Tuesday 21 February 2012

BAB LIMA


HARI ini merupakan hari terakhirnya di sekolah tersebut. Irina merengus kencang seumpama gunung berapi yang memuntahkan laharnya. Kegalauan hatinya memuncak di kala semua rakan-rakannya menyerbu.
      “ Rina, kenapa kau tak bagitau yang kau dapat SBP. Alih-alih dah nak pindah,” Rina hanya tersenyum mendengar pertanyaan Amelia tadi. Hatinya bagai dihiris-hiris. Tidak tahu apa yang patut dibicarakan bagi menjawab pertanyaan tersebut. Maka, jalan yang terbaik ialah meleretkan senyuman tanpa rela bagi menjernihkan keadan yang sememangnya keruh itu.
      “ Yelah.. Kitorang dapat tahu ni pun daripada mamat becok tulah, Kamal dan Dini,” hatinya tersentap apabila nama Dini disebut. Irina memandang ke arah Dini. Dia sedang berdiri di belakang kerumunansambil meleretkan senyuman yang cukup manis buat dirinya. Irina cepat-cepat melarikan matanya memandang ke arah rakan-rakannya kembali. Cuba menyembunyikan apa yang dirasai.
      “ Janganlah macam ni. You’ll be my friends. Always in my heart.” Irina cuba berlagak tenang. Namun, hakikatnya sedihnya tidak terhingga. Sekali lagi, dia hanya menggaritkan senyuman yang tampak manis walaupun terpaksa.

DINI mengeluarkan surat yang ditulisnya tempoh hari. Kelihatan kerutan di wajahnya. Dia merenung surat tersebut. Hatinya tiba-tiba berdetak  bagaikan organ yang menakung nyawa itu  tidak cukup ruang untuk mengembang dan mengempis. Dia mengalihkan pandangannya kepada Irina. Namun, gadis itu hanya menumpukan perhatian terhadap pengajaran dihadapan. Walaupun hari ini merupakan hari yang terakhirnya di sekolah ininamun, gadis  ini tidak menunjukkan sebarang kesedihan. Wajahnya menunjukkan ketabahan.
              “ Hoi… Apa tengok minah tu  lama-lama ah..” Kamal menyiku Dini. Tersentak dibuatnya.
           “ Eh… mana ada!” Dini cuba menidakkannya. Tapi hatinya tidak selari dengan lidah. Biasalah, Dini terkenal dengan keegoannya. Hatinya benar-benar perih walaupun luarannya menunjukkan betapa kuatnya dia.
      “Jangan kacau daun ye! Rina is mine,”keras sungguh amaran yang dilontarkan oleh Kamal. Sememangnya dia amat menyukai Irina. Jadi, mana mungkin melihat buah hati dihendap orang.
       “ Don’t worrylah Kamal. Rina yang ego tu?” Dini mencuba sedaya upaya menyembunyikan perasaannya. Kamal hanya memberikan renungan tajam kepadanya. Cepat- cepat Dini berkalih pandangannya kehadapan.Menyeluk kembali surat tersebut ke dalam meja. Masih lagi mencari-cari waktu yang sesuai untuk memberi surat tersebut.

