Sunday 26 February 2012

BAB SEPULUH



PERJALANAN mereka  tinggal lagi setengah jam sahaja lagi untuk sampai ke destinasi. Tiba-tiba Irina teringatkan sesuatu.
“Pa, Rina rasa ada sesuatu yang tiada.”  Kegusarannya terserlah apabila dia  teringat ada sesuatu yang tertinggal.
“Apa yang tak de Rina?” Kegusarannya juga turut dirasai oleh Hamidah.
“ Kan mama dah ingatkan, tengok apa yang tak de,”  Hamidah yang terkilan buat seketika, menukarkan suasana yang senyap selama ini menjadi hingr-bingar. Irina mencari-cari barang yang terlintas difikirannya. Perlahan-lahan dia mengangkat wajah seperti ingatannya meraih sesuatu. 
“ Setem,” selajur dia menjawab. Hamidah merengus panjang. Hamdan hanya membatukan diri.
“ Tak pelah, depan sana ada pejabat pos,” keputusan yang diuarkan oleh Hamdan memberikan kelegaan kepada Hamidah dan Irina. Suasana yang hingar bingar menjadi senyap kembali.

PAPAN tanda Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar kelihatan berblam-balam di hadapan.Lama-lama jelas kelihatan.Akhirnya mereka sampai ke destinasi yang dituju. 2 Februari itulah tarikh keramat buat diri Irina. Antara takut dan cuak atau yang lebih tepat lagi gementar.
    ‘Macam manalah agaknya nasib aku kat sini.’ Salah satu persoalan yang kerap kali bermain diminda. Kerutan di wajah menandakan bagaimana perasaannya kala ini. Perlahan-lahan kakinya menginjak ke bumi STJ.
Mereka disambut oleh beberapa orang pemimpin pelajar di situ yang sedikit berlainan daripadannya suatu ketika dahulu. Kalau disekolahnya , pemimpin pelajar memakai baju kurung berwarna biru tapi disebuah sekolah ternama seperti ini pemimpin pelajar memakai baju kemeja berwarna ‘peach’, bertali leher, berkot. Maklumlah sekolah elit. Mereka memberikan senyuman kepada mereka tiga beranak.Irina cuba memaniskan roman wajah walaupun dia terpaksa.
Kedua-dua pemimpin pelajar tersebut mengiringi Irina sekeluarga ke tempat pendaftaran. Matanya meliar memerhatikan persekitan sekolah yang begitu cantik. Hamidah rancak berbual dengan salah seorang pemimpin pelajar di situ,begitu juga dengan Hamdan. Irina hanya mendiamkan diri. Masih lagi dalam cubaan untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru.  Mereka bertiga di sambut lagi dengan beberapa orang pemimpin pelajar di pintu masuk dewan tersebut yang menguruskan bahagian  pendaftaran.
“Selamat datang ke Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar,” seorang gadis mengulumkan senyuman kepada mereka bertiga.Irina membalas senyuman tersebut walaupun tanpa kerelaan. Sememangnya dia berasa takut kerana tidak pernah dia berjauhan dengan kedua orang tuanya.
Selesai dengan prosedur yang sepatutnya, mereka dikehendaki menghadiri taklimat di sebuah bilik. Tiada apa-apa yang menarik perhatian. Hanya ucapan oleh pengetua sekolah tersebut dan beberapa pengenalan daripada beberapa guru penolong kanan tadbir. Irina ditempatkan disebuah kelas aliran sains tulen namun, dia terpaksa mengambil matapelajaran tambahan iaitu seni. Sukar baginya menerima hakikat tersebut kerana sememangnya dia tidak pernah terfikir akan mempelajari sesuatu tiada pada bakat gadis semasa ini. Maka  bermulalah kehidupan barunya disini.
Irina dipandu oleh seorang pemimpin pelajar yang dikenali sebagai Julia Farisya. Orangnya manis dan cantik. Tinggi lampai.pastinya gadis ini merupakan tumpuan di sekolah ini. pelbagai anggapan yang bermain di minda.Akhirnya,Irina ditempatkan di kamar R3-K5. 
“ Baiklah ini kamar awak dan nampaknya ini loker awak.,” Julia menunujukkan kamar serta loker kepadanya. Irina hanya mengangguk perlahan tanda memahami. Julia juga memberi beberapa garis panduan dan peraturan yang mudah kepada Irina.
“ Kalau ada apa-apa masalah, awak boleh rujuk saya ye. Malam ini kita ada agenda yang perlu dilaksanakan. Rujuk pada fail yang awak dah dapat untuk info lanjut,” kata, gerak- geri Julia membuatkan Irina selesa berdampingan dengannya. Selajur, Julia meninggalkan Irina serta keluarganya bagi memberikan sedikit ruang kepada mereka untuk diluangkan bersama.
Hamidah dan Hamdan menolong Irina mengemas serta menyusun barang-barang.
“ Ha… Macam mana?Mama tengok ok je pelajar kat sini,” tersentak Irina dengan ungkapan mamanya itu. Namun, dia hanya mendiamkan diri. Hamidah dan Hamdan berbangga dengan  sekolah baru puterinya itu.

