Saturday 18 February 2012

BAB TIGA


      “Irina, makan malam dah siap. Mari turun makan , sayang,” Suara Hamidah begitu sayu memanggil anaknya. Irina pula sedang sibuk menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh gurunya. Walaupun, tinggal beberapa hari sahaja lagi hendak berpindah ke sekolah baru, namun bagi gadis itu, setiap kerja sekolah yang diberikan merupakan amanah yang seharusnya  dilaksanakan.
“Ya,ma… Rina turun kejap saja lagi…” jawab Rina. Tekun tampaknya. Rina mengemaskan meja belajar dan bergegas turun ke bawah. Hamdan dan Hamidah sudah berada di bawah. Kelihatan Hamidah sedang sibuk menyediakan juadah untuk suaminya. Menyendukkan nasi buat suami yang tercinta. Segalanya lengkap tersedia. Itulah tanggungjawab seorang isteri kepada suami. Manakala suami pula bertanggungjawab mencari nafkah buat keluarga yang tercinta. Adil bukan?
 Irina mengambil tempat duduknya. Kadangkala lucu melihat gelagat mereka, namun ,sinar kebahagiaan terpancar di wajah orang tuanya itu.
      “ Rina… hulurkan pinggan tu?” Pantas  Rina menghulurkan pinggannya.
      “Esok, Rina ada appointment dengan doktor tau. Medical checkup.” Sambil menyenduk nasi anaknya itu, Hamidah mengingatkan Irina tentang progranmnya pada keesokan harinya  .
      “Ma… Boleh tak postponekan appointment Rina? Rina ada event esok kat sekolahlah. Well, you know last memory with my friends.” Irina mencuba sedaya upaya memujuk Hamidah. Raut wajah Hamidah berubah. Berfikir sejenak.Tetapi jelas kelihatan berat sekali dia hendak mengiakan sahaja permintaan anaknya itu.
      “ Postponekanlah, sayang.Lagipun tak sampai beberapa hari dia nak tinggalkan sekolah tu..” Hamdan mencelah tanda dia menyebelahi anak kesayangannya itu. Irina tersenyum-senyum mendapat pembelaan daripada papa yang tersayang.
       “ Yelah… awak ni memang selalu sangat nak menangkan Rinakan,”Hamidah menjawab dalam nada merajuk. Hamdan cuba untuk memujuk kembali isterinya menjadikan suasana di meja makan itu kelihatan sungguh bahagia.
       “ Sayang….. Janganlah merajuk. Nanti cepat tua tau…” Mereka anak beranak tertawa riang.

ACARA pada kali ini merupakan acara yang terbesar bagi tahun ini. Ia merangkumi acara 3K yang melibatkan semua warga sekolah. Baik yang tua mahupun muda.
     “Baiklah, kebersihan merupakan subjek dalam kehidupan kita. Ia merangkumi…..” Nampaknya mikrofon telah berada di dalam genggaman Cikgu Hamdan. Jawabnya – fikirlah sendiri jawapannya.
 Setelah 45 minit ucapan tersebut berlangsung-hasil daripada ucapan gemalai Cikgu Ramlan,mereka diberikan tugas masing-masing. Syukur dipanjatkan kepada Ilahi kerana masa yang diperuntukkan pada hari ini akan dihabiskan di dalam kelas. Sebenarnya, itulah yang diharapkan oleh Irina untuk  meluangkan masa bersama dengan rakannya.
 “ Hari ni kita akan mengecat kembali kelas ini. Susun kembali meja dan kerusi mengikut susunan yang saya tetapkan…..” Cikgu Maliana menjelaskan susunan kerja yang akan dilakukan.
 Cikgu Maliana merupakan guru yang sangat mementingkan kebersihan dan keceriaan. Boleh dianggap seangkatan juga dengan Cikgu Ramlan. Memang tidak dapat di nafikan ,jikalau Cikgu Maliana yang menguruskan organisasi kelas, memang kelas ereka mampu merangkul banyak kejuaraan mahupun anugerah kebersihan dan keceriaan.  Tahun lepas sahaja, kelas dibawah penguasaan Cikgu Maliana  telah merangkul sepuluh anugerah kebersihan mahupun kecerian. Disebabkkan itu, kelas 3A berasa sangat bersyukur kerana Cikgu Maliana yang mengendalikan kelas mereka. Namun, bagi Irina perasaan sedih sentiasa menyelubungi hati kecilnya. sega la kenangan yang tersisa pada hari ini akan terus lekat dihati.
“ Rina, tolong ambilkan gunting itu,” Tersentak Irina. Lamunannya bersepai diterbangkan angin yang berpuput lembut. Rupa-rupanya Dini yang menyapanya. Irina sgera mencapai gunting dihadapannya dan lantas menghulurkan kepada Dini. Tidak berani bertentang mata dengan jejaka tersebut, dia terus berkalih pandangannya dan meneruskan kerja yang tertunggak.

