Wednesday 9 May 2012

BAB TIGA PULUH SEMBILAN


MALAM itu Zaidi dan Irina menjalankan amanah yang telah diberikan untuk menghantar setiap ‘request’ ke kelas yang telah ditetapkan.  Suasana sekeliling sunyi sepi dan pasangan itu juga hanya mendiamkan diri. Tiada perkataan yang dikeluarkan oleh mereka berdua. Hanya derapan kaki sahaja yang kedengaran menghiasi suasana yang sunyi itu.
     “ Rina, tangan kau ok tak?” Barulah kini Zaidi membuka bicara. Rina hanya mengangguk perlahan sebagai jawapannya. Namun, anggukan tersebut tidak menggambarkan isi hatinya kala ini. Tangannya tiba-tiba terasa sakit menyebabkan dia terpaksa menahan kesakitan yang  menjalar di segenap urat darahnya.
 Zaidi memandang ke arah gadis itu.Kalau nak diikutkan gadis di sebelahnya bukanlah gadis yang pasif dan pendiam. Hari-harinya di sini dihiasi dengan keceriaan,tetapi hari ini tidak pula. Irina menyedari paa yang berlaku di sekelilingnya segera mengalihkan pandangannya ke sisi. Lelaki itu terus-terusan memandangnya. Irina hanya tersenyum kelat. Bukan dia sengaja meminggirkan diri tetapi kesakitan yang dialaminya barangkali membataskan gadis itu untuk banyak bicara.
Wajah yang pucat diselangi dengan senyuman yang hambar terukir di bibir, menambahkan lagi rasa hairan yang mula bertandang di hati kecil lelaki ini.Berkerut juga mukanya dalam dia mengamati wajah kecil gadis itu. Tidak selesa apabila diperlakukan sebegitu rupa, Irina segera mengalihkan pandangannya ke hadapan. Saat ini barulah Zaidi mengerti keadaan Irina.
     “ Aku tengok berat je barang yang kau bawa tu. Can you give me some?” permintaan lelaki itu di sambut segera oleh Irina. Dia menghulurkan timbunan kertas di atas tangan kanannya yang tidak sakit.
      “ Lain kali cakaplah awal-awal. Baru sekarang kau cakap,” serentak mereka tertawa kecil. Irina cuba menyembunyikan keadaannya kala ini.Zaidi menyambut gumpalan kertas tersebut sambil tersenyum.
Akhirnya mereka tiba ke kelas yang dituju.  4 Al Farghani. Suasana di kelas tersebut sunyi sepi berbeza berbanding dengan kelas Irina. Masing-masing sibuk dengan tugasan yang diberikan. Irina hanya menunggu di luar sahaja. Membiarkan Zaidi yang menguruskan selebihnya. Zaidi tidak pula memaksa kerana dia tahu keadaan gadis itu.
Kasakitannya menjalar-jalar lagi di segenap ruang urat darahnya. Mencucuk-cucuk rasanya. Sesekali terasa lenguh lengan kirinya itu namun, ditahan jua. Berkerut juga mukanya menahan kesakitan tersebut.
Rasylan yang baru sahaja pulang kembali ke kelasnya berasa pelik dengan gelagat Irina. Perlahan-lahan dia menghampiri gadis itu.
     “Rina….” Irina sedikit terkejut dengan sapaan sahabatnya itu. Dia semacam mengenali suara itu. Irina memaniskan roman mukanya walaupun itu merupakan perkara yang sia-sia sahaja. Dia menoleh ke belakang. Menawarkan senyuman yang paling manis buat sahabatnya itu.
      “ Rasylan…” panggil Irina perlahan. Mencuba sedaya upaya menyembunyikan keadaannya kala ini. Tetapi Rasylan tidak mudah tertipu. Dia tahu keadaan gadis itu. Lambat-lambat dia berjalan menghampiri Irina. gadis itu hanya terdiam di situ.
     “ Tangan kau sakit lagikan? Muka kau yang pucat macam ni, kau ingat boleh tipu akulah?” Irina hanya terkelu lidah, lantas dia menundukkan wajah ke bawah. Kalau berhadapan dengan lelaki ini memang susah dia hendak melepaskan diri. Seketika kemudian,Rasylan hanya menggelengkan kepalanya.
     “ Lepas ni kau balik hostel terus tau. Rehat,” Irina hanya mengangguk perlahan mendengar saranan sahabatnya itu. Tertunduk wajahnya memandang ke lantai. Tidak berani bertentang muka dengan lelaki itu.
     “ Rina, jom balik,” suara Zaidi menyentakkan  mereka berdua. Namun, Rasylan tetap pada posisinya. Tidak berganjak sedikit pun. Irina hanya memandang kedua-dua lelaki itu dengan pandangan yang silih berganti. Mereka bertiga seperti patung yang digam tepat pada posisinya.Detik demi detik berlalu, barulah Rasylan mengeluh panjang dan berlalu pergi.
Perlahan-lahan Irina melangkah menghampiri Zaidi dan seiring itu juga mereka berjalan menuju kembali ke kelas. Tiada perbualan mengiringi perjalanan mereka. Kesakitan yang dialami oleh gadis itu nampaknya bertambah lagi. Cubaan untuk menahannya tidak juga mampu. Akhirnya, Irina terhenti melangkah menyebabkan langkah lelaki di sebelahnya terhenti mendadak. Segera lelaki itu menoleh ke arah Irina yang terduduk memegangang tangannya yang berbalut. Wajahnya tertunduk menahan kesakitan. Lekas Zaidi menghampiri gadis itu, risau dengan keadaan yang dialami oleh Irina.
      “ Rina, are you okay?” Jelas terpancar kegusaran  melalui nada suaranya. Gadis itu hanya mendiamkan diri menambahkan lagi kerisauan di hati. Untuk beberapa ketika Zaidi hanya setia di sisi gadis itu.
Irina mencuba sedaya upaya untuk menahan kesakitan yang semakin mencengkam lengannya kala ini. Barulah kini dia terasa lega sedikit,namun kesakitan itu tidak hilang. Perlahan-lahan dia bangun. Sempat juga dia manawarkan senyuman hambar buat lelaki itu. Lambat-lambat kakinya melangkah meneruskan perjalanan yang masih lagi tertangguh.
Zaidi pula hanya mengekori di belakang gadis itu. Takut juga kalau gadis itu jatuh pengsan. Ditambah pula dengan lalulan yang mereka lalui itu agak lengang dari orang ramai memandangkan ianya jauh daripada kelas. Kagum melihat semangat gadis itu. Tidak pernah mengalah.

