan sesuatu pada sehelai kertas. Kemudian kertas itu dilipatkan pada tiga bahagian. Lagaknya yang serius seperti sedang menyiapkan misi yang amat sulit. Begitu juga dengan Natasya yang sedang mengerahkan otaknya menncari-cari idea untuk dilakarkan di atas kertas kosong di hadapannya kala ini.
Kelas 4 Al Khawarizmi buat pertama kalinya senyap. Seperti malaikat lalu. Masing-masing sedang sibuk dengan tugasan yang perlu dilakukan
          “ Tasya, cam ni okay tak?” Yana menunjukkan hasil kerjanya kepada Natasya yang duduk disebelahnya. Maklumlah, mereka merupakan antara pelajar seni yang mengambil juurusan tersebut. Hanya lima belas orang sahaja yang tinggal untuk meneruskan perjuangan mereka dalam seni. Sembilan daripadanya merupakan putera dan lima orang lagi merupakan puteri yang turun dari kayangan. Tetapi untuk malam ini hanya mereka berdua sahaja yang tinggal. Tiga orang puteri lagi  iaitu Irina; masih lagi sibuk dengan perkhemahan, Ros dan Ema pula sibuk dengan urusan Badar yang merupakan Pertubuhan Keagamaan di sekolah ini.
              “ Cantiklah Yana. I’ll pick it up,” Natasya mengamati lukisan tersebut dengan sesungguh hati,. Riak wajahnya menunjukkan bahawa dia sangat berpuas hati dengan hasil yang dibuat oleh Yana. Sofistikated, cantik dan menarik. Corak yang dipersembahkan dalam bentuk flora benar-benar menarik perhatiannya kala ini.
Yana tersenyum  bangga apabila lukisannya mendapat pujian dan dihargai. “ Tasya, bila kita nak hantar design ni?” Gadis itu berpaling memandang Yana.
            “As soon as possible. Maybe, by next week kot,” jawapan yang diberikan Natasya itu nampaknya memberikan peluang kepada rakan-rakan mereka yang lain untuk turut serta. Yana kembali menghadap bukunya yang separuh terbuka sedari tadi. Cuma tumpuannya baru sahaja bermula.
Sejarah merupakan antara satu-satunya subjek yang sangat dibenci oleh gadis ini. Maklumlah, fakta-fakta yang agak membosankan untuk di ingati dan di fahami. Kalau diikutkan hati mahu sahaja dia membiarkan ‘homeworknya’ di tolak  ketepi.Tetapi disebabkan oleh cikgu yang sangat garang mengajar subjek ini, mahu atau tidak dia terpaksa juga menyiapkan kerja tersebut. Dia bukan seperi Irina dan Zira yang sememangnya merupakan ratu bagi subjek tersebut.
Teringat pula dia pada gadis itu. Irina Hamdan. Tanpa kehadirannya, kelas terasa sunyi sepi. Begitu juga dengan Malik. Mereka berdua inilah yang menjadi penyeri kelas tersebut. Perlahan-lahan terhembus keluhan didadanya.

No comments:

Post a Comment