kepada Kakak serta Abang yang membaca blog ni...
yup...so sorry... really...really sorry....
for not updating my blog...
lama jugakkan...
sebab sibuk sikit.....
tak pe...tak pe.... cerita ni untuk kau orang...
just read and weep ok....
hehehehe...
enjoy.....
Till we meet again....
bubye...
adios...
Monday, 7 May 2012
Sunday, 6 May 2012
BAB TIGA PULUH ENAM
Langkahnya segera
dilajukan. Ibarat roket yang baru dilancarkan, dia menderu ke hadapan menuju ke
hostel. Fikirannya ligat memikirkan pelbagai perkara. Berasak-asak menyebabkan
sesekali terasa ia menghimpit dada. Dia cuba memfokuskan sahaja arah
pemikirannya terhadap sesuatu iaitu
hostel.
Yana yang pada wakktu
yang sama sedang dalamperjalanan kembali ke kelasnya untuk mengambil beg dan
beberapa buah buku memnadangkan sedari awal prep tadi dia sibuk dengan urusan
bersama dengan gurunya. Dia bukan keseorangan. Di sisinya Malik juga berjalan
seiringan bersama gadis itu kerana dia juga turut serta membantu Yana dalam
urusan tersebut.
Mata gadis itu
menangkap kepada sasarannnya yang mengusik gerak hatinya kala ini. dia
memicingkan pandangannya ke arah objek tersebut. Rasa curiga terbit di
hati,begitu juga dengan Malik. Masing-masing berpandangan antara satu sama
lain. Berkongsi satu rasa yang ditafsirkan menerusi pandangan mata. Mereka
berkalih kembali ke arah Zaidi.
“ Zaidi….” Panggilan pertama tidak
mendatangkan apa respon pada zaidi. Kirannya menerawang jauh sehinggakan dia
tidak menyedari teriakan sahabatnya Malik yang berada tidak berapa jauh
darinya.
“ Zaidiiiiii….” Malik berteriak lagi
bahkan, teriakan tersebbut mampu didengari seluruh sekolah. Baru ini Zaidi
tersentak apabila namanya dilaung kuat dari kejauhan. Lantas itu dia menoleh ke
belakang. Terkejut juga dia pada mulanya
apabila dia melihat Yana dan Malik melambai-lambai kepadanya. Langkah
yang laju pada mulanya terhenti tiba-tiba.
Malik segera berlari ke arah sahabatnya itu.
Yana pula sudah melangkah pergi kembali ke kelasnya.” Apasal aku panggil kau
macam tak de respon je.. Haish, sejjak akhir-akhir ni kau peliklah….” Zaidi
hanya tersenyum mendengar rakannya itu menggomel-gomel padanya.
“Tunngu aku jap… Kita balik sama…”
Malik segera berlalu pergi kembali ke kelasnya. Zaidi pula terpaku di situ
menunggu Malik. Namun, fikirannya ligat memikirkan sesuatu.
IRINA sednag menguruskan
diri apabila dia terserempak dengan Ana dipertengahan pejalanan menuju ke
dormnya.
“ Rina, esok kita PJ tau,” perkara
yang di sampaikan oleh Aana itu menyebabkan dia mengeluh kasar. Sememangnya,
sukan tiada dalam kamus hidup gadis cilik itu. walaupun lidah pandai mengatur
bicara, namun renggagan ototnya yang dipanggil sukan itu sukar betul bertapak
dalam jiwa.
“ Alah Rina…. Bolehlah!!! Lagipun
ramai kawan-kawan kita yang dah ‘plan’.. Rina ..pleaseeeee…” Terus-terusan dia
memujuk Irina setelah mendengar keluhan gadis itu. Irina pula mahu atau tidak
nampaknya dia terpaksa mengikutinya.
“ Yelah ….,” Perlahan-lahan dia
mengangguk permintaan sahabatnya itu. Ana pula bersorak keriangan dengan anggukan rakannya itu. Ana segera
merangkul sahabatnya itu. ukan senang memujuk Irina untuk melakukan aktiviti
tersebut.
