Monday 7 May 2012

BAB TIGA PULUH LAPAN


MALIK sedang sibuk menyusun berblok-blok kertas di atas mejanya. Mencatat sesuatu pada kertas. Mengira blok-blok kertas tersebut. Lagaknya seperti pegawai Pengurusan Bahan Mentah di kilang-kilang. Riak- muka menunjukkan betapa tekunnya dia terhadap kerja yang dilakukan.
      “ Amacam, semua beres?” Zaidi menepuk bahu sahabatnya itu menyentakkan sedikit Malik dari kerjanya. Namun, dia tidak berpaling ke belakang. Tetap ‘maintain’ dengan tumpuannya itu.
    “ Semuanya ok. Malam ni kita dah boleh ‘distribute’ pada setiap kelas,”  Zaidi hanya mengangguk perlahan dengan penjelasan yang diberikan. Meletakkan begnya pada kerusi dan segera melabuhkan pungungnya di atas kerusi tersebut.
     “ I’ll tell Natasya about this. Aku serahkan segalanya kat kau dan Tasya untuk uruskan. Kalau ada masalah kau bagitahu aku. Ok?”
     “ Yelah.. Zaidi, can I ask you about something?” Nada yang terserlah menghentikan pergerakan tangannya sebentar. Seperti ada sesuatu yang bermain di fikiran lelaki di hadapannya itu.
    “ Apa dia?” Zaidi memandang Malik yang masih lagi sibuk.
    “Tak delah.. Aku semak borang request. Tiba-tiba aku ternampak sesuatu yang menarik hati aku…,” Malik terhenti sejenak. Zaidi berkalih kembali memandang  lelaki di hadapannya. Menunggu jawapan daripada sahabatnya itu. “Aku terpandang nama kau,” terhenti lagi kata-katanya.
     “So,” Tanya Zaidi selamba. Masih lagi sibuk dengan kerjanya.
     “ Yelah, aku pelik.. Selama aku kawan dengan kau, empat tahun ni, empat tahun Zaidi, aku tak pernah nampak kau beli request. Tak pernah sekali pun. Asal tetiba kau nak beli pulak. Macam ada apa-apa je?”  Malik menarik nafas panjang apabila dia berjaya menyudahkan perkataan terakhirnya. Dia mengurut-ngurut dadanya.Terbuntang juga mata Zaidi mendengar ketidakpuasan hati sahabatnya itu. Mana tidaknya  kata-kata yang diluahkan disertakan sekali dengan mimik muka yang begitu dramatik itu menghentikan segala kerja pemuda di hadapannya.
Malik kembali berkalih semula pada sehabatnya itu. Zaidi masih juga dengan mimik mukanya,“ Wei, asal kau tengok aku macam tu?” sergahan dari lelaki itu menyentakkan Zaidi.
Zaidi hanya tertawa kecil.“ Energetik sangat kau cakap. Aku pun terperanjat jugak. Apa salah ke aku nak beli ‘request’ untuk diri aku sendiri,” Malik tertawa kecil mendengar jawapan sahabatnya itu. Baginya itu menipu semata-mata. Dia cukup kenal sahabatnya itu.
Sedang Malik bersyarah tak tentu hala. Pian menghampiri mereka berdua. “ memang betul tu…Kalau tak da apa-apa….Takkanlah kau nak beli pulak???” Mata mereka terus beralih ke arah Pian. Lelaki itu tidak menghiraukan langsung apa yang berlaku pada kedua-dua rakannya itu.
Zaidi hanya tersenyum sinis dengan persoalan yang terus bermain dalam minda mereka. Ya, memang betul telahan mereka . Zaidi tahu yang Malik dan Pian merupakan sahabat yang begitu memahaminya.  Tetapi hal peribadinya, tidak mungkin akan diuar-uarkan.
       “ Hai….Aku beli salah, tak beli pun salah…. Hello, come on guys….”Zaidi bangun dari kerusinya, melangkah perlahan menuju keluar kelas tersebut.Tiada sebarang ucapan kepadanya , namun leretan ekor mata sahaja dari dua jejaka itu yang nengiringi perjalanan lelaki itu. Malas hendak melayan kerenah mereka berdua. Kalau terus dilayan, alamatnya meleretlah  sehingga yang bukan-bukan. Kelibat Zaidi perlahan-lahan hilang dari pandangan mereka. Seraya itu juga masing-masing hanya saling berpandangan.
       “ Hai… Blah macam tu je?” Pian mengeluh kasar sambil menghempaskan tubuhnya pada kerusi Zaidi. Malik pula hanya menggelengkan kepala melihat gelagat rakannnya yang seorang itu. dia tahu bahawa ada sesuatu yang disembunyikan oleh Zaidi yang tidak mampu diluahkan.