SETIAP permulaan ada penghujungnya. Begitu juga dengan sesi persekolahannya pada hari ini.Sebak didada tidak mampu ditanggung lagi. Namun, dia mampu mengawal emosinya kala ini. Sewaktu dia berjalan menuju ke bilik guru pun, ramai yang bertanyakan tentangnya. Hendak  ditepis rasa bersalah, hendak dijawab merundungkan kesedihan sahaja. Jalan yang terbaik ialah mengangguk tanda menjawab setiap pertanyaan yang dihamburkan. Dia tidak seperti Dira,Nurul dan Yani , tiga lagi rakannya yang menerima nasib yang sama sepertinya. Bijak mengawal percaturan keadaan.
“Rina. Macam mana dengan persediaan awak?” Cikgu Ahmad menegurnya sejurus terserempak dengan Irina di pertengahan jalan. Irina tersentak menerima pertanyaan tersebut. Segera mengangkat pandangannya untuk mencari gerangan suara tersebut. Terlopong mulut Irina dibuatnya. Barangkali Irina terkejut kerana Cikgu Ahmad yang menegurnya.
Cikgu Ahmad merupakan guru sandaran di sekolah tersebut.  Pernah juga mengajar kelasnya ketika gurunya bercuti bersalin pada tahun lepas. Irina sangat rapat dengan Cikgu Ahmad kerana pelbagai tugasan dilakukan bersama. Sehinggakan hubungan rapat yang terjalin antara mereka tidak lebih dari hubungan seorang cikgu mahupun pelajar menjadi buah mulut pelajar mahupun guru-guru di sini.
Irina menyedari perlakuannya menimbulkan kegusaran gurunya itu. Cepat-cepat dia menutup mulutnya.
    “ Nampaknya, cikgu pun bertanya hal yang sama juga,” Irina melepaskan keluhannya sambil menundukkan pandangan kebawah. Tidak sanggup bertentang mata dengan guru itu.
       “Hei, kenapa ni?” Cikgu Ahmad menyedari kegalauan hati pelajarnya menerusi riak perbuatan Irina.  Dia cuba menenangkan kekacauan jiwa yang dialami Irina tersebut. Namun, Irina tetap mendiamkan diri.Pandangannya tetap di arahkan ke bawah.
       “ Mari ikut saya, Rina,” Cikgu Ahmad mengajaknya ke suatu kawasan lapang di belakang sekolah. Irina hanya menurut sahaja ajakan gurunya itu.Angin yang berpuput sama sekali terasa nyaman menampar-nampar pipinya, sekaligus memberikan ketenangan kepada hati yang sedang bergelojak.Tetapi Irina tetap juga mendiamkan diri.
      “ Saya tahu perasaan kamu sekarang Irina,” Irina mengangkat wajahnya dan menatap guru itu. Cikgu Ahmad hanya tersenyum. Irina mengalihkan pandangannya kehadapan untuk  menikmati panorama permandangan perbukitan yang begitu sejuk mata memandang. Ternyata, Irina tidak mampu menyembunyikan kegalauan hatinya bila berhadapan dengan seorang pemuda yang bergelar seorang guru itu. Baginya, dia menganggap Cikgu Ahmad sebagai seorang abang . Lagipun, Irina merupakan anak tunggal dalam keluarganya. Maka, kesemua masalah dikongsi bersama gurunya itu.
     “ Kalau saya tak nak pindah macam mana cikgu?” Irina menyoal gurunya setelah sekian lama mendiamkan diri. Mengharapkan jawapan yang untuk mampu menenangkan jiwa kala ini. Dia berkalih kembali pada guru itu bagi mendapatkan pandangan mengenai permasalahannya itu.
        “ Kalau saya, saya akan berpindah kerana itu merupakan yang terbaik yang telah ditetapkan untuk saya. Mana tahu, kehidupan saya lepas itu akan memberikan 1001 kebaikan. Kita tidak akan pernah tahu, Irina. ALLAH  akan sentiasa merencanakan apa yang terbaik untuk diri kita,” pandangan Cikgu Ahmad benar-benar menyuntikkesedaran di hati kecilnya . Dia tidak mengalihkan pandangannya.  Lagaknya seperti berfikir panjang. Perlahan-lahan jawapan gurunya itu membuka pintu hatinya untuk menempuh ujian yang diberikan.
       “ Ya… ALLAH itu maha adilkan cikgu?” Irina memalingkan wajahnya bagi mendapatkan kepastian. Cikgu Ahmad hanya menggangguk dan mengukirkan senyuman yang barangkali menenangkannya.ALLAH tidak pernah merencana yang buruk untuk hamba-NYA.

1 comment:

  1. Salam.. boleh komen ?? ni bukan blogger yg suka saman2 enn ^^??

    ermm.. pada permulaan cerita.. susunan perkataan dalam satu-satu ayat yang cik gunakan agak longgar dan kekok.. Di Malaysia kita terpengaruh dengan 2 aliran budaya bahasa iaitu bahasa dan inggeris,

    jadi, kita perlu cuba mengelak daripada terikut-ikut sehingga menggabungkan gayanya..

    SALAM..(perbanyakan bacaan buku fakta / sejarah. Novel sekarang banyak gunakan "gaya bahasa" pasar kerana ingin menarik peminat )

    ^^ teruskan usaha novelis ini

    ReplyDelete