YANA  yang baru pulang dari menyelesaikan amanah yang diberikan terkejut melihat keadaan Irina dari arah bertentangan. Meninggalkan Malik keseorangan di belakang dan segera gadis itu berlari ke arah sahabatnya itu. Zaidi dan Malik hanya memandang antara satu sama lain. Irina hanya menawarkan senyuman yang kusam kepada Yana. Melihat sahaja keadaan sahabatnya itu,dia segera merangkul pinggang Irina. Membantu memapah Irina.
     “ Yana… Stop it. Aku boleh jalan sendiri,” Irina menolak lembut hasrat baik rakannnya itu. Yana pula memandang Irina dengan seribu satu persoalan. Sekali lagi dia hanya tersenyum. Mahu atau tidak terpaksalah Yana mengikut kehendak Irina itu.
Yana meletakkan telapak tangannya pada dahi gadis itu. “ Rina, kau demamlah,” kerisauan jelas terpancar menerusi nada suaranya.
     “ Yana, trust me that I’m okay,” Irina segera melangkah masuk ke dalam kelas. Yana hanya memandang sayu ke arah sahabatnya itu. Irina memang seorang yang degil. Keputusannya memang tidak boleh disangkal. Dia hanya mengeluh kasar mengenangkan pernagai Irina itu.
Zaidi dan Malik hanya berdiam di situ menyaksikan drama yang dipertontonkan di hadapan mereka. Yana kembali berkala\ih kepada mereka berdua. Kemudian menetapkan pandangannya pada Zaidi.
       “ Zaidi, Rina macam mana tadi?” Persoalan tersebut yang diselangi dengan kerutan wajah di muka membuatkan Zaidi kembali  memandang Malik disisinya.
        “ Rina, dia hampir je ‘collapse’ kat tengah jalan tadi,”  Zaidi terpaksa juga memberitahu perkara sebenar. Yana tergamam mendengar penjelasan yang diberikan kepadanya. Bertambahlah lagi kerutn di dahinya. Malik juga begitu. Gadis itu segera berlalu pergi meninggalkan mereka berdua tanpa sebarang bicara. Sekali lagi mereka saling berpandangan.
Malik berterusan memandang lelaki itu. Ternyata dia terkejut mendengar apa yang diutarakan menerusi mulut Zaidi.
      “ Tak payahlah pandang aku cam tu,” Malas hendak melayan kerenah sahabatnya itu, dia segera melangkah masuk ke dalam kelas. Letih hendak menjawab pelbagai persoalan yangbakal timbul sebentar sahaja lagi. Jadi sebelum terkena bisanya, lebih baik mencari penawarnya. Malik pula segera mengejarnya dan merangkul bahu Zaidi.
      “ Amacam seronok tak?” Zaidi hanya menggelengkan kepalanya. Sakit kepala memikirkan gelagat Malik ini. Tiada kata-kata yang terluah dari mulut lelaki itu membuatkan lelaki di sebelahnya mengeluh panjang,namun begitu dia tidak berputus asa. Mengasak lagi Zaidi untuk menjawab persoalan yang diajukan. Tetapi Zaidi hanya mendiamkan diri meneruskan langkahnya ke kelas.

No comments:

Post a Comment