Sunday 6 May 2012

BAB TIGA PULUH ENAM


 
Langkahnya segera dilajukan. Ibarat roket yang baru dilancarkan, dia menderu ke hadapan menuju ke hostel. Fikirannya ligat memikirkan pelbagai perkara. Berasak-asak menyebabkan sesekali terasa ia menghimpit dada. Dia cuba memfokuskan sahaja arah pemikirannya terhadap sesuatu  iaitu hostel.
Yana yang pada wakktu yang sama sedang dalamperjalanan kembali ke kelasnya untuk mengambil beg dan beberapa buah buku memnadangkan sedari awal prep tadi dia sibuk dengan urusan bersama dengan gurunya. Dia bukan keseorangan. Di sisinya Malik juga berjalan seiringan bersama gadis itu kerana dia juga turut serta membantu Yana dalam urusan tersebut.
Mata gadis itu menangkap kepada sasarannnya yang mengusik gerak hatinya kala ini. dia memicingkan pandangannya ke arah objek tersebut. Rasa curiga terbit di hati,begitu juga dengan Malik. Masing-masing berpandangan antara satu sama lain. Berkongsi satu rasa yang ditafsirkan menerusi pandangan mata. Mereka berkalih kembali ke arah Zaidi.
       “ Zaidi….” Panggilan pertama tidak mendatangkan apa respon pada zaidi. Kirannya menerawang jauh sehinggakan dia tidak menyedari teriakan sahabatnya Malik yang berada tidak berapa jauh darinya.
        “ Zaidiiiiii….” Malik berteriak lagi bahkan, teriakan tersebbut mampu didengari seluruh sekolah. Baru ini Zaidi tersentak apabila namanya dilaung kuat dari kejauhan. Lantas itu dia menoleh ke belakang. Terkejut juga dia pada mulanya  apabila dia melihat Yana dan Malik melambai-lambai kepadanya. Langkah yang laju pada mulanya terhenti tiba-tiba.
 Malik segera berlari ke arah sahabatnya itu. Yana pula sudah melangkah pergi kembali ke kelasnya.” Apasal aku panggil kau macam tak de respon je.. Haish, sejjak akhir-akhir ni kau peliklah….” Zaidi hanya tersenyum mendengar rakannya itu menggomel-gomel padanya.
          “Tunngu aku jap… Kita balik sama…” Malik segera berlalu pergi kembali ke kelasnya. Zaidi pula terpaku di situ menunggu Malik. Namun, fikirannya ligat memikirkan sesuatu.


IRINA sednag menguruskan diri apabila dia terserempak dengan Ana dipertengahan pejalanan menuju ke dormnya.
          “ Rina, esok kita PJ tau,” perkara yang di sampaikan oleh Aana itu menyebabkan dia mengeluh kasar. Sememangnya, sukan tiada dalam kamus hidup gadis cilik itu. walaupun lidah pandai mengatur bicara, namun renggagan ototnya yang dipanggil sukan itu sukar betul bertapak dalam jiwa.
           “ Alah Rina…. Bolehlah!!! Lagipun ramai kawan-kawan kita yang dah ‘plan’.. Rina ..pleaseeeee…” Terus-terusan dia memujuk Irina setelah mendengar keluhan gadis itu. Irina pula mahu atau tidak nampaknya dia terpaksa mengikutinya.
           “ Yelah ….,” Perlahan-lahan dia mengangguk permintaan sahabatnya itu. Ana pula bersorak keriangan  dengan anggukan rakannya itu. Ana segera merangkul sahabatnya itu. ukan senang memujuk Irina untuk melakukan aktiviti tersebut.
Dia terus mnghempaskan badan di atas katil sekembalinya dia ke dorm. Badannya terasa begitu segar nyaman. Perlahan-lahan dia memejamkan mata menikmati kesegaran tersebut. Matanya yang sedari tadi memberat perlahan-lahan dibuai dengan mimpi yang indah jauh daripada kehidupan sebenarnya.


