Tuesday 10 April 2012

BAB TIGA PULUH DUA


YANA kelihatan sibuk sekali dengan kerjanya. Namun, senyuman pula yang terukir pada bibirnya itu. Sesuatu yang begitu indah sedang bermain di hati kala ini. Waktu ini Maya dan Irina sibuk menguruskan sesuatu yang agak penting menjadikan mereka sama sekali tiada di dalam kelas . Tinggallah Yana keseorangan di tempatnya.
 Selesai sahaja dengan kerjanya, masa yang berbaki digunakan untuk membuat sesuatu yang dirancangnya. Biasalah, Yana merupakan gadis yang gemar menulis dan semua kata-kata yang ditulis amat menyentuh kalbu.
Keriuhan yang berlaku di depan kelasnya mengalihkan sedikit tumpuan terhadap  penulisannya. Gerakan tangannya terhenti sejenak memandang ke arah hadapan kelas tersebut.gejolak hatinya memaksa kaki melangkah ke tempat keriuhan tersebut. Semua pelajar  4 Al Khawarizmi berpusu-pusu datang ke tempat itu. semacam ada sesuatu yang sangat menarik sedang berlaku. Perlahan-lahan Yana menghampiri tempat tersebut.
Yana memandang Zaidi yang juga pelik melihat perlakuan rakan-rakannya. Namun, jawapan yang dapat di berikan hanyalah gelengan kepala yang semestinya tidak mengetahui apa-apa pun mengenai hal ini. seiring itu juga mereka melangkah bersama-sama menghampiri kumpulan tersebut.
       “ Tak payah berebut-rebutlah.. Nanti aku bagitahu… Dah semua orang duduk kat tempat masing-masing… SEKARANG….” Laungan Malik mengejutkan seua ahli kelas yang berada di situ. Semuanya terpana melihat perilaku drastic lelaki itu. terpegun di tempat masing-masing. Tidak bergerak seinci pun dari tempat mereka. Yana dan Zaidi juga begitu. Mereka memandanng antara satu sama lain. Sejurus itu juga berbondong-bondong rakan –rakan mereka kembali ke tempat masing-masing.
        “ Ini senarai nama pelajar yang mengikuti aktiviti kem RGS. Aku tampalkan kat depan ni…” Malik berjalan menghampiri papan kenyataan yang bberada di depan kalas. Mengambil pin jarum dan melekatkan kemas-kemas sehelai kertas di atasnya. Kemudian, perlahan-lahan dia berjalan ke tempat duduknya. Melepaskan nafas lega apabila tugasnya selesai dilaksanakan….

         “KEM RGS TU KAN PERINGKAT ANTARABANGSA…” Malik hanya mengangguk perlahan mendengar telahan tersebut. Rakan-rakan mereka yang lain berpusu-pusu ke hadapan kelas tempat terlekatnya senarai tersebut. Zaidi berkalih memandang ke arah kerumunan tersebut. Sememangnya dia mengetahui tentang perkara tersebut,namun tidak disangkakan pula yang sambutannya sebegini rupa. Terkedu lidahnya. Terpaku gerakannya. Apa istimewanya aktiviti tersebut.
     “Tak payahlah terkejut beruk macam tu. Biasalah ‘event’ macam ni, memang banyak sambutannya. It just a normal thing…” Selamba sahaja Malik menjawab. Termengah-mengah  seakan-akan baru sahaja selesai larian seratus meter. Zaidi hanya memandangnya dengan riak muka yang sedikit terkejut. Bukan dia tidak pernah menghadapi situasi seperti ini.
        “ Kenapalah aku dapat ‘task’ ni? Letih tau….” Malik membulatkan matanya memandang  Zaidi yang setia berada di sebelahnya . terlopong dan mungkin agak terkejut dengan perubahan drastik lelaki itu. Zaidi hanya mengangguk laju tanda mengiakan sahaja. Sahabatnya itu kembali dengan kerjanya meninggalkannya keseorangan di meja. Pandangan kembali dipicingkan ke hadapan. Sesuatu memerangkap minda sedari tadi. Dahinya berkerut memikirkan sesuatu.

YANA perlahan-lahan bangun dari tempat duduknya dan membuka langkahnya menghampiri kerumunan orang ramai di depan kelas. Berasak-asak dengan orang ramai di situ. Untuk beberapa waktu bergelut dengan himpitan  orang ramai barulah dia meloloskan dirinya dan kini menghadap pada senarai nama tersebut. Mencari-cari nama Irina Hamdan pada senarai itu. Dahinya tiba-tiba berkerut kerana cariannya tidak dijumpainya. Mana nama Irina Hamdan? Mustahil tiada di situ.
Disisinya Zaidi juga cuba memicingkan pandangannya  pada  senarai nama di situ. Cuba mencari-cari sesuatuyang akhirnya membawa kehampaan menerusi cariannya. Persoalan yang sama juga  turut bermain di benaknya. Kedua-duanya hanya mengerutkan dahi. Kehairanan bertandang ke jiwa mereka. Seperti ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku. Mustahil nama Irina Hamdan tiada di situ. Yana dan Zaidi bertentang mata. Pandangan silih berganti antara satu sama lain. Cuba berbicara menerusi telepati. Mencari-cari jawapan tersirat. Namun, tiada juga kedapatan. Masing-masing mengeluh panjang.

IRINA berlari masuk ke dalam kelas seperti ada sesuatu yang dikejarnya. Menghampiri papan kenyataan kelas untuk melihat senarai nama yang terlekat pada papan tersebut. Cuba mencari-cari sesuatu. Mukanya bberkerut seribu apabila cariannya tidak dijumpainya.
    ‘Kenapa pulak tak de ni?” Hatinya menggumam kecil. Tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku. Sememangnnya, dia tidak berpuas hati dengan apa yang disenaraikan. Mengapa namanya tidak tercatat?  Bagaimana nama rakan yang lain ada di situ tetapi namanya sahaja yang tidak termasuk? Ini menambahkan lagi kepelikannya.
Gadis itu kembali ke tempatnya dan perlahan-lahan melabuhkan punggung di atas kerusi. Mukanya masih lagi dihiasi dengan kerutan yang menunjukkan dia sedang memikirkan sesuatu. Yana pula hanya memandang dengan pandangan yang sayu. Bersamanya Zaidi yang duduk di sisinya,  masih lagi membincangkan tentang Irina.
     “Apa agaknya yang akan terjadi kalau nama Irina memang sahaja di tolak?” Zaidi cuba bertanya gadis  di sebelahnya,namun jawapan yang dia dapat hanyalah kerutan muka daripada Yana. Kedua-duanya kelu lidah untuk bertanya bahkan menjawab persepsi tersebut. Kalau Irina mengetahui apa yang sedang berlaku sekarang, pastinya hati gadis semasa itu akan pedih dan akan dirundung kesedihan. Semua kemungkinan yang akan berlaku pada Irinabertandang masuk  ke dalam benakny. Cepat-cepat dia mencantas pemikiran tersebut daripada ‘pohonnya’. Menghalangnya daripada terus bercambah.
Yana memandang sayu ke arah Irina yang masih memikirkan tentang hal tersebut. Tidak sampai hati rasanya hendak memberitahu duduk perkara yang sebenarnya. Apa yang perlu dilakukan sekarang? Gadis itu hanya memandang ke luar jendela kelasnya memandang langit.

No comments:

Post a Comment