Friday 24 February 2012

BAB LAPAN


Matahari merunduk kembali melalui barat. Kala ini langit yang membiru perlahan-lahan bertukar merah tembaga yang berbalam-balam. Burung-burung beterbangan kembali ke sarang masing-masing. Barangkali mengerti nikmat  yang ALLAH berikan ini digunakan sepenuhnya untuk beristirehat. Namun, bagi Irina malam yang dialu-alukan ini merupakan malam terakhirnya untuk meluangkan masa bersama keluarganya yang tercinta.
Irina sibuk mengemaskan barang-barang keperluannya esok. Walaupun, hati dirundung pilu tapi dia mengerti perjuangan yang semestinya dia tempuhi. Sedang leka menyusun bajunya di dalam beg,telefonnya berdering. Dia segera merangkul  telefon bimbitnya. Bukan panggilan yang masuk, tetapi mesej yang baru dihantar. Irina tertanya-tanya siapakah yang menghantarnya. Perlahan-lahan dia menekan butang ‘ open’. Mesej yang dipaparkan adalah daripada gurunya, Cikgu Ahmad.
     ‘Sibuk tengah buat persiapan ke?’ Irina hanya tersenyum. Tangannya ligat menaip mesej bagi membalas mesej tersebut.
‘ Yup, busy for a while. Cikgu jangan lupakan saya tau.’ Lantas dia menekan butang ‘send’ pada telefon bimbitnya.
 ‘ Yelah, saya tak nak kacau awak mengemaslah. Apa pun, good luck in your new life there’  Tersentuh hatinya buat seketika waktu. Memang benar, kesedihan tidak pernah lekang dari jiwanya. Irina hanya meleretkan senyuman pada kata-kata nasihat gurunya itu.
 Perlahan-lahan dia meletakkan telefon bimbit tersebut disisi tempat dia duduk. Sejurus itu, dia melontarkan pandangannya ke luar jendela . Menikmati suasana malam yang dingin dan merupakan malam yang terakhir untuk dinikmati sebagai pelajar sekolah menengah harian biasa. Malam terakhir juga untuk menikmati malam yang indah di rumahnya. Kerana pada keesokan hari hidup yang baru bakal ditempuhi.
Di kala menungannya jauh tidak terjangkau dek akalnya, minda terus meraih pada satu memori yang sukar dilupakan. Perlahan-lahan minda menginjak ke memori terindah tersebut. Sukar baginya melupakan memori tersebut.


Imbas kembali:
Sekolah menengah Bandar baru bangsar, Selangor
2009
Lambat-lambat Irina melangkah menuju ke kelasnya. Tiada apa yang menarik untuk dinikmati pada hari ini. Mindanya hanya tertumpu pada ‘study’ ,meraih kejayaan yang cemerlang untuk PMR bagi tahun ini.
Sampai sahaja  di kelasnya, dia segera meletakkan beg sandang di atas kerusi dan melabuhkan punggungnya. Masa yang berbaki digunakan dengan sebaik-baiknya sebelum masa menginjak ke pukul 7.20 pagi menandakan perhimpunan pagi akan bermula.
Kamal yang baru sahaja tiba ke kelas hanya meleretkan pandangannya pada Irina. Tiba-tiba bibirnya yang kusam meleretkan senyuman nakal. Nampaknya disebalik senyuman tersebut, ada misi  yang akan direncanakan pada hari ini. Khususnya buat  gadis idaman , Irina.
Irina hanya menumpukan perhatiannya kepada pembelajaran. Barangkali, tenggelam dalam kekhusyukannya mengulang kaji pelajaran. Kamal tersenyum melihat perilaku Irina. Nampaknya, misi akan berjalan lancar.
Kamal menerkam ke arah Dini yang baru sahaja malangkahkan kakinya ke dalam kelas. Dini tersentak dengan pelakuan Kamal hanya merenung tajam ke arah lelaki itu. Kamal hanya tersenyum. Dini  meneruskan perjalanannya dan meletakkan beg di atas kerusi. Belum sempat melabuhkan punggungnya di atas kerusi bagi melepaskan lelah yang tersisa, tangannya dirangkul, ditarik keluar kelas.
   “ Kenapa ni Kamal?” Dini tidak senang diperlakukan sebegitu rupa oleh Kamal. Dia cuba mencari jawapan.
    “ Beb, ingat tak hari ni ‘birthday’ minah tu?” Kamal memuncungkan bibirnya ke arah Irina. Dini meleretkan pandangan matanya ke arah yang sama. Dilihatnnya Irina sedang khusyuk mengulangkaji pelajaran.
    “ Kenapa?” Dini memulangkan kembali pertanyaan tersebut kepada Kamal. Riak muka Kamal berubah. Jengkel dengan respon yang diberikanoleh Dini.
“ Aku ada planlah nak kenakan minah tu!” Kamal menjelaskan apa yang bermain difikirannaya kala ini. Pada masa yang sama, senyuman nakal kembali menghiasi bibirnya yang kusam. Agaknya, seronok dengan agenda terbaru itu.
“En.Kamal, saya malas nak terlibat dengan misi awak ni. Boleh tak awak kongsikan idea bernas awak dengan Amelia je.” Dini segera melepaskan rangkulannya daripada pegangan Kamal. Sejurus dia memanggil Amelia yang baru sahaja menginjakkan kakinya ke kelas. Amelia termanggu-manggu apabila namanya dipanggil.
“ Amelia, mamat ni  have something to say. Kamal, just tell her about it. I don’t want to involve. Bye…” Dini segera menuju ke arah  tempat duduknya. Amelia hanya melemparkan pandangannya ke arah  Dini dan kembali semula kepada Kamal. Pada masa yang sama, Dini sempat mengerling ke arah Irina yang dilihatnya sibuk sekali. Sememangnya Dini tidak pernah melupakan tarikh keramat pada hari ini. Kalau boleh dia pun ingin melibatkan diri dalam misi tersebut. Namun, ego yang membataskannya.
“Apa Kamal?” Amelia cuba mencari jawapannya menerusi Kamal. Kamal membisikkan sesuatu kepada Amelia. Gadis tersebut hanya memicingkan anak telinga. Riak muka seperti sedang menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap sesuatu maklumat yang baru. Sejurus kemudian, kedua-duanya meleretkan senyuman. Apakah itu?