KELAS Bahasa Inggeris sudah habis waktu pengajarannya . Tibalah waktu yang ditunggu oleh semua ahli kelas itu. Waktu untuk beriadah atau waktu untuk bersuka ria.
      “ Jom, Rina,” tangan gadis itu dirangkul olehYana yang kelihatan agak bersemangat. Mahu atau tidak terpaksalah dia mengekori sahaja langkah gadis itu. dipertengahan jalan mereka terserempak dengan Ana dan yang lain dari kelas 4 Al Farghani disebabkan mereka berkongsi waktu antara kedua-dua kelas. Ana tersenyum melihat kehadiran Irina walaupun dia mengetahui sememangnya gadis itu tidak suka bersukan.
        “ Kita nak main apa ni?” Zira bertanya kepada kumpulan mereka memandangkan guru telah memberikan kebebasan kepada mereka untuk bermain. Masing-masing berfikir sejenak.
         “Kita main netball nak?” Saranan yang diberikan oleh sarah itu dibalas dengan anggukan mereka semua. Nampaknya kata sepakat telah diputuskan,namun tidak pada Irina yang sememangnya, bertenggek di atas pagar, malas hendak melibatkan diri dalam perbincangan tersebut.
Riak muka gadis itu disedari oleh Ana yang berada setentang dengannya.keluhan terhembus dari rangkulan nafasnya kala ini. Dia tidak mahu yang Irina hanya memikirkan negatif sahaja tentang sukan. Dia membisikkan sesuatu kepada Zira.
         “ We’ll pick Rina as the center for team A.Deal?” Tersentak buat seketika apabila namanya dipanggil. Segera dia berkalih memandang kepada Zira yang hanya tersenyum menatapnya. Dia membulatkan mata kepada Yana pula yang berada berhampiran dengan Zira. Tahulah dia bahawa itu merupakan perancangan mereka berdua.
         “ Siapa pilak yang nak jadi centre bagi kumpulan B?”Masing-masing memandang antara satu sama lain. Tiada jawapan pun yang terluah. Tetapi pandangan mata Irina tetap pada Zira. Tidak berganjak walau seinci pun. Hatinya geram apabila diperlakukan begitu.
Mereka bersurai menunggu arahan yang seterusnya daripada Zira. Di kesempatan itu juga dia menarik lengan Yana menghampirinya.” What is the meaning all of this?” Pertanyaan Irina itu hanya dijawab dengan senyuman nakal gadis itu. Irina membulatkan lagi matanya menatap  Yana yang masih tersenyum.
         “Saje je nak bagi kau aktif.. Asyik dengan bahas, debate, bila masa kau nak cergas ni?” Nampaknya Yana memulangkan buah keras padanya kembali.Akhirnya terpaksalah juga dia mengalah. Keluhannya terlepas kasar.
          “ Ok.. Kedua-dua kumpulan bersedia sekarang,” arahan yang diberikan itu segera disambut oleh semua pemain di situ. Yana  segera melepaskan rangkulan tangannya daripada gadis itu lalu melagkah pergi. Irina pula hanya berdiam di situ. Menjernihkan pemikirannya  kala ini. setelah beberapa detik berlalu, barulah dia melangkah perlahan-lahan menuju ke tengah gelanggang.

PERMULAAN permainan berjalan dengan lancar. Nampaknya Irina juga semakin bersemangat bermaian walaupun pada mulanya bukan pada kerelaannya.
Serangan bertubi-tubi yag dilakukan oleh pihak lawan tidak menggugahkan semangat Irina kala ini. pergerakannya kelihatan lincah di tengah gelanggang ibarat angina yang menderu pantas sehingga tidak menyedarkan pihak lawan.
      “ Zira… Cuba kau tengok Rina tu. Sebenarnya dia sama hebat je dengan pemain kat sekolah ni… Cuma dia tak nak tunjukkan kat orang lain kebolehan yang dia ada,” Yana memalingkan fokus utama Zira ke tengah gelanggang menghadap Irina yang masih llincah menangkap bola. Waktu ini, Zira hanya menjalankan tugasnya selaku pengadil bagi perlawanan ini. dia mengagguk perlahan mendengar pernyataan Yana yang berada disebelahnya. Tidak silap lagi perhitungannya memilih Irina selaku ‘centre’ bagi kumpulan tersebut.
      “ Mana tidaknya. Kerjanya 24/7 dengan bahas, pidato, syarahandan macam-macam lagi. Tak de masa nak beriadah macam ni..tapi peliklah kenapa dia benci sangat nak bersukan?” tanpa menoleh Zira berbicara mengikut kata hati yang ingin diluahkan. Pandangan masih lagi dipicngkan ke hadapan untuk melihat sebarang kemungkinan pada permainan yang sedang diadakan.
      “ Entahlah, dia cakap yang dia penat kalau dia bersukan,” Zira hanya mengangguk perlahan memahami kemungkinan tersebut. Sedang mereka asyik berbual mengenai Irina , tiba-tiba mereka tersentak dengan jeritan kecil gadis itu di tengah gelanggang. Mereka segera bergegas menghampiri Irina yang sudah terbujur kaku di atas gelanggang tersebut. Semua berkerumun kea rah Irina yang mengaduh kesakitan. Yana dan Zira berasak-asak mendapatkan sahabatnya itu.
         “ Apa yang berlaku tadi?” Zira menyoal bagi mengetahui keadaan sebenar Irina. Yana Pula agak menggelabah apabila melihat sahabatnya itu mengerang kesakitan yang kedengaran teramat sangat.
          “ Dia terjatuh sebab terppijak bola secara tak sengaja. Alih-alih siku dia ‘landing’ dulu sebelum jatuh,” Maria menjawab bagi menjelaskan perkara tersebut.
       “ Someone…please call the teacher right now!”Arahan yang dilontarkan segera dipatuhi. Masing-masing sibuk membantu Irina bangkit ke tepi gelanggang.
 Seketika kemudian, Cikgu Aida berlari menuju kea rah kerumunan pelajarnya di satu sudut.” Macam mana perkara ini boleh berlaku?” Kegusaran jelas terpancar melalui riak mukanya apabila dia melihat keadaan pelajarnya itu. dia memeriksa lengan Irina. Yana pula memberitahu apa yang berlaku sebentar tadi. Dicuba meluruskan lengan gadis itu perlahan-lahan.
      “ Ouch…ouch,” Irina menahan kesakitan yang menjalar segenap urat darahnya.Yana mengenggam tangan sahabatnya itu dan Irina pun mengenggam dengan lebih kuat untuk menahan kesakitan tersebut. Seketika kemudian,barulah dia berasa sedikit lega.
     “ Tangan awak hanya terseliuh. Mari saya bawa awak ke hospital,” Perlahan Cikgu Aida memimpin pelajarmya itu untuk tegak berdiri. Mereka melangkah perlahan-lahan menuju ke luar sekolah.Yana pula setia di sisi gadis itu membantu apa yang perlu. Merka segera memasuki kereta dan ia terus meluncur laju menuju ke destinasinya.

No comments:

Post a Comment