Hello....opsss...assalamualaikum.....
rasanye ini bru first time aku post .....
yelah slama ni pon aku publish citer je kan...hihihiihi...
ok...nampaknya 21 mac 2012 dah lepas...
ya... result came out....
alhamdulillah....
kepada semua batch EXODUS 0711...
you did a great job...
akhirnye kite brjaye buktikan kepada sekolah bahawa kite adalah yg trbaik....
go YEAH...haaahaaa....
apepon...congrates to all 40 students that got straight a's.....
SHIN, BAA , YAS , EMAH , SARAH, PAM ,HIDIR dan rmai lagi...
pnuh plak stu page ni kalau sbut name sorang2kan...haahaha...
aku tumpang gmbire untuk korang ...sangat2....
sme gak ngan kwn2 aku yg dkt SASER,SBPIJ dan SMUJ....
tahniah....
amik ko...graduate...hihihihhihi......
walaupun pada mulanye aku rse kecewa dengan keputusan yang aku dapat....
tak memberansangkan...... tapi aku percaya yang ada hikmah di sebaliknye.....
ALLA H KNOWS THE BEST.....
sebab idup kite kat dunia ni adalah brlandaskan-Nya...
6A 4B....yang aku dpt tu....mmg sedih bile dpt tahu.....
aku tertanye2...knape aku x dpt capai target aku...kenapa???? mengapa?????
aku rse aku dah gagal....
tapi bile aku tengok balik...analyse again......cewaaahhh....
sebenarnye aku berjaya gak akhirnye.....
and i'm proud of myself.....
ADD yg dulunye selalu sngt gagal...lulus pon skali jer waktu trial....
rse dh patah semangat wktu nk dekat SPM....
tapi bile time spm...i manage to do it... i got B.... benar2 x sangka.....
CHEMIST.. yg dulunye aku hampir2 je patah smangat nk teruskan....selalu sngat dapat D n C
disbbkn bntuan kawan2 aku .......
i also manage to do it.....
i got B+ in dat subject....
sme gak ngan BIO.... selama ni aku capai C je dalam subjek tu ......
akhirnya aku berjaye cpai target aku B+.......
trima kasih bebanyak kat sume kengkawan aku yg bntu....cikgu...
most important is my PARENTS.... lov ya.....
i love u all.....hahahaaha...jiwang pulak......
kepada mereka yang lain jgn sedih tau dengan apa yang kite dapat...
be proud of yourself.....because you've already success eventhough no one knows about it...
keep believing in urself.... n never give up......
u achieve ur victory...... go for it.....
kata2 ni selalu bagi aku semagat.... TRUSKAN USAHA....
ALLAH memberikan yang terbaik untuk kite...
x pernah sekali pon dia bagi hamba-NYA yang buruk.....
dan ini merupakan pengalaman hidup yang pling brmakna dalam hidupku......
and i will never regret on what happen in my life......
i love all of you. my friends..........
umi n abah.... i'll give u the best.....one day.....
Friday, 23 March 2012
BAB DUA PULUH EMPAT
Peperiksaan Pertengahan Tahun
akan menjelang . Kala ini semua pelajar sedang tekun menelaah pelajaran. Bagi
Irina dan rakan-rakan yang lain, ini merupakan peperiksaan pertama mereka di
SBP. Sesekali timbul juga perasaan gemuruh dalam hati. Maklumlah, soalan yang
akan dijawab tentunya diaras yang tinggi bersesuaian dengan tahap IQ pelajar
disini.Dengan erti kata yang lain, sekolah ternama semestinya rata-rata pelajar
di sini pandai-padai belaka.
Irina pula sedang sibuk
berbincang dengan Zaidi. Perbincangan mereka mengenai subjek ‘English’ sesekali
menimbulkan perdebatan antara mereka berdua. Masing-masing berbalah mengenai
pendapat masing-masing. Padahal apa yang diperbincangkan itu merupakan perkara
yang hampir serupa isinya. Maklumlah, kedua-duanya ‘master’. Masing-masing
punya pendapat yang berbeza.
Yana di kejauhan hanya tersenyum
melihat gelagat kedua-dua sahabatnya itu. Sekali pandang macam pasangan
kekasih. Tapi kalau dua kali pandang
macam anjing dan kucing. Gadis itu menghampiri perlahan-lahan ke kumpulan
mereka. Pertikaman lidah antara mereka
berdua tidak lagi di hentikan. Ternyata kehadiran Yana tidak disedari oleh
pasangan tersebut. Bagaikan angin yang menderu kencang pun tidak disedari.
Injakan kaikinya dihentikan apabila dia berada dibelakang mereka. Yana
berdehem-dehem beberapa kali dan deheman itu didengari oleh mereka berdua.
Serentak pasangan itu menolehkan kepala kebelakang memerhatikan siapa yang
berinteraksi dengan mereka berdua.
Gadis itu hanya tersenyum memandang
mereka berdua yang berkerut seperti mengandungi seribu satu persoalan. Yana
segera menghulurkan helaian kertas yang berada ditangannya kepada Irina. Irina
menyambut perlahan kertas tersebut. Mindanya diasak dengan pelbagai persoalan
mengenai kandungan kertas ditangannya. Zaidi yang berada disebelahnya pun
diasak dengan perasaan ingin tahu juga. Dia perlahan-lahan mendekatkan tubuhnya
sedikit untuk sama-sama meneliti apa isi kandungan kertas tersebut.
Satu-persatu perkataan diatas
kertas itu dibaca. Memahami betul-betul apa yang terkandung di dalam kertas itu.
Terdapat beberapa senarai nama yang tercatat di situ dan dia terhenti apabila
pandangan matanya terkunci pada tulisan nama yang terletak di barisan paling bawah sekali di dalam senarai
itu. Irina memandang kembali ke muka Yana. Meminta kepastian yang belumlagi
pasti adakah itu kebenarannya atay tidak.
“Rina, kau jadi fasilitator untuk Kem
‘form’1 nie,” berdekah-dekah ketawa Zaidi kedengaran memecahkan kesunyian
diantara mereka bertiga. Dia benar-benar tidak menyangkakan yang Irina Hamdan,
gadis yang terkenal dengan kekecohan mulutnnya itu mampu menjadi fasilitator.
Irina hanya memandang tajam kearah lelaki itu. Hatinya menjadi sakit apabila dikutuk
sebegitu rupa.
Malas melayan kerenah lelaki yang
berada disebelahnya itu, Irina mengalihkan pandangann semula kewajah Yana.
“ Farid pun pergi sekali?” persoalan
Irina itu disambut dengan anggukan perlahanYana.
“ Lepas ‘prep’ ni, kau ada perjumpaan
dekat bilik kaunseling tau. Ada taklimat sikit untuk program ni,” kali ini pula
Irina mengangguk perlahan. Matanya kembali terarah pada lembaran kertas yang
terbentang ditangannya. Zaidi pula senyap di sebelah mendengar setiap butir perbualan mereka.
PETANG itu, Irina bersama Farid berjalan
bersama-sama menuju ke bilik kaunseling yang terletak bertentangan dengan kelas
mereka. Tambahan pula, Irina dan Farid sahaja yang merupakan wakil dari kelas 4
Al Khawarizmi.
Setiba sahaja di sana semua mata
memandang ke arah mereka dengan seribu satu pertanyaan yang menerpa di benak
fikiran.seperti ada sesuat yang tak kena. Bagi Irina itu merupakan perkara
biasa kerana dia sudah terbiasa dengan gaya hidup diluar. Tetapi mungkin bagi
Farid pandangan mata itu merupakan pandangan yang tidak begitu selesa. Bagaikan
dirinya dihendap dengan beribu pemangsa yang sudah bersedia untuk menerkam dan
merobeknya.
Rasylan yang berada disatu sudut
di dalam bilik itu hanya tersenyum kecil. Dia memang masak dengan perangai
Farid memandangkan mereka merupakan sahabat baik yang telah menempuhi pelbagai
suka dan duka di sini selama empat tahun. Mana mungkin mereka dapat
menyembunyikan apa-apa antara satu sama lain. Dia tahu sememangnya bukan itu
pilihan Farid untuk berjalan dengan
rakan sekelasnya. Bukan sesuatu yang salah pun. Namun, dia pun sudah cukup
masak dengan pemikiran pelajar-pelajar di situ. Maka, sebaik-baik keputusan
ialah dengan bersabar. Itulah sebaik-baik jalan.