Dia terus mnghempaskan
badan di atas katil sekembalinya dia ke dorm. Badannya terasa begitu segar
nyaman. Perlahan-lahan dia memejamkan mata menikmati kesegaran tersebut.
Matanya yang sedari tadi memberat perlahan-lahan dibuai dengan mimpi yang indah
jauh daripada kehidupan sebenarnya.
KELAS Bahasa Inggeris
sudah habis waktu pengajarannya . Tibalah waktu yang ditunggu oleh semua ahli
kelas itu. Waktu untuk beriadah atau waktu untuk bersuka ria.
“ Jom, Rina,” tangan gadis itu dirangkul
olehYana yang kelihatan agak bersemangat. Mahu atau tidak terpaksalah dia
mengekori sahaja langkah gadis itu. dipertengahan jalan mereka terserempak
dengan Ana dan yang lain dari kelas 4 Al Farghani disebabkan mereka berkongsi
waktu antara kedua-dua kelas. Ana tersenyum melihat kehadiran Irina walaupun
dia mengetahui sememangnya gadis itu tidak suka bersukan.
“
Kita nak main apa ni?” Zira bertanya kepada kumpulan mereka memandangkan guru
telah memberikan kebebasan kepada mereka untuk bermain. Masing-masing berfikir
sejenak.
“Kita main netball nak?” Saranan yang
diberikan oleh sarah itu dibalas dengan anggukan mereka semua. Nampaknya kata
sepakat telah diputuskan,namun tidak pada Irina yang sememangnya, bertenggek di
atas pagar, malas hendak melibatkan diri dalam perbincangan tersebut.
Riak muka gadis itu
disedari oleh Ana yang berada setentang dengannya.keluhan terhembus dari rangkulan
nafasnya kala ini. Dia tidak mahu yang Irina hanya memikirkan negatif sahaja
tentang sukan. Dia membisikkan sesuatu kepada Zira.
“ We’ll pick Rina as the center for
team A.Deal?” Tersentak buat seketika apabila namanya dipanggil. Segera dia
berkalih memandang kepada Zira yang hanya tersenyum menatapnya. Dia membulatkan
mata kepada Yana pula yang berada berhampiran dengan Zira. Tahulah dia bahawa
itu merupakan perancangan mereka berdua.
“ Siapa pilak yang nak jadi centre
bagi kumpulan B?”Masing-masing memandang antara satu sama lain. Tiada jawapan
pun yang terluah. Tetapi pandangan mata Irina tetap pada Zira. Tidak berganjak
walau seinci pun. Hatinya geram apabila diperlakukan begitu.
Mereka bersurai
menunggu arahan yang seterusnya daripada Zira. Di kesempatan itu juga dia
menarik lengan Yana menghampirinya.” What is the meaning all of this?”
Pertanyaan Irina itu hanya dijawab dengan senyuman nakal gadis itu. Irina
membulatkan lagi matanya menatap Yana
yang masih tersenyum.
“Saje je nak bagi kau aktif.. Asyik dengan
bahas, debate, bila masa kau nak cergas ni?” Nampaknya Yana memulangkan buah
keras padanya kembali.Akhirnya terpaksalah juga dia mengalah. Keluhannya
terlepas kasar.
“ Ok.. Kedua-dua kumpulan bersedia
sekarang,” arahan yang diberikan itu segera disambut oleh semua pemain di situ.
Yana segera melepaskan rangkulan
tangannya daripada gadis itu lalu melagkah pergi. Irina pula hanya berdiam di
situ. Menjernihkan pemikirannya kala
ini. setelah beberapa detik berlalu, barulah dia melangkah perlahan-lahan
menuju ke tengah gelanggang.
PERMULAAN permainan
berjalan dengan lancar. Nampaknya Irina juga semakin bersemangat bermaian
walaupun pada mulanya bukan pada kerelaannya.
