Sunday 19 February 2012

BAB EMPAT...


BUNYI telefon di ruang tamu mengejutkan Hamidah daripada kerjanya. Dia yang sedari tadi sibuk dengan tugasnya tersentak dengan bunyi telefon berdering. Dia segera bergegas ke ruang tamu dan mengangkat telefon.
     “Hello…” Suara Hamidah kedengaran lembut menyambut pemanggilnya.
     “Ma.. it’s me Rina,” suara Rina kedengaran di hujung talian.
     “Oh.. Rina. Kenapa?” soal Hamidah.
     “ Ma , hari ini Rina balik lambat sikit. Cikgu Maliana yang hantar Rina balik ye,” balas Rina.
   “ Jangan lambat sangat ye,”Hamidah memberikan persetujuan kepada puteri kesayangannya. Selepas beberapa ketika, Hamidah meletakkan kembali gagang telefon. Sejujurnya, sebagai ibu, Hamidah bimbang dengan keselamatan anaknya. Namun, dia percaya yang anaknya mampu menjaga diri.
Hamidah kembali semula ke mejanya untuk menyiapkan kerja yang tertunggak. Dia selaku guru disebuah sekolah menengah memerlukannya untuk merencanakan sistem pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif. Lagi pula dia merupakan seorang guru Biologi.Cara pengajaran memainkan peranan yang penting untuk menarik minat para pelajarnya.

    “ IRINA, Kamal ,Dini, terima kasih banyak-banyak kerana menolong saya pada hari ini.” Cikgu Maliana mengucapkan ucapan terima kasih kepada mereka kerana sudi membantu beliau menyiapkan kerja yang tertunggak.
    “ Tak pelah cikgu. Lagipun kelas tu pun kami guna. Benda kecil je ni.” Irina menjawab bagi menzahirkan perasaannya yang ternyata sangat gembira kerana dapat menabur bakti kepada kelasnya walaupun tinggal beberapa hari sahaja yang tinggal sebelum dia meninggalkan sekolah itu.
Cikgu Maliana mengerling ke arah jam tangannya. Jam menunjukkan pukul 6.30 petang.
    “ Eh… Dah lambat dah ni. Mari saya hantar kamu semua balik. Nanti risau mak kamu nanti,” Cikgu Maliana segera masuk ke dalam keretanya dan menghidupkan enjin kereta.
     “Rina, saya dengar kamu mendapat tawaran untuk ke SBP. Bila kamu akan mendaftar masuk?” soalan Cikgu Maliana tersebut mengejutkan Irina. Seboleh-bolehnya dia mahu merahsiakan perkara ini daripada sesiapa pun . Akhirnya, rahsia ini pecah oleh gurunya sendiri. Kamal dan Dini yang berada dibelakang memandang antara satu sama lain. Mereka sama sekali tidak menyangka yang Irina akan berpindah tidak lama lagi. Suatu berita yang mengejutkan.
Mahu atau tidak dia terpaksa juga menjawab. “ Emmm… 2 Februari.”  Dia hanya menundukkan kepalanya sewaktu menjawab pertanyaan gurunya itu. Sekali lagi kedua-dua jejaka di belakang tempat duduk saling bertukar-tukar pandangan. Cuba membicarakan tentang pemikiran mereka menerusi telepati.
   “ Rina, it’s okay. I think that’s your opportunity that you should grab. Go for it ,” Cikgu Maliana memberikan kata-kata semangat kepada Irina. Dia dapat menangkap kegalauan hati anak muridnya itu. Irina  hanya mengangguk perlahan.

DINI menghempaskan badannya ke atas katil. Memandang ke siling bagaikan merenung masa depan yang tak pasti lagi. Kelihatan kerutan di wajahnya. Berfikir panjang. Pada masa yang sama,tangannya mencapai pemain mp3 disisi katil dan menyumbat kedua-dua belah telinganya dengan ‘earphone’.Lagu ‘Hurt’ nyanyian Christina Aguilera memenuhi segenap mindanya. Dia memandang kembali ke arah siling. Bait demi bait lagu tersebut dihayatinya bagaikan merangkumi dirinya.
     “Kenapa Rina tak cakap yang diadapat tawaran tu?” Gumam Dini. Sejujurnya, dia amat terkejut mendengar berita tersebut. Dia tidak menyangka orang yang sering bertelagah dengannya kini akan meninggalkan kelas tersebut..
      “That’s why she didn’t want to see me.” Dia mencuba pelbagai anggapan mengenai Irina. Dia memandang ke arah kalendar yang disangkutkan berdekatan dengan meja belajarnya. 2 Februari. Ertinya tinggal 2 hari sahaja lagi. Aduh… barangkali hatinya pula rasa tak tenteram. Bagaikan ayam yang kehilangan anak. Resah.Gelisah.Sedih. semuanya bercampur baur.
Sejenak berfikir dia berjalan ke arah meja belajarnya. Mengambil secebis kertas dan mula mencoret sesuatu di atasnya.

IRINA  turun ke ruang tamu selesai sahaja mandi. Papa dan mama pula tiada dirumah. Barangkali ada urusan kerja yang perlu diuruskan. Nampaknya keseoranganlah dia malam ini. Dia menghenyakkan tubuhnya ke sofa. Alat kawalan jauh televisyen dirangkulnya dan memilih-milih siaran yang menarik. Dia menekan butang ‘info’ untuk melihat saluran interaktif yang menarik.
      “ Twilight?” berkerut mukanya seperti ada sesuatu yang tidak terluah dalam fikiran kala ini.
    “Oh…. Ya ..  Love story between vampire, human and werewolf,” memorinya segera diraih apabila membaca sinopsis cerita tersebut. Pada suatu ketika, dia pernah terbaca tentang cerita tersebut. Filem ini telah mencatat hampir RM20 juta setelah ditayangkan di 187 buah negara. Irina semestinya tidak menyukai cerita tersebut kerana tersasar daripada logik akal. Lagi pula,dia tidak menyukai cerita cinta kerana Irina sememangnya tidak pernah mempercayainya. Baginya cinta itu buta. Namun, hatinya tergerak untuk menonton filem tersebut. Sekadar menjenguk. Lantas, dia segera menekan butang ‘OK’ pada saluran HBO.
Sejam berlalu, Irina tidak berganjak dari tempat duduknya. Barangkali terbuai dengan cerita tersebut. Itulah pepatah Melayu ada menyebut ‘tak kenal maka tak cinta’. Tak berkedip matanya menonton kisah cinta antara manusia, pontianak, dan serigala tersebut.
     “ I didn’t have any strength to stay away from you anymore.” Gumam Irina dalam rangkulan nafasnya sendiri. Bahkan tiada sesiapapun yang akan mendengarnya. Irina seakan-akan terpukau dengan lakonan Robert Pattinson yang melakonkan watak Edward Cullen dan Kristen Stewart sebagai Isabella Swan. Dengan tidak semena-mena fikirannya meraih kepada seorang jejaka yang sangat disukai.
      “ Alangkah bagusnya kalau dia macam Edward Cullen,” kedengaran keluhan berat terlepas dari rongga pernafasannya. Namun, dia pasti tidak akan memilikinya.Lagipun, bukanlah masa yang sesuai untuk perkara –perkara yang tidak berfaedah seperti ‘cinta’.
     “ Hai, anak mama ni. Tengok Twilight, sampai papa dan mama balik pun tak sedar,”  suara Hamidah menyentak lamunannya. Irina berkalih kke arah Hamidah dengan segarit senyuman. Hamidah mencium pipi anak kesayangannya itu dan ikut duduk di sebelah Irina.
    “ Aik… cakap tak minat nak tengok cerita macam ni. Alih-alih dah minat cerita ni.” Ujar Hamidahyang turut mengalihkan pandangannyake arah televisyen.
     “ Sekarang dah jatuh cinta pulak dengan cerita ni,” Irina mengakuinya bahawa dia sudah mula jatuh cinta pada cerita tersebut. Watak Edward Cullen memberi kesan yang mendalam terhadap dirinya. Perlahan- lahan hatinya terbuka untuk memahami maksud cinta yang sebenar dan sebetulnya.

No comments:

Post a Comment