ANGIN yang berpuput lembut tidak mampu menyingkirkan perasaanya kala ini. Hatinya tetap tidak tenteram. Kerutan di wajah menunjukkan bagaimana hatinya berbicara.
“Hei, whats up man? Anything wrong?” Malik menyapanya daripada belakang. Jamal tetap membatukan diri. Lagaknya seperti ayam yang  kehilangan anak. Malik mengekori anak mata Jamal. Tiada apa ynag kelihatan di hadapan. Hanya perbukitan yang menghiasi alam ALLAH. Akhirnya, Malik meninggalkan Jamal. Tidak mahu menganggunya lagi. Tiada sebarang respon diterima oleh Malik. Jamal merengus kencang.


“RINA jaga diri bebaik ya… mama dan papa balik dulu..” sebak di dada Hamidah menyukarkannya untuk berkata-kata.Begitu juga dengan Hamdan, berat hatinya untuk meninggalkan Irina  disitu. Namun, apakan daya. Ini merupakan yang terbaik untuk kejayaan serta masa depan Irina. Mereka terpaksa berpisah jua. Irina juga dirangkul kepiluan. Tidak semena-mena air matanya jatuh berlinangan. Puas ditahan tapi jatuh jua. Air mata berguguran seperti luruhnya daun-daun pada musim luruh itu diseka. Irina menunudukkan wajah.
Perlahan-lahan Hamidah menghampiri puteri kesayangannya itu. Diangkat wajah yang mongel Irina dan ditatap wajahnya. Tangannya menyeka air mata di bibir mata anak gadisnya itu. Selajur dia tersenyum. Senyuman itulah yang sedikit sebanyak menenangkan hati Irina.
“Janganlah nangis,sayang. Papa dan mama akan datang jenguk Irina minggu hadapan ya,”  Irina hanya mengangguk dengan pujukan ibunnya itu. Dia tahu bahawa semua pengorbanan yang dilakukan oleh kedua orang tuanya itu merupakan yang terbaik untuk dirinya. Walaupun kenyataan ini pahit untuk ditelan tapi itulah hakikat yang harus ditempuhi.
Irina bersalaman dengan kedua mama dan papanya. Kemudian Hamidah dan Hamdan masuk ke dalam kereta pacuan empat roda mereka. Bersedia untuk bertolak. Sempat juga Hamdan memberikan beberapa nasihat yang berguna untuk menaikkan semangat anaknya itu. Diingatkan supaya belajar bersungguh-sungguh. Irina hanya mengangguk dan menghantar ibu dan bapanya dengan seulas senyuman yang manis. Dia telah menanamkan tekad untuk memberikan kejayaan bagi mengembirakan kedua orang tuanya.
  Rina, awak dah bersedia untuk masuk ke kelas,” suara Julia mengejutkan gadis itu daripada lamunan disiang hari. Lantas, dia menoleh  dan tersenyum.
“ Ya… saya sedia,” ujarnya pendek sambil tersenyum. Perlahan-lahan dia mengekori Julia menuju ke destinasi seterusnya walaupun tidak seiring dengan hati waktu ini.



No comments:

Post a Comment