Serangan bertubi-tubi
yag dilakukan oleh pihak lawan tidak menggugahkan semangat Irina kala ini.
pergerakannya kelihatan lincah di tengah gelanggang ibarat angina yang menderu
pantas sehingga tidak menyedarkan pihak lawan.
“ Zira… Cuba kau tengok Rina tu.
Sebenarnya dia sama hebat je dengan pemain kat sekolah ni… Cuma dia tak nak
tunjukkan kat orang lain kebolehan yang dia ada,” Yana memalingkan fokus utama
Zira ke tengah gelanggang menghadap Irina yang masih llincah menangkap bola.
Waktu ini, Zira hanya menjalankan tugasnya selaku pengadil bagi perlawanan ini.
dia mengagguk perlahan mendengar pernyataan Yana yang berada disebelahnya.
Tidak silap lagi perhitungannya memilih Irina selaku ‘centre’ bagi kumpulan
tersebut.
“ Mana tidaknya. Kerjanya 24/7 dengan
bahas, pidato, syarahandan macam-macam lagi. Tak de masa nak beriadah macam
ni..tapi peliklah kenapa dia benci sangat nak bersukan?” tanpa menoleh Zira
berbicara mengikut kata hati yang ingin diluahkan. Pandangan masih lagi
dipicngkan ke hadapan untuk melihat sebarang kemungkinan pada permainan yang
sedang diadakan.
“ Entahlah, dia cakap yang dia penat
kalau dia bersukan,” Zira hanya mengangguk perlahan memahami kemungkinan
tersebut. Sedang mereka asyik berbual mengenai Irina , tiba-tiba mereka
tersentak dengan jeritan kecil gadis itu di tengah gelanggang. Mereka segera
bergegas menghampiri Irina yang sudah terbujur kaku di atas gelanggang
tersebut. Semua berkerumun kea rah Irina yang mengaduh kesakitan. Yana dan Zira
berasak-asak mendapatkan sahabatnya itu.
“ Apa yang berlaku tadi?” Zira menyoal
bagi mengetahui keadaan sebenar Irina. Yana Pula agak menggelabah apabila
melihat sahabatnya itu mengerang kesakitan yang kedengaran teramat sangat.
“ Dia terjatuh sebab terppijak bola
secara tak sengaja. Alih-alih siku dia ‘landing’ dulu sebelum jatuh,” Maria
menjawab bagi menjelaskan perkara tersebut.
“ Someone…please call the teacher right
now!”Arahan yang dilontarkan segera dipatuhi. Masing-masing sibuk membantu
Irina bangkit ke tepi gelanggang.
Seketika kemudian, Cikgu Aida berlari menuju
kea rah kerumunan pelajarnya di satu sudut.” Macam mana perkara ini boleh
berlaku?” Kegusaran jelas terpancar melalui riak mukanya apabila dia melihat
keadaan pelajarnya itu. dia memeriksa lengan Irina. Yana pula memberitahu apa
yang berlaku sebentar tadi. Dicuba meluruskan lengan gadis itu perlahan-lahan.
“ Ouch…ouch,” Irina menahan kesakitan
yang menjalar segenap urat darahnya.Yana mengenggam tangan sahabatnya itu dan
Irina pun mengenggam dengan lebih kuat untuk menahan kesakitan tersebut.
Seketika kemudian,barulah dia berasa sedikit lega.
“ Tangan awak hanya terseliuh. Mari saya
bawa awak ke hospital,” Perlahan Cikgu Aida memimpin pelajarmya itu untuk tegak
berdiri. Mereka melangkah perlahan-lahan menuju ke luar sekolah.Yana pula setia
di sisi gadis itu membantu apa yang perlu. Merka segera memasuki kereta dan ia
terus meluncur laju menuju ke destinasinya.