Farid segera berjalan ke arah
Rasylan setelah anak matanya berjaya menangkap kelibat sahabatnnya itu. Rasylan
sedang duduk di atas sebuah kerusi sedang memandang ke arahnya juga.
Bertatih-tatih Farid melangkah menghampiri sahabatnya itu, melangkah untuk
mengelakkan diri daripada halangan yang berada dihadapannya.ruangan bilik itu
sangat kecil dan pelajar pula berasak-asak untuk mendapatkan sedikit ruang yang
benar-benar selesa. Setibanya di situ
dia segera melabuhkan punggugnya disebelah Rasylan. Mata Rasylan hanya
mengekori pergerakan Farid.
“ Siapa tadi tu?” persoalan yang
diutarakan dengan tujuan mengusik hanya disambut dengan pandangan tajam
daripada Farid.Rasylan hanya menanti jawapan daripada sahabatnya itu. Seketika
kemudian, keluhan sahaja yang kedengaran terlepas dari rangkulan pernafasan
Farid. Namun, mata lelaki itu tetap pada subjeknya. Tidak berganjak sedikit pun
daripada wajah sahabatnya itu.
“ Alah, aku terserempak dengan Rina
kat kelas tadi. Dialah yang sampaikan berita ni kat aku. Kau pun nak
‘susupicious’ dengan aku juga ke?” Nada yang terluah kedengaran seperti
merajuk. Kepalanya tertunduk memandang ke lantai. Mujurlah cikgu Azizan masih
belum sampai. Kalau tidak pasti perilakunya menjadi tumpuan guru itu. Rasylan
yang berada disebelahnya hanya tertawa kecil melihat gelagat rakannya itu. Dia
menepuk lembut belakang Farid untuk memujuk lelaki tersebut.
“ Tak delah. Tak payahlah merajuk,”
ketawa kecil Rasylan masih tidak mengendur juga. Sudah lama juga ditepuk namun,
tiada apa-apa reaksi pula daripada sahabatnya itu.Farid pula makin ditepuk
makin menjadi-jadi pula rajukannya.
“ Dah… Tak payahlah nak mengada-ngada
sangat,” Rasylan menampar belakang Farid sehingga tersentak dibuatnya. Nada
suara yang pada mulanya kedengaran lembut tiba-tiba menjadi garau. Menyampah
pula melihat gelagat Farid yang mengada-ngada itu. Farid pula hanya
menggosok-gosok belakang badannya yang terasa perit apabila ditampar oleh
Rasylan.
Rasylan tidak menghiraukan
kesakitan yang dialami oleh sahabatnnya itu, sebaliknya pandangan matanya
berkalih kepada gadis yang bernama Irina. Dia merasakan bahawa ada sesuatu yang
akan berlaku antara dia dan gadis itu. Dia
menatap lama-lama wajah gadis itu yang sedang rancak berbual bersama dengan
rakannya.. namun, minda tetap berjalan memikirkan kemungkinan itu.
Monday, 12 March 2012
BAB DUA PULUH TIGA
MUJURLAH pertandingan bahas
antara rumah ini berpihak kepada mereka.
Ternyata usaha mereka tidak pernah sia-sia. Irina menarik nafas lega
apabila diumumkan bahawa pasukan mereka adalah juara pada perhimpunan pagi itu.
Rakannya turut bersorak kegembiraan.
“ Jadi pemenang keseluruhan bagi
pertandingan Aspirasi Bulan Bahasa ialah rumah Tunku Kurshiah,” tepukan
bergemuruh kedengaran lagi. Hingar-bingar
juga dibuatnya dewan tersebut. Ada juga yang bangun dari tempat duduk mereka ,
ada yang terlompat-lompat mendengar pengumuman tersebut. Sememangnya begitulah
saban tahun. Rumah Tunku Kurshiah merupakan rumah yang pasti akan menduduki
takhta teratas selain tiga lagi buah rumah. Begitulah dia apabila semangat
rumah bersatu apa sahaja boleh dihadapi. Buktinya selama empat tahun
berturut-turut Tunku Kurshiah menjadi Johan Keseluruhan Rumah.
“ Congrates, Rina,” Yana hampir sahaja
kehilangan suaranya kerana dia terpaksa
meninggikan skala pic suara agar didengari oleh Irina memandangkan suasana yang
gegak-gempita menyukarkan mereka untuk berbicara. Irina hanya mengangguk
perlahan sambil tersenyum dengan ucapan tahniah daripada sahabatnya itu. Dia
pun hanya kedengaran mahupun tidak.
Mereka kembali ke kelas apabila
selesai sahaja majlis tersebut. Proses
pembelajaran dan pengajaran hanya berjalan seperti biasa. Tiada apa yang
berbeza pun pada hari itu. Cuma para pelajarnya yang sedikit tekun memandangkan
peperiksaan pertengahan tahun bakal menjelang. Sedang asyik menelaah pelajaran
memandangkan waktu itu merupakan waktu rehat, bahunya ditepuk perlahan. Tergugah
juga tumpuan Irina kala itu. Dia memalingkan
wajahnya ke arah belakang. Melihat siapakah gerangan yang menegurnya
itu.
Ana hanya tersenyum dengan reaksi
yang ditunjukkan oleh Irina. Ana sama seperti Irina yang merupakan pelajar baru
di situ. Gadis ini terkenal dengan kecomelannya yang hampir membuatkan
jejaka-jejaka disini begitu tergila-gilakan dan mungkin menimbulkan persaingan
antara gadis-gadis disini. Rahsianya hanya satu, senyuman yang diukirkan mampu
‘mencairkan’ sesiapa sahaja yang
melihatnya.
Ana melabuhkan punggungnya ke salah
sebuah kerusi di sebelah Irina. Pandangan sahabatnya itu tidak pun beralih
seinci pun daripadanya . Irina dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena
disebalik senyuman itu, tetapi didiamkan sahaja. Mencari masa yang sesuai untuk
dibongkar.
“ Sibuk ke?” Ana cuba menukar
topikperbualan. Mungkin bukan masa yang sesuai untuk memberitahu perkara
berkenaan.Irina pula hanya meneruskan sahaja kerjanya.
“Mamat tu tengah ‘usha’ kau nampak,” Irina berkata sambil tangannya
rancak menulis. Soalan yang diajukan tidak berjawab. Melilau mata Ana mencari-cari apa yang dimaksudkan sahabatnya
itu. Matanya terkunci pada satu arah yang secara tiba-tiba membuatkan detakan jantungnya
menjadi pantas. Seperti organ tersebut mampu terkeluar dari dadanya.Irina
tertawa kecil melihat riak wajah sahabatnya itu. Seperti orang yang kena sampuk.
Matanya terbeliak. Mulutnya ternganga.
Daus yang sedari tadi memandang
ke arah Ana yang sememangnya mengharapkan gadis itu membalas pandangannya. Akhirnya terkabul juga hasratnya. Walaupun
bukan itu reaksi yang dia mahu tetapi itu pun sudah memadai. Dia benar-benar
gembira kala itu.Sememangnya, Ana merupakan gadis yang bertakhta dalam hati.
Namun, itu kata hatinya sahaja yang mungkin sukar untuk difahami. Pantang jumpa
perempuan cantik, misi pun mula berjalanlah.
Misi pertama, tenangkan fikiran. Disusuli pula
dengan lirikan senyuman yang paling manis. Misi akhir pula, tunggu reaksi
daripada gadis yang dipikat. Nampaknya, ajaran tersebut diikuti sepenuhnya.
Maklumlah, petua sendiri. Mungkin berhasil kepada beberapa orang gadis disitu.
Kali ini adakah misinya berjaya membuahkan hasil kepada gadis luar itu. Tunggu
dan lihat.
Irina memandang ke arah Daus yang
masih dalam usahanya memikat hati Ana.Dia tertawa kecil melihat gelagat mereka
berdua. Ana pada mulanya agak terkejut dengan reaksi mendadak jejaka itu.
