Thursday 12 April 2012

BAB TIGA PULUH TIGA



Langit berbalam-balam menyambut kehadiran malam tidak lama lagi. Suasana yang begitu indah disertai dengan cicipan burung-burung yang berterbangan menmbahkan lagi keindahan suasana di situ. Tetapi bukan pada perasaan Irina. dia masih lagi tertanya-tanya mengapa dia tidak terpilih dalam kem antarabangsa itu. Lagi pula, kem tersebut merupakan antara peluangnya untuk menebarkan sayap dalam bidang ini. peluang ini memang tidak boleh disia-siakan.
Yana yang berada di sebelahnya hanya membisu. Memerhatikan gerak-geri Irina sedari tadi. Tidak sampai hati dia untuk memberitahu tentang perkara sebenar. Dia juga maerasakan keputusan yang dikeluarkan oleh pihak pentadbiran tidak adil.. Takut-takut berita tersebut hanya menyakitkan hati sahbatanya itu. dia tidak sanggup melihat kekecewaan gadis itu kerana Irina merupakan orang yang paling disayanginya sepanjang perjalanan mereka di sini
Irina masih lagi memikirkan kemungkinan tentang perkara tersebut. Mukanya kelihatan berkerut ,lagaknya seperti orang yang sedang berfikir panjang.  “ Tak payahlah fikir pasal perkara tu… dah tak de rezeki. Nak buat macam mana?” Yana pula tidak tahan lagi melihat kelakuan sahabatnya itu yang tidak berputus asa dengan apa yang diusahakan walaupun keputusannya telah pun dapat. Gadis itu berkalih memandang sahabatnnya dengan muka yang berkerut dengan seribu satu persoalan yang bermain dalam benaknnya.
       “ Apa maksud kau  tak dapat?” Irina merasakan ada sesuatu yang tak kena dengan Yana. Semacam gadis di sebelahnya itu mengetahui akan perkara sebenar. Dia memicingkan lagi pandangannya kepada Yana. Gadis itu hanya mengambil keputusan untuk mendiamkan diri sahaja,menundukkan pandangan ke bawah. Masing-masing hanya mendiamkan diri. Hanya derapan kaki sahaja yang kedengaran. Namun, mata Irina tidak juga berganjak dari gadis itu.
       “ Yana, asal diam pulak ni? Is it something wrong?” Irina cuba mengorek rahsia daripada gadis itu. pasti ada sesuatu yang d sembunyikan daripadanya.
        “ Kerja Sejarah kau dah siap dah?” Gadis itu cuba untuk menukarkan topic perbualan mereka. Melangkah cepat-cepat menuju ke musolla . Irina menrik kasar lengan Yana menyebabkan gadis itu tertarik ke belakang menghadap Irina. hampir sahaja dia terjatuh tapi cepat-cepat mengimbangkan badannnya. Terpaku dia sejenak apabila diperlakukan sebegitu rupa. Muka gadis di hadapannya mendambakan jawapan yang mungkin sukar untuk diluahkan. Perlahan-lahan dia menundukkan wajah. Tidak sanggp menatap muka Irina yang berkerut itu.
       “ Yana, better you tell me what’s going on right now,”suara yang dibisikkan dipicingkan ke anak telinga gadis itu. kedengaran agak mendesak,tetapi perbuatan Irina tidak boleh ditegah. Dia mempunyai hak untuk mengetahui perkara yang sebenar. Diaidak mempunyai kuasa pun untuk menghalangnya. Yana masih terus-terusan membisu seribu kata. Pandangan masih ditundukkan ke bawah. Irina masih lagi menunggu jawapan daripada sahabatnya itu.
        “ Yana….” Irina menatap lagi wajah gadis itu. menunggu lagi dan lagi dan lagi. Masih lagi senyap membisu. Akhirnya, Irina mengeluh kasar. Melepaskan kejapan tangannya daripada lengan Irina dan perlahan-lahan menginjakkan kaki berlalu pergi dari situ. Meninggalkan Yana keseorangan di situ.
Pandangan masih lagi dipicingkan ke bawah. Membiarkan Irina meninggalkannya di situ.  Bukan dia tidak mahu menjelaskan perkara sebenar tetapi biarlah ia menjadi rahsia. Dia tidak rela melihat kepedihan dan kesedihan hati rakannya itu. itu adalah yang terbaik.
      “I’m so sorry Rina,” gumam Yana perlahan.