DINI  merupakan jejaka yang sangat popular di sekolahnya. Setiap golongan hawa pasti akan terpikat dengan jejaka ini. Memiliki rupa paras yang tampan. Keperibadian yang sangat ‘macho’mampu mengaburi mata setiap gadis yang tidak mengenalinya. Bagi Irina tiada apa yang menarik tentang Dini. Pakej yang dipersembahkan oleh Dini hannyalah meraih publisiti murahan. Tidak lebih daripada itu.
Sejak dari tingkatan satu lagi, mereka berdua tidak pernah sekepala. Pada ketika itu, Dini dilantik sebagai Ketua Tingkatan, manakala Irina pula dilantik sebagai Penolong Ketua Tingkatan. Sudah sedia maklum, kedua-dua jawatan tersebut memerlukan keserasian untuk membawa jawatan yang disandang kerana mereka memerlukan antara satu sama lain. Tapi tidak kepada Dini dan Irina. Mereka bagaikan anjing dan kucing. Masing-masing ingin menegakkan ego dan pendirian tersendiri. Pening kepala dibuatnya.  Pelbagai usaha yang dilakukan oleh rakan sekelas mereka untuk menjernihkan keadaan yang keruh, namun , usaha mereka gagal sama sekali. Kedua-duanya keras kepala.
 “ Irina, mengalah sahajalah dengan Dini tu. Kau memerlukan antara satu sama lain. Kalau macam ni gayanya, alamatnya runtuhlah kelas ni. Jangan diikutkan sangat perasaan tu,”  berkali- kali dinasihatkan oleh rakannya, namun Irina hanya mendiamkan diri sahaja. Menggeleng tidak, mengiakan pun tidak. Irina masih menegakkan tembok keegoannya itu.
 “Dini , mengalah jelah ngan Rina tu. Kau pun sama-sama ego.” Nasihat yang sama juga pernah diberikan oleh rakan-rakannya. Sama  seperti Irina juga, berdiam diri merupakan perkara yang terbaik baginya.
Pernah sahaja rakan sekelasnya melakukan perbincangan bersama dengan Irina dan Dini. Hasilnya, kekecohan yang timbul.Usaha yang difikirkan mampu mengeratkan hubungan mereka berdua sia-sia sahaja.

  “TAK PAYAHLAH NAK MALU-MALU PULAK,” Kamal sengaja menghidupkan api kemarahan Irina. Irina hanya merenung tajam ke arah Kamal. Lelaki ini memang sengaja menggangunya. Memang tak lekang dalam hidupnya. Baginya jika sehari tidak menyakat Irina memang tak sah. Sebenarnya, Kamal memendam rasa terhadap Irina dari tingkatan satu lagi. Namun, caranya barangkali tidak mengena.
Irina hanya mengambil keputusan untuk mendiamkan diri sahaja. Kalau dilayan kerenah lelaki ini alamatnya, angin monsoon barat daya yang melanda. Dia tidak mahu mood pada hari ini dimusnahkan hanya kerana seorang lelaki yang bernama Kamal. Kalau diikutkan hatinya , habis lelaki itu dengan serangan balas berbisa daripada Irina.
Kamal menunggu serangan balas yang mungkin dilakukan oleh Irina. Senyap. Tiada  tembakan berbisa daripada pihak lawan seperti biasa.Dia sebenarnya sangat terhibur dengan usikannya. Kamal mengalihkan pandangannya kepada Irina. Dilihatnya gadis itu sedang sibuk dengan kerjanya. Muka Kamal berkerut seribu. Pelik dengan perangai Irina.
     “Hai….. selalunya bertubi-tubi menyerang. Alih-alih hari ni senyap pulak,” Gumam Kamal. Pelik dengan perangai gadis tersebut.

No comments:

Post a Comment