Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt....
Haish... dah berabad tak update blog ni.. dah berkurun jugaklah...
sori sebab citer utk siri satu tergantung.. biarkan ia tergantung.. menunggu angin sepoi-sepoi bahasa menyapanya... cewaaah... hahahhaha...
untuk siri 2 cerita Memoir ni... insya Allah... akan disiapkan pada akhir bulan 6 nanti...
thanks a lot for your support.. ;)... i'll try my best k...
for this,,, suddenly it's pop up into my mind...
first because of Gaza situation...
second because i watch movie regarding to eradicate war.. warfare.. whatsoeverlah...
what the hell man????
and this is for Israel ... sorry...sebab tak adalah sehebat mana atau sesedap mana pun... hahaha...
read and weep... ;)
PAIN...
Desolate skies has been cried for a century...
tormented with those cruelity done by the human...
Even the beautiful purple ray vanished because of us...
Which gives us happiness and excitement...
Through our life...
Once upon a time...
But now..
Nothing left...
People died in every single hours and minutes...
Who did it????
WHO????
Us,,, the answer is from us...
We never wanted to understand each other...
We never wanted to love each other...
The only t5hing that we care about is ourselves...
Selfish... Greedy... Egoistic...
Sick of it... What the hell is going on???
Don't ... Don't try to put a blame on eradicate war.. warfare...
But us...
All the single point is starting from us...
Let me ask you something...
Where us the vivid scent of harmony???
Where is the serene scout of the world???
Where is it????
I know you won't be able to answer it..
Don't smirked to the other face,,,
don't sighed because you can't find the answer....
Don't look around to search the answer,,,,
Because the answer....
From you...
From your heart...
pray from us to Gaza...
Saturday, 17 November 2012
Thursday, 17 May 2012
BAB EMPAT PULUH
YANA menemani Irina
kembali ke hostel. Keadaannya yang sedikit lemah membuatkannya diam membisu
sahaja.Yana pula perlahan-lahan mengekori di sebelahnya. Diminta juga untuk memapah
sahabatnya itu, namun ditolak oleh gadis itu. Sesekali keseimbangannya tergugah
menyebabkan dia terjatuh , tetapi cepat-cepat disambut oleh sahabatnya.Itu pun
ditolak baik oleh Irina dan dia sendiri menguatkan semangatnya untuk
menyambungkan perjalanan.
“ Rina, are you sure you don’t want me to
help you?” Niat baik gadis itu hanya disambut dengan senyuman oleh Irina. Yana
hanya mengeluh kasar sedikit. Risau melihat keadaan sahabatnya itu. Akhirnya,
dia tidak mampu bertahan lagi. Tidak tegar hatinya melihat keadaan gadis itu. Segera
dia merangkul kasar pingang Irina dan memapahnya balik ke hostel yang berada
yang tidak berapa jauh lagi.
Irina pula terkejut dengan perlakuan sahabatnya itu,tetapi dia
tidak berdaya lagi untuk melawan kehendak gadis itu. Dia sememangnnya tahu akan
perasaan Yana yang risaukannya, tetapi kalau boleh dia tidak mahu membebankan
sahabatnya ini. Banyak pengorbanan yang dilakukan yang tidak mungkin mampu
dibalas.
Yana membantu Irina
melabuhkan punggung di atas katilnya. Kala ini, semua pelajar masih lagi
menghadiri prep malam. Jam pula baru sahaja menunjukkan pukul 10 malam. Lebih kurang
sejam lagi sebelum mereka pulang. Oleh itu, dorm tersebut sunyi sepi.
Lantas Yana menyingsing
baju di lengan gadis itu. perlahan-lahan dia membuka balutan tersebut. Irina pula
hanya mendiamkan diri kerana kesakitan yang perlu ditanggungnya. Yana pula
sedikit terkejut dengan keadaan lengan gadis itu yang semakin membengkak. Dia
memandang ke mata sahabatnya itu.
“ Tak pelah Yana,bengkak biasa jer,” mendengar
kata-kata yang diluahkan sahabatnya itu membuatkan Yana meneruskan kerjanya.
Dia membuka loker Irina, mengambil ubat yang terletak kemas di satu sudut.
Kemudian, dia menyapu krim ke atas
lengan yang membengkak.
“
Sakit lagi tak?” gadis itu bertanya selajur selesai kerjanya.Irina hanya
tersenyum hambar kemudian dia mengangguk perlahan. Yana membantu Irina menukar
baju kemudian menghulurkan ubat buat sahabatnya itu. Selesai sahaja ubat
dimakan, Irina segera meletakkan kepalanya ke bantal dan melelapkan matanya.
