Monday 16 April 2012

BAB TIGA PULUH EMPAT



Jam di tangan menunjukkan pukul 4.30 petang. Waktu untuk pulang ke hostel memandangkan waktu prep telah pun tamat. Kejadian yang berlaku beberapa minit ynag lalu membuatkan dia berfikir panjang untuk menterjemahkan sendiri apakah jawapannya.
Gadis itu mencari-cari kelibat sahabatnya Yana yang sejurus tadi keluar bersama Malik sejurus sahaja menenangkannya.tidak pula dia bertanyakan ke mana gadis itu pergi tetapi riak muka yang ditunjukkan seperti ada sesuatu yang perlu diuruskan secepat mungkin. Bagaikan ada masalah yang besar yang timbul.ditambah pula dengan kehadiran Malik.
Irina mengemaskan segala barang yang bertaburan di atas mejnya namun, dengan tiba-tiba hatinya diusik rasa curiga apabila dia memikirkan kembali apa yang berlaku sebentar tadi. Hatinya terasa semacam. Yana dan Malik.Dua orang sahabatnya ini menyimpan sesuatu daripadanya. Gerak hatinya seperti membisikkan supaya dia mencari kedua-dua orang sahabatnya.
 Dia segera menyimpan barangan peribadinya dan segera berjalan keluar dari kelas tersebut,mengikut gerak hatinya menuju ke destinasi yang dia sendiri tidak ketahui. Hanya mengekori telunjuk hatinya sahaja. Cuma matlamat sahaja yang menjadi panduannya kala ini. Tiba-tiba matanya terpandang sesuatu yang menarik perhatiannnya. Langkah terhenti. Memicingkan pandangannya agar penglihatan menjadi jelas. Alangkah terkejutnya gadis itu apabila pandangan tersasar kepada Yana dan juga Malik di situ.
         “ Apa yang mereka buat kat sini,” gumam Irina yang sememangnya pelik dengan apa yang berlaku kala ini. kecurigaannya ditambah lagi dengan kelibat lelaki yang begitu dikenalinya iaitu Zaidi. Langkahnya perlahan-lahan menghampiri mereka, namun cepat-cepat dia menyembunyikan diri di balik dinding. Memasang telingan dengan apa yang akan diperkatakan oleh mereka bertiga.
        “Maksud kau apa?,” suara Malik kedengaran juga walaupun sipi-sipi sahaja disebabkan faktor jarak antara mereka berdua. Irina memicingkan lagi telinganya.
Tiada jawapan yang diberikan pada mulanya. Irina menunggu lagi. “Kami sebenarnya tak nak tengok Rina sedih je. Tak sanggup nak tengok dia kecewa,” Yana terhenti sejenak untuk beberapa ketika.dalam situasi yang sedikit tegang itu, kedengaran suara  Malik mencelah.
          “ Apa sebabnya ni?” Malik terus-terusan betnya bagi mendapatkan kesahihan jawapan itu. sekali lagi kesunyian tercetus antara mereka selang seminit dua, barulah Yana kembali membuka mulut. “ peristiwa tersebut bermula waktu Zaidi pergi ke bilik Ketua Bidang untuk mengambil beberapa dokumen yang diarahkan kepadanya oleh pihak pentadbiran. Waktu tu pula, mesyuarat diadakan oleh semua guru bahasa untuk memilih siapa yang patut pergi untuk kem ni. Zaidi terdengar perbincangan tersebut dengan tidak sengaja yang Sir Shah nama Irina sengaja di potong waktu dia nak keluar dari bilik tersebut,”Yana berhenti sejenak berkalih kepada Zaidi yang masih membisu seribu kata dari tadi. “ Dan kami rasa yang Sir Shah memang tak suka dengan Irina….”
          “ Ok… chop..chop… Mana kau tahu yang Sir Shah tak suka Rina ni? Ada tak sebarang bukti? Yelah, kita tak boleh sebarang tuduh je,” belum sempat Yana menghabiskan kata-katanya, Malik mencelah di pertengahan jalan.
         “ Aku dengar yang Sir Shah tak suka bila Rina masuk debate hari tu. Cuma Rina je yang tak tau pasal ni Sir Shah boleh pertikaikan lagi benda ni dengan Miss Fiza. And Miss Fiza only ignore it,” kala ini Zaidi pula yang menjawab bagi pihak Yana. Namun, lelaki itu tidak pula berkalih memandang kea rah mereka berdua.
Irina yang berada di balik dinding itu terpana untuk seketika dengan apa yang didengarinya tadi. Adakah itu kebenarannya yang selama ini dia tidak mampu membuka mata untuk melihatnya atau hanya omongan kosong disebalik mimpi yang bergantung tidak bertali. Gadis itu benar-benar tidak menyangkakan yang Sir Shash yang merupakan Ketua Panitia Bahasa Inggeris itu sebenarnya tidak menyukai gadis itu. Kenyataan itu merentap jiwa dan perasaannya. Dia tidak sanggup memikirkan lagi tentang perkara tersebut kerana itu hanya mengundang sakit hati. Terasa organ tersebut itu disiat-siat sehingga meninggalkan luka yang dalam.
Irina menekup mulutnya dengan kedua tapak tangannya. Hatinya meronta dan meraung meratapi apa yang berlaku pada dirinya di sini. Satu persatu ujian dan cubaan diterimanya. Terasa jeritan yang tertahan dikeronkong menyesakkan dada. Disebalik tubir matanya itu terbit air mata yang kemudiannya jatuh mengalir membasahi pipinya. Dia segera berlari meninggalkan tempat itu. Kalau boleh jauh, jauh daripada hidupnya.