ZAIDI dalam perjalanan ke musolla selesai sahaja dia makan di dewan makan. Kala ini dia berjalan keseorangan memandang ada lagi tugasan yang perlu dilakukan di musolla. Tiba-tiba matanya menangkap kelibat orang yang sedang membincangkan sesuatu. Semacam ada perkara yang penting sedang diperdebatkan. Dipicingkan pandangan matanya agar imej hadapan djelaskan. Alangkah terkejutnya dia apabila kelibat tersebut merupakan Irina dan Yana. Yana sedang menundukkan wajah manakala Irina pula sedang menatapnya. Hati lelaki itu merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Adakah mengenai perkara pagi tadi? Mengenai perkara perrkhemahan RGS. Hai… nampaknya dia terpekasa berdepan dengan satu lagi masalah.
    “ Apahal termenung sorang-sorang ni?” Malik menepuk belakangnya apabila dilihat lelaki itu terhenti langkahnya di pertengahan jalan. Ditambah pula dengan kerutan di muka bagaikan orang yang menghadapi masalah yang cukup besar. Zaidi jengkel pula dengan Malik. Di mana-mana pun dia pasti Malik juga berada di situ. Tetapi apakan daya, Malik sahajalah yang menemaninya melayari kehidupan suka duka  di sini selain daripada Pian.
Zaidi tersentak seketika apabila diperlakukan sebegitu rupa, lekas-lekas dia berpaling memaling ke belakang. Memaniskan roman mukanya. Tersenyum apabila memandang kepada sahabatnya di sebelah. Malik pun memicingkan pandangannya kea rah yang sama dengan pandangan Zaidi. Tersengih-sengih apabila padangannya itu tertumpu pada Irina. semacam ada sesuatu yang jahat bermain di minda. Dia berkalih semula pada sahabatnya di sebelah. Senyuman yang terukir tidak pula di kendurkan menjadikan Zaidi sedikit kebingungan perilaku lelaki itu. Terangkat keningnya merungkaikan apa yang tersirat di sebalik senyuman tersebut.
       “ Apahal tersengih-sengih ni Malik?” Akhirnya persoalan yang terluah disebalik kebingungannya. Malik pula masih lagi tersengih-sengih, macam kerang busuk. Malas hendak melayan kerenah lelaki itu, dia segera berlalu pergi. Malangkah cepat-cepat agar sampai ke destinasi yang dituju. Kalau lama menunggu di situ menghadap sahabatnya itu, alamatnya macam-macam yang akan ditanya oleh lelaki itu.
Malik pula masih lagi tersengih-sengih cepat-cepat dia mengekori injakan kaki lelaki di hadapannya yang semakin laju. Merangkul bahu sahabatnya dan melangkah seiringan menuju ke destinasi ynag dituju.


PERBINACANGAN untuk memilih pelajar mereka semakin rancak diperdebatkan. Memilih pelajar yang benar-benar sesuai untuk ‘event’ yang julung-julung kalinya diadakan. Bukan calang-calang orang yang akan dipilih mereka. Lagi pula, acara ini merupakan peringkat antarabangsa. Penelitian dan pelbagai kemahiran amat dititik beratkan.
     “ There’s a lot of student that participate in this envent,” Pening juga kepala Miss Fiqa apabila di atas mejanya berlambak senarai nama yang bersepah-sepah bertaburan dalam usahanya untuk memilih pelajar yang sesuai. Kala ini mereka berkumpul antara semua guru-guru bahasa berserta dengan kketua bidang bagi setiap bahasa di sekolah itu dalam usaha menyaring nama-nama tersebut untuk dibawa ke temu duga nanti.
     “ Betul  tu…Nak tak nak kita kena buat ‘audition’ jugak,” kali ini cikgu Wadi pula yang menyampuk. Masing-masing sibuk dengan kerja masing-masing hanya mengangguk perlahan tanda menyetujui apa yang diperkatakan oleh Cikgu Wadi sebentar tadi. Memang itulah keputusan yang terbaik untuk dilakukan memandangkan ‘audition’ yang dijalankan akan membantu mereka untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Suasana kembali senyap. Sibuk dengan kerja masing-masing. Menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerja yang dilakukan.
      “ Irina Hamdan.. dia ni debater sekolahkan?” Tiba-tiba suasana yang senyap itu di gemparkan oleh suara Miss Julia. Semua mata memandang ke arahnya. Hanya beberapa orang yang mengangguk kepala mereka atas pertanyaan yang diajukan. Gadis itu berkalih kembali melihat nama tersebut. “ Want to pick her?” sekali lagi terpacul persoalan dari mulutnya. Memandang kepada Sir Shah yang merupakan ketua dalam perbincangan tersebut. Pemuda yang keliahtan 30-an itu segera berpaling apabila menyedari bahawa persoalan tersebut diajukan kepadanya. Kelihatan dia berfikir panjang dalm menimbangkan keputusannya.
      “I don’t think so… Just cross out the name…” Lelaki itu berkalih kembali pada kerjanya tanpa sebarang bicara. Miss Fiqa hanya mengangguk perlahan dan terus dengan kerjanya yang tergendala.

Memori tersebut terus-terusan menjengah ke benaknya apabila dia memikirkan tentang masalah gadis yang bernama Irina. Perbincangan yang didengarinya secara tidak sengaja itu di bilik ketua bidang semasa perbincangan itu diadakan betul-betul mengundang rasa gusar di hati kecilnya. Peristiwa itu juga telah di ceritakan kepada Yana yang merupakan sahabat karib Irina dan gadis itu sendiri menyuruhnya supaya merahsiakan terlebih dahulu perkara ini. Ini lagi menggusarkan hati lelaki ini.  
 Lagi satu persoalan yang kerap kali  menjengah fikirannya dan juga jiwa ialah perihal Irina. Kenapa dan mengapa dia memikirkan mengenai Irina? Padahal gadis itu tidak kena-mengena dengan dirinya… Aish… apalah yang terjadi pada dirinya ini..
      ‘ bukan dia ada apa-apa dengan aku pun… Kenapalah pula aku nak risaukan dia’ gumam hati kecilnya. Belaian angin yang berpuput lembut pada malam hari sedikit sebanyak menenangkan jiwa yang bergelojak. Dia memandang ke arah langit bermohon agar dilapangkan hatinya. Perlahan-lahan matanya dikatup dan menundukkan kepalanya ke bawah. Terdenagar keluhan kasar yang terhembus dari rangkulan nafasnya.
                                                              






ZAIDI sedang sibuk  berbual dengan Malik. Kedengaran gelak tawa dari dua orang pemuda itu. berdekah-dekah ketawanya. Bertepuk tamapr antara dua sahabat itu. kelihatan mereka berdua gembira sekali. Tetapi keriangan tersebut tidak bertahan lama apabila diganggu oleh Irina.
Irina melangkah laju menuju ke tempat lelaki itu. wajahnya yang berkerut seribu menggambarkan perasaannya kala ini. membara. Amarah. Risau. Semuanya bersatu menjadi perasaan yang mungkin sukar ditafsirkan dengan kata-kata. Gadis itu meja Zaidi membuatkan  mereka berdua tersentak buat seketika. Gelak ketawa mati dengan serta-merta. Terpana dengan perbuatan Irina yang mendadak itu. gadis itu merenung tajam ke mata Zaidi. Pandangan mereka bersatu dan lelaki itu dapat melihat bara api menerusi mata Irina. Malik pula berpaling memandang Zaidi meminta penjelasan namun mata lelaki itu tetap terpaku pada Irina.suasana di situ bertukar menjadi tegang.
       “ Zaidi, aku ada kerja yang diuruskan. Kita jumpa nanti ye,”  Malik bangun perlahan-lahan dan beredar dari situ. Dia tidak mahu menganggu masalah mereka berdua. Zaidi tidak menoleh kea rah sahabatnya itu. Masih lagi lekat pada pandangan mata Irina.
Zaidi hanya mengeluh kasar  setelah pemergian sahabatnya. Pandangan mata yang dipicingkan perlahan-lahan dijatuhkan ke bawah dan dikatup. “ Yes, Rina. Anything wrong?” Suaranya seakan-akan berbisik namun jelas kedengaran oleh gadis di hadapannya. Irina tidak juga berganjak dari tempatnya. Pandangan masih ditetapkan pada subjek.Akhirnya, dia menegakkan tulang belakangnya dan melangkah lambat-lambat ke tempat duduk di sebelah lelaki itu. Zaidi masih lagi menundukkan pandangannya memandang ke bawah.
Irina menarik nafas dalam-dalam, mengumpulkan tenaga untuk menyusun bicara. Membetulkan posisi duduknya menghadap lelaki di sebelahnya. “ I know you absolutely know about this thing right?” dia terhenti sejenak. “ Tentang perkhemahan RGS,”Irina menelan liurnya apabila dia selesai berbicara. Zaidi tetap juga seperti itu. tidak berganjak sedikit pun dari tempatnya. Irina masih lagi menunggu reaksi daripada lelaki itu.
     “Zaidi…” Irina berusaha lagi memujuk hati lelaki itu. Zaidi memang tidak tertahan lagi dengan pujuk rayu daripada gadis itu. api kemarahan mula terpercik membakar jiwanya. Dia bukan marahkan Irina tetapi dia sememangnya tidak sampai hati melihat kekecewaan gadis itu. Irina dari segi luaran Nampak kuat namun, dalamannya rapuh.“ Rina kau memang nak tau apa sebabnya kau tak tersenarai dalam ‘list’ tu? Fine, I’ll tell you,” api kemarahan semakin memuncak tahap karma.
Dia segera memalingkan wajah kepada Irina yang kemerah-merahan menahan marah. Gadis itu tersentak untuk seketika melihat perubahan mendadak lelaki di hadapannya,ditambah lagi dengan jeritan yang menggerunkan. Sehinggakan seluruh ahli kelas tersebut mengalihkan pandangan mereka terhadap pasangan tersebut. Irina pula terkedu, static pada tempatnya tanpa mampu membicarakan apa-apa pun. Gerun melihat kemarahan lelaki itu.
         “ Sebab kau tak terpilih dalam senarai tu sebab…sebab….” Zaidi tidak mampu lagi untuk meneruskan kata-katanya. Ayat yang diucapkan itu tergantaung tanpa tali. Irina menatap mata Zaidi dalam-dalam bagai mencari jawapan pada persoalan yang terus-terusan mengasak mindanya. Lelaki di hadapannya itu hanya mengelluh kasar dan menundukkan wajahnya. Dia segera melangkahkan kakinya keluar dari kelas tersebut. Mula-mula dalam keadaan berjalan tetapi perlahan-lahan bertukar menjadi larian.
Keadaan di dalam kelas tersebut sunyi sepi bagaikan tidak berpenghuni untuk berabad lamanya. Masing-masing terkejut denngan apa yang terjadi. Apatah lagi Irina yang menjadi subjek utama dalam perkara tersebut. Masih lagi terperanjat diselangi dengan perasaan takut. Dia hanya duduk tetap pada kerusinya. Fikirannya ligat memikirkan perihal tersebut. Perlahan-lahan dia mengalihkan pandangannya ke pintu utama kelas tempat Zaidi melangkah keluar. Menatap lamaarah tersebut. Berharap kembalinya Zaidi menerusi pintu tersebut bagi memberikan jawapan yang dinanti-nantikan.
Yana menghampiri sahabatnya itu. perlahan-lahan dia meletakkan tangannya ke bahu Irina. Gadis itu berkalih memandang Yana yang tersenyum manis walaupun pada hakikatnya hati pilu melihat reaksi rakannya itu. matanya tampak berkaca dan akhirnya air mata jatuh jua. Dia segera memeluk pinggang gadis itu dan membenamkan mukanya. Menangis teresak-esak di celahan baju Yana. Gadis itu hanya mengusap lembut belakang Irina untuk menenangkannya.

LANGIT yang membiru disulami dengan sinaran mentari yang begitu tenang dan nyaman ditatap dengan sesungguhnya. Kala ini Zaidi sedang melayani perasaan yang begelojak setelah pertengkarannya dengan Irina tadi. Terus sahaja dia berlari keluar dari kelasnya dan sampailah dia di tempat ini mengikut gerak hatinya. Dia benar-benar buntu dan rasa bersalah menyelinap dalam dirinya. Pelbagai perasaan yang menerjah masuk ke dalam jiwanya menjadikan perasaan tersebut bercampur baur.
     ‘Aku tak patut buat Irina  macam tu. Apa yang patut dilakukan sekarang? Arghhhhh…’ hatinya meronta-ronta mencari jalan bagaimana dia ingin menyelesaikan masalah ini. dia benar-benar buntu. Hembusan nafas yang dirangkul dilepaskan dengan begitu kuat menggambarkan berkecamuknya hati pemuda ini..
        “ Apahal aku ni bodoh sangat?” dia mengetuk-ngetuk kepalanya apabila jalan yang dicari menemui kebuntuan yang mungkin tersangkut di pertengahan jalan. Yana yang sedang mencari-cari lelaki itu bersama Malik, sahabat karib Zaidi, terkejut melihat perilaku Zaidi yang barangkali tidak siuman itu. Mereka berdua segera bergegas mendapatkan lelaki itu.
         “ Beb, apahal ni.. Kau dah gila ke?” Malik menarik tangan Zaidi daripada terus-terusan melakukan perkara bodoh itu. Yana yang berada berhampiran dengan kedua-dua orang pemuda itu hanya membatukan diri melihat perilaku mereka. Dia menyerahkan segalanya pada Malik. Mahu dibantu tiada dayanya kerana dia merupakan seorang gadis yang semestinya haram disentuh atau dipegang.
Zaidi tersentak seketika apabila tangannya tiba-tiba direntap ke belakang. Terhenti pergerakannya untuk seketika. Berkalih ke belakang dan dia melihatMalik memgang kejap tangannya dengan muka yang penuh kegusaran. Dia bingkas bangun namun, kejapan tangan sahabatnya itu tidak pula diregangkan sedikit pun. Malik masih lagi memandang kea rah sahabatnya itu. risau pula dibuatnya apabila melihat perilaku Zaidi itu. Zaidi pula hanya kebingungan melihat Malik dan Yana di situ.
        “ Apasal korang ada kat sini?” Masih lagi dalam keadaan yang keningungan, lelaki ini sempat juga bertanya bagi mendapatkan kepastian. Yana hanya mengeluh panjang dan perlahab-lahan dia menginjakkan kakinya menghampiri mereka berdua. Malik pula hanya membulatkan matanya kepada Zaidi yang sememangnya pelik dengan perilaku sahabatnya itu. Dia hanya menggelengkan kepalanya dan berkalih kea rah Yana. Sejurus itu jjuga mereka ketawa berdekah-dekah.
Zaidi yang masih lagi mencari-cari jawapan terhadap kebingungannya hanya memandang Malik dan Yana silih berganti. Kebingungan yang menyelubungi dirinya tidak lagi terungkai.
        “ Kenapa korang ni?” Zaidi bertambah bengang apabila tiada sebarang jawapan yang didapatinya selain daripada ketawa yang hanya menyakitkan telinga.
         “ Yana… Aku rasa dia dah oklah,” ketawa lelaki itu tidak mengendur juga. Begitu juga dengan gadis di sebelahnya itu. ini lagi menambahkan kebengangan Zaidi. Dia merentap keras lengannya yang dipegang kejap sahabatnya itu dan berlalu pergi.Malik tersentak daripada rentapan tersebut dan segera ketawa dimatikan. Situasi tersebut disedari juga oleh Yana menyebabkan dia sedikit terkejut dengan apa yang berlaku. Mereka segera memalingkan pandangan kepada Zaidi yang berlalu pergi itu.
        “ Zaidi, wait for a minute..” Malik segera mendapatkan sahabatnya itu. merangkul lengan dan menarik kembali Zaidi ke posisi menghadapnya. Yana berlari-lari anak mendapatkan kedua-dua sahabatnya itu.
         “ Alah, janganlah marah.. Kami risaukan kau jer.. Tetiba lari keluar dari kelas lepas kau cakap dengan minah tu.. Asal kau tak cakap jer perkara yang sebenarnya,”  Zaidi hanya mendiamkan diri. Wajah yang dihiasi dengan riak kemarahan itu sedikit demi sedikit mengendur.Kala ini reaksinya hanya mendiamkan diri. Tidak mahu membongkarkan apa yang terbuku di dalam hati.
Malik memandang kembali kepada Yana yang sedari tadi hanya mendiamkan diri. Gadis itu hanya menundukkan wajah memandang ke bawah. Sekarang Malik pula yang kebingungan dengan apa yang terjadi. Ada sesuatu yang disembunyikan oleh Yana dan Zaidi daripadanya.
         “ Memang aku tak bagi Zaidi cakap apa-apa pun kat Rina,” jawapan yang diberikan oleh gadis itu seperti mempertahankan Zaidi. Lelaki itu masih mendiamkan diri mendengar dengan sebaik-baiknya apa yang akan diutarakan oleh gadis itu yang sememangnya mengetahui tentang perkara tersebut. Muka Malik berkerut apabila mendengarkan apa yang dikatakan oleh gadis di sebelahnya.
         “ Maksud kau apa?”persoalan yang diutarakan itu tidak dijawab segera.
Yana mengangkat mukanya perlahan-lahan dan memandang lelaki yang kebingungan tersebut. Malik masih lagi menunggu jawapan dari gadis itu. “ Kami tak nak Rina rasa kecewa jer. Sedih kalau tengok dia kecewa. Semua ni bermula di sebabkan……,” perlahan-lahan jawapan  itu dikeluarkan menerusi mulut gadis itu.
Selesai sahaja dia memberitahu apa yang diperlukan oleh lelaki di hadapannya , dia segera menundukkan wajah. Wajah Malik pula sedikit demi sedikit mengendur apabila kebingungan yang dialaminya terungkai jua. Barulah dia mengerti apa yang tersirat di sebalik peristiwa tersebut.

No comments:

Post a Comment