Monday 9 April 2012

BAB TIGA PULUH SATU



Zira tersenyum-senyum sendirian di tempatnya kala ini. senyumannya penuh dengan kebahagiaan yang tidak pasti apakah itu. melayani perasaan sendiri. Bagaikan dia sahaja di situ. Bahkan pandangan orang lain pun tidak dipedulikan.
Buku di hadapannya terbuka luas namun, tidak dibaca. Pandangan pula dilemparkan ke hadapan, menembusi konkrit kelas tersebut. Tangnnya ligat bermain pen. Berpusing-pusing di celahan jarinya. Lagaknya seperti orang yang teramat gembira. Hai… apalah yang menggembirakan gadis semasa ini?
Irina pelik melihat perlakuan gadis itu. dia yang sedang membaca novel ‘Twilight’ yang dipinjamnya daripada Zira itu dengan tidak sengaja menangkap perilaku Zira.mindanya cuba memikirkan sesuatu tetapi tidak kedapatan.Risau pula di buatnya.Oleh itu, Irina perlahanlahan mendekati gadis yang sedang mengelamun. Lamunan yang terindah sehinggakan kedatangn Irina itu pun tidak di sedarinya.
       “Ya ALLAH…Mengelamun sampai tak ingat dunia. Buku kat depan kau ni siapa yang nak baca? Angin?”Zira terkejut beruk dengan sentakan yang dilakukan Irina. pen yang berada di tangannya tercampak ke lantai. Lamunan yang indah bertukar mimpi ngeri. Dia cepat-cepat mengurut dadanya yang berombak deras dengan tidak semena-mena itu.
Irina pula hanya terkekeh-kekeh ketawa melihat gelagat sahabatnya itu. zira memicingkan pandangan matanya kea rah gadis di hhadapannya apabila dia berasa sedikit tenang daripada kejutan tadi.
        ”Apa ni? Terkejut tau…” Zira benar-benar tidak berpuas hati dengan perbuatan Irina itu. Gadis itu tetap juga terkekeh-kekeh ketawa.lucu dengan gelagat Zira tadi.
        “Tak delah. Senyum sorang-sorang tak tentu pasal,kau fikir orang tak pelik. Aku yang pandang kau ni pun risau tau tak…” Dalam kepayahan dia untuk berbicara, di selang-seli dengan hilaian tawa yang tidak juga kendurmenjadikan suasana di situ sedikit hingar-bingar. Zira pula hanya tersipu-sipu malu dengan pernyataan sahabatnya itu.Mendiamkan diri.
Perlahan-lahan ketawa Irina mengendur apabila menyedari Zira tidak pula berbicara. Pandangan matanya dipicingkan kea rah itu yang menundukkan mukanya menghadap ke buku yang terbuka luas. Wajahnya yang penuh dengan kegembiraan sekarang sugul dengan kesedihan.
         “Kenapa ni, Zira?”Hati Irina di rundung  kerisauan apabila melihat keadan sahabatnya itu. tidak tahu apa yang patut dilakukan, Irina hanya diam di situ. Zirag pula terus –terusan mendiamkan diri. Mungkin mengumpulkan tenaga yang mencukupi untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Irina pula setia menunggu respon dari Zira.
         “ Entahlah. Di sebabkan perkara inilah aku jadi tak tentu arah..” Akhirnnya, barulah Zira amhu meluahkan apa yang tersirat di hati. Cerita tersebuut menarik minat Irina yang masih berdiri di hadapan gadis itu. perlahan-lahan dia melabuhkan punggung duduk di sebelah Zira.
          “ Ni semua pasal mamat nilah. Aril,” Zira berkalih  ke arah gadis di sebelahnya. Irina pula hanya mengangguk memahamia apa yanga diperkatakan. Seperti orang yang sedang mendengar hikayat orang lama-lama dulu dengan penuh minat.
           “ Dia ‘confess’kat aku semalam yang dia…” Zira terhenti di situ sejenak. Mukanya kembali tertunduk. Tidak sanggup untuk meneruskan lagi kata-kata.tetapi digagahkan juga untuk menghabiskan ayat tersebut. “dia sukakan aku,” habis sahaja ayat tersebut,dia cepat-cepat menutup mukanya dengan dua telapak tangannya. Malu dengan apa yang diuarkan dari mulutnya. Irina pun sebenarnya terkejut juga dengan berita itu. mulutnya yang sedikit terlopong ditutup dengan telapak tangannya. Apa yang dikatakan oleh gadis itu benar-benar menjadi sebuah berita yang sangat mengejutkan. Untuk beberapa ketika mereka terdiam sejenak.


FARID sedang berjalan menuju ke kelas 4 Al Farghani untuk bertemu dengan sahabatnya, Rasylan. Di tangan tersisip kemas sahelai kertas yang perlu di serahkan kepada lelaki itu.
       “ Assalamualaikum…” Farid separuh melaung di luar kelas sambil kakinya pantas melangkah masuk ke dalam kelas tersebut. Mencari-cari kelibat sahabatnya itu. Ketika ini,mereka semua sibuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru memandangkan waktu itu merupakan prep petang. Rasylan pula seperti biasa menghabiskan masanya dengan menghadap bukunya, menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerjanya.
       “ Hoi, tekun betul.. Sampai aku datang pun tak sedar,” Rasylan tersentak apabila Farid menghentak bukunya. Sama seperti apa yang diperlakukan Rasylan sebelum ini. Farid hanya tertawa melihat gelagat sahabatnya itu. Lega juga hatinya apabila dapat membalas dendam terhadap lelaki itu.
Rasylan hanya merenung tajam. Geram hati membarakan lagi api kemarahan pemuda itu, namun ditahan jua.
        “ Rilekslah bro…” Farid mengusap dengan lembut belakang lelaki itu,cuba untuk menenangkan gelojak hati pemuda itu. Pandangan mata Rasylan masih lagi tetap pada subjek itu.
         “ Apahalnya ni?” Rasa marah dalam hati masih lagi belum redatetapi dia pasti ada sesuatu yang mahu disampaikan oleh sahabatnya itu.sempat juga dia mengangkat keningnya. Jengkel dengan perangai lelaki di hadapannya. Farid pula semakin kendur ketawanya mendengar soalan yang serius diutarakan. Seperti hati lelaki itu sedang membara. Jadi lebih baik selesaikan misinnya secepat mungkin dan beredar dari situ.
        “ Nah…” Farid menghulurkan kertas yang berada di tangannya. Rasylan memandang Farid dengan seribu satu persoalan yang bermain di benaknya kala ini. Kemudian, dialihkan pada kertas yang berada dalam tangan Farid. Pandangannya silih berganti memandang muka Farid dan kertas tersebut.
        “ Ambillah. Tak payah nak tengok-tengok lagi. Memang untuk kau pun.. Nak aku panggilkan Rina ke?” Rasylan hanya tertawa kecil dengan usikan sahabatnya itu. Begitu juga dengan Farid. Lega rasanya apabila Rasylan kembali tenang. Kalau tidak pasti penyepak mendarat di pipinya yang gebu ini.
Lelaki itu perlahan-lahan mengambil kertas tersebuut daripada tangan Farid. Direnung dan dibaca perlahan-lahan isi kandungan kertas itu. kelihatan dia mengangguk perlahan dalam pembacaannya.
       “ Ohhhh… Senarai ni… jadi semua orang dah tulis nama mereka dalam ni?” Rasylan bertanya lagi dan pertannyaan dibalas dengan anggukan daripada Farid.
      “ Rina pun masuk?” Rasylan memandang wajah Farid untuk mendapatkan keppastian. Sekali lagi lelaki itu hanya mengangguk perlahan.
      “ Mestilah masuk cik abang oi…. Diakan ‘master’ BI…” Sememangnya Farid  sudah penat melayan kerenah sahabatnya ini. Lebih-lebih lagi mengenai Irina. Sekali sahaja menyebut nama gadis ini, alamatnya tak berhentilah dia bercerita dan bertanya perihal Irina. oleh itu, daripada terus menjadi parah yang tidak sanggup dihadapi Farid lebih baik dia bergegas meninggalkan Rasylan di sini. Lagi pula, kerjanya sudah selesai.
        “ Oklah.. Rasylan, aku nak balik dulu. Kerja aku berlambak lagi kat meja tu. Aku pergi dulu. Ha… Jangan lupa pulak bagi kat cikgu Azizan tau,” Farid sudah mula menginjakkan kakinya keluar dari kelas itu. Rasylan hanya mengangguk namun, pandangan masih tertumpu pada senarai yang berada di dalam tangannya. Masih lagi membaca satu persatu nama yang tertulis nama-nama mereka yang ingin menyertai kem tersebut.

ZAIDI  merenung ke arah perbukitan yang  berada tidak jauh daripada pandangan matanya. Menghayati panorama permandangan yang indah hasil ciptaan tuhan yang Maha Esa. Angin yang sepoi-sepoi bahasa menapar-nampar pipinya, terasa mengasyikkan dan nyaman. Tetapi ada sesuatu yang bermain di fikiran kala ini. menggusarkan perasaan dan jiwa lelaki ini,yang mungkin sukar diluahkan. Biarlah dia sahaja yang memandam rasa pada saat ini. Tidak mahu diketahui oleh sesiapa pun.
      “ Woi, amboi… Kau fikirkan pasal apa ni?” Sapaan Malik menyentakkan lamunan pemuda itu. Suasana yang nyaman pada mulanya tergugah sedikit dek kedatangan sahabatnya itu  di sisinya. Cepat-cepat dia memaniskan roman muka cuba untuk menyisip kemas-kemas apa yang terbuku di dalam hati. Sejurus itu juga dia berpaling menghadap Malik yang menguntumkan senyuman kepadanya. Dia membalas senyuman yang ditawarkan. Malik pula berseri sahaja mukanya dihiasi dengan senyuman yang tidak pernah lekang dari bibirnya. Sukar sekali dia melihat lelaki ini bermuram durja walaupun pelbagai masalah yang menimpa.
      “ Apa kau buat sorang-sorang kat padang ni?” Soalan yang diajukan hanya diiringi dengan senyuman Zaidi. Dia kembali berkalih ke hadapan menikati keindahan alam yang terganggu sebentar tadi. Perlahan-lahan dia menginjakkan kakinya menghampiri Zaidi yang masih dalam menungannya dan merangkul kasar. Zaidi pula hanya membiarkan sahaja apa yang berlaku pada dirinya. Dia sememangnya memahami kegusaran yang dialami oleh lelaki itu.
      “ Kenapa sejak akhir-akhir ni, aku tengok kau ni macam ada sesuatu yang tak kena je?” Malik mengekori pandangannya ke hadapan cuba menyelami apa yang dihayati oleh jejaka itu. sebelum ini, Zaidi bukan seorang yang pendiam seperti apa yang dialaminya saat ini. Dia merupakan seorang yang sangat periang, aktif , namun ada sesuatu  yang telah berlaku kepada lelaki ini. Zaidi yang berada di sebelahnya hanya membatu diri sahaja. Senyuman yang melakari lukisan bibirnya dikendurkan secara tiba-tiba.
Pandangan masih dipicingkan ke hadapan. Tanpa menoleh, dia berkata, “ Entahlah… soal hati memang macam ini. Agaknya dia dah ‘sangkut’ dengan seseorang kot,” kata-kata yang keluar daripada sahabatnya itu benar-benar mengundang geli hati lelaki di sebelahnya itu.Rangkulan Malik masih lagi kejap pada tepatnya. Tidak dilepaskan. Sejenak itu juga, terbahak-bahak ketawa Malik.
      “Buat lawak pula kau ni,” Malik terus-terusan ketawa. Dia memang tidak pernah percaya dengan apa yang diperkatakan oleh lelaki itu. Mana mungkin Zaidi akan ‘sangkut’ dengan perempuan di sini. Dia yang tidak pernah suka dengan sesiapa pun di sini menjadikan kenyataan tersebut merupakan sesuatu yang sukar diterima akal.
 Zaidi turut tertawa kecil, namun hati kecil pula berbicara lain dari tawanya. Ya, memang betul bahawa dia telah ‘sangkut’ dengan seseoranng di sini. Tetapi biarlah apa yang terbuku itu menjadi rahsia…

No comments:

Post a Comment