BAB TIGA PULUH LIMA
Buku yang berada di
dalam begnya dikeluarkan. Dibuka di atas meja. Tetapi dengan tidak semena-mena
belum sempat dia meletakkan buku tersebut di atas meja, sehelai kertas terjatuh
dari bukunya. Melayang-layang sebelum mendarat ke lantai. Pergerakan Irina
terbantut seketika memandang kertas tersebut melayang jatuh ke lantai. Pelbagai
persoalan bermain di minda.
“ Kenapa kertas tu ada kat dalam buku
ni?” Gumam dia perlahan. Dia merungkai satu persatu misteri yang bersarang di
fikirannya. Perlahan-lahan dia mengambil kertas tersebut. Membuka lipatan
kertas itu untuk mengetahui apa yang tertulis di dalamnya. Kertas itu yang
terllipatdua memanjang dibacanya dengan berhati-hati. Ini merupakan sajak yang
dikarang untuknya.
Wahai
Sahabat
Sesungguhnya, dalam kehidupan ini,
Ada terlalu banyak perkara yang perlu kita
hayati kerana kepentingannya,
Namun, kita sering terlupa…
Tanpa sengaja, kita leka…
Apa
ertinya kita hidup tanpa dia?
Sanggupkah
kita dijauhkan dari-Nya?
Akan
kuatkah kita menghadapi dunia?
Sesungguhnya,
dunia ini pencarian…
Dia memberi kita nyawa,
Memberi kita nikmat dan azimat,
Melalui tangisan dan senyuman…
Maka tabahlah duhai hati…
Teruskan pencarianmu..
Mencari penghayatan yang hakiki…
Kita Cuma hamba ….
diberi ruang yang sementara…
antara syurga dan neraka..
maka usahlah linlung biarpun lelah..
sesungguhnya buah-buah iman itu…
manis rasanya..
jagalah hatimu sahabat…
kerana
kita wanita..
diciptakan sebagaiman Hawa…
maka, peliharalah dirimu sahabat..
sesungguhnya aku saying padamu…
kita diciptakan untuk kaum Adam…
sebagai teman hingga ke syurga..
usah sesekali kau biarkan…
maruahmu direndah-rendahkan..
pelihara imanmu…
bukan dunia yang kita mahu..
Kuatkan tekad dan azammu…
Kita serikandi…
Perihalkan azimat Tuhanmu…
Kita Cuma hamba…
Hargai Hati, Jaga Diri..
Sebaik-baik hiasan dunia adalah wanita
solehah…
Irina memandang
lama-lama kertas itu yang mencoretkan sebuah puisi yang sangat indah untuk dihayati.
Perlahan-lahan dia menoleh sahabatnya itu, Yana yang sedang tekun menelaah
pelajaran. Rasa sayang segera terbit di hatinya tatkala terpandang sahabatnya itu. Banyak pengorbanan yang dilakukan oleh gadis
itu untuknya walaupun secara tersembunyi.
Dia menapak perlahan
menuju ke arah gadis itu. tumpuan yang diberikan tidak menggugahkan mindanya
terhadap perkara yang lain. Perlahan-lahan dia melabuhkan punggungnya di
sebelah gadis itu. barulah Yana tersedar
yang Irina berada di sebelahanya apabila bunyi geseran kerusi yang bertemu
dengan lantai itu menganggu sedikiit perhatiannya. Dia mengankat wajah
memandang ke kirinya. Irina hanya menngukirkan senyuman kepada gadis itu. dia
hanya membalas senyuman tersebut.
Agak lama mendiamkan
diri, Irina lambat-lambat meletakkan tangannya ke atas tangan gadis itu. Yana
sedikit pelik dengan perbuatan sahabatnya itu. dia memandang kembali kepada
Irina yang masih menguntumkan senyuman kepadanya. Meminta jawapan yang sahih.
“ Thanks a lot for being my friends,Yana,”
kata-kata Irina kedengaran sedikit janggal.