 IRINA mengerlingkan anak matanya ke arah jam tangan yang sudah menunjukkan pukul 7.15 pagi. Dia segera mengemaskan barangan untuk melaksanakan tugasannya selaku pemimpin pelajar. Tiba-tiba dia merasakan sesuatu yang tidak kena tapi dia mengendahkan sahaja perasaan tersebut.
Buku yang disusun diletakkan di bawah meja. Dia membuka zip begnya untuk mengambil buku nota. Tidak semena-menasesuatu yang begitu asing berterbangan keluar daripada begnya. Rupa-rupanya kupu-kupu.Irina tersentak. Hatinya telah memercikkan api-api kemarahan. Belum meletup sahaja lagi. Alamatnya, dalam beberapa saat sahaja lagi anak gunung berapi Krakatoa bakal meletuskan laharnya. Barangkali, Irina sudah mengetahui angkara siapa.
    “KAMALLLLLLL…….” Nampaknya  gunung berapi sudah meletus. Irina memicingkan pandangannya mencari-cari kelibat Kamal. Dini yang khusyuk dengan kerjanya tersentak apabila terdengar jeritan Irina. Nampaknya, misi Kamal sudah mengena. Dini hanya melirikkan senyuman. Geli hati dengan apabila memikirkan reaksi Irina kala ini.

KAMAL terkekeh-kekeh menggelakkan gelagat Irina. Kala ini Kamal sedang menyembunyikan diri di sebalik pintu agar tidak kenampakan oleh Irina. Bersamanya Amelia. Berpakat mengenakan Irina pada hari jadinya.
 “ Ingat perancangnnya tau!” Kamal sempat mengingatkan tugas Amelia. Gadis tu hanya mengangguk. Pincingan mata Irina terhenti ke arah mereka. Kedua-dua sahabatnya tergamam seketika.Membisu seribu kata takut pada renungan tajam gadis itu.
“Good luck Kamal,” Amelia sempat memberikan kata-kata terakhirnya sebelum membuka langkah seribu meninggalkan Kamal keseorangan. Kamal hanya meleretkan senyumannya. Tidak gentar bertempur dengan singa betina di hadapannya . Lagaknya tampak tenang. Irina perlahan-lahan melangkah ke arah Kamal. Hatinya sakit diperlakukan sebegitu rupa. Kamal juga perlahan-lahan menginjakkkan kaki ke arah Irina, bersedia untuk bertempur. Namun, kakinnya membuat pusingan 180 darjah. Sedia membuka langkah seribu. Kamal membuka lariannya dalam cubaan melarikan diri. Lagak yang dipertotonkan seperti Hang Tuah hanyalah bayangan semata-mata. Sebaliknya melarikan diri. Irina terpaku seketika melihat tindakan terakhir Kamal. Selajur, dia mengejar lelaki itu. Hatinya belum reda lagi.
      “ Happy Birthday, Rina.” Kamal separuh melaung sambil meneruskan lariannya.takut tertangkap oleh Irina.

IRINA tertawa apabila kenangan tersebut muncul dalam bentuk memori. Itulah satu-satunya hadiah hari jadi yang akan diingati seumur hidupnya.


No comments:

Post a Comment