Yana pula sedia menunggu di sebelah gadis itu.
“ Rina, aku nak ambil barang-barang kau
kat kelas tau.Kau bolehkan tunggu kat sini kejap,” Irina hanya mengangguk
perlahan mendengar permintaan sahabatnya itu.Yana mengusap lembut dahi gadis
itu sebelum berlalu pergi. Dia akan kembali secepat mungkin.
ANGIN yang dingin
membelai lembut wajah lelaki itu di tepi tingkap, namun itu tidak memberikan sebarang
kesan pada lelaki itu. Riak mukanya menggambarkan kerisauan yang teramat
sangat. Sesekali terdengar keluhan yang terlepas menerusi rengkulan nafasnya.
Seperti menyesakkan dada, menghimpit jiwa.
Kehadiran Yana
menyentakkan sedikit perilaku lelaki itu. Segera dia bingkas bangun menghampiri
gadis yang sedang sibuk mengemas barang-barang yang berselerakan di atas meja.
Sahabat yang berada berhampiran hanya mengeluh lemah apabila menyedari perilaku
lelaki yang tidak keruan itu.
“ Yana, Rina macam mana?” Pertanyaan yang
begitu mendadak mengejutkan gadis itu dari kerjanya. Selajur itu juga dia
memalingkan wajahnya ke belakang. Untuk kedua kalinya, dia terkejut apabila
melihat Malik dan Zaidi berada di belakang gadis itu. Ditambah pula dengan mimik muka Zaidi yang
kelihatan tidak terurus. Dia berkalih memandang Malik meminta penjelasan yang
sewajarnya, tetapi lelaki itu hanya mengangkat bahu tanda dia sendiri tidak
mengetahui apa yang bermain di jiwa sahabatnya itu
“ Dia okay jer. Just her hand slightly
worst,” jawapan yang diberikan oleh gadis di hadapannya itu tidak juga
melembutkan kerutan di wajahnya.
“ Habis tu dia tak pergi ‘metran’ ke?”
Diasak lagi persoalan kepada gadis itu. Yana hanya memandang kembali
pandangannya pada Malik. Pelik dengan perangai lelaki itu yang sedikit pelik
itu.
“
Selama kau tinggal sini empat tahunlah, ada tak mak cik yang jaga hostel tu
pernah tak dia ‘act’ baik kat kita walaupun kita ni sakit macam nak mati,”
keterangan yang diberikan memberikan sedikit tamparan kepada mereka berdua.
Masing-masing hanya menundukkan wajah. Ada benarnya kata gadis itu.Mungkin
itulah yang menyebabkan Irina lebih rela menahan kesakitan daripada menghadap
mak cik yang menjaga hostel mereka yang seperti singa hilang anak itu.
“ Sorry. Aku tak patut kutuk sekolah ni.
Walau macam mana pun ni tetap sekolah akukan,” terhembus keluhan dari dadanya.
Untuk kesekian kalinya, suasana di sekeliling senyap seketika. Masing-masing
hanya menguncikan bicara. Yana kembali menyelesaikan kerja yang masih lagi
tertangguh.
“ Tapikan, aku pelik sikit dengan kau
nilah, Zaidi. Sepanjang beberapa bulan aku kawan dengan kau ni, kau tak pernah
pun macam ni. Pasal Rina ke, kau jadi tak tentu arah ni?” Pertanyaan tersebut
bagaikan panah yang menembusi jauh ke dalam hatinya. Tepat kesasarannya. Malik di belakang gadis itu mengangguk laju
tanda mengiakan kata-kata gadis itu.
Lantas, lelaki itu
mengangkat wajah memandang Yana yang masih lagi sibuk dengan kerjanya. Rona
mukanya tampak kemerah-merahan itu menimbulkan geli hati Yana dan Malik.
“ Cakap jelah yang kau suka dia. Habis
cerita,” Yana mencuba lagi membongkar rahsia hati rakannya itu.
“ Mana adalah. Stop talking about the
nonsense thing, can you?” Zaidi mencuba untuk mengwal keadaan sekeliling.
“ Zaidi, tak payahlah nak malu-malu.
Peluang dah ada dah ni,tinggal nak cakap jer. Zaidi suka Rina,” usikan Malik
yang sedari tadi membisukan diri menambahkan lagi rona warna pada muka lelaki
itu. Yana di hadapannya hanya tertawa kecil melihat gelagat dua sahabat ini.
“ Cakap jelah…Muka dah merah dah tu,” menggelabah dibuatnya lelaki
ini.