Tetapi taktik itu seakan-akan tidak ‘lut’ lagi pada gadis sepertinya. Mungkin
bukan sahaja pada dia bahkan
rakan-rakannya yang lain. Sahabat disebelahnya masih sibuk dengan kerjanya.
Daus masih lagi menunggu reaksi
gadis itu. Detik-detik yang ditunggu semakin tiba. Akhirnya tiba…..
Ana hanya mencebikkan mukanya
kepada lelaki itu. Malas hendak melayan kerenah lelaki-lelaki seperti itu. Bahkan
Ana dan Irina juga sudah cukup masak dengan perangai mereka. Sama seperti
lelaki diluar sana. Cuma perbezaannya ialah lelaki-lelaki ini hanya ‘terkurung’
disitu dan mungkin kekurangan taktik sedikit untuk memikat wanita.
Daus tersentak dengan reaksi yang
ditunggu-tunggu. Betul sangkaannya. Susah juga memikat gadis luar. ‘Immunity’
mereka sangat kuat. Bukan calang-calang gadis yang mampu dipikat. Riak wajah
Daus berubah mendadak. Terpana dengan ‘serangan’ yang dihamburkan.
Ana segera memalingkan
pandangannya kepada Irina yang tersenyum simpul melihat aksi mereka.
“ Muka dah ‘hensem’ dah. Tapi perangai…” Ana
hanya mengeluh kasar. Irina pula tersenyum-senyum melihat sahabatnya itu.
“Orang comel mestilah asyik kena
‘usha’,” Irina hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum. Sememangnya,
itulah padah kalau orang dah comel sangat. Kerap kali menjadi tumpuan
pelajar-pelajar disini. Ana pula hanya tertawa kecil mendengarkan pujian
melambung itu.
“ Tadi macam ada benda nak cakap. Apa
dia?” Persoalan yang diajukan oleh Irina mengembalikan tujuan utamanya ke sini.
Senyuman yang diukirkan serta-merta mengendur. Pastinya berita yang disampaikan
itu bukanlah sesuatu yang mengembirakan. Irina berkalih memandang Ana yang
sedari tadi mendiamkan diri. Gadis itu seperti dapat merasakan sesuatu yang
tidak kena di antara mereka.
“ Ana…” Ana hanya menyahut dengan
pandangan yang sayu . Bertambah rumitlah persoalan yang bermain di minda Irina
kala ini.Dia masih lagi menunggu jawapan yang sahih daripada sahabatnya itu .
“ Rina… Dina nak pindah,” kata-kata Ana
akhirnya terluah setelah beberapa ketika mendiamkan diri. Sejujurnya, dia pun
tidak mahu memberitahu berita yang mendukacitakan itu memandangkan Dina
merupakan antara sahabat rapat Irina disitu. Untuk membuka mulut pun dia
mengerahkan seluruh tenaga dalaman bagi menolak gumpulan yang berada di kotak suranya
itu. Irina berkalih ke arah lain. Dia benar-benar tidak menyangkakan bahawa dia
akan kehilangan seorang lagi sahabat. Ana yang berada disebelahnya pula hanya
menundukkan kepalanya. Berkongsi kesedihan.
Irina mengingati saat-saat Ieka
meninggalkan mereka tidak lama dulu. Dalam menungannya yang panjang itu, memori
yang tidak mahu diingatinya menerpa sekali lagi.
Imbas
kembali:
“ Betul ke kau nak pindah Ieka,” dalam
pelukannya Ieka masihteresak-esak menangis. Dalam susah payah dirundung
kepiluan yang amat sangat bagaikan organ pernafasannya tersekat, dia cuba
menggagahkan diri untuk bertanya. Ieka hanya mengangguk perlahan tanda
mengiakan perkara tersebut.
Ieka menolak perlahan Irina untuk
melepaskan diri daripada rangkulan sahabatnya itu. Menatap puas-puas mata gadis
di hadapannya. Matanya berkaca begitu juga dengan Irina. Dia mengumpulkan
tenaga untuk bersuara. Air matanya yang berguguran segera diseka meninggalkan
bekas diwajah.
“Rina…” Ieka menyeluk sakunya kala ini.
Mengeluarkan sesuatu yang berbentuk hati dihujungnya.Ieka mengangkat benda itu separas
penglihatan mereka. Diamemandang kembali sahabatnya namun, tiada apa yang mampu diucapkan kala
ini.
“Simpan key-chain ni baik-baik tau.
You’ll remember me. Promise,” Ieka perlahan-lahan mengangkat tangannya dan
mengeluarkan jari kelinkingnya yang merupakan signifikan perjanjian mereka.
Gadis itu menunggu reaksi daripada rakannya. Irina hanya memandang sayu
sahabatnya itu dan terus menyambut kelinking Ieka. Jari mereka bertaut
menndakan perjanjian dimeterai. Sekali lagi, mereka dirundung pilu. Hanya tangisan
sahaja yang bergema sekali lagi mengisi ruang tersebut.
Bahunya disentuh menyebabkan
anggota tersebut terasa hangat. Irina tersentak daripada ingatan lampau. Memori
tersebut benar-benar menenggelamkan dirinya. Dia berkalih memandang sahabatnya.
Pandangan mata tampak kosong. Seakan-akan tiada jasad yang menunjang tubuh itu
ketika ini. Ana segera merangkul tubuh Irina dan memeluknya.Irina memahami
maksud baik sahabatnya itu. Mereka semua sememangnya sedih dengan perpisahan
tersebut. Gadis itu memejam matanya
merasai kehangatan kasih sayang yang mengalir
di antara mereka.
Sunday, 11 March 2012
BAB DUA PULUH DUA
PAKAIAN yang terletak di dalam
‘luggage’ dikeluarkan. Dilipat elok-elok dan kemas-kemas. Dimasukkan ke dalam
loker. Makanan ringan seperti biskut, coklat dan air minuman disusun di
bahagian bawah loker. Cadar pula dipasang dan ditarik dengan kemas. Sarung
bantal disarung dan dikemaskan kedutannya. Irina tampak sibuk sekali
mengemaskan barang-barang walaupun dia baru sampai ke kamarnya. Baginya eloklah
dia mengemaskan apa yang patut, selesai sahaja nanti boleh juga direbahkan
badannya untuk berehat beberapa ketika sebelum meneruskan ‘perjuangan’ disini.
Ella baru sahaja sampai
kekamarnya. Kelihatan berbondong-bondong barangan di kiri kanan tangan. Sejurus
meletakkan barangan dan begnya ditepi loker terus sahaja dia menghempaskan badannya ke katil. Keluhan
kelegaan kedengaran di rangkulan pernafasan. Lelahnya tidak juga hilang, namun
dapat dikurangkan juga. Dia mengalihkan pandangannya ke arah Irina yang berada
bertentangan dengan arah pandangan mata. Walaupun kamar yang berbeza tetapi
kelibat dan perilaku gadis itu jelas kelihatan oleh Ella.
Perlahan-lahan Ella bangkit
daripada pembaringannya menghampiri Irina yang kelihatan sibuk sekali mengemas.
Derapan kaki Ella tidak pula kedengaran dan tidak pula menggugah tumpuan Irina
daripada kerjanya. Ella tersengih-sengih apabila minda menerjah satu idea. Bagaikan harimau yang mahu
menerkam mangsanya dengan penuh berhati-hati Ella melangkah perlahan-lahan ke
arah gadis itu.
“ Booooooo…..” terjahan Ella mengejutkan
Irina daripada kerja. Kain yang dilipatnya tercampak ke belakang. Irina
mengecam suara tersebut. Perlahan-lahan dia memalingkan kepala kearah suara
tersebut. Cuba mengamati siapakah gerangan orang tersebut. Renungan tajam
ditujukan kepada gerangan tersebut. Diakui, dia benar-benar terrsentak dengan
perlakuan tersebut.
“ Ella, kalau aku ada sakit jantung dah
lama gugur jantung aku ni tau,”Ella hanya tertawa terbahak-bahak melihat
gelagat sahabatnya itu. Kain yang
tercampak ke arahnya diambil dan diserahkan kembali kepada gadis tersebut.
Irina mengambil kain tersebut namun, pandangan tajamnya tidak mahu melepaskan
mangsanya. Perlahan-lahan ketawa Ella mengendur apabila tiada reaksi daripada
sahabatnya itu. dia melabuhkan punggung
kekatil yang berhampiran.
“ So how your debate,” Ella cuba
mengalihkan topik perbualan mereka. Menceriakan kembali situasi yang sunyi.
Irina pula akhirnya mengalah dan meneruskan kerjanya yang tertangguh dek
gangguan daripada Ella.
“ Menang sekali je,” menerusi nada
yang terungkap daripada suara Irina kedengaran kecewa pula. Ella pula hanya
mengangguk perlahan.
“ Alah, tak pe. Lagipun, lepas nie
ada lagi pertandingan yang aku rasa….. perlukan kau jugaklah,” raut wajah Ella menimbulkan tanda tanya pada
Irina. Sekali lagi, kerja yang berada ditangannya terhenti. Dia menoleh kembali
pada sahabatnya itu.
“ What do you mean?” ternyata
persoalan tersebut masih lagi belum terungkai sepenuhnya. Ella pula hanya
menggelengkan kepala pula.
“ Ye… Minggu ni ada bahas. And I
think kapitan pun dah pilih kumpulannya. ‘Form’ 5 pulak tak boleh masuk. So
kaulah yang jadi kapten,” kata-kata Ella itu sekali lagi menyentakkan Irina.
Minda terbejat. Seakan-akan organ yang menakung nyawanya itu berhenti berdetak.
Dia benar-benar tak menyangkakan berita tersebut. Tiada apa-apa yang terluah
menerusi mulutnya. Matanya sahaja yang terkunci pada Ella.
TIADA apa yang menarik pada malam
itu. Kelas pada malam itu dimulakan dengan ‘recall’ untuk mengambil kehadiran
para pelajar. Takut-takut adapula yang terlajak cuti. Selesai sahaja, Irina
segera melangkah ke kelas bersama
sahabatnya yang lain. Mengambil tempat duduk. Menyusun buku-buku di dalam loker
dan meneruskan kerjanya yang masih belum terlaksana.
“ Rina, dah sedia dah untuk pertandingan
bahas Rabu ni?” Maya bertanya kepada Irina, namun, pertanyaan terebut disambut
dingin memandangkan Irina mengetahui tentang hal itu.
“ Yup, know about it alreadybut there’s
no plenty of time,” kegusaran hati Irina diluahkan juga kepada Maya.
“ Alah, I know you can doit. Kalau
bendamacam ni je kaukan ‘pakar’,” Irina hanya tersenyum dengan pujian melambung
yang diberikan oleh sahabatnya itu.
“ Whateverlah Maya,” kedua-dua sahabat
itu tersenyum dan akhirnya meneruskan kerja yang masih belum disiapkan
memandangkan pada minggu ini sahaja mereka bakal sibuk menguruskan itu ini. Lagi
pula, minggu ‘Aspirasi Bulan Bahasa’ akan diadakan. Jadi masa yang tersisa ini
akan digunakan dengan sebaiknya.
BARU sahaja selesai dengan
‘debate’ disambung pula dengan bahas. Kala ini dia sibuk dengan latihan bagi
kumpulannya. Tanggungjawab dan amanah yang perlu disandang untuk memimpin pasukan
yang mewakili Kurshiah merupakan satu cabaran yang besar. Lagi pula, lawannya
,merupakan satu kumpulan yang arif tentang selok belok perbahasan. Satu lagi
cabaran yang besar apabila Malik juga merupakan salah seorang daripada pembahas
dalam perlawanan ini. Pening juga
kepalanya memikirkan hal tersebut. Malik merupakan seorang pembahas yang petah
berkata-kata. Irina pula sudah terbiasa dengan perbahasan bahasa Inggeris. Susah sedikit kalau hendak membiasakan diri
dengan pertukaran bahasa ini.
Irina melangkah ke kelasnya
memandangkan ada kerja yang perlu dilaksanakan. Kerja tersebut memang perlu diselesaikan memandang
pada malamini dia akan sibuk berlatih lagi.
“Rina, kita ada ‘member’ baru datanglah,” Yana menrik lengan Irina dan
membawanya ke satu arah kumpulan yang sedang berkerumun. Irina pula hanya
mengikuti gerak langkah sahabatnya itu. Tidak mahu bertanya apa-apa.
“ Rina, yang ini Hani, Zahlia dan Zira.
Hani, Zira, Zahlia ini Irina,” Maya memperkenalkan Irina kepada tiga orang lagi sahabat baru
mereka. Irina hanya menguntumkan senyuman menyambut kedatangan mereka. Mereka
membalas senyuman yang diberikan. Huluran tangan dihulur tanda persahabatan
terjalin. Sebenarnya seramai lima orang rakan baru yang memasuki kelas itu. Tiga
orang perempuan manakala dua lagi ialah lelaki. Nampaknya bertambah lagi ahli
kelas mereka.
Irina segera kembali ketempat
duduknya. Membuku lembaran buku dan menyiapkan kerja sekolah yang perlu
dilaksanakan.tumpuan diberikan sepenuhnya pada kerja tersebut. Sehinggakan
tiada apa-apa pun yang mampu menggugah tumpuannya kala ini. Dia mengerling ke arah jam tangannya.
Tersentak melihat waktu yang ditunjukkan . Tanpa membuang masa , dia
mengemaskan barang-barangnya. Merangkul beg sandangnya dan terus berlalu pergi.
Ditangannya tergengam rapi helaian kertas yang mengandungi karangan yang perlu
dihantar pada keesokan harinya.
“ Zaidi, if you don’t mind, boleh tak
tolong ‘checkkan’ benda ni,” Irina menghulurkan helaian kertas tersebut kepada
Zaidi. Lelaki itu mengambil kertas tersebut tanpa sebarang bicara.
“ Malam ni aku tak de. Kau bagi jer
kat Maya ok,” tanpa menunggu sebarang kata daripada lelaki itu,Irina segera
melangkahkakinya keluar daripada kelas tersebut. Sememangnya dia memang
benar-benar kesuntukan waktu. Kerap kali juga dia mengerling jam ditangannya.
Zaidi pula yang tadi hanya
mendiamkan diri tidak berkata apa-apa hanya memandang Irina dengan pandangan
yang penuh persoalan.
“ Boleh dia cakap macam tu je.
Rina….Rina,” Zaidi hanya menggelengkan kepalanya. Tidak tahu macam mana mahu
menggambarkan perempuan itu sebenarnya. Sentiasa sibuk dengan urusannya. Namun,
persahabatan mereka bermula beberapa minggu yang lalu apabila dia dijadikan
rujukan untuk subjek ‘Bahasa Inggeris’. Dia meneruskan kerja yang masih lagi tertangguh.
YANA tersentak dengan perilaku
Irina yang kelam-kabut seperti mengejar
sesuatu yang dia sendiri tidak pasti. Dia yang sedari tadi sibuk menumpukan
perhatian dengan kerja yang masih bertimbun-timbun memalingkan pandangannya
kepada Irina. Maya pula kala ini tiada
disitu. Namun, pandangannya tidak disedari oleh Irina.
Sememangnya, dia berasa kesihan
juga dengan rakannya itu. Baru sahaja habis dengan ‘debate’ sambung pula dengan
perbahasan. Jadi, Irina terpaksa membahagikan masa untuk menyiapkan semua
kerjanya. Walaupun, ‘homework’ yang bertimbun-timbun Irina cuba mencari-cari
masa untuk menyiapkan. Kadang-kadang Irina terpaksa ‘stay-up’ untuk
menyiapkannya. Namun, tiada apa yang mampu dilakukan oleh Yana . Pastinya Irina
akan menolak pelawaan Yana yang mahu membantunya.Gadis itu hanya memandang sayu
rakannya itu. Hati hanya berdetak menggumamkan doa agar dipermudahkan segala
urusan.
Friday, 9 March 2012
BAB DUA PULUH SATU
SENYUMAN tergarit pada bibir
Amelia sewaktu memutuskan panggilannya dengan Irina sebentar tadi. Reaksinya
disedari pula oleh Dini. Pelik juga melihat kelakuan sahabatnya itu.
