Monday 7 May 2012

BAB TIGA PULUH TUJUH


IRINA pulang dengan tangannya yang berbalut. Yana juga berada disisinya memimpin gadis itu perlahan-lahan menuju ke kelas.
     “ Betul ke kau nak balik ke kelas ni. Tangan kau macam mana ni?” Kedengaran kerisauan terpancar pada nada suaranya. Irina hanya tersenyum mengetahui mendengar kerisauan yang melanda gadis itu.
     “ I’ll fine. Lagipun tak sakit lagi. Bengkak je,” Irina cuba untuk mengurangkan kegusaran gadis itu. “ Tak payah pimpin aku. Tangan aku je yang sakit, kaki aku tak,” dia berkalih memandang gadis itu sambil menolak lembut tangan Yana dari memimpinnya kerana dia berdaya untuk melakukannya. Mahu atau tidak terpaksa juga melepaskan rangkulan tangannya dari lengan Irina.
Gadis itu perlahan-lahan melangkah menuju ke kelas yang tidak beberapa jauh dari situ. Yana hanya menggeleng-gelengkan kepalanya pening melihat kedegilan gadis itu. Susah untuk menyangkal apa yang dia mahu. Kalau hitam, hitamlah yang dia mahu, kalau putih,putihlah jawapannya. Tiada yang mampu menentangnya.
 Mereka berdua melangkah masuk ke dalam kelas. Mujurlah pada waktu itu tiada guru yang masuk lagi. Semua mata memandang kepada mereka. Agak pelik dengan kehadiran tiba-tiba dua gadis itu,ditambah pula dengan  tangan Irina yang dibalut dengan sebegitu rupa.
Zaidi pulatergamam di sebelah Malik. Tangannya yang sebelum ini lincah menulis di atas kertas terhenti secara tiba-tiba. Penglihatannya dipicingkan kepada balutan tangan gadis itu. tidak semena-mena kegusaran bertandang di dalm hati. Mukanya berkerut seribu. Ternyata perasaan tersebut menguasai jiwa kala ini. Dia berkalih memandang Yana yang berada di belakang Irina. gadis itu juga kelihatan risau dengan keadaan Irina itu.
Lamtas dia perlahan-lahan bangkit dari tempat duduknya menghampiri Yana. “ Sis, what’s wrong with Irina?” Yana memalingkan wajahnya ke belakang. Dilihatnya Zaidi memandangnya dengan riak muka seperti ayam berak kapur. Terpancar kegelisahan hatinya. Langkah mereka berdua terhenti. Irina pula kembali pada tempat duduknya.Maya yang berada di sebelah Irina turut membantu gadis itu.
Yana memalingkan kembali pandangannya kepada Irina. Begitu juga dengan Zaidi. Gadis yang bernama Irina itu benar-benar kuat dan tabah orangnya. Zaidi masih lagi menunggu jawapan daripada Yana. Setelah sekian lama dia mendiamkan diri barulah dia mulakan bicara. “ Ni semuanya pasal aku. Kalau aku tak paksa dia PJ hari ni, keadaan takkan jadi macam ni,” gadis itu benar-benar kesal dengan apa yang berlaku. Dia tertunduk membisu seribu bicara.
       “ Dia jatuh masa riadah tadi ke?” Soalan yang diajukan Zaidi itu hanya di balas dengan anggukan gadis itu. Zaidi menahan tawanya dari terhambur keluar. Dia sememangnya memahami yang Irina tidak akan menyentuh sesuatu yang dipanggil sukan kalau bukan kerelaannya. Yana membulatkan matanya menatap mata Zaidi yang masih lagi menahan ketawa itu.
       “ Lawaklah. Baru hari ini main , jatuh macam patah tangan. Kau bagi dia main apa?” Ternyata dia tidak mampu untuk menahan tawa , akhirnya oa terhambur keluar. Berdekah-dekah dia ketawa.
        “ Sudahlah… Aku dah cukup rasa bersalah ni. Tak payahlah tambahkan lagi. Bukannya aku bagi dia main permainan lasak pun, just a netball only,” Yana menundukkan kembali wajahnya. Ketawa jejaka itu tidak juga mengendur. Memeang sesuatu yang salah jikalau memaksa Irina untuk bersukan dan akhirnya pasti perkara ini akan berlaku. Inilah juga fakta kukuh mengapa Irina tidak mahu bersukan. Kecederaan pasti akan berlaku.
       “ Lain kali kalau dah tau ‘minah’ tu tak nak main, kau tak payahlah paksa dia,” Zaidi beredar dari situ kembali menuju ke tempat duduknya ntuk menyiapkan kerja yang tergendala sebentar tadi. Sempat juga dia mengerling ke arah gadis itu yang melayan pertanyaan demi pertanyaan rakan-rakan yang lain tentang  keadaan tangannya itu. Ketawanya perlahan –lahan mengendur.Hatinya masih lagi bersarang rasa gusar dan kerisauan. Cuma riak mukanya itu tidak menggambarkan apa-apa. Menyembunyikan dengan sebaik-baiknya.


BENGKAK pada pergelangan siku Irina semakin pulih. Waktu ini dia masih lagi bersiap-siap untuk ke sekolah. Jam di tangannya menunjukkan pukul 6.30 pagi. Ada masa empat puluh lima minit lagi sebelum perhimpunan pagi bermula. Selesai sahaja dia bersolat subuh, terus sahaja dia pergi ke satu sudut yang benar-benar selesa untuk bersiap di musolla tersebut. Ana dan Yana serta Zira, Zahlia,Dina dan beberpa orang lagi rakannya turut berada di situ.
Gadis itu sedang menyapu ubat pada sekeliling sikunya yang kelihatan membengkak. Disekeliling siku tersebut masih lagi berwarna kebiru-biruan, meniti fasa pemulihan. Selesai sahaja ubat tersebut disapu ‘bandage’ yang berada disebelahnya dirangkul kemudian di balut dengan perlahan-lahan. Ketika inilah, sedang dia sibuk dengan kerjanya, kain pembalut itu disentap perlahan-lahan sehinggakan tumpuan Irina terhadap kerjanya tergugah sedikit. Dia mengangkat wajahnya memerhatikan siapakah di hadapannya.
Yana menawarkan senyuman kepadanya . Irina hanya membalasnya. “ Mari sini aku tolong. Haish… nasib baik kau tak patah tangan kalau tak aku yang merana seumur hidup,” Irina hanya tertawa kecil mendengar telatah sahabat karibnya. Yana segera membalut lengan Irina dengan berhati-hati. Sehingga kini dia berasa bersalah dengan apa yang  terjadi pada sahabatnya itu.
     “ Aku dah okaylah Yana tak payahlah risau,” Yana hanya tersenyum dengan saranan sahabatnya itu.
     “ Ok, done..” Yana mengangkat wajahnya menghadap Irina. Sekali lagi senyuman terukir pada bibirnya. Irina meletakkan tangannya ke paha Yana menyebabkan Yana kehairanan buat seketika.
      “ Thanks a lot for you help Yana…” Yana merangkul tangan Irina yang diletakkan di atas pahanya. Ditatapnya lama-lama anak matasahabatnya itu. sesungguh dia sangat menyayangi Irina.
       “ Ok, dah cukup dengan segala macam drama kat sini. Hurry up we gotta go right now,” serentak mereka menoleh ke arah sisi mereka. Zahlia sedang bercekak pinggang menghadap mereka. Serentak ketawa mereka memecahkan kesunyian pagi tersebut.
Zira, Ana dan Dina menghampiri mereka bertiga apabila menyedari kekecohan yang terbit sebentar tadi. “ Apa yang  kecoh-kecoh ni?seronok betul nampaknya. Ha… Rina how about your hand… Is it okay?”  Irina hanya mengangguk perlahan sebagai tanda jawapan terhadap soalan yang diutarakan oleh Dina. Senyuman yang  terukir tidak pernah lekang dari bibirnya yang kemerah-merahan itu. Zi ra melihat jam ditanganya. “ Girls we gotta go right.. Lets go,” Zira mengajak mereka semua untuk bergerak ke dewan makan memandangkan jam telah menunjukkan pukul 6.45 pagi. Yana membantu Irina bangun. Menyandang beg di belakang dan sedia bergerak ke destinasi yang seterusnya.
Senyuman yang terukir sedari tadi tidak pernah lekang dari bibirnya. Dia berasa sangat bersyukur kerana sepanjang dia berada di sini dia dipertemukan dengan rakan-rakan yang sememangnya baik. Sesungguhnnya, jikalau mereka ini tiada dalam hidup gadis cilik dia pun tidak tahu adakah dia mampu bertahan di sini.

No comments:

Post a Comment