“ Apahal ni Rina? Taka da ribut, tak
ada hujan … lain macam je kau ni?” kehairanannya berterusan lagi apabila Irina menepuk perlahan tangannya dan kemudian mengengam lembut dengan kedua
telapak tangannya. Dia hanya tersenyum mendengar telahan sahabatnnya itu.
“ Aku dah tahu kenapa aku tak dapat
masuk kem RGS,” tertunduk pandangan
gadis itu ke bawah manakala Yana pula tergamam mendengar kata-kata
sahabatnya itu. rahsia yang selama ini terkubur sepi tiba-tiba pecah tiada penyebabnya. Bagaimana pula Irina mengetahui perkara ini?
ZAIDI sedang
mengemaskan barangayn peribadinya memandangkan jam di tangan menunjukkan pukul
4.30 petang. Buku-buku disusun rapi di atas meja. Kotak pensil dikemaskan dan
dimasukkan ke dalm beg sandangnya. Buku yang dikehendaki diatur kemas-kemas
kemudian dimasukkan perlahan-lahan ke dalam begnya kembali. Belum sempat beg
dirangkul ke belakang, pergerakannya segera dimatikan dengan kehadiran
seseorang di hadapannya.
“ Zaidi, boleh tak kalau aku nak cakap
dengan kau sekejap?” Irina kelihatan takut-takut mengeluarkan bicaranya. Zaidi
pula terpaku melihat Irina yang tiba-tiba muncul dari managadis itu hanya
menundukkan pandangan ke bawah tidak berani pula menatap mata lelaki itu.
Terdiam buat bebrapa
ketika lantaran terkejut dengan apa yang berlaku, barulah Zaidi menyusun bicara
seterusnya. “Ya… Silalah..” beg yang berada dalam rangkulannya perlahan-lahan diletakkan
kembali di atas meja. Menjemput gadis itu duduk. Irina teragak-agak untuk
duduk. Masiih lagi menundukkan pandangan ke bawah. Suasana sunyi sepi kembali.
“ Ermm… Aku nak minta maaf pasal hari
tu… Yelah, aku tak patut desak kaukan?” Barulah dia berani mengangkat mukanya
perlahan-lahan menghadap lelaki itu. Zaidi hanya tersenyum sinis.
“ Alah aku pun nak minta maaf pasal
tu jugak. Aku tak sepatutnya tengking kat kaukan?” Seraya itu juga mereka
tertawa. Geli hati melihat gelagat mereka.
“ Aku nak tanya sikit boleh?” Zaidi
hanya mengangguk perlahan mendengar permintaan gadis tersebut. Kala ini, di
kelas tersebut hanya ada beberapa orang sahaja yang tinggal dengan agenda
mesing-masing. Perbualan antara mereka sama sekali tidak dihiraukan. Yana dan
Malik masing-masing mempunyai urusan yang perlu dilakukan. Tinggallah mereka
berdua di situ.
“ Kenapa kau tak bagitahu aku
walaupun Yana tak benarkan. Yana bukan sesiapa pun bagi kau. And still why you
keep it?” soalan yang diajukan benar-benar memeranjatkan. Dia tidak menyangka
yang Irina akan mengajukan soalan tersebut.
Terdiam buat seketika
dengan soalan yang begitu mendadak. Pelbagai persoalan yang bermain di benaknya
kala ini. “ Yana yang tak nak kau tahu. Jadi itu bukankah amanah namanya,”
mujurlah lelaki itu pandai mengawal
keadaan. Tenang sahaja dia menjawab persoalan yang hampir meragut jiwanya kala
itu.
“ Rina, dah lambat dah ni.. I gotta go
right now,” Zaidi segera merangkul beg sandangnya ke belakang. Irina pula segera
bangkit dari tempat duduknya.Zaidi segera berlalu pergi meninggalkan Irina
keseorangan. Cepat-cepat dia melangkah keluar dari kelas tersebut. Mukanya yang
putih bersih itu tidak semena-mena bertukar rona kemerahan. Cuba untuk
menyimpan apa yang terbuku di hati.
Monday, 16 April 2012
BAB TIGA PULUH EMPAT
Jam
di tangan menunjukkan pukul 4.30 petang. Waktu untuk pulang ke hostel
memandangkan waktu prep telah pun tamat. Kejadian yang berlaku beberapa minit
ynag lalu membuatkan dia berfikir panjang untuk menterjemahkan sendiri apakah
jawapannya.
Gadis
itu mencari-cari kelibat sahabatnya Yana yang sejurus tadi keluar bersama Malik
sejurus sahaja menenangkannya.tidak pula dia bertanyakan ke mana gadis itu
pergi tetapi riak muka yang ditunjukkan seperti ada sesuatu yang perlu
diuruskan secepat mungkin. Bagaikan ada masalah yang besar yang timbul.ditambah
pula dengan kehadiran Malik.
Irina
mengemaskan segala barang yang bertaburan di atas mejnya namun, dengan
tiba-tiba hatinya diusik rasa curiga apabila dia memikirkan kembali apa yang
berlaku sebentar tadi. Hatinya terasa semacam. Yana dan Malik.Dua orang
sahabatnya ini menyimpan sesuatu daripadanya. Gerak hatinya seperti membisikkan
supaya dia mencari kedua-dua orang sahabatnya.
Dia segera menyimpan barangan peribadinya dan
segera berjalan keluar dari kelas tersebut,mengikut gerak hatinya menuju ke
destinasi yang dia sendiri tidak ketahui. Hanya mengekori telunjuk hatinya
sahaja. Cuma matlamat sahaja yang menjadi panduannya kala ini. Tiba-tiba
matanya terpandang sesuatu yang menarik perhatiannnya. Langkah terhenti.
Memicingkan pandangannya agar penglihatan menjadi jelas. Alangkah terkejutnya
gadis itu apabila pandangan tersasar kepada Yana dan juga Malik di situ.
“ Apa yang mereka buat kat sini,” gumam Irina
yang sememangnya pelik dengan apa yang berlaku kala ini. kecurigaannya ditambah
lagi dengan kelibat lelaki yang begitu dikenalinya iaitu Zaidi. Langkahnya
perlahan-lahan menghampiri mereka, namun cepat-cepat dia menyembunyikan diri di
balik dinding. Memasang telingan dengan apa yang akan diperkatakan oleh mereka
bertiga.
“Maksud
kau apa?,” suara Malik kedengaran juga walaupun sipi-sipi sahaja disebabkan
faktor jarak antara mereka berdua. Irina memicingkan lagi telinganya.
Tiada
jawapan yang diberikan pada mulanya. Irina menunggu lagi. “Kami sebenarnya tak
nak tengok Rina sedih je. Tak sanggup nak tengok dia kecewa,” Yana terhenti
sejenak untuk beberapa ketika.dalam situasi yang sedikit tegang itu, kedengaran
suara Malik mencelah.
“ Apa sebabnya ni?” Malik
terus-terusan betnya bagi mendapatkan kesahihan jawapan itu. sekali lagi
kesunyian tercetus antara mereka selang seminit dua, barulah Yana kembali
membuka mulut. “ peristiwa tersebut bermula waktu Zaidi pergi ke bilik Ketua
Bidang untuk mengambil beberapa dokumen yang diarahkan kepadanya oleh pihak
pentadbiran. Waktu tu pula, mesyuarat diadakan oleh semua guru bahasa untuk
memilih siapa yang patut pergi untuk kem ni. Zaidi terdengar perbincangan
tersebut dengan tidak sengaja yang Sir Shah nama Irina sengaja di potong waktu
dia nak keluar dari bilik tersebut,”Yana berhenti sejenak berkalih kepada Zaidi
yang masih membisu seribu kata dari tadi. “ Dan kami rasa yang Sir Shah memang
tak suka dengan Irina….”
