Saturday 25 February 2012

BAB SEMBILAN



IRINA melontarkan pandangannya ke luar tingkap. Permandangan di luar tingkap bergerak laju seiring kelajuan kereta pacuan empat roda GMC  milik En. Hamdan. Menungannya seperti membawa hati yang lara. Sekarang dia dalam perjalanan menuju ke sekolah barunya nanti. Kegalauan hati memuncak-muncak sejurus melepasi sekolah lamanya itu. Hamdan mengerti perasaan anaknya kala ini. Perkara yang biasa berlaku bagi setiap manusia. Oleh itu, Hamdan hanya mendiamkan diri. Membiarkan sahaja puteri kesayangannya melayani perasaan. Irina menundukkan pandangannya. Berusaha mengawal emosi kala ini.
       “Are you okay, Rina?”  Hamdan bertanya perihal anaknya itu. Irina tersentak mendengar pertanyaan papanya. Dia segera mengangkat muka dan cuba sedaya upaya untuk memaniskan roman muka. Dia mencuba tersenyum walaupun nampaknya hambar.
    “ I’m okay, pa”

DINI mengelamun jauh sambil memandang keluar jendela kelasnya. Hatinya tidak tenteram kala ini. Pemergian Irina sangat mendukacitakan. Nampaknya, tiadalah teman untuk bergaduh. Sekali pandang, seperti sedang menghayati permandangan semula jadi. Namun disebalik renungannya, hanya yang Maha Esa yang mengetahui. Seiring dengan menungannya itulah,perlahan-lahan memori masa lalu menginjak minda lelaki tersebut. Bagaimana pertemuannya bersama Irina. Lagak seperti orang yang baru putus cinta.

Imbas lalu:
Sekolah menengah Bandar baru  bangsar selangor 
2008
Dini melangkah masuk ke kelas dengan hati yang membara.Dia kembali ke tempat duduknya. Cuba untuk menenangkan fikirannya. Amarah semakin menguasai fikiran kala ini. Mujur tiada siapa di dalam kelas itu. Jika tidak mahu dilambung-lambung sesiapa yang ada berdekatannya. Geram dengan sikap Irina. Perhubungan dia  bersama Irina menjadi buah mulut rakan-rakannya. Ego tercabar. Padahal tiada apa yang berlaku antara mereka berdua. Hanyalah kawan semata-mata.
     “Hei, chilllah bro. Hal sikit punya pasal,rileks…” Kamal menginjakkan kaki ke kelas untuk menenangkan sahabatnya itu. Baginya Dini memang begitu. Takhta keegoan merupakan sesuatu yang penting. Kamal melabuhkan punggung disebelah Dini. Dini hanya mendiamkan diri. Tidak menoleh, tidak menjawab.
      “Kau patut bersyukur sebab ada orang suka kat kau tau. Aku ni kesian… orang yang aku suka., dah melepas tau tak..” Sedih bunyinya. Kamal meluahkan perasaannya kala ini. Suasana tetap tegang. Dini terus-terusan mendiamkan diri. Itu merupakan perkara yang terbaik dilakukan. Kamal tidak mahu mengganggu Dini, lalu mengambil keputusan untuk sama-sama mendiamkan diri. Kamal kembali untuk meneruskan agendanya.
Irina melangkah masuk ke dalam kelas.Muka penuh dengan seribu kerutan. Situasinya pun sama seperti Dini. Amelia hanya mengekori daripada belakang. Kamal memandang ke arah Amelia dengan seribu satu pertanyaan. Amelia hanya mengangkat bahu, tidak  mahu menerangkan apa-apa lagi kepada Kamal. Baginya itu hanya mengeruhkan lagi keadaan. Muka juga kelihatan sugul.
Irina merengus kencang ibarat naga yang menghembuskan nafas apinya ke arah musuh. Ternyata hati serta minda dikuasai amarah. Amelia mengambil tempat duduk disebelah Irina. Cuba untuk menenangkan gadis itu. Dia memang cukup masak dengan perangai sahabatnya itu. Amelia seorang yang cukup sabar. Oleh sebab itulah, hanya Amelia sahaja yang mampu bertahan dengan Irina.
 Amelia menoleh kembali pada Kamal. Begitu juga dengan Kamal. Tatapan mata mereka bertembung,Cuba untuk berkomunikasi menerusinya untuk mengetahui perihal kedua-dua rakan mereka. Namun, tiada apa yang mampu dilakukan. Serentak mereka mengeluh berat.


LAMUNAN Dini bersepai apabila dia dikejutkan oleh kedatangan Amelia disebelahnya. Segera dia menoleh ke arah  Amelia. Gadis itu perlahan-lahan melabuhkan punggungdisebelah Dini. Dini hanya tersenyum hambar. Namun, senyumannya itu tidak mampu menyembunyikan kegalauan hati kala ini. Menyedari usahanya itu gagal, lantas dia menundukkan pandangan ke bawah.  Amelia hanya meleretkan senyuman. Tidak disangka lelaki yang terkenal dengan tembok keegoaanya,sekarang bersusah hati kerana seorang gadis.
       “ Teringatkan dia ke?” Dini hanya mendiamkan diri dengan soalan yang diajukan oleh Amelia.
      “ Macam manalah agaknya Rina kat sana?”Amelia meluahkan kerisauannya. Dini hanya membatukan diri. Suasana senyap buat seketika. Tiba-tiba Dini bingkas bangun dari tempat duduk,  beredar dari situ. Amelia memahami perasaan rakannya itu. Dia turut gusar memikirkan nasib Irina di sana memandangkan Irina mempunyai Amelia sahaja untuk berkongsi segala-galanya. Rengkulan nafas dilepaskan, kedengaran begitu berat sekali ibarat batu besar yang menghimpit dada.

No comments:

Post a Comment