Wednesday 22 February 2012

BAB ENAM


DINI  merenung surat yang berada ditangannya. Kerutan jelas terlakar di wajahnya nan bersih. Seperti sedang memikirkan sesuatu yang barangkali sukar untuk menjawab isi hatinya. Persoalan berkaitan hati sangat merumitkan, tersilap langkah mampu menjunamkan dirinya ke sebuah relung yang sangat menakutkan.
    “Nak bagi ke tak nak?” pertanyaan tersebut di gumam berkali-kali tatkala dia keseorangan. Jauh daripada kumpulan manusia di situ. Tiada kata putus yang diambil. Masih lagi mencari-cari jawapannya. Amelia menyedari situasi yang dialami oleh Dini, hanya tersenyum-senyum.
 “ Bagi jelah. Apa salahnya? Lagipun dah nak pindah dah. Baik bagi cepat kalau tak melepaslah nanti,”  Amelia tertawa kecil melihat gelagat mamat ego ini. Dini pula tersentak menerima sindiran berbentuk nasihat tersebut. Dia  segera memalingkan wajahnya cuba mencari siapakah gerangan yang mentertawakannya. Setelah menyedarinya,Dini hanya menunduk kembali pandangannya ke arah surat yang tergenggam kemas di tangannya.
Amelia berhenti ketawa apabila melihat gelagat Dini yang dingin. Dia menyangkakan bahawa Dini menidakkan pernyataan tersebut lantas akan menafikan dengan sesungguh hati lebih-lebih lagi jika berkaitan dengan Irina. Tapi, hari ini berbeza sekali. Bagaikan orang yang putus harapan. Tak sampai hati pula rasanya. Kesian melihat masalah yang dihadapi sahabatnya itu, dia menarik kerusi di sebelah Dini dan melabuhkan pungungnya. Dini masih lagi menatap surat tersebut bagai orang yang baru sahaja putus cinta. Bak kata pepatah Melayu, ‘bagai pungguk rindukan bulan.’
  “ Hei, tak yahlah sedih-sedih. Kau nak bagi surat tu kat dia ke?” Amelia cuba menjernihkan keadaan. Dini hanya mendiamkan diri. Masih lagi menimbangkan keputusannya. Amelia pula menjadi tak keruan melihat perangai Dini tersebut. Tidak pernah seumur hidupnya dia melihat perubahan pemuda tersebut yang terkenal dengan tembok keegoaanya itu. Namun, tiada apa yang mampu dilakukannya.
“ Amelia can you help me?” setelah beberapa ketika barulah Dini mahu bersuara. Namun, dia masih lagi menundukkan wajahnya menatap surat tersebut.
 “ Just say it, Dini. Totally I’ll help you.” Amelia bersetuju dengan permintaan sahabatnya itu. Dini memalingkan wajah. Amelia hanya mampu tersenyum. Dini menghulurkan surat tersebut kepada Amelia. Surat tersebut beralih tangan.
 “ Tolong bagi kat Rina. Aku tak mampu bagi kat dia,” akhirnya Dini telah membuat keputusannya. Namun, dia tidak mampu memberinya dengan sendiri. Tidak mahu bertentang mata dengan Irina,. Terpaksalah dia memilih orang tengah untuk melaksanakannya. Amelia hanya mampu mengangguk. Memahami situasi yang dialami oleh sahabatnya itu.



 
IRINA memeluk rakan-rakannya dengan perasaan yang sebak didada. Kali ini dia tidak mampu bertahan. Akhirnya, air matanya jatuh jua. Ucapan kemaafan diluahkan kepada setiap orang. Tanda kesyukuran menzahirkan perasaannya kala ini.
 “ Minta maaf kepada semua andai diri ini melakukan kesalahan terbuka mahupun tersembunyi. Sesungguhnya, aku sangat gembira mempunyai kawan seperti kamu semua. Semoga kita berjumpa lagi,” selajur menghabisi ayat tersebut, air matanya bercucuran turun umpama air hujan. Menyedari situasi tersebut semua rakan-rakannya menerpa ke arahnya dan memeluk. Lagilah menambahkan kepiluan dihatinya. Sejujurnya dia tidak mahu majlis seperti ini. Ditambah pula dengan ucapan yang perlu diberikan bagi meraikan mereka berempat.
“ Hei , aku nak minta maaf atas ketelanjuran aku selama ni. Yelah… aku selalu kacau kaukan,”  perlahan-lahan Kamal berjalan menghadap Irina. Diucapkan kata-kata kemaafan dipohon agar diterima oleh Irina.Sukar nampaknya Kamal  untuk meluahkan.  Maklumlah sebagai seorang lelaki tembok keegoan tidak pernah lekang itu merupakan antara sifat semulajadinya,tetapi tidaklah setinggi Dini yang boleh diumpamakan seperti tingginya Tembok Besar Cina. Irina hanya mampu memberi senyuman kepada Kamal. Air matanya diseka dengan belakang tangan.
“Alah, dah lama dah aku maafkan kau. Thanks for being my friend.” Irina terketar-ketar menjawabnya.Sedu sadannya tidak habis lagi maka sukar baginya untuk berkata-kata lagi. Kamal pula tidak mampu merenung mata Irina lagi. Oleh itu, Kamal bergegas beredar dari situ.
Irina mencari-cari bayangan Dini menerusi lirikan matanya. Namun, usahanya sia-sia. Kelibat Dini tiada disitu.Sekarang Irina mengerti mengapa Dini tiada di situ.

No comments:

Post a Comment