ZAIDI terlentang di atas katilnya. Menghadap ke atas. Cuma papan yang menjadi pemisah antara katil atas dan bawah sahaja yang kelihatan. Tetapi disebalik pandangannya itu tersirat sesuatu yang begitu membebankan hati dan perasaannya. Semua ini gara –gara kejadian petang tadi. Menungannya itu sesekali mengerutkan wajah lelaki itu. kadang-kala memejamkan matanya sambil tergeleng-geleng kepalanya bagaikan ada sesuatu yang menghempap dadanya kala ini. akhirnya, kedenggaran keluhan terlepas daripada rangkulan nafasnya.
Malik yang baru sahaja pulang dari mandi hanya menggeleng-gelengkan kepalanya apabila melihat perangai Zaidi yang tak tentu pasal ini. Akhir-akhir ini perangai sahabatnya ini pelik semacam. Ada sesuatu yang bermain di fikiran jejaka ini yang mungkin sukar untuk diterjemahkan mahupun diluahkan.
Pian yang baru sahaja selesai mandi terhenti secara mendadak di belakang Malik. Gerakan tangannya untuk mengeringkan rambutnya turut terhenti . nyaris-nyaris terlanggar Malik yang berada di hadapannya. Maklumlah, Malik , Zaidi dan Pian  merupakan ahli dorm tersebut dan mereka juga merupakan Tiga Sekawan yang sangat rapat.
Pian mengekori pandangan Malik yang memandang kepada Zaidi di atas katilnya. Dia pun turut  menggelegkan kepala melihat perangai sahabatnya yang seorang ini. Tak habis-habis dengan masalahnya.
         “ Yang kau terecegat kat depan ni kenapa?” Teguran yang dilontarkan oleh sahabatnya itu mengejutkan Malik . segera dia berkalih memandang ke arah Pian yang berlalu pergi dengan muka yang penuh dengan kepelikan. Malik mengekori belakang Pian yang kala ini menuju ke lokernya.
          “ Apa kau ni ikut aku? Aku nak tukar bajulah,” terkejut juga melihat  perangai seorang lagi sahabatnya ini. Terhenti juga tangannya dari membuka tuala yang terikat kemas di pinggangnya. Nasib baik tidak terbuka habis . kalau tidak maruahnya pasti diragut. Tempikan Pian itu mengejutkan Malik buat seketika. Memandang Pian dari atas sampai ke bawah. Seraya itu juga dia tersengih-sengih memandang tepat ke muka Pian yang berkerut seribu itu dan segera berlalu pergi menuju ke lokernya.
Selesai sahaja menguruskan diri, Malik segera menghampiri Pian yang kala ini sedang berhat-rehat di atas katilnya. Terbaring menghadap ke atas. Berkalih semula memandang ke arah Zaidi yang masih tidak berganjak dari tempatnya. Sedari tadi lelaki itu membisu. Tidak seperti selalu.
           “ Zaidi, apahal kau ni? Kau tengah fikirkan peristiwa pagi tadi ke?” Malik melontarkan persoalannya kepada Zaidi sambil melbuhkan punggungnya di atas katil. Zaidi pula memalingkan pandangannya kea rah Malik. Mukannya sahaja telah mengambarkan apa yang terbuku di dalam hati. Seketika kemudian, dia mengeluh kasar. Kedengaran sangat memberatkan jiwa, minda dan perasaannya.
          “ Bro, apasal kau risau sangat pasal Rina tu. You tell her the truth and your problem solve. Habis cerita,” giliran Pian pula yang mencelah. Zaidi mengalihkan pandangannya ke atas. Memandang papan dengan pandangan yang kosong.
          “ Entahlah. Aku tak boleh bagitahu dia perkara yang sebenar. Lidah aku kelu bila nak bagi tahu apa yang berlaku. Tak sanggup aku nak tengok dia kecewa sebenarnya,” apa yang terluah melegakan sedikit apa yang terbuku di hati. Malik dan Pian mengangguk perlahan mendengar cerita sahabat mereka yang kedengaran begitu sukar untuk diluahkan.
           “ Aku rasa kau dah angaulah dengan Rina,” tertawa kecil dia memikirkan keadaan sahabatnya itu apabila dikaitkan dengan Irina. malik hanya merenung tajam ke arah lelaki memberi amaran menerusi pandangan matanya. Gurauan tersebut kedengaran kasar. Namun, Zaidi hanya berdiam diri malah tidak menoleh sedikit pun kepada mereka berdua.

No comments:

Post a Comment