Sunday 6 May 2012

BAB TIGA PULUH LIMA



Buku yang berada di dalam begnya dikeluarkan. Dibuka di atas meja. Tetapi dengan tidak semena-mena belum sempat dia meletakkan buku tersebut di atas meja, sehelai kertas terjatuh dari bukunya. Melayang-layang sebelum mendarat ke lantai. Pergerakan Irina terbantut seketika memandang kertas tersebut melayang jatuh ke lantai. Pelbagai persoalan bermain di minda.
      “ Kenapa kertas tu ada kat dalam buku ni?” Gumam dia perlahan. Dia merungkai satu persatu misteri yang bersarang di fikirannya. Perlahan-lahan dia mengambil kertas tersebut. Membuka lipatan kertas itu untuk mengetahui apa yang tertulis di dalamnya. Kertas itu yang terllipatdua memanjang dibacanya dengan berhati-hati. Ini merupakan sajak yang dikarang untuknya.
Wahai Sahabat
Sesungguhnya, dalam kehidupan ini,
Ada terlalu banyak perkara yang perlu kita hayati kerana kepentingannya,
Namun, kita sering terlupa…
Tanpa sengaja, kita leka…

Apa ertinya kita hidup tanpa dia?
Sanggupkah kita dijauhkan dari-Nya?
Akan kuatkah kita menghadapi dunia?
Sesungguhnya, dunia ini pencarian…

Dia memberi kita nyawa,
Memberi kita nikmat dan azimat,
Melalui tangisan dan senyuman…
Maka tabahlah duhai hati…
Teruskan pencarianmu..
Mencari penghayatan  yang hakiki…

Kita Cuma hamba ….
diberi ruang yang sementara…
antara syurga dan neraka..
maka usahlah linlung biarpun lelah..
sesungguhnya buah-buah iman itu…
manis rasanya..

jagalah hatimu sahabat…
 kerana kita wanita..
diciptakan sebagaiman Hawa…
maka, peliharalah dirimu sahabat..
sesungguhnya aku saying padamu…

kita diciptakan untuk kaum Adam…
sebagai teman hingga ke syurga..
usah sesekali kau biarkan…
maruahmu direndah-rendahkan..
pelihara imanmu…
bukan dunia yang kita mahu..


Kuatkan tekad dan azammu…
Kita serikandi…
Perihalkan azimat Tuhanmu…
Kita Cuma hamba…

Hargai Hati, Jaga Diri..
Sebaik-baik hiasan dunia adalah wanita solehah…


Irina memandang lama-lama kertas itu yang mencoretkan sebuah puisi yang sangat indah untuk dihayati. Perlahan-lahan dia menoleh sahabatnya itu, Yana yang sedang tekun menelaah pelajaran. Rasa sayang segera terbit di hatinya tatkala  terpandang sahabatnya itu.    Banyak pengorbanan yang dilakukan oleh gadis itu untuknya walaupun secara tersembunyi.
Dia menapak perlahan menuju ke arah gadis itu. tumpuan yang diberikan tidak menggugahkan mindanya terhadap perkara yang lain. Perlahan-lahan dia melabuhkan punggungnya di sebelah  gadis itu. barulah Yana tersedar yang Irina berada di sebelahanya apabila bunyi geseran kerusi yang bertemu dengan lantai itu menganggu sedikiit perhatiannya. Dia mengankat wajah memandang ke kirinya. Irina hanya menngukirkan senyuman kepada gadis itu. dia hanya membalas senyuman tersebut.
Agak lama mendiamkan diri, Irina lambat-lambat meletakkan tangannya ke atas tangan gadis itu. Yana sedikit pelik dengan perbuatan sahabatnya itu. dia memandang kembali kepada Irina yang masih menguntumkan senyuman kepadanya. Meminta jawapan yang sahih.
         “ Thanks a lot for being my friends,Yana,” kata-kata Irina kedengaran sedikit janggal.
         “ Apahal ni Rina? Taka da ribut, tak ada hujan … lain macam je kau ni?” kehairanannya  berterusan lagi apabila  Irina menepuk perlahan tangannya dan  kemudian mengengam lembut dengan kedua telapak tangannya. Dia hanya tersenyum mendengar telahan sahabatnnya itu.
          “ Aku dah tahu kenapa aku tak dapat masuk kem RGS,” tertunduk pandangan  gadis itu ke bawah manakala Yana pula tergamam mendengar kata-kata sahabatnya itu. rahsia yang selama ini terkubur sepi tiba-tiba pecah  tiada penyebabnya. Bagaimana  pula Irina mengetahui perkara ini?