“ Aku….aku….” Kali ini kedua-dua sahabatnya memfokuskan pandangan mereka pada
Zaidi. Masing-masing menunggu jawapan lelaki itu. Yana yang sedari tadi sibuk
dengan kerjanya terhenti apabila mendengar Zaidi bersuara. Lagilah tidak keruan
jadinya lelaki itu. Teragak-agak untuk menghabiskan ayat tersebut.
“ Dahlah, forget it,” Zaidi berlalu pergi
dengan segera. Meninggalkan kedua-dua sahabatnya itu kebingungan. Hanya saling
berpandangan.
“ Biasalah. Orang yang dah angau, memang
macam tu,” Yana hanya mengangguk perlahan. Senyuman nakal terukir di bibirnya.
“
Zaidi tu, tak pernah bercinta. Sekali dah kena penangannya, tak tau macam mana
nak ‘control’,”
“ Dalam hati ada tamanlah,” serentak itu
mereka tertawa.
Wednesday, 9 May 2012
BAB TIGA PULUH SEMBILAN
MALAM itu Zaidi dan
Irina menjalankan amanah yang telah diberikan untuk menghantar setiap ‘request’
ke kelas yang telah ditetapkan. Suasana
sekeliling sunyi sepi dan pasangan itu juga hanya mendiamkan diri. Tiada
perkataan yang dikeluarkan oleh mereka berdua. Hanya derapan kaki sahaja yang
kedengaran menghiasi suasana yang sunyi itu.
“ Rina, tangan kau ok tak?” Barulah kini
Zaidi membuka bicara. Rina hanya mengangguk perlahan sebagai jawapannya. Namun,
anggukan tersebut tidak menggambarkan isi hatinya kala ini. Tangannya tiba-tiba
terasa sakit menyebabkan dia terpaksa menahan kesakitan yang menjalar di segenap urat darahnya.
Zaidi memandang ke arah gadis itu.Kalau nak
diikutkan gadis di sebelahnya bukanlah gadis yang pasif dan pendiam.
Hari-harinya di sini dihiasi dengan keceriaan,tetapi hari ini tidak pula. Irina
menyedari paa yang berlaku di sekelilingnya segera mengalihkan pandangannya ke
sisi. Lelaki itu terus-terusan memandangnya. Irina hanya tersenyum kelat. Bukan
dia sengaja meminggirkan diri tetapi kesakitan yang dialaminya barangkali membataskan
gadis itu untuk banyak bicara.
Wajah yang pucat
diselangi dengan senyuman yang hambar terukir di bibir, menambahkan lagi rasa
hairan yang mula bertandang di hati kecil lelaki ini.Berkerut juga mukanya dalam
dia mengamati wajah kecil gadis itu. Tidak selesa apabila diperlakukan sebegitu
rupa, Irina segera mengalihkan pandangannya ke hadapan. Saat ini barulah Zaidi
mengerti keadaan Irina.
“ Aku tengok berat je barang yang kau bawa
tu. Can you give me some?” permintaan lelaki itu di sambut segera oleh Irina.
Dia menghulurkan timbunan kertas di atas tangan kanannya yang tidak sakit.
“ Lain kali cakaplah awal-awal. Baru
sekarang kau cakap,” serentak mereka tertawa kecil. Irina cuba menyembunyikan
keadaannya kala ini.Zaidi menyambut gumpalan kertas tersebut sambil tersenyum.
Akhirnya mereka tiba ke
kelas yang dituju. 4 Al Farghani.
Suasana di kelas tersebut sunyi sepi berbeza berbanding dengan kelas Irina. Masing-masing
sibuk dengan tugasan yang diberikan. Irina hanya menunggu di luar sahaja.
Membiarkan Zaidi yang menguruskan selebihnya. Zaidi tidak pula memaksa kerana
dia tahu keadaan gadis itu.
Kasakitannya
menjalar-jalar lagi di segenap ruang urat darahnya. Mencucuk-cucuk rasanya.
Sesekali terasa lenguh lengan kirinya itu namun, ditahan jua. Berkerut juga
mukanya menahan kesakitan tersebut.
Rasylan yang baru
sahaja pulang kembali ke kelasnya berasa pelik dengan gelagat Irina. Perlahan-lahan
dia menghampiri gadis itu.
“Rina….” Irina sedikit terkejut dengan
sapaan sahabatnya itu. Dia semacam mengenali suara itu. Irina memaniskan roman
mukanya walaupun itu merupakan perkara yang sia-sia sahaja. Dia menoleh ke
belakang. Menawarkan senyuman yang paling manis buat sahabatnya itu.
“
Rasylan…” panggil Irina perlahan. Mencuba sedaya upaya menyembunyikan
keadaannya kala ini. Tetapi Rasylan tidak mudah tertipu. Dia tahu keadaan gadis
itu. Lambat-lambat dia berjalan menghampiri Irina. gadis itu hanya terdiam di
situ.