Beribu-ribu persoalan bermain di fikiran. Mula-mula mahu sahaja dia mengendahkan
tetapi hatinya melonjak-lonjak mahu mengetahui tentangnya. Oleh itu, keputusan
diambil. Jejaka itu perlahan-lahan menginjakkan kakinya ke arah Amelia yang
masih lagi tersengih-sengih.
“ Apa tersenyum-senyum macam kerang busuk
ni?” Dini cuba menyembunyikan perasaan ingin tahu hatinya kala ini. Takut
diketahui pula oleh rakannya itu. Amelia mengalihkan pandangannya ke arah Dini
dengan senyuman yang masih terukir di bibir. Lelaki itu tidak lagi mampu
bersabar dengan gelagat rakannya itu setelah Amelia tidak bersuara sedari tadi.
Gelojak hatinya makin menjadi-jadi.
“ Siapa yang ‘call’ tadi?” Akhirnya,
persoalan tersebut terpacul juga dari mulutnya. Amelia yang berada di sebelahnya
hanya ketawa kecil. Muka Dini pula berkerut seribu tidak memahami apa maksud
disebalik tawa Amelia.
“Aku dah agak dah kau mesti tanya pasal
ni,” Amelia berjaya nampaknya membongkar rahsia hatilelaki ego itu.Dini pula
hanya tersipu-sipu malu setelah mendengar jawapan Amelia tetapi dalam keadaan
yang masih lagi terkawal. Sesungguhnya, dia tidak mampu menyembunyikan apa-apa
sahaja daripada Amelia. Semuanya pasti akan terbongkar. Seperti ‘mind reader’.
“ Buah hati kaulah,” akhirnya, Amelia
memberikan jawapan yang selama ini ditunggu-tunggu oleh lelaki itu. Dini mengangkat wajahnya
menatap mata Amelia meminta kepastian daripada rakannya itu.
“ You mean Rina,” kepastiannya terjawab
dengan anggukan perlahan gadis itu. Adakah
dia sedang bermimpi? Tatapan mata Dini tidak berganjak daripada mata Amelia.
Namun, kuakan pintu bilik tersebut mengalihkan tumpuan mereka sebentar. Bagi
Amelia, dia sememangnya mengetahui siapakah gerangan di balik pintu tersebut.
Senyuman yang sedari tadi yang terukir tidak pernah lekang dari bibirnya
Kuakan pintu yang berhampiran mengalihkantumpuan
semua tetamu di bilik itu. Semuanya menantikan siapakah gerangan tetamu yang
akan masuk. Pandangan diarahkan ke pintu utama. Perlahan-lahan kelibat seorang
perempuan muncul dihadapan.
“ Kau tak cakap pun yang dia datang,”
kata-kata Dini yang seakan-akan berbisik itu tidak diendahkan namun itu tidak menganggu tumpuannya kala
ini. Pandangan matanya seakan-akan terlekat
pada objek tersebut. Tidak berkelip juga matanya menatap gadis dihadapan
mereka.
Irina melangkah perlahan-lahan
masuk ke bilik tersebut. Mencari-cari kelibat sahabatnya Amelia. Setelah, menemui sahabatnya itu langkah yang
pada mulanya perlahan bertukar pantas. Dia segera memeluk rakannya itu. Rasa
rindu terlerai jua.
“ Amelia, happy birthday to you,”
kata-kata Irina itu juga dibalas dengan pelukan gadis itu. Dini yang berada di
sebelahnya masih lagi terkejut dengan kemunculan tiba-tiba Irina. Dia
benar-benar tidak menyangkakan kehadiran gadis itu. Amelia hanya mengerlingkan
pandangannya kepada Dini yang masih menatap Irina. Seperti menatap perkara atau
objek yang menarik di hadapannya.
“ Tak yahlah renung lama-lama,”
Kata-kata Amelia itu mengejutkan lamunan Dini. Lekas-lekas dia mengalihkan
pandangannya ke arah lain. Cuba menyembunyikan perasaannya kala ini. Irina pula
terkejut kerana lelaki disebelah mereka itu ialah Dini. Masing-masing cuba menyembunyikan gelojak
hati yang meronta-ronta. Tetapi dihadapan Amelia tiada yang mampu disembunyikan
oleh mereka. Amelia seakan-akan sudah masak dengan perangai mereka berdua.
“Rina, this way,”Amelia memimpin Irina
menuju ke destinasi seterusnya . Dini pula hanya mengekori dari belakang.
Namun, pandangan matanya tidak pernah terlepas dari gadis itu.
Mereka berhenti di satu meja yang
menempatkan juadah makanan diatas meja. Terdapat kek ditengah-tengah meja
tersebut. Semua tetamu mula mengumandangkan lagu ‘ happy birthday’ sewaktu
kedatangan mereka. Irina pun turut sama menyanyikan lagu tersebut sambil
bertepuk tangan. Dia turut berasa gembira dengan majlis rakan baiknya itu.
“Amelia, tiup lilin tu,” kedengaran
suara Kamal yang begitu bersemangat. Gadis itu meniup lilin diatas kek itu dan
segera mengalihkan pandangannya ke arah semua tetamu di hadapan kemudian
sahabatnya Irina. Rakan-rakan yang lain juga mengekori pandangan Amelia.
Kelihatan senyuman terukir lagi dibibir menunjukkan betapa bahagianya dia hari ini.
“The great present that I’ve ever had is
you, Irina. I’m so happy you’re coming today. Thanks a lot,” Amelia memeluk
Irina yang berada disebelahnya. Gadis itu tampak tersentak seketika
diperlakukan sebegitu rupa tapi tidak pula ditegah. Biarlah dia diperlakukan
sebegitu rupa. Sesungguhnya dia berasa bahagia jikalau sahabatnya begitu. Bilik
itu bergemuruh lagi dengan bunyi tepukan rakan-rakan yang lain.
AMELIA sibuk melayan tetamu yang
lain. Jadi Irina tidak mahu menganggu sahabatnya itu. Perut pun sudah
berkeroncong minta diisi. Dia segera ke bahagian juadah. Mengambil makanan yang
secukupnya. Belum sempat kakinya
melangkah ke meja untuk makan. Suara dari belakangnya mengejutkan Irina.
“ Lapar ke?” buat seketika Irina terkejut
apabila disapa begitu . Namun, dia tidak cepat menoleh. Pandai mengawal
keadaan, dia hanya berdiam sahaja disitu. Dia amat mengenali suara tersebut.
Sudah lama suara itu tidak menjengah anak telinganya tapi terpaksa pula dia
mendengarnyahari ini. Tanpa disedarinya keluhan kecil terlepas dari
rangkulannya namun, tak pula didengari oleh Dini.
Dini termanggu-manggu menunggu
reaksi daripada gadis itu. Tiada reaksi nampaknya. Terpaksalah dia mengaku
kalah. Mengangkat bendera putih. Raut
wajahnya menunjukkan kekecewaan. Perlahan-lahan wajahnya tertunduk,menginjakkan
kaki beredar dari situ.
“ Yup, lapar sangat,” maklum balas daripada Irina membuatkan
langkah lelaki itu terhenti seketika. Terkejut nampaknya. Segera dia mengangkat
wajah berkalih memandang ke arah gadis itu. Irina perlahan-lahan memalingkan
kepala menghadap Dini. Baginya permulaan
yang baik apa salahnya kalau dibalas dengan baik dan kesudahannya pasti akan
baik juga. Dini pula tercengang sewaktu menatap wajah Irina secara dekat.
“Hei , tak payahlah pandang macam tu?!”
sergahan Irina mengejutkan Dini daripada angannya. Irina berlalu pergi
meninggalkan lelaki itu keseorangan. Pelik benar rasanya dengan perangai Dini.
Seperti orang yang disampuk hantu pula. Dini pula cepat-cepat mengekori ayunan
kaki gadis itu. Tak mahu pula ketinggalan dibelakang.
Irina mengambil tempat duduknya
di satu sudut menghadap keluar. Angin yang bepuput perlahan-lahan dari
perbukitan berhampiran memberikan sedikit sebanyak ketenangan kepadanya. Namun, kenikmatan yang di alami tidak
berkekalan. Dini mengambil tempat duduknya berhadapan dengan Irina. Gadis itu
haanya mampu mengeluh perlahan dan menggelengkan kepalanya melihat gelagat
sahabatnya yang seorang ini.