ZAIDI sedang mengemaskan barangayn peribadinya memandangkan jam di tangan menunjukkan pukul 4.30 petang. Buku-buku disusun rapi di atas meja. Kotak pensil dikemaskan dan dimasukkan ke dalm beg sandangnya. Buku yang dikehendaki diatur kemas-kemas kemudian dimasukkan perlahan-lahan ke dalam begnya kembali. Belum sempat beg dirangkul ke belakang, pergerakannya segera dimatikan dengan kehadiran seseorang di hadapannya.
        “ Zaidi, boleh tak kalau aku nak cakap dengan kau sekejap?” Irina kelihatan takut-takut mengeluarkan bicaranya. Zaidi pula terpaku melihat Irina yang tiba-tiba muncul dari managadis itu hanya menundukkan pandangan ke bawah tidak berani pula menatap mata lelaki itu.
Terdiam buat bebrapa ketika lantaran terkejut dengan apa yang berlaku, barulah Zaidi menyusun bicara seterusnya. “Ya… Silalah..” beg yang berada dalam rangkulannya perlahan-lahan diletakkan kembali di atas meja. Menjemput gadis itu duduk. Irina teragak-agak untuk duduk. Masiih lagi menundukkan pandangan ke bawah. Suasana sunyi sepi kembali.
          “ Ermm… Aku nak minta maaf pasal hari tu… Yelah, aku tak patut desak kaukan?” Barulah dia berani mengangkat mukanya perlahan-lahan menghadap lelaki itu. Zaidi hanya tersenyum sinis.
          “ Alah aku pun nak minta maaf pasal tu jugak. Aku tak sepatutnya tengking kat kaukan?” Seraya itu juga mereka tertawa. Geli hati melihat gelagat mereka.
           “ Aku nak tanya sikit boleh?” Zaidi hanya mengangguk perlahan mendengar permintaan gadis tersebut. Kala ini, di kelas tersebut hanya ada beberapa orang sahaja yang tinggal dengan agenda mesing-masing. Perbualan antara mereka sama sekali tidak dihiraukan. Yana dan Malik masing-masing mempunyai urusan yang perlu dilakukan. Tinggallah mereka berdua di situ.
           “ Kenapa kau tak bagitahu aku walaupun Yana tak benarkan. Yana bukan sesiapa pun bagi kau. And still why you keep it?” soalan yang diajukan benar-benar memeranjatkan. Dia tidak menyangka yang Irina akan mengajukan soalan tersebut.
Terdiam buat seketika dengan soalan yang begitu mendadak. Pelbagai persoalan yang bermain di benaknya kala ini. “ Yana yang tak nak kau tahu. Jadi itu bukankah amanah namanya,” mujurlah lelaki  itu pandai mengawal keadaan. Tenang sahaja dia menjawab persoalan yang hampir meragut jiwanya kala itu.
         “ Rina, dah lambat dah ni.. I gotta go right now,” Zaidi segera merangkul beg sandangnya ke belakang. Irina pula  segera  bangkit dari tempat duduknya.Zaidi segera berlalu pergi meninggalkan Irina keseorangan. Cepat-cepat dia melangkah keluar dari kelas tersebut. Mukanya yang putih bersih itu tidak semena-mena bertukar rona kemerahan. Cuba untuk menyimpan apa yang terbuku di hati.

No comments:

Post a Comment