Sunday 26 February 2012

BAB SEBELAS


SILING bilik yang putih itu ditatapnya dengan sepenuh hati. Seperti ada bayangan diatas sana. Kala ini Dini berbaring terlentang di atas katilnya yang empuk. Namun, hatinya melayang jauh. Jauh dari tempat dia berada sekarang. Kerutan diwajahnya menceritakan segala-galanya yang terbuku di hati. Walau seribu kerutan sekalipun yang timbul itu tidak akan mampu menenangkan hatinya ini.
Pemain MP3 yang berada di atas meja kecil di rangkulnya. Lagu Bruno Mars terngiang-ngiang ditelinga sekaligus membawa minda menjelajah jauh menerusi lagu tersebut. Hanya jasadnya sahaja yang tinggal.
‘ I know that you’re out there somewhere out there,’
‘I want you back, I want you back,’
‘They think that I’m crazy, they don’t understand,’
Gumamnya terhenti disitu. Tidak mampu diteruskan lagi walaupun dia mengetahui bait lagu seterusnya. Dia menggeleng-gelengkan kepala. Cuba menjernihkan minda dan mata hatinya. Namun, dia tidak mampu berbuat demikian. Keluhan berat terlepas dari rangkulan nafasnya itu. Seperti organ pernafasan tersebut tidak mampu   menanggungnya lagi.


 “ RINA awak dikehendaki untuk masuk ke kelas terlebih dahulu. Minta maaf saya tak dapat nak hantar awak sampai ke kelas. Minta maaf ya,” Berkali-kali Julia memohon maaf daripada Irina kerana kesulitan yang dialaminya. Baru sebentar tadi dia menerima panggilan untuk melaporkan diri di bilik disiplin mengenai tugasnya itu.
      “ Ya… it’s okay!” Irina mengangguk tanda memahaminya. Julia hanya bergegas dari situ. Sejujurnya, Irina termanggu-manggu untuk mencari destinasinnya.
     “ Kelas 4 Al Khawarizmi,” Irina hanya mengumamkan perkataan tersebut kepada dirinya. Cuba mencari haluan. Tiba-tiba matanya menangkap kelibat seseorang yang mungkin sama sepertinya.Mencari-cari haluan.
  “ Assalamualaikum,” Irina menyapa gadis tersebut. Gadis itu memalingkan wajahnya ke arah Irina. Sejurus Irina melemparkan senyuman manis kepadanya.  Gadis tersebut memiliki roman wajah seperti artis korea.Pipi yang gebu, tinggi juga orangnya. Dia pun turut membalas senyuman. Senyumannya tampak manis sekali.
“ Waalaikumussalam,” selajur gadis itu menjawab.
  “Awak baru masuk sini?” gadis itu hanya mengangguk bagi menjawab persoalan yang ditanya.
“ Awak dapat kelas mana?” selanjut Irina bertanya lagi.
 “ Saya  dapat 4 Al Khawarizmi,” sambil menyebut nama kelas itu, dia cuba menyelak fail ditangannya. Membuka helaian kertas tersebut dan memandang Irina dengan senyuman yang terukir di bibir apabillla dia membaca butir menerusi kertas di atas tangannya.
  “ Saya pun dapat kelas yang sama dengan awak. Awak tahu tak kat mana kelas tu?” keriangan terpancar di wajah Irina.Segera dia merangkul tangan gadis yang tidak diketahuinya itu menuju ke kelas tersebut setelah gadis itu terdiam buat seketika.
“ Tapi….”  Gadis tersebut tersentak beberapa ketika, cuba melepaskan rangkulan tangan Irina yang begitu kejap.  Akhirnya gadis itu mengalah. Dan hanya mengekori Irina ke tempat yang dituju walaupun bukan tempat yang ditujunya. Tidak disangka-sangka wanita di hadapannya merupakan seoorang wanita yang sangat tegar jiwa.


HAMIDAH hanya mendiamkan diri sahaja. Tidak mengeluarkan apa-apa bicara pun.Wajahnnya menampakkan kerisauan yang tidak berbelah bahagi. Risau dengan keadaan anaknya yang disayangi. Ini merupakan pertama kali mereka berpisah dan sudah tentu mustahil bagi seorang ibu untuk berjauhan dengan anak sendiri. Kegalauan hatinya dapat dikesan oleh Hamdan.
“ Tak payahlah awak risaukan Rina. Dia takkan apa-apa kat sana. Insya-ALLAH dia ok,” Hamdan cuba menenangkan perasaan isterinya itu. Sama sekali dia memahami apa yang terbuku di hati isteri yang dicintai. Hamidah hanya memmbatukan diri. Melontarkan pandangannya ke luar, cuba melarikan diri daripada suaminya.
   “ Awak kena percayakan dia, sayang. Kita sebagai ibu bapa dia, perlu bagi pendorong dan semangat pada dia,”  Hamdan mencuba lagi memujuk isterinya itu. Dia amat memahami situasi yang dialami sekarang. Mulut mengiakan namun hati menidakkan. Itulah hakikatnya. Baru sekarang Hamidah menoleh wajah. Kelihatan jelas kerutan di wajahnya. Kerisauan seperti ditambah-tambah.
       “ Saya cuma risaukan dia, bang. Irina tak pernah berjauhan selama ni,” suara Hamidah cukup jelas menandakan dia risau dan takut akan keadaan Irina di sana.
      “ Sayang, remember what I’ve told you,” Hamdan mencuba lagi. Hamidah hanya mendiamkan diri, memalingkan wajahnya keluar jendela, membawa minda dan hatinya bersama angin yang berpuput lembut. Hamdan hanya mendiamkan diri memberikan ruang kepada isterinya untuk bertenang. Sejuurnya,Hamdan juga berasa begitu kerana ini merupakan kali pertama dia berjauhan dengan  ank gadisnya itu.