HATINYA terasa membengkak melihat
gelagat kedua-dua orang dihadapannya itu. kalau diikutkan hati mahu sahaja dia
melayangkan buku lima ke arah lelaki itu. namun, ditahan jua. Hatinya membara,
Sakit. Bagaikakn disiat-siat dan dipanah. Setelah sekian lama menatap
‘kemesraan’ antara mereka, Kamal tidak mampu bertahan lagi. Dia bingkas bangun,
tetapi kelakuannya terhenti apabila lengannya ditarik oleh seseorang.
“Biarkan jelah,” Amelia cuba menghalang
pergerakan Kamal. Lelaki itu hanya merenung tajam tidak rela pula dia
diperlakukan seperti itu.
“ Don’t try to mess up my event,”
ugutan Amelia perlahan-lahan mengendurkan ketegangan yang mengalir bersama darahnya.
Kamal menundukkan wajah malu kerana diri sendiri tidak mampu mengawal sifat
amarah.terikut-ikut dengan hasutan syaitan. Amelia melepaskan rangkulannya
perlahan-lahan apabila keadaan benar-benar terkawal.
“ Chill bro. Rina dan Dini tu baru
je kan jumpa. Lagipun,sesuatu yang menarik kita boleh nampak,’’ Amelia
memandang ke arah pasangan Dini dan Irina di satu sudut denagan senyuman yang nakal terukir di bibirnya. Irina kelihatannya
menggelengkan kepala . Pasti sesuatu berlaku antara mereka. Namun, Amelia
percaya yang pertemuan ini mampu
merapatkan jurang antara mereka. Kamal mengekori anak mata Amelia namun,
disebalik pandangan matanya banyak persoalan yang masih belum bernoktah.
Amelia hanya tersenyum melihat
kebingungan sahabatnya ynag seorang itu. Dia faham perasaan lelaki itu. Mana
boleh tahan kekasih hati diambil orang. Tetapi gadis itu menyifatkan sesuatu
yang baik bakal berlaku antara mereka berdua. Lagi pula, dia amat memahami
kedua-dua sahabatnya itu.Walaupun, pada luarannya masing-masing mempunyai ego
yang tersendiri dan keras kepala namun dalam hati mereka tersimpan satu
kelembutan yang bakal memecahkan dinding keegoan tersebut. Cuma tunggu dan
lihat sahaja. Segarit senyuman dibibirnya mengandungi seribu satu makna yang sukar
diterjemahkan.
Wednesday, 7 March 2012
BAB DUA PULUH
SEPERTI biasa Hamidah duduk
berteleku di mejanya menghadap komputer menyiapkan tugasan yang tergendala.
Tumpuannya tampak tergugah sedikit dengan deringan telefon di sisi meja. Segera
dirangkul telefon bimbitnya dan menjawab panggilan yang masuk.
“ Hallo….” Ujar Hamidah.
“ Ma.. Asssalamuaikum,” suara
Irina di hujung corong telefon menghentikan gerakan tangan wanita itu dari
terus menaip. Suara anak yang benar-benar dirinduinya.
“ Waalaikumussalam, Rina… so how your
debate?”
“ Alhamdulillah… for now its quite okay.
Ma… jemput Rina esok boleh?” lembut suara Irina memujuk ibunya.
“Mmmm…. Yelah. Esokkan?” Hamidah hanya
menggelengkan kepalanya.
“ Yup. Ma .. Rina tak leh nak cakap
lama-lama ni. Ni pun phone akak dorm. Bye…” belum sempat Hamidah membalas,
Irina telah pun meletakkan gagang telefon disebelah sana. Sekali lagi Hamidah menggelengkan
kepalanya.pening dengan gelagat anaknya itu.
MALAM itu merupakan malam yang
terakhir untuk pertandingan itu. Irina bersama dengan kumpulannya bersiar-siar
di perkarangan sekolah. Sekolah itu sememangnya indah kerana terletak disuatu
tempat yang benar-benar strategi. Gelak tawa mereka sesekali kedengaran
memecahkan kesunyian malam itu. Mujurlah pelajar-pelajar sekolah itu tiada
disitu. Semuanya pulang bermalam memandangkan waktu itu merupakan cuti
pertengahan tahun.
“ Wei, aku memang tak boleh lupakan waktu kita lawan dengan TKC
semalam,” Syamil mengingatkan kembali
peristiwa yang sukar dilupakan itu. Serentak mereka ketawa.
“ Yelah, ‘time’ tulah saya kena sakit
perut,” terburai tawa mereka berlapan mendengar kata-kata Idham yang merupakan
pembahas kedua bagi pasukan ‘debate’ tersebut. Padawaktu ini, kedua-dua buah
pembahas turut serta.
“Yelah, ‘time’ tu jugak akak kena
migraine,tak taulah sebab apa,” kak Dia juga menyatakan kesulitannya ketika
itu. Dia merupakan senior bagi kumpulan ‘debate’ di sekolah itu. Sememangnya
begitulah kesulitan yang dihadapi oleh mereka sekumpulan sewktu berentap dengan
kumpulan TKC. Sejujurnya, sangat
sengit persaingan tersebut dan tidak dinafikan bahawa saingan mereka sangat
kuat.
“ Alih-alih diorang yang menang,”
Serentak mereka ketawa. Sememangnya malam terakhir di situ mereka gunakan
dengan sebaik-baiknya. Irina juga terasa kegirangannya walaupun bukanlah
seperti pasukannya ketika dahulu. Dia akan cuba dengan sedaya upaya untuk
menyesuaikan diri.
IRINA merebahkan tubuhnya di atas
katilnya yang empuk. Bukan katil di asrama tetapi katil di rumahnya. Dia benar-benar
merindui katilnnya itu. Tiada yang banyak berubah selama peninggalannyadia
merenung ke arah siling di dalam biliknya cuba menghayati suasana yang terasa
begitu asing juga walapun hanya beberapa bulan sahaja sewaktu pemergiannya.
Dia mengalihkan pandangannya ke arah
meja belajar. Telefon bimbitnya masih lagi terletak kemas di atas mejanya.Irina segera bingkas bangkit
daripada pembaringannya menuju ke meja
belajar. Namun, langkahnya terhenti seketika apabila berhampiran dengan meja.
Sesuatu menangkap pandangan mata. Kini anak matanya masih merenung ke arah yang
sama, cuma objek yang pada mulanya difokuskan beralih arah. Irina menatap
kepada kad yang tersampul kemas dibawah
telefon bimbitnya. Beribu-ribu persoalan bermain di dalam fikirannya
waktu ini. Penat yang merangkul pernafasan dan darahnyaketika itu walaupun baru
sahaja sampai ke rumah hilang
serta-merta.
Perlahan-lahan Irina meneruskan
ayunan kakinya ke mejan. Dialihkan
telefon bimbitnya ke tepi. Mindanya masih terbejat. Cuba menghuraikan
persoalan yang masih lagi bermain-main di benak kala ini. Sampul surat yang
berwarna ungu bersegi empat diikat pula dengan ‘ribbon’ berwarna merah jambu
perlahan-lahan diambil. Gadis itu berhati-hati menarik ‘ribbon’ tersebut. Takut
pula akan merosakkan kad tersebut. Untaian ‘ribbon’ itu diletakkan diatas meja.
Kad yang terletak ditangannya dibuka
perlahan-lahan sehingga terbentang luas diatas telapak tangannya.
Irina membaca tulisan diatas kad
tersebut. Rupa-rupanya kad tersebut merupakan undangan untuk ke parti hari jadi
Amelia yang akan diadakan pada minggu ini.
Segarit senyuman terukir dibibirnya .
“ Ingat juga ‘korang’ kat akukan,” gumam hati kecil Irina. Telefon
bimbit di atas meja segera dirangkul dan pantas mendail nombor Amelia.
Kegembiraan hati mengaburi kepenatannya kala ini. Irina terus-terusan
tersenyum.
“ NANTI kalau ada apa-apa ‘call’ papa tau.
Papa ada kat ‘office’ je ,”Hamidah hanya mengangguk dengan kata-kata suaminya.