“
Tangan kau sakit lagikan? Muka kau yang pucat macam ni, kau ingat boleh tipu
akulah?” Irina hanya terkelu lidah, lantas dia menundukkan wajah ke bawah.
Kalau berhadapan dengan lelaki ini memang susah dia hendak melepaskan diri.
Seketika kemudian,Rasylan hanya menggelengkan kepalanya.
“ Lepas ni kau balik hostel terus tau.
Rehat,” Irina hanya mengangguk perlahan mendengar saranan sahabatnya itu. Tertunduk
wajahnya memandang ke lantai. Tidak berani bertentang muka dengan lelaki itu.
“ Rina, jom balik,” suara Zaidi
menyentakkan mereka berdua. Namun,
Rasylan tetap pada posisinya. Tidak berganjak sedikit pun. Irina hanya
memandang kedua-dua lelaki itu dengan pandangan yang silih berganti. Mereka
bertiga seperti patung yang digam tepat pada posisinya.Detik demi detik
berlalu, barulah Rasylan mengeluh panjang dan berlalu pergi.
Perlahan-lahan Irina
melangkah menghampiri Zaidi dan seiring itu juga mereka berjalan menuju kembali
ke kelas. Tiada perbualan mengiringi perjalanan mereka. Kesakitan yang dialami
oleh gadis itu nampaknya bertambah lagi. Cubaan untuk menahannya tidak juga
mampu. Akhirnya, Irina terhenti melangkah menyebabkan langkah lelaki di
sebelahnya terhenti mendadak. Segera lelaki itu menoleh ke arah Irina yang
terduduk memegangang tangannya yang berbalut. Wajahnya tertunduk menahan
kesakitan. Lekas Zaidi menghampiri gadis itu, risau dengan keadaan yang dialami
oleh Irina.
“ Rina, are you okay?” Jelas terpancar
kegusaran melalui nada suaranya. Gadis
itu hanya mendiamkan diri menambahkan lagi kerisauan di hati. Untuk beberapa
ketika Zaidi hanya setia di sisi gadis itu.
Irina mencuba sedaya
upaya untuk menahan kesakitan yang semakin mencengkam lengannya kala ini. Barulah
kini dia terasa lega sedikit,namun kesakitan itu tidak hilang. Perlahan-lahan
dia bangun. Sempat juga dia manawarkan senyuman hambar buat lelaki itu. Lambat-lambat
kakinya melangkah meneruskan perjalanan yang masih lagi tertangguh.
Zaidi pula hanya
mengekori di belakang gadis itu. Takut juga kalau gadis itu jatuh pengsan.
Ditambah pula dengan lalulan yang mereka lalui itu agak lengang dari orang
ramai memandangkan ianya jauh daripada kelas. Kagum melihat semangat gadis itu.
Tidak pernah mengalah.
YANA yang baru pulang dari menyelesaikan amanah
yang diberikan terkejut melihat keadaan Irina dari arah bertentangan.
Meninggalkan Malik keseorangan di belakang dan segera gadis itu berlari ke arah
sahabatnya itu. Zaidi dan Malik hanya memandang antara satu sama lain. Irina
hanya menawarkan senyuman yang kusam kepada Yana. Melihat sahaja keadaan
sahabatnya itu,dia segera merangkul pinggang Irina. Membantu memapah Irina.
“ Yana… Stop it. Aku boleh jalan sendiri,”
Irina menolak lembut hasrat baik rakannnya itu. Yana pula memandang Irina
dengan seribu satu persoalan. Sekali lagi dia hanya tersenyum. Mahu atau tidak
terpaksalah Yana mengikut kehendak Irina itu.
Yana meletakkan telapak
tangannya pada dahi gadis itu. “ Rina, kau demamlah,” kerisauan jelas terpancar
menerusi nada suaranya.
“ Yana, trust me that I’m okay,” Irina
segera melangkah masuk ke dalam kelas. Yana hanya memandang sayu ke arah
sahabatnya itu. Irina memang seorang yang degil. Keputusannya memang tidak
boleh disangkal. Dia hanya mengeluh kasar mengenangkan pernagai Irina itu.
Zaidi dan Malik hanya
berdiam di situ menyaksikan drama yang dipertontonkan di hadapan mereka. Yana
kembali berkala\ih kepada mereka berdua. Kemudian menetapkan pandangannya pada
Zaidi.
“ Zaidi, Rina macam mana tadi?”
Persoalan tersebut yang diselangi dengan kerutan wajah di muka membuatkan Zaidi
kembali memandang Malik disisinya.