MEREKA berdua sampai ke destinasi yang di tuju setelah beberapa pelajar di situ menghantar mereka yang sepeti kehilangan arah. Kelas 4 Al Khawarizmi. Kisah mereka nampaknya bermula di sini.
    “Selamat datang ke kelas 4 Al Khawarizmi. Silakan masuk,” mereka hanya saling berpandangan. Tidak terluah pun sepatah kata. Terkejut dengan keramahan seorang daripada rakan sekelas baru mereka. Malik hanya tersenyum. Masih lagi menunggu reaksi kedua-dua saudara baru kelas mereka.
     “ Jemputlah masuk,” Malik tersentak seketika dengan suara Zaidi di belakangnya. Namun, dia berjaya mengawal keadaan.
 Perlahan-lahan kedua-dua gadis tersebut menginjakkan kaki mereka kedalam kelas. Kesemua mata memandang ke arah mereka. Gemuruh perasaan deras mengalir menerusi aliran darah di dalam badan Irina. Dirasakan pipinya hangat.
 “Pian, our newcomers. Jom ambil kerusi untuk diorang,” Zaidi lantang bersuara mengajak seseorang yang bernama ‘Pian’. Dilihatnya orang yang dimaksudkan berpaling ke arah lelaki yang memanggilnya tadi. Lelaki tersebut memandang ke arah mereka berdua. Tergamam buat seketika. Namun, segera dia mengukirkan senyumannya. Pian bangkit dari tempat duduknya dan menghampiri Zaidi.Zaidi segera merangkul tangan Pian dan mereka melangkah keluar. Irina dan gadis yang baru dikenalinya tapi tidak diketahui namanya itu saling bertukar-tukar senyuman. Tidak disangka rakan sekelas mereka sangat peramah dan menerima kehadiran mereka di sini.


ZAIDI dan Pian hanya senyap membisu sepanjang perjalanan mereka. Tiada sepatah kata pun yang terluah di antara mereka berdua. Dilihatnya Zaidi seperti melayan perasaan kala ini. Jadi Pian turut mendiamkan diri tidak mahu mengganggu perasaan Zaidi terbuai dengan arus masa.
Zaidi tidak mengerti mengapa dengan perasaannya kala ini. Seperti sesuatu yang sedang bergejolak membuatkan jiwanya tidak tenteram. Semuanya disebabkan seorang gadis yang  juga ‘newcomer’ itu.
    “Hoi, menung jauh nampak.Cik abang oi, dah sampai dah….”  Zaidi tersentak buat seketika dengan sindiran Pian. Barulah dia perasan bahawa langkahnya terlebih. Menungannya tampak berjauhan sehingga menghanyutkannya daripada realiti. Tanpa menoleh ke belakang dia perlahan-lahan berundur kebelakang menghampiri Pian. Pian pula memandang denagn renungan yang penuh muslihat. Sememangnya, dia cukup masak dengan perangai Zaidi. Bahkan persahabatan mereka telah mencecah hampir 4 tahun bersama.
       “ Mana ada termenung.Tengah exerciselah. Tak nampak ni?” Zaidi bergerak ke hadapan dan kebelakang. Lagaknya seperti orang bersenam aerobik. Pian hanya memandangnya dengan renungan yang tajam penuh muslihat.Zaidi akhirnya berhenti dan cuba menyibukkan diri ,mengangkat kerusi dan meja dihadapannya.
    “ Zaidi janganlah nak cuba kelentong aku ni! Dah 4 tahun dah kita kawan…,” Zaidi hanya memekakkan telinganya. Sibuk mengangkat kerusi dan meja. Malas mendengar leteran dan bebelan rakan baiknya itu. Sejujurnya Zaidi tidak mampu menyembunyikan apa-apa daripada Pian. Seakan-akan mereka mempunyai pertalian yang rapat sehinggakan mereka mampu membaca fikiran dan hati masing-masing. Macam cerita Twilight pula. Seperti Edward dan Jacob yang mampu berbicara tanpa suara hanya fikiran yang berkata-kata.
“Kerusi dan meja ni dah cukup ke,” pertanyaan  Zaidi menyentakkan Pian dari bebelan dan leterannya. Ternyata lelaki itu tidak mendengarapa yang terbuku didalam hatinya. Luahan rasa sahabat kepada sahabat. Dia hanya mengeluh panjang. Menggeleng-gelengkan kepalanya. Pening dengan kerenah sahabatnya itu.

1 comment: