Friday 6 April 2012

BAB TIGA PULUH



WAJAH  Irina sugul, tidak bermaya dan jelas kekecewaannya. Melihat sahaja wajahnya itu telah menggambarkan perasaannya kala ini. Kecewa. Amarah. Tetapi dia terpaksa menerimanya dengan hati yang terbuka kerana manusia hanya bijak merancang dan selebihnya perlu diserahkan kepada ilahi. Dia yang berhak menentukan.
Irina menundukkan wajahnya. Ternyata hatinya masih lagi sakit apabila melihat keputusan Matematik Tambahan yang berada di atas mejanya. Maya hanya menepuk perlahan bahunya, cuba untuk menenangkan jiwa sahabatnya itu. Irina benar-benar kecewa dengan keputusan yang dia dapat. Sememangnya, Matematik Tambahan merupakan antara pelajaran yang bermasalah bagi dirinya. Itulah Irina. Ratu dalam Sejarah tetapi Matematik Tambahan merupakan subjek pembunuh.
Apabila melihat keputusan rakan-rakannya yang lain, keputusan mereka lebih bagus daripadanya. Ini menambahkan lagi sakit hati yang terpendam.
      ‘Kenapa mereka boleh buat tapi aku tak boleh? Kenapa….kenapa….’ hatinya membentak-bentak mencari jawapan tersebut.
      “Rina, sabar tau…. Kitorang ada dan nak tolong kau,” Maya yang berada di sebelahnya cuba menenangkan kekecewaan  yang dialami oleh sahabatnya itu. Dia juga turut berkongsi kesedihan kerana Irina merupakan seorang yang sangat rajin dan berjiwa kental. Sememangnya, markah yang diperolehnya tidak setimpal dengan usahanya.  Namun, dia mengerti bahawa ini merupakan yang terbaik yang telah termaktub untuk Irina. Pasti Irina akan dapat habuannya sama ada cepat atau lambat. Cuma mereka perlu bersabar.
Irina mengangguk perlahan. Memahami kata-kata tersebut. Sedikit sebanyak memberi semangat kepadanya. Dia perlu membulatkan semangat dan terus berusaha. Dia mempunyai ramai sahabatnya di sini yang akan membantunya. Pasti dia akan berjaya.
Gadis itu mengangkat mukanya dan berpaling memandang Maya. Gadis itu hanya tersenyum. Tidak semena-mena terbit air mata di tubir matanya. Maya menggelabah  seketika apabila air mata Irina jatuh perlahan-lahan membasahi pipi.
      “ Rina, are you still okay?” Nada suaranya sedikit menggeletar kerana terkejut melihat reaksi gadis di hadapannya kala ini. Adakah dia tersilap bicara atau adakah dia menyinggung perasaan gadis itu? Dia cuba memandang sekeliling. Mencari kelibat Yana yang sememangnya tiada di situ. Takut juga dia menjadi perhatian rakan sekelasnya yang lain. Sialp-silap mereka anggap bahawa dialah punca Irina bersedih.
Irina tidak menyeka air matanya. Membiarkan ia jatuh berjejeran. Dia segera memeluk Maya yang berada di hadapannya. Menghamburkan segala yang terbuku di dalam hati. Maya pula tersentak seketika apabila secara tiba-tiba dia dirangkul sebegitu rupa. Terpaku di tempatnya. Tidak berganjak walau seinci pun. Tangannya terangkat membelah udara. Mulutnya terlopong buat seketika. Namun, dia memahami apa yang dirasai oleh sahabatnya itu. Lambat-lambat dia mengusap belakang Irina yang sedang menangis sebagai satu cara untuk memujuknya.
Tangisan Irina bertukar mennjadi esakan. Rasa sedih di hati tidak mampu diungkapkan namun, ia hanya mampu ditunjukkan melalui perbuatan seperti sekarang. Dia tidak tahu bagaimana hendak meluahkan rasa di hati melainkan ini sahaja caranya. Dia sememangnya buntu….

ZIRA sedang berjalan menuju ke kelasnya apabila secara tiba-tiba dia terserempak dengan Ana dipertengahan jalan. Wajah gadis itu sedikit ceria apabila bertembung dengannya.Tersengih-sengih macam kerang busuk. Perlakuan gadis itu menimbulkan prasangka kepada Zira. Seperti ada sesuatu yang hendak disampaikan kepadanya.
Langkah terhenti. Begitu juga dengan Ana. Menghadap antara satu sama lain. Namun, masing-masing membisu seribu bicara untuk seketika waktu.
         “ Asal kau ni tersengih-sengih macam kerang busuk?” pertanyaan Zira memecahkan kesunyian antara mereka berdua. Ana masih lagi tersenyum-senyum seperti ada sesuatu yang mencuitkan hati berlaku di hadapannya.
          “ Ada pesanan untuk kau…” Jawapan Ana hanya disambut dengan cebikan muka gadis itu.
          “ Whatever,” Zira berlalu pergi.
           “ Ada orang ni dia nak tukar ‘request’ dengan kau,” nada Ana disertakan dengan nyanyian membuatkan langkah Zira terhenti dengan tiba-tiba. Ada seseorang yang bertukar ‘request’. Persoalan demi persoalan bermain di benaknya. Dengan perlakuan yang dipamerkan oleh Ana tidak mungkin pesanan itu daripada rakan perempuan.
           “ Siapa yang bagi kau pesanan ni?” Zira kembali berpaling kepada Ana untuk mendapatkan jawapan yang sahih. Ana hanya tersenyum kambing sahaja.
           “If I said Aril, what do you think?” Jawapan yang keluar daripada mulut gadis itu benar-benar membuatkan jantungnya berhenti berdegup. Darah yang mengalir seperti terhenti mengalir membeku sahaja pada tempatnya. Paru-paru terhenti bernafas. Kenyataan itu seakan-akan mimpi yang tergantung tanpa tali.
        “ You lied to me, right?” Zira benar –benar tidak percaya dengan jawapan Ana. Gadis itu hanya mengeluh pendek. Disangkakan Zira akan melonjak bagaikan orang gila memandangkan Aril merupakan lelaki yang diminatinya. Nampaknya, dia terpaksa mengambil jalan ini. Perlahan-lahan dia melangkah menghampiri gadis itu. mengangkat tanganya separas kepala dan…
          “ Sakitlah,” Zira mengaduh kesakitan apabila tangan Ana mendarat betul-betul di atas pipi yang gebu. Terasa perit menjalar di setiap ruangan selnya. Zira mengurut-ngurut lembut pipinya bagi mengurangkan keperitan yang dirasai.
          “ Is it your dream, right now?” terhenti gerakan tangannya. Menatap sungguh-sungguh anak mata Ana , gadis yang berada di hadapannya. Namun, reaksi yang ditunjukan oleh sahabatnya itu mengukuhkan lagi apa yang didengari sebentar tadi.Adakah ini mimpi atau realiti?

