Tuesday 28 February 2012

BAB DUA BELAS


IRINA disambut dengan keramahan rakan sekelas 4Al Khawatizmi. Gadis di sebelahnya juga begitu. Tidak disangka mereka dilayan sebegitu rupa. Zaidi dan Pian telah tiba kekelas kembali dengan dua buah meja dan kerusi. Disusun rapi kerusi dan meja tersebut di belakang kelas. Kedua-dua mereka tersenyum ke arah kedua-dua orang lelaki yang membantu mereka. Irina segera mengambil tempat duduknya. Gadis itu hanya mengekori dari belakang. Zaidi dan Pian masih berada disitu menanti kehadiran mereka.
“ Assalamualaikum, siapa nama kamu?” berbasa-basi nampaknya Zaidi. Pian segera memalingkan mukanya ke arah Zaidi. Sekali lagi, Pian dirundung kekeliruan. Pelik dengan tingkah laku Zaidi. Tidak pernah dia melihat sahabatnya itu peramah sepanjang persahabatan mereka. Selama ini pun , Zaidi hanya mendiamkan diri dan tidak pernah mengambil tahu tentang orang lain kecuali mengenai dirinya sendiri.
Irina  tersentak sebentar. Dia menoleh ke arah gadis disebelahnya. Cuba mencari kepastian.
“Waalaikumussalam. Nama saya Maya,”balas  Maya. Zaidi mengangguk perlahan. Kemudian dia meleretkan pandangannya kea rah Irina. Diminta membalas pertanyaan yang diajukan .
“Nama saya Irina,” sekali lagi Zaidi mengangguk perlahan tanda memahaminya. Nampaknya ada dua orang baru di dalam kelasnya. Sesuatu yang menyeronokkan walaupun kelihatan sedikit menggusarkan.  Menggusarkan kerana pastinya persaingan yang sengit bakal berlaku.Irina hanya tersenyum.
“ Thanks,”Irina mengucapkan terima kasih kepada Zaidi dan Pian. Kedua-dua jejaka tersebut hanya mengangguk perlahan. Tersipu-sipu malu. Sejurus Irina dan Maya melabuhkan punggung mereka di tempat duduk masing-masing. Pian masih lagi merenung tajam ke arah Zaidi. Masih lagi tergamam dengan perlakuan Zaidi.Lelaki itu  hanya berdiam diri. Tidak memberi apa-apa respon. Akhirnya dia meminta diri meninggalkan Pian keseorangan melayan imaginasi yang terapung-apung tidak mencecah bumi itu.
Pada masa yang sama Cikgu Rosmaniza masuk ke dalam kelas.Kedatangan Irina dan Maya disambut dengan hati yang terbuka.Namun,hati Irina tetap terusik. Ternyata dia mula merindui sekolah dan rakan-rakannya di Selangor. Sebak di dada  berasak kembali mengisi setiap ruang yang kosong. Hampir-hampir sahaja menumpahkan air mata. Namun, ditahan-tahan juga.Biarlah angin yang berpuput dari arah perbukitan berhampiran menerbangkan perasaannya kala ini. Perlahan-lahan kelopak matanya dipejam.


RASYLAN memandang sekeliling. Memerhatikan keadaan sekelilingnya walaupun, suasana disitu tidak pernah berubah sepanjang 4 tahun dia menetap disitu. Sekolah ini bagaikan persinggahan kedua baginya kerana hampir separuh hidupnya disalurkan ke situ. Tapi hari ini suasanamenjadi berlainan sedikit. Seperti angin yang bertiup mengkhabarkan sesuatu padanya. Rupa-rupanya, perkhabaran yang dibawa angin itu ialah kemasukan pelajar-pelajar baru ke kelas. Kerja yang dalam tumpuannya kala ini terganggu sebentar dek kerana kekecohan rakan sekelasnya. Nampaknya, seramai lapan orang pelajar telah menjadi saudara baru mereka di kelas ini. Enam orang daripadanya merupakan pelajar perempuan manakala dua orang lagi adalah pelajar lelaki.
“ Alamak, budak ‘fresh’ dah masuk dah,” kedengaran suara bisikan rakannya.Sememangnya itu merupakn perkara yang biasa berlaku di situ. Kehadiran sesuatu yang baru disitu menimbulkan pelbagai persepsi di antara mereka. Sama ada positif mahupun negatif. Rasylan memanjangkan lehernya, cuba memerhatikan wajah saudara baru kelas mereka.Dia sekadar menjenguk. Setelah puas menjenguk dia mengembalikan pandangannya ke arah buku yang terbuka dihadapan. Mengembalikan konsentrasi yang terganggu sebentar tadi. Malas hendak mengambil bahagian dalam kekecohan disitu.


AKTIVITI pada malamini menimbulkan kegusaran di dalam hati Irina. minggu orientasi yang dianjurkan merupakan aktiviti bagi mengeratkan silaturrahim antara  ‘formate’. Itulah yang menggusarkan Irina sebenarnya. Adakah semua orang mampu menerima mereka sebagai saudara?Tidak mustahil juga mereka sukar untuk menerima mereka. Maklumlah orang baru. Nampaknya, mahu atau tidak dia terpaksa menempuhi cabaran yang mendatang.
“ Hei, kenapa ni?’ Maya khuatir dengan keadaan Irina tatkala mendengar keluhan kasar yang terlepas dari rangkulan Irina. Irina tersentak seketika apabila mendengar sapaan sahabatnya dan segera memaniskan roman rupanya.
“ Tak delah, Cuma risau dengan aktiviti malam ini,” balas Irina. Maya hanya mengangguk perlahan. Sebenarnya, dia pun merasakan perkara yang sama. Suasana kembali senyap.  Bunyi derapan kasut sahaja yang kedengaran. Kala ini, mereka sedang dalam perjalanan menuju ke hostel. Masing-maisng melayan perasan sendiri.
Irina memandang kea rah langit yang membiru. Melihat dibalik awan bagaimana kehidupannya kala ini.Seakan-akan terbayangkan perjalanan hidupnya disitu. Namun, dia tahu bahawa ALLAH mengaturkan kehidupannya dengan baik disini kerana sebagai manusia, Irina sedar dia hanya mampu merancang tapi selebihnya yang Maha  Esa yang tentukan. Cuma dia perlu bersabar untuk mengecapinya. Sekali lagi, matanya dipejam menikmati deruan angin yang bertiup perlahan menampar-nampar pipinya.

No comments:

Post a Comment