“ Ok… chop..chop… Mana kau tahu yang Sir
Shah tak suka Rina ni? Ada tak sebarang bukti? Yelah, kita tak boleh sebarang
tuduh je,” belum sempat Yana menghabiskan kata-katanya, Malik mencelah di
pertengahan jalan.
“ Aku dengar yang Sir Shah tak suka
bila Rina masuk debate hari tu. Cuma Rina je yang tak tau pasal ni Sir Shah
boleh pertikaikan lagi benda ni dengan Miss Fiza. And Miss Fiza only ignore
it,” kala ini Zaidi pula yang menjawab bagi pihak Yana. Namun, lelaki itu tidak
pula berkalih memandang kea rah mereka berdua.
Irina
yang berada di balik dinding itu terpana untuk seketika dengan apa yang
didengarinya tadi. Adakah itu kebenarannya yang selama ini dia tidak mampu
membuka mata untuk melihatnya atau hanya omongan kosong disebalik mimpi yang
bergantung tidak bertali. Gadis itu benar-benar tidak menyangkakan yang Sir
Shash yang merupakan Ketua Panitia Bahasa Inggeris itu sebenarnya tidak
menyukai gadis itu. Kenyataan itu merentap jiwa dan perasaannya. Dia tidak
sanggup memikirkan lagi tentang perkara tersebut kerana itu hanya mengundang
sakit hati. Terasa organ tersebut itu disiat-siat sehingga meninggalkan luka
yang dalam.
Irina
menekup mulutnya dengan kedua tapak tangannya. Hatinya meronta dan meraung
meratapi apa yang berlaku pada dirinya di sini. Satu persatu ujian dan cubaan
diterimanya. Terasa jeritan yang tertahan dikeronkong menyesakkan dada.
Disebalik tubir matanya itu terbit air mata yang kemudiannya jatuh mengalir
membasahi pipinya. Dia segera berlari meninggalkan tempat itu. Kalau boleh
jauh, jauh daripada hidupnya.
ZAIDI
terlentang di atas katilnya. Menghadap ke atas. Cuma papan yang menjadi pemisah
antara katil atas dan bawah sahaja yang kelihatan. Tetapi disebalik
pandangannya itu tersirat sesuatu yang begitu membebankan hati dan perasaannya.
Semua ini gara –gara kejadian petang tadi. Menungannya itu sesekali mengerutkan
wajah lelaki itu. kadang-kala memejamkan matanya sambil tergeleng-geleng
kepalanya bagaikan ada sesuatu yang menghempap dadanya kala ini. akhirnya,
kedenggaran keluhan terlepas daripada rangkulan nafasnya.
Malik
yang baru sahaja pulang dari mandi hanya menggeleng-gelengkan kepalanya apabila
melihat perangai Zaidi yang tak tentu pasal ini. Akhir-akhir ini perangai
sahabatnya ini pelik semacam. Ada sesuatu yang bermain di fikiran jejaka ini
yang mungkin sukar untuk diterjemahkan mahupun diluahkan.
Pian
yang baru sahaja selesai mandi terhenti secara mendadak di belakang Malik.
Gerakan tangannya untuk mengeringkan rambutnya turut terhenti . nyaris-nyaris
terlanggar Malik yang berada di hadapannya. Maklumlah, Malik , Zaidi dan Pian merupakan ahli dorm tersebut dan mereka juga
merupakan Tiga Sekawan yang sangat rapat.
Pian
mengekori pandangan Malik yang memandang kepada Zaidi di atas katilnya. Dia pun
turut menggelegkan kepala melihat
perangai sahabatnya yang seorang ini. Tak habis-habis dengan masalahnya.
“ Yang kau terecegat kat depan ni
kenapa?” Teguran yang dilontarkan oleh sahabatnya itu mengejutkan Malik .
segera dia berkalih memandang ke arah Pian yang berlalu pergi dengan muka yang
penuh dengan kepelikan. Malik mengekori belakang Pian yang kala ini menuju ke
lokernya.
“ Apa kau ni