Thursday 23 February 2012

BAB TUJUH


DINI  memandang ke arah langit. Mencuba mencari jawapan di atas sana. Awan yang memutih seperti mengetahui isi hatinya kala ini. Dia menundukkan pandangan kebawah bersama helaan nafas yang barangkali sukar melepaskannya. Seperti merengus panjang. Sememangnya dia tidak mahu menghadirkan diri di majllis tersebut. Tak sanggup rasanya merenung wajah Irina. Dia sendiri keliru dengan perasaannya. Jadi keputusan tersebut diambil  dengan menjauhkan dirinya daripada Irina. Bukan bertujuan untuk menyakiti tapi dirinya sendiri yang takut berhadapan dengan Irina. Sekali lagi, kedengaran dia mengeluh panjang.

    “IRINA!” Amelia merangkul lengan Irina dan cuba meloloskan diri daripada asakan orang ramai. Berkali- kali mengucapkan maaf kerana terpaksa ‘meminjam’ Irina buat sementara waktu. Irina hanya tercengang apabila diperlakukan sebegitu. Tetapi tidak pula dia melawan. Hanya menurut sahaja. Apabila, sampai disatu sududut yang dirasakan benar-benar selesa barulah Amelia melepaskan rangkulan tangannya. Wajahnya tampak serius semacam ada perkara penting yang ingin disampaikan. Irina hanya membatukan diri menunggu perkhabaran daripada rakannya.
    “ Rina, someone give you this,” Amelia menghulurkan sepucuk surat kepada Irina. Irina hanya memandang dengan kehairanan. Namun, dia tidak mengambilnya. Cuba mencari gerangan siapa yang memberi surat tersebut. Dia memandang ke mata Irina untuk mencari kepastian .Amelia hanya tersenyum dan mengangguk. Akhirnya, Irina perlahan-lahan mengambilsurat tersebut.Matanya masih basah. Air mata yang bercucuran tidak diseka. Amelia menanti dengan penuh kesabaran disisi sahabatnya itu. Sejujurnya,Amelia juga sedih untuk berpisah dengan rakan rapatnya itu. Namun, apakan daya. Biarlah perpisahan ini kerana ALLAH.
Irina masih lagi kebingungan. Perlahan-lahan dia membuka surat tersebut. Dikeluarkan isi kandungannya. Lipatan kertas tersebut dirungkaikan satu persatu sehinggalah terbentangnya sehelai kertas bersaiz A4 ditelapak tangannya. Dia semacam mengenali tulisan itu. Lantas, dia membaca isi kandungan surat tersebut.

Kehadapan  sahabatku Irina,
     Mmmm…. Aku sebenarnya tak pandai nak tulis surat macam ini. Tapi tak tau kenapa aku tergerak nak tulis surat untuk kau. Apepun, aku nak kau tahu satu benda yang aku sebenarnya ……. Alah, lupakan jela.
     Sorry for everything that I’ve done.
Good luck in your new school.
                                                                      Dini …


Perlahan-lahan dia memejamkan matanya. Tanpa disedari, dibalik katupan matanya mengalir air yang hangat. Lama kelamaan bertukar menjadi esakan. Amelia segera merangkul rakannya ke dalam pangkuannya bagi menenangkan Irina. Dia turut merasai keperitan yang dialami sahabat karibnya itu. Esakannya bergema lagi.

1 comment:

  1. alaaaaaaaaa....kenapa dini tak bagi tauuuuu..apsal bab ni pendek..kelly ni saje je ;p

    ReplyDelete