IRINA sedang membelek-belek pin yang berada di telapak tangannya. Diusap-usap pin itu seperti ada sesuatu yang bermain di fikirannya kala ini. Tatapan yang dilemparkan seperti sedang mengenang sebuah memori yang indah. Sesekali terukir senyuman di balik bibirnya yang kemerah-merahan itu.
Maya menyedari perlakuan sahabatnya itu hanya tersenyum. Dia tahu akan perasaan sahabatnya itu. “ Pin yang Dira bagikan?” persoalan yang dilemparkan itu sedikit sebanyak mengembalikan Irina ke dunia realiti. Dia memandang ke arah gadis itu dengan seulit senyuman kemudian berkalih kembali pada objek utamanya sedari tadi. Terdiam agak lama di situ, barulah dia membuka mulut.
      “ Entah… Tiba-tiba rasa rindu pulak dengan dia,” terhenti sejenak. Maya hanya mendiamkan diri sahaja di sebelahnya. Menunggu lagi luahan hati gadis itu.
      “ Ingat hari terakhir dia nak tinggalkan sekolah ni? Lepas jer Ieka tinggalkan sekolah ni, Dira pula yang nak keluar,” Nada kedengaran sayu membuatkan Maya mengusap perlahan belakang gadis itu. Tentunya dia memahami apa yang dirasai oleh sahabatnya itu. dia turut merasai perkara yang sama. Rakan yang selama ini berkongsi suka dan duka terpaksa meninggalkan mereka.
      “Ok…. Class... Ada pengumuman sedikit,”Sedang mereka melayani perasaan mereka masing-masing,pengumuman yang dilakukan di hadapan kelas barangkali menyentakkan mereka sedikit dari kenangan lalu. Kedua gadis itu berkalih ke hadapan begitu juga seisi kelas yang lain. Semuanya menumpukan perhatian terhadap apa yang bakal diperkatakan oleh Malik.
Di sebelah jejaka itu Yana berdiri dekat disamping Malik. Maklumlah, sejak akhir-akhir ini, Malik danYana kelihatan bersama disebabkan beberapa urusan yang memerlukan mereka berdua. Yana pun kelihatan sibuk juga memandangkan dia kerap kali tiada di dalam kelas.
      “ Baiklah, ‘request’ yang dikendalikan oleh kelas kita  akan dihantar ke kelas-kelas di sekolah ini pada malam ini juga. Jadi. Kita semua akan di agihkan mengikut kelas masing-masing. Secara pasangan,” penerangan yang diberikan oleh Malik itu disambut dengan anggukan dari semua ahli kelas tersebut. Malik membacakan satu persatu nama pasangan yang di agihkan mengikut kelas yang telah ditetapkan. Ada juga yang mencatat maklumat yang telah di berikan.
      “ Zaidi dan Rina, kelas 4 Al Farghani….” Pengumuman tersebut benar-benar memeranjatkan Irina begitu juga dengan Zaidi. Terkedu lidah buat seketika.  Mereka saling berpandangan cuba menzahirkan kata-kata di hati.
     ‘Apasal aku dengan dia pulak?’ serentak bicara hati berkumandang. Keluhan terhembus kasr dari rengkulan pernafasan mereka.

No comments:

Post a Comment