Begitu juga dengan Irina. Hamdan sedang bersiap-siap hendak kembali ke pejabat.
“ Betul tu. Risau pulak mama,” Hamidah
pula membalas. Sememangnya dia risau juga hendak melepaskan puterinya yang seorang ini.
“ Alah, mama ni janganlah risau. Semua
tukan kawan Rina je. Anak murid mama juga,” Irina hanya ketawa melihat gelagat
ibunya yang risau akan keselamatannya.
“ Nanti kalau mama risaukan Rina, mama
‘call’ Dini jelah,” kata-kata ibunya benar-banar menyentakkan Irina. Tak sangka
juga ibunya mengetahui isi hatinya kala ini. Hamidah hanya tersengih-sengih
melihat gelagat anaknya yang mulai tidak keruan itu.
Mujurlah Hamdan menyelamatkan
keadaan. Irina cepat-cepat mencium ibunya. Pipinya tampak kemerahan. Malu
diperlakukan sebegitu rupa. Cepat-cepat dia mengekori Hamdan masuk ke dalam
kereta. Sepanjang perjalanan pun dia hanya mendiamkan diri. Masih lagi terkesan
dengan usikan ibunya. Hamdan hanya mengerlingkan pandangan kea rah puteri
kesayangannya. Dia faham akan gelora anak remaja. Dia juga percaya pasti Irina
tidak akan mencampur adukkan urusan hati dengan pembelajaran. Hamdan hanya
tersenyum kecil.
IRINA tiba ke destinasi yang
dituju. Di sebuah hotel lima bintang selepas mengucup tangan papanya. Tergamam
juga dia kerana buat pertama kalinya dia menjejakkan kakinya di situ. Selama ini
dia hanya mendengar khabar angin sahaja tentang hotel ini dan ini merupakan
pertama kali dia datang dalam hidupnya.
Gadis itu hanya melangkah masuk
ke dalam hotel tersebut untuk sampai ke destinasi yang seterusnya. Mula-mula
dia bertanya sahaja kepada ‘receptionist’ di kaunter hadapan. Mengikut apa yang
ditunjukkan kepadanya.Maklumlah, baru pertama kali sampai ke tempat baru. Tidak
hairanlah dia untuk berasa takut juga. Akhirnya Irina mengambil keputusan untuk
menelefon rakannya itu.
“ Hello, Amelia. Aku ada kat dalam ‘lif’
ni,” kedengaran juga kegusaran menerusi
nada suaranya. Suara di corong telefon sebelah sana hanya ketawa mendengar
gelagat rakannya itu.
“ Calm down, Rina. Okay, kau pergi kat tingkat 3 and then
belok kiri. Lepas tu, ada satu bilik dan ada penyambut tetamu dekat depan tu.
You hand him your card and problem solve,”penjelasan yang panjang lebar itu
hanya disambut dengan anggukan perlahan daripada Irina . Tanda memahami.Sewaktu
mendengar penjelasan Amelia itu pun matanya sempatmengerling ke arah lampu
diatas pintu lif yang menunjukkan dimana tingkat dia berada sekarang. Takut
terlepas daripada destinasinya .
“ Clear?” Suara Amelia mengejutkan gadis
itu daripada tumpuannya.
“ I’ll be there in five minute,” balas
Irina. Segera dia meletakkan gagang telefonnya apabila pintu lif di hadapan terbuka. Dia segera
mengayunkan langkahnya mengikut arah
tuju yang dipandukan oleh Amelia sebentar tadi. Namun, kala ini hati pula yang
berdebar bukan kerana tersesat jalan tetapi berdebar-debar untuk bertemu dengan
rakan-rakan lamanya. Bunyi detakan jantungnya seiring dengan bunyi detakan
kasutnya.
Sekarang dia berada di hadapan
bilik yang di maksudkan. ‘Receptionist’ yang menyambutnya menguntumkan senyuman
manis buat gadis itu. Irina hanya membalas senyuman tersebut. Segera dia
menghulurkan kad di tangannya . Irina hanya menatap pintu bilik tersebut.
Pelbagai persoalan yang bermain di mindanya.
Tuesday, 6 March 2012
BAB SEMBILAN BELAS
IRINA,
Syamil, dan beberapa lagi kumpulannya sibuk membincangkan tentang topik yang
baru diterima mereka beberapa minit yang lalu. Ini merupakan perjuangan pertama
mereka untuk pertandingan bahas HKSBP Zon Selatan. Sekarang mereka berada di
Sekolah Menengah Sains Muar yang terletak di Johor. Tambahan pula, ini
merupakan perjuangan pertama mereka bagi
hari ini.
Langit
diluar kelihatan berbalam-balam menandakan sudah lewat petang. Namun, tumpuan
mereka tidak tergugah pun denagn misi yang berada dalam genggaman. Malam ini mereka akan berentap dengan sebuah
sekolah yang menjadi persaingan mereka selama ini, Sekolah Menengah Sains
Rembau. Disebabkan itulah, mereka perlu mencurahkan keringat dan usaha mereka
sehabis mungkin.Di meja sebelahnya pula perbincangan rancak dilakukan oleh
pasukan bahas Bahasa Melayu. Malik juga merupakan salah satu pembahas bagi
kumpulan itu.
Bilik kuarantin tersebut menempatkan dua buah
meja yang mewakili bahas dan ‘debate’. Mereka diperuntukkan masa selama 15
minit uuntuk melakukan persiapan untuk berentap.
Wajah
Irina tampak serius memikirkan isi-isi yang bernas untuk pertandingan ini. Tanggungjawab
yang digalas sebagai pembahas pertama kali ini membuatkan tubuh Irina
menggeletar. Sememangnya, dia tidak pernah menggalas tanggungjawab sebagai
pembahas pertama. Selama ini pun dia hanya menjadi pembahas ketiga. Kecut perut
juga dibuatnya. Namun, impak positif segera diraih sebagai cabarannya . Begitu
juga dengan Syamil.
LANGKAH mereka penuh dengan
semangat menuju ke medan pertempuran. Walaupun, rasa-rasa takut menjalar di
dalam salur darahnya namun, ditolak ketepi.
Mereka bertiga mengambil tempat masing-masing. Bersedia menyusun strategi.
Malam ini mereka berada di pihak pencadang. Maknanya Irina yang akan membuka
dewan pertarungan. Irina mengumpul keyakinan walaupun dia dapat merasakan
adrenalin mengalir deras dalam tubuh menunjang tulang belakangnya. Gadis itu
menarik nafas dalam-dalam dan sedia memulakn bicara. Permulaan yang sangat
memberangsangkan daripada Irina. Segera mengalihkan pandangannya kepada Cikgu
Fiza.Gurunya hanya memberikan isyarat ‘thumbs up’ dan tersenyum tanda berpuas
hati dengan usahanya.
“ Good luck okay,” Irina membisikkan
kata-kata semangat kepada rakan seperjuangannya sambil menghulurkan helaian
kertas yang tercatat beberapa isi yang diutarakan daripada pihak lawan. Dia mengangguk perlahan, bersedia untuk
melaksanakan tanggungjawabnya. Irina memandang ke arah Syamil di kerusi
penonton. Pada kali ini, lelaki itu hanya menjadi pemerhati,tetapi selepas ini
dia akan memberikan tanggungjawab tersebut kepada Syamil kembali. Syamil menyedari
pandangan Irina dan membalas pandangannya dengan segarit senyuman. Gadis itu
hanya membalas kembali. Lelaki itu sempat juga memberikan isyarat ‘thumbs up’
kepada Irina.Gadis itu kembali melemparkan pandangannya ke hadapan menumpukan
segala perhatiannya.
“I think we can win this game,” Syamil
berbisik kepada Cikgu Fiza. Wanita ituhanya mengangguk perlahan. Dia
punmemikirkan perkara yang sama.
“ I think the same way too. Tengok second speaker dia tergagap-gagap. Kalau
compare dengan isi saya rasa kita mampu kalahkan mereka,” Cikgu Fiza
mengalihkan pandangannya kepada Syamil menyatakan perasaannya kala ini. Mengharapkan
kemenangan merupakan sesuatu yang seharusnya menjadi milik mereka. Namun,
diserahkan kepada Ilahi. Sesungguhnya, manusia hanya mampu merancang tapi ALLAH
yang menentukan. Kala ini, Syamil pula yang mengangguk. Melihat daripada
kekuatan kedua-dua pihak lawan, kumpulan mereka mampu memenangi pertempuran
kali pertama ini.
“ But be careful. One of them , is
SEMESRA,” kata-kata Cikgu Fiza mengejutkan lamunan kemenangannya. Pada masa
yang sama, telunjuk Cikgu Fiza menunjukkan kepada satu arah iaitu para hakim.
Syamil memandang kembali ke wajah gurunya itu dengan perasaan yang agak
terkejut. Boleh jadi mereka bakal kalah pada malamini.
Pengakhiran pertempuran antara
kedua-dua buah kumpulan memberika seribu satu pertanyaan. Siapakah yang akan
memenangi pertandingan ini. SEMESRA atau STJ? Debaran kian terasa. Perbincangan
antarapara hakim sedang dilakukan dalam menentukan siapakah pemenangnya.
Sesekali terlihat kepala para hakim terangguk-angguk. Keringat mula timbul
menerusi dahi Irina. pandangannya hanya ditundukkan dalam usaha untuk
menenangkan perasaannya kala ini.
Keputusan telah pun diserahkan
kepada pengerusi majlis. Detakan jantung
semakin terasa berombak-ombak yang mampu memecahkan dadanya. Pengerusi majllis itu hanya memandang para juri dan semua ahli dewan tersebut sehingga menimbulkan kegusaran di hati mereka. Lama juga mereka menunggu, akhirnya.......
“ The winner for tonight is…..
“ APASAL diorang leh menang pulak,”
sememangnya Syamil tidak berpuas hati dengan keputusan yang diumumkan. Baginya
keputusan tersebut sepatutnya milik
mereka. Yang lain hanya mendiamkan diri. Tidak tahu apa yang mampu diperkatakan.
Mereka juga tidak berpuas hati dengan keputusan yang diumumkan itu. Tidak adil
langsung. Seperti ada sesuatu yang tidak kena.Tidak semena-mena Syamil menendang
salah satu tiang pada laluan pejalan kaki tersebut. Dia benar-benar membara
kala ini. Irina tersentak dengan perilaku lelaki itu. Begitu juga yang lain.
Mereka tidak menyangkakan perbuatan yang dilakukan oleh Syamil sebentar tadi.
Lelaki itu benar-benar diamuk rasa marah. Irina
dan yang lain terhenti buat seketika. Tergamam dengan apa yang berlaku.Cikgu
Fiza pula hanya mampu mengeluh. Dia mengerti apa yang dirasai oleh Syamil. Mata
mereka semuanya memandang ke arah lelaki itu. Syamil hanya melangkah pantas
menuju ke bilik ‘kuarantin’. Sekali lagi mereka saling berpandangan antara satu
sama lain.
Setibanya mereka ke bilik
tersebut, Syamil sedang duduk disatu sudut dibelakang. Pada waktu itu,pasukan
bahas masih belum habis lagi ‘pertempuran’ mereka. Suasana kembali sunyi. Kalau
serpihan kaca yang jatuh pun mampu memberi bunyi yang jelas.
“ It’s okay guys. This is our first
shot. We’ve another shot to think about,” suara cikgu Fiza memecahkan kebisuan
mereka. Semua mata memandang ke arah Cikgu Fiza. Dia hanya menguntumkan
senyuman yang paling manis buat kumpulannya dengan harapan senyuman tersebut
mampu mengurangkan kesedihan dan kekecewaan mereka pada waktu ini. Cikgu Fiza
memicingkan pandangannya ke arah Syamil. Lelaki itu hanya menundukkan
pandangannya. Kerutan yang menghiasi wajah akibat kekecewaan yang dialami
perlahan-lahan mengendur. Disebalik tundukannya dia mengangguk kecil. Irina
hanya memandang perlakuan Syamil itu. tentunya mereka berada pada fasa yang
kritikal kerana kekalahan mereka pada malam ini sedikit sebanyak melunturkan
semangat perjuangan mereka.
“ Okay, malam ni kamu semua berehat
sebab kita ada perjuangan yang harus dibayar esok,” Cikgu Fiza segera bangkit
dari tempat duduk menghadap pelajar-pelajarnya. Perlahan-lahan mereka semua
bangkit dari tempat duduk masing-masing. Semangat yang ditunjukkan olah guru
mereka sedikit sebanyak menaikkan kembali semangat mereka.
KEESOKAN harinya merekka bakal
bertempur lagi. Walaupun, mereka tidak seyakin seperti semalam. Kekalahan pada
malam itu memberi tamparan kepada mereka. Kali ini Syamil akan mengambil
tangungjawab Irina selaku pembahas pertama. Hari ini angin lelaki itu bertambah
baik. Irina hanya tersenyum memerhatikan gelagat lelaki tersebut.
Sekarang mereka sedang menuju ke
bilik ‘pertempuran’. Sekolah yang bakal bertempur tidak diketahui pula
bagaimana kekuatannya. Langkah mereka disulami lagi dengan keyakinan. Kumpulan
pembahas Bahasa Melayu yang diketuai oleh Malik, telah memenangi ‘pertempuran’
pada malam tadi. Mujurlah, Malik memujuk Syamil,kalau tidak tentu ‘anginnya’ tidak akan berubah.
Ketiga-tiga pembahas mengambil
tempat masing-masing. Menyediakan segala bahan di atas meja. Begitu juga dengan
pihak ‘lawan’. Tampak berkeyakinan namun begitu mereka kelihatan ‘pelik’. Irina
pula dikerusi penonton hanya memandang pelik kepada pihak lawan. Perasaan yang
sama juga dirasakan oleh Cikgu Fiza. Masing-masing hanya menguncikan
bicara.
Malik dan kumpulan pembahas yang
lain perlahan-lahan menginjakkan kaki masuk ke dalam bilik tersebut. Pada waktu
ini mereka tiada sebarang ‘pertempuran’. Dia segera mengambil tempat di sebelah
Irina. Gadis itu sedikit terkejut dengan kemunculan Malik. Lelaki itu haya
menguntumkan senyuman kepada kedua-dua gadis disebelahnya.
“ Tak de ‘battle’ ke?” Irina membiskkan
kata-katanya ke telinga Malik namun, pandangan matanya tetap dikuncikan ke
hadapan.
“ Nop.. ‘Battle’ petang ni. Nak tengok
koranglah,” jawab Malik.
Irina hanya menganguk
perlahan. Kepalanya segera dipalingkan
ke hadapan.
“ Kenapa pihak lawan tak serius?”
Pertanyaan yang diajukan oleh Malik itu mmenyebabkan Irina hanya mengangkat
bahunya tanda tidak mengerti. Dilihatnya, pihak lawan masih tertawa kecil.
Tidak tahu apa yang berlaku.
“ Gembira sangat kot?” ujar Irina.
“ Camne dengan Syamil,” kata Malik
“Quiet good. Thanks ” Irina
memalingkan wajahnya dan tersenyum. Malik hanya membalas senyuman itu. Kedua-dua
mereka kembali menumpukan perhatian di hadapan. Irina kelihatan sibuk mencatat
butiran-butiran penting.
Pengakhiran ‘pertempuran’ antara
kedua-dua belah pihak nampak seimbang. Tetapi apabila isi daripada kedua-dua
belah pihak dicatatkan, Irina merasakan bahawa pihak mereka bakal memenangi
‘pertempuran’. Cuma perlu berserah pada Ilahi sahajawaktu ini.
Para hakim pula sudah berbincang
tentang keputusannya dan sekarang keputusan berada dalm tangan pengerusi
majlis. Apakah keputusannya.
“ The winner is opposition side by STJ,.
Congratulation,” saat diumumkan keputusan tersebut, masing-masing melonjak
kegembiraan.termasuklah Malik. Irina hanya tersenyum melihat gelagat mereka.
Sesungguhnya, dia sangat berpuas hati kerana akhirnya pertempuran mereka
‘dibayar’. Irina memandang kea rah Cikgu Fiza dengan isyarat ‘thumbs up’.
Subscribe to:
Posts (Atom)