“ Rina, dia hampir je ‘collapse’ kat tengah
jalan tadi,” Zaidi terpaksa juga
memberitahu perkara sebenar. Yana tergamam mendengar penjelasan yang diberikan
kepadanya. Bertambahlah lagi kerutn di dahinya. Malik juga begitu. Gadis itu
segera berlalu pergi meninggalkan mereka berdua tanpa sebarang bicara. Sekali
lagi mereka saling berpandangan.
Malik berterusan
memandang lelaki itu. Ternyata dia terkejut mendengar apa yang diutarakan
menerusi mulut Zaidi.
“ Tak payahlah pandang aku cam tu,” Malas
hendak melayan kerenah sahabatnya itu, dia segera melangkah masuk ke dalam kelas.
Letih hendak menjawab pelbagai persoalan yangbakal timbul sebentar sahaja lagi.
Jadi sebelum terkena bisanya, lebih baik mencari penawarnya. Malik pula segera
mengejarnya dan merangkul bahu Zaidi.
“ Amacam seronok tak?” Zaidi hanya
menggelengkan kepalanya. Sakit kepala memikirkan gelagat Malik ini. Tiada
kata-kata yang terluah dari mulut lelaki itu membuatkan lelaki di sebelahnya
mengeluh panjang,namun begitu dia tidak berputus asa. Mengasak lagi Zaidi untuk
menjawab persoalan yang diajukan. Tetapi Zaidi hanya mendiamkan diri meneruskan
langkahnya ke kelas.
Monday, 7 May 2012
BAB TIGA PULUH LAPAN
MALIK sedang sibuk
menyusun berblok-blok kertas di atas mejanya. Mencatat sesuatu pada kertas.
Mengira blok-blok kertas tersebut. Lagaknya seperti pegawai Pengurusan Bahan Mentah
di kilang-kilang. Riak- muka menunjukkan betapa tekunnya dia terhadap kerja
yang dilakukan.
“ Amacam, semua beres?” Zaidi menepuk
bahu sahabatnya itu menyentakkan sedikit Malik dari kerjanya. Namun, dia tidak
berpaling ke belakang. Tetap ‘maintain’ dengan tumpuannya itu.
“ Semuanya ok. Malam ni kita dah boleh
‘distribute’ pada setiap kelas,” Zaidi
hanya mengangguk perlahan dengan penjelasan yang diberikan. Meletakkan begnya
pada kerusi dan segera melabuhkan pungungnya di atas kerusi tersebut.
“ I’ll tell Natasya about this. Aku
serahkan segalanya kat kau dan Tasya untuk uruskan. Kalau ada masalah kau
bagitahu aku. Ok?”
“ Yelah.. Zaidi, can I ask you about
something?” Nada yang terserlah menghentikan pergerakan tangannya sebentar. Seperti
ada sesuatu yang bermain di fikiran lelaki di hadapannya itu.
“ Apa dia?” Zaidi memandang Malik yang
masih lagi sibuk.
“Tak delah.. Aku semak borang request.
Tiba-tiba aku ternampak sesuatu yang menarik hati aku…,” Malik terhenti
sejenak. Zaidi berkalih kembali memandang lelaki di hadapannya. Menunggu jawapan
daripada sahabatnya itu. “Aku terpandang nama kau,” terhenti lagi kata-katanya.
“So,” Tanya Zaidi selamba. Masih lagi
sibuk dengan kerjanya.
“ Yelah, aku pelik.. Selama aku kawan
dengan kau, empat tahun ni, empat tahun Zaidi, aku tak pernah nampak kau beli
request. Tak pernah sekali pun. Asal tetiba kau nak beli pulak. Macam ada
apa-apa je?” Malik menarik nafas panjang
apabila dia berjaya menyudahkan perkataan terakhirnya. Dia mengurut-ngurut
dadanya.Terbuntang juga mata Zaidi mendengar ketidakpuasan hati sahabatnya
itu. Mana tidaknya kata-kata yang
diluahkan disertakan sekali dengan mimik muka yang begitu dramatik itu
menghentikan segala kerja pemuda di hadapannya.
Malik kembali berkalih
semula pada sehabatnya itu. Zaidi masih juga dengan mimik mukanya,“ Wei, asal
kau tengok aku macam tu?” sergahan dari lelaki itu menyentakkan Zaidi.
Zaidi hanya tertawa
kecil.“ Energetik sangat kau cakap. Aku pun terperanjat jugak. Apa salah ke aku
nak beli ‘request’ untuk diri aku sendiri,” Malik tertawa kecil mendengar
jawapan sahabatnya itu. Baginya itu menipu semata-mata. Dia cukup kenal
sahabatnya itu.