FARID sedang menyiapkan ‘homework’ yang diberikan oleh gurunya pada hari ini. tiada gangguan pun yang menggugah tumpuannya  kala ini. Sepenuh perhatian diletakkan kepada kerja yang berada di hadapan. Bunyi bising yang merupakan perkara sinonim dalam kelas itu seperti ditolak ketepi buat sementara waktu. Dia seperti tenggelam dalam dunia sendiri. Sehinggalah kedatangan pasangan sehidup sematinya…
         “ Woi, khusyuk betul sampai aku panggil pun tak dengar.,” hentakan kuat mejanya mengejutkan Farid dari tumpuannya. Dia berpaling memandang kea rah Rasylan dengan mukanya yang berkerut seribu. Marah juga dengan perlakuan Rasylan. Lelaki itu hanya tertawa melihat gelagatnya itu.
        “ Apahal ni, datang tak bagi salam,ni mesti ada apa-apa ni. Nak jumpa Rina ke?” Tanpa menunggu apa-apa reaksi daripada sahabatnya itu, Farid kembali meneruskan kerjanya yang tertangguh tadi. Ketawa Rasylan pula sedikit mengendur apabila mendengar nama gadis tersebut. Senyuman terukir dibibrnya. Tangan pula sibuk membetulkan kaca matanya.
         “ Yelah.. By the way, where is she?” Farid hanya menggeleng-gelengkan kepalanya, pening melihat perangai sahabatnya itu. Mata Rasylan pula melilau ke sekeliling kelas mencari kelibat gadis tersebut.
Irina pula secara kebetulan bertembung pandangan matanya dengan pandangan mata lelaki tersebut dalam usahanya mencari Yana. Serta-merta dia mengukirkan senyuman kepada Rasylan. Lelaki itu apa lagi, senyuman yang paling ‘macho’ dengan pantas sekali diukirkan dibibirnya yang kusam bagi menyambut senyuman gadis itu. Pada masa yang sama juga Rasylan melambaikan tangannya kepada Irina membuatkan Irina sedikit terkejut dengan reaksi lelaki itu.
        “ Dah…. Sudah… Tak payah nak ‘usha’ Rina tu. Kenapa pulak kau datang sini?” pertanyaan daripada Farid itu membuatkan Rasylan kembali memandang ke arahnya. Kelihatan dia masih khusyuk menyiapkan kerja sekolahnya. Akhirnya, Rasylan terpaksa menyerahkan senarai nama yang seharusnya menjadi matlamat utama dia ke kelas tersebut.
Farid memandang tepat ke arah sehelai kertas yang berada dalam genggaman Rasylan. Dihulurkan kepada dia . Dialihkan pandangan matanya kembali kepada Rasylan. Lelaki itu tetap pada posisinya menghulurkan kembali kertas tersebut yang masih tidak bersambut dari tangannya. Lambat-lambat Farid mengambil kertas tersebut. Kertas tersebut berganti tangan. Perlahan-lahan Farid membaca isi kandungan senarai berkenaan.
      “  Another camp to go?” Farid memandang kembali Rasylan yang tersengih-sengih kepadaIrina yang berada bertentangan dengannya. Tiada siapa yang menjawab persoalan yang diajukan. Farid hanya menggelengkan kepalanya lagi. Malas hendak melayan kerenah sahabatnya itu.
Irina pula hanya melayan kerenah Rasylan. Dia tertawa kecil melihat gelagat mencuitkan hati daripada kedua sahabat di hadapannya. Ada sesuatu yang menarik perhatian. Pandangannya beralih kepada Farid yang khusyuk membaca  sesuatu yang berada ditangannya. Gadis itu memandang kembali kepada Rasylan. Mendapatkan jawapan yang sahih daripada lelaki itu,namun, jawapan yang diterima hanyalah senyuman seperti kerang busuk. Akhirnya dia melangkah ke arah mereka berdua bagi mendapatkan jawapan bagi gejolak hatinya kala ini.
       “ Apa tu?” Irina menjengahkan kepalanya ke sisi Farid membutkan Farid terpaku sebentar pada tempatnya. Terkejut dengan perlakuan mendadak daripada gadis tersebut. Rasylan pula mengetapkan bibrnya. Cemburu nampaknya. Tiba-tiba, senyap seketika. Nampaknya tiada jawapan pun daripada kedua-dua orang lelaki di kiri kanannya.
Irina menarik kembali kepalanya menjauhi lelaki itu memandang Farid dan Rasylan silih berganti. “Hei, what’s wrong with you guys?” pertanyaan tersebut memecahkan kesunyian antara mereka bertiga, mengejutkan Rasylan yang menatap Irina. bagi menyembunyikan apa yang dilakukan, dia berpura-pura sibuk menyusun kertas-kertas di atas meja Farid yang sememangnya sudah tersusun rapi. Takut dan cuak kalau-kalau disedari oleh gadis di sebelahnya akan apa yang dirasainya.
 Farid pula hanya mengeluh perlahan. Sememangnya, keluhan tersebut tidak akan di dengari oleh sesiapa pun. Gadis itu hanya mengangkat kening pelik dengan perlakuan mereka berdua. Lebih-lebih lagi Rasylan. Tumpuan pandangannya kini tertumpu pada Rasylan. Begitu juga dengan Farid. Pelik dengan kerenah lelaki itu yang menggelabah tak tentu pasal.
        “ Farid, aku balik dululah. Bye..” Rasylan segera berlalu pergi. Meninggalkan sahabatnya, Irina dan Farid termanggu-manggu seketika. Tanpa menoleh Rasylan terus memecut berlari menuju ke kelasnya. Irina bertukar-tukar pandangnnya dengan Farid walaupun tiada jawapan pun yang dapat. Serentak itu juga mereka tertawa kecil.

RASYLAN menarik nafas lega apabila dia sampai ke kelas. Mujurlah tiada siapa yang menyedari akan kehadirannya. Dia memperkemaskan baju. Menepuk-menepuk seragam sekolahnya walaupun tidak berhabuk. Lagaknya seperti orang kebesaran yang kembali masuk ke istana. Mengatur langkah perlahan-lahan ke dalam kelas. Membetulkan roman muka. Tenang sahaja pada pandangan mata kasar,namun dalam hati tiada siapa yang mengetahui betapa laju detakan jantungnya.Lambat-lambat dia melabuhkan punggungnya. Mengawal segala pergerakan agar tidak kenampakan oleh orang sekeliling. Keluhan kasar terhembus dari ruangan pernafasan lelaki itu.

1 comment: