Thursday 17 May 2012

BAB EMPAT PULUH


YANA menemani Irina kembali ke hostel. Keadaannya yang sedikit lemah membuatkannya diam membisu sahaja.Yana pula perlahan-lahan mengekori di sebelahnya. Diminta juga untuk memapah sahabatnya itu, namun ditolak oleh gadis itu. Sesekali keseimbangannya tergugah menyebabkan dia terjatuh , tetapi cepat-cepat disambut oleh sahabatnya.Itu pun ditolak baik oleh Irina dan dia sendiri menguatkan semangatnya untuk menyambungkan perjalanan.
      “ Rina, are you sure you don’t want me to help you?” Niat baik gadis itu hanya disambut dengan senyuman oleh Irina. Yana hanya mengeluh kasar sedikit. Risau melihat keadaan sahabatnya itu. Akhirnya, dia tidak mampu bertahan lagi. Tidak tegar hatinya melihat keadaan gadis itu. Segera dia merangkul kasar pingang Irina dan memapahnya balik ke hostel yang berada yang tidak berapa jauh lagi.
Irina pula terkejut  dengan perlakuan sahabatnya itu,tetapi dia tidak berdaya lagi untuk melawan kehendak gadis itu. Dia sememangnnya tahu akan perasaan Yana yang risaukannya, tetapi kalau boleh dia tidak mahu membebankan sahabatnya ini. Banyak pengorbanan yang dilakukan yang tidak mungkin mampu dibalas.
Yana membantu Irina melabuhkan punggung di atas katilnya. Kala ini, semua pelajar masih lagi menghadiri prep malam. Jam pula baru sahaja menunjukkan pukul 10 malam. Lebih kurang sejam lagi sebelum mereka pulang. Oleh itu, dorm tersebut sunyi sepi.
Lantas Yana menyingsing baju di lengan gadis itu. perlahan-lahan dia membuka balutan tersebut. Irina pula hanya mendiamkan diri kerana kesakitan yang perlu ditanggungnya. Yana pula sedikit terkejut dengan keadaan lengan gadis itu yang semakin membengkak. Dia memandang ke mata sahabatnya itu.
       “ Tak pelah Yana,bengkak biasa jer,” mendengar kata-kata yang diluahkan sahabatnya itu membuatkan Yana meneruskan kerjanya. Dia membuka loker Irina, mengambil ubat yang terletak kemas di satu sudut. Kemudian, dia menyapu krim  ke atas lengan yang membengkak.
       “ Sakit lagi tak?” gadis itu bertanya selajur selesai kerjanya.Irina hanya tersenyum hambar kemudian dia mengangguk perlahan. Yana membantu Irina menukar baju kemudian menghulurkan ubat buat sahabatnya itu. Selesai sahaja ubat dimakan, Irina segera meletakkan kepalanya ke bantal dan melelapkan matanya. Yana pula sedia menunggu di sebelah gadis itu.
     “ Rina, aku nak ambil barang-barang kau kat kelas tau.Kau bolehkan tunggu kat sini kejap,” Irina hanya mengangguk perlahan mendengar permintaan sahabatnya itu.Yana mengusap lembut dahi gadis itu sebelum berlalu pergi. Dia akan kembali secepat mungkin.

ANGIN yang dingin membelai lembut wajah lelaki itu di tepi tingkap, namun itu tidak memberikan sebarang kesan pada lelaki itu. Riak mukanya menggambarkan kerisauan yang teramat sangat. Sesekali terdengar keluhan yang terlepas menerusi rengkulan nafasnya. Seperti menyesakkan dada, menghimpit jiwa.
Kehadiran Yana menyentakkan sedikit perilaku lelaki itu. Segera dia bingkas bangun menghampiri gadis yang sedang sibuk mengemas barang-barang yang berselerakan di atas meja. Sahabat yang berada berhampiran hanya mengeluh lemah apabila menyedari perilaku lelaki yang tidak keruan itu.
      “ Yana, Rina macam mana?” Pertanyaan yang begitu mendadak mengejutkan gadis itu dari kerjanya. Selajur itu juga dia memalingkan wajahnya ke belakang. Untuk kedua kalinya, dia terkejut apabila melihat Malik dan Zaidi berada di belakang gadis itu.  Ditambah pula dengan mimik muka Zaidi yang kelihatan tidak terurus. Dia berkalih memandang Malik meminta penjelasan yang sewajarnya, tetapi lelaki itu hanya mengangkat bahu tanda dia sendiri tidak mengetahui apa yang bermain di jiwa sahabatnya itu
     “ Dia okay jer. Just her hand slightly worst,” jawapan yang diberikan oleh gadis di hadapannya itu tidak juga melembutkan kerutan di wajahnya.
     “ Habis tu dia tak pergi ‘metran’ ke?” Diasak lagi persoalan kepada gadis itu. Yana hanya memandang kembali pandangannya pada Malik. Pelik dengan perangai lelaki itu yang sedikit pelik itu.
     “ Selama kau tinggal sini empat tahunlah, ada tak mak cik yang jaga hostel tu pernah tak dia ‘act’ baik kat kita walaupun kita ni sakit macam nak mati,” keterangan yang diberikan memberikan sedikit tamparan kepada mereka berdua. Masing-masing hanya menundukkan wajah. Ada benarnya kata gadis itu.Mungkin itulah yang menyebabkan Irina lebih rela menahan kesakitan daripada menghadap mak cik yang menjaga hostel mereka yang seperti singa hilang anak itu.
     “ Sorry. Aku tak patut kutuk sekolah ni. Walau macam mana pun ni tetap sekolah akukan,” terhembus keluhan dari dadanya. Untuk kesekian kalinya, suasana di sekeliling senyap seketika. Masing-masing hanya menguncikan bicara. Yana kembali menyelesaikan kerja yang masih lagi tertangguh.
     “ Tapikan, aku pelik sikit dengan kau nilah, Zaidi. Sepanjang beberapa bulan aku kawan dengan kau ni, kau tak pernah pun macam ni. Pasal Rina ke, kau jadi tak tentu arah ni?” Pertanyaan tersebut bagaikan panah yang menembusi jauh ke dalam hatinya. Tepat kesasarannya.  Malik di belakang gadis itu mengangguk laju tanda mengiakan kata-kata gadis itu.
Lantas, lelaki itu mengangkat wajah memandang Yana yang masih lagi sibuk dengan kerjanya. Rona mukanya tampak kemerah-merahan itu menimbulkan geli hati Yana dan Malik.
     “ Cakap jelah yang kau suka dia. Habis cerita,” Yana mencuba lagi membongkar rahsia hati rakannya itu.
     “ Mana adalah. Stop talking about the nonsense thing, can you?” Zaidi mencuba untuk mengwal keadaan sekeliling.
     “ Zaidi, tak payahlah nak malu-malu. Peluang dah ada dah ni,tinggal nak cakap jer. Zaidi suka Rina,” usikan Malik yang sedari tadi membisukan diri menambahkan lagi rona warna pada muka lelaki itu. Yana di hadapannya hanya tertawa kecil melihat gelagat dua sahabat ini.
     “ Cakap jelah…Muka dah  merah dah tu,” menggelabah dibuatnya lelaki ini.
    “ Aku….aku….” Kali ini kedua-dua  sahabatnya memfokuskan pandangan mereka pada Zaidi. Masing-masing menunggu jawapan lelaki itu. Yana yang sedari tadi sibuk dengan kerjanya terhenti apabila mendengar Zaidi bersuara. Lagilah tidak keruan jadinya lelaki itu. Teragak-agak untuk menghabiskan ayat tersebut.
   “ Dahlah, forget it,” Zaidi berlalu pergi dengan segera. Meninggalkan kedua-dua sahabatnya itu kebingungan. Hanya saling berpandangan.
   “ Biasalah. Orang yang dah angau, memang macam tu,” Yana hanya mengangguk perlahan. Senyuman nakal terukir di bibirnya.
   “ Zaidi tu, tak pernah bercinta. Sekali dah kena penangannya, tak tau macam mana nak ‘control’,”
   “ Dalam hati ada tamanlah,” serentak itu mereka tertawa.

No comments:

Post a Comment