Sedang Malik bersyarah
tak tentu hala. Pian menghampiri mereka berdua. “ memang betul tu…Kalau tak da
apa-apa….Takkanlah kau nak beli pulak???” Mata mereka terus beralih ke arah
Pian. Lelaki itu tidak menghiraukan langsung apa yang berlaku pada kedua-dua
rakannya itu.
Zaidi hanya tersenyum
sinis dengan persoalan yang terus bermain dalam minda mereka. Ya, memang betul
telahan mereka . Zaidi tahu yang Malik dan Pian merupakan sahabat yang begitu
memahaminya. Tetapi hal peribadinya,
tidak mungkin akan diuar-uarkan.
“ Hai….Aku beli salah, tak beli pun
salah…. Hello, come on guys….”Zaidi bangun dari kerusinya, melangkah perlahan
menuju keluar kelas tersebut.Tiada sebarang ucapan kepadanya , namun leretan
ekor mata sahaja dari dua jejaka itu yang nengiringi perjalanan lelaki itu.
Malas hendak melayan kerenah mereka berdua. Kalau terus dilayan, alamatnya
meleretlah sehingga yang bukan-bukan.
Kelibat Zaidi perlahan-lahan hilang dari pandangan mereka. Seraya itu juga
masing-masing hanya saling berpandangan.
“ Hai… Blah macam tu je?” Pian mengeluh
kasar sambil menghempaskan tubuhnya pada kerusi Zaidi. Malik pula hanya
menggelengkan kepala melihat gelagat rakannnya yang seorang itu. dia tahu
bahawa ada sesuatu yang disembunyikan oleh Zaidi yang tidak mampu diluahkan.
IRINA sedang
membelek-belek pin yang berada di telapak tangannya. Diusap-usap pin itu
seperti ada sesuatu yang bermain di fikirannya kala ini. Tatapan yang
dilemparkan seperti sedang mengenang sebuah memori yang indah. Sesekali terukir
senyuman di balik bibirnya yang kemerah-merahan itu.
Maya menyedari
perlakuan sahabatnya itu hanya tersenyum. Dia tahu akan perasaan sahabatnya
itu. “ Pin yang Dira bagikan?” persoalan yang dilemparkan itu sedikit sebanyak
mengembalikan Irina ke dunia realiti. Dia memandang ke arah gadis itu dengan seulit
senyuman kemudian berkalih kembali pada objek utamanya sedari tadi. Terdiam
agak lama di situ, barulah dia membuka mulut.
“ Entah… Tiba-tiba rasa rindu pulak
dengan dia,” terhenti sejenak. Maya hanya mendiamkan diri sahaja di sebelahnya.
Menunggu lagi luahan hati gadis itu.
“
Ingat hari terakhir dia nak tinggalkan sekolah ni? Lepas jer Ieka tinggalkan
sekolah ni, Dira pula yang nak keluar,” Nada kedengaran sayu membuatkan Maya mengusap
perlahan belakang gadis itu. Tentunya dia memahami apa yang dirasai oleh
sahabatnya itu. dia turut merasai perkara yang sama. Rakan yang selama ini
berkongsi suka dan duka terpaksa meninggalkan mereka.
“Ok…. Class... Ada pengumuman
sedikit,”Sedang mereka melayani perasaan mereka masing-masing,pengumuman yang
dilakukan di hadapan kelas barangkali menyentakkan mereka sedikit dari kenangan
lalu. Kedua gadis itu berkalih ke hadapan begitu juga seisi kelas yang lain.
Semuanya menumpukan perhatian terhadap apa yang bakal diperkatakan oleh Malik.
Di sebelah jejaka itu
Yana berdiri dekat disamping Malik. Maklumlah, sejak akhir-akhir ini, Malik
danYana kelihatan bersama disebabkan beberapa urusan yang memerlukan mereka
berdua. Yana pun kelihatan sibuk juga memandangkan dia kerap kali tiada di dalam
kelas.
“ Baiklah, ‘request’ yang dikendalikan
oleh kelas kita akan dihantar ke
kelas-kelas di sekolah ini pada malam ini juga. Jadi. Kita semua akan di
agihkan mengikut kelas masing-masing. Secara pasangan,” penerangan yang
diberikan oleh Malik itu disambut dengan anggukan dari semua ahli kelas
tersebut. Malik membacakan satu persatu nama pasangan yang di agihkan mengikut
kelas yang telah ditetapkan. Ada juga yang mencatat maklumat yang telah di
berikan.
“ Zaidi dan Rina, kelas 4 Al Farghani….”
Pengumuman tersebut benar-benar memeranjatkan Irina begitu juga dengan Zaidi.
Terkedu lidah buat seketika. Mereka
saling berpandangan cuba menzahirkan kata-kata di hati.
‘Apasal
aku dengan dia pulak?’ serentak bicara hati berkumandang. Keluhan terhembus
kasr dari rengkulan pernafasan mereka.
BAB TIGA PULUH TUJUH
IRINA pulang dengan
tangannya yang berbalut. Yana juga berada disisinya memimpin gadis itu
perlahan-lahan menuju ke kelas.
“ Betul ke kau nak balik ke kelas ni.
Tangan kau macam mana ni?” Kedengaran kerisauan terpancar pada nada suaranya.
Irina hanya tersenyum mengetahui mendengar kerisauan yang melanda gadis itu.
“ I’ll fine. Lagipun tak sakit lagi.
Bengkak je,” Irina cuba untuk mengurangkan kegusaran gadis itu. “ Tak payah
pimpin aku. Tangan aku je yang sakit, kaki aku tak,” dia berkalih memandang
gadis itu sambil menolak lembut tangan Yana dari memimpinnya kerana dia berdaya
untuk melakukannya. Mahu atau tidak terpaksa juga melepaskan rangkulan
tangannya dari lengan Irina.
Gadis itu
perlahan-lahan melangkah menuju ke kelas yang tidak beberapa jauh dari situ.
Yana hanya menggeleng-gelengkan kepalanya pening melihat kedegilan gadis itu.
Susah untuk menyangkal apa yang dia mahu. Kalau hitam, hitamlah yang dia mahu,
kalau putih,putihlah jawapannya. Tiada yang mampu menentangnya.
Mereka berdua melangkah masuk ke dalam kelas.
Mujurlah pada waktu itu tiada guru yang masuk lagi. Semua mata memandang kepada
mereka. Agak pelik dengan kehadiran tiba-tiba dua gadis itu,ditambah pula
dengan tangan Irina yang dibalut dengan
sebegitu rupa.
Zaidi pulatergamam di
sebelah Malik. Tangannya yang sebelum ini lincah menulis di atas kertas
terhenti secara tiba-tiba. Penglihatannya dipicingkan kepada balutan tangan
gadis itu. tidak semena-mena kegusaran bertandang di dalm hati. Mukanya
berkerut seribu. Ternyata perasaan tersebut menguasai jiwa kala ini. Dia
berkalih memandang Yana yang berada di belakang Irina. gadis itu juga kelihatan
risau dengan keadaan Irina itu.
Lamtas dia perlahan-lahan
bangkit dari tempat duduknya menghampiri Yana. “ Sis, what’s wrong with Irina?”
Yana memalingkan wajahnya ke belakang. Dilihatnya Zaidi memandangnya dengan
riak muka seperti ayam berak kapur. Terpancar kegelisahan hatinya. Langkah
mereka berdua terhenti. Irina pula kembali pada tempat duduknya.Maya yang
berada di sebelah Irina turut membantu gadis itu.
Yana memalingkan kembali
pandangannya kepada Irina. Begitu juga dengan Zaidi. Gadis yang bernama Irina
itu benar-benar kuat dan tabah orangnya. Zaidi masih lagi menunggu jawapan
daripada Yana. Setelah sekian lama dia mendiamkan diri barulah dia mulakan
bicara. “ Ni semuanya pasal aku. Kalau aku tak paksa dia PJ hari ni, keadaan
takkan jadi macam ni,” gadis itu benar-benar kesal dengan apa yang berlaku. Dia
tertunduk membisu seribu bicara.
“ Dia jatuh masa riadah tadi ke?” Soalan
yang diajukan Zaidi itu hanya di balas dengan anggukan gadis itu. Zaidi menahan
tawanya dari terhambur keluar. Dia sememangnya memahami yang Irina tidak akan
menyentuh sesuatu yang dipanggil sukan kalau bukan kerelaannya. Yana
membulatkan matanya menatap mata Zaidi yang masih lagi menahan ketawa itu.
“ Lawaklah. Baru hari ini main , jatuh
macam patah tangan. Kau bagi dia main apa?” Ternyata dia tidak mampu untuk menahan
tawa , akhirnya oa terhambur keluar. Berdekah-dekah dia ketawa.
“ Sudahlah… Aku dah cukup rasa bersalah
ni. Tak payahlah tambahkan lagi. Bukannya aku bagi dia main permainan lasak
pun, just a netball only,” Yana menundukkan kembali wajahnya. Ketawa jejaka itu
tidak juga mengendur. Memeang sesuatu yang salah jikalau memaksa Irina untuk
bersukan dan akhirnya pasti perkara ini akan berlaku. Inilah juga fakta kukuh
mengapa Irina tidak mahu bersukan. Kecederaan pasti akan berlaku.
“ Lain kali kalau dah tau ‘minah’ tu tak
nak main, kau tak payahlah paksa dia,” Zaidi beredar dari situ kembali menuju
ke tempat duduknya ntuk menyiapkan kerja yang tergendala sebentar tadi. Sempat
juga dia mengerling ke arah gadis itu yang melayan pertanyaan demi pertanyaan
rakan-rakan yang lain tentang keadaan
tangannya itu. Ketawanya perlahan –lahan mengendur.Hatinya masih lagi bersarang
rasa gusar dan kerisauan. Cuma riak mukanya itu tidak menggambarkan apa-apa.
Menyembunyikan dengan sebaik-baiknya.
BENGKAK pada
pergelangan siku Irina semakin pulih. Waktu ini dia masih lagi bersiap-siap
untuk ke sekolah. Jam di tangannya menunjukkan pukul 6.30 pagi. Ada masa empat
puluh lima minit lagi sebelum perhimpunan pagi bermula. Selesai sahaja dia
bersolat subuh, terus sahaja dia pergi ke satu sudut yang benar-benar selesa
untuk bersiap di musolla tersebut. Ana dan Yana serta Zira, Zahlia,Dina dan
beberpa orang lagi rakannya turut berada di situ.
Gadis itu sedang
menyapu ubat pada sekeliling sikunya yang kelihatan membengkak. Disekeliling
siku tersebut masih lagi berwarna kebiru-biruan, meniti fasa pemulihan. Selesai
sahaja ubat tersebut disapu ‘bandage’ yang berada disebelahnya dirangkul
kemudian di balut dengan perlahan-lahan. Ketika inilah, sedang dia sibuk dengan
kerjanya, kain pembalut itu disentap perlahan-lahan sehinggakan tumpuan Irina
terhadap kerjanya tergugah sedikit. Dia mengangkat wajahnya memerhatikan
siapakah di hadapannya.
Yana menawarkan
senyuman kepadanya . Irina hanya membalasnya. “ Mari sini aku tolong. Haish…
nasib baik kau tak patah tangan kalau tak aku yang merana seumur hidup,” Irina
hanya tertawa kecil mendengar telatah sahabat karibnya. Yana segera membalut
lengan Irina dengan berhati-hati. Sehingga kini dia berasa bersalah dengan apa
yang terjadi pada sahabatnya itu.
“ Aku dah okaylah Yana tak payahlah
risau,” Yana hanya tersenyum dengan saranan sahabatnya itu.
“ Ok, done..” Yana mengangkat wajahnya
menghadap Irina. Sekali lagi senyuman terukir pada bibirnya. Irina meletakkan
tangannya ke paha Yana menyebabkan Yana kehairanan buat seketika.
“ Thanks a lot for you help Yana…” Yana
merangkul tangan Irina yang diletakkan di atas pahanya. Ditatapnya lama-lama
anak matasahabatnya itu. sesungguh dia sangat menyayangi Irina.
“ Ok, dah cukup dengan segala macam
drama kat sini. Hurry up we gotta go right now,” serentak mereka menoleh ke
arah sisi mereka. Zahlia sedang bercekak pinggang menghadap mereka. Serentak
ketawa mereka memecahkan kesunyian pagi tersebut.
Zira, Ana dan Dina
menghampiri mereka bertiga apabila menyedari kekecohan yang terbit sebentar
tadi. “ Apa yang kecoh-kecoh ni?seronok
betul nampaknya. Ha… Rina how about your hand… Is it okay?” Irina hanya mengangguk perlahan sebagai tanda
jawapan terhadap soalan yang diutarakan oleh Dina. Senyuman yang terukir tidak pernah lekang dari bibirnya yang
kemerah-merahan itu. Zi ra melihat jam ditanganya. “ Girls we gotta go right..
Lets go,” Zira mengajak mereka semua untuk bergerak ke dewan makan memandangkan
jam telah menunjukkan pukul 6.45 pagi. Yana membantu Irina bangun. Menyandang
beg di belakang dan sedia bergerak ke destinasi yang seterusnya.
Senyuman yang terukir
sedari tadi tidak pernah lekang dari bibirnya. Dia berasa sangat bersyukur
kerana sepanjang dia berada di sini dia dipertemukan dengan rakan-rakan yang
sememangnya baik. Sesungguhnnya, jikalau mereka ini tiada dalam hidup gadis
cilik dia pun tidak tahu adakah dia mampu bertahan di sini.
Subscribe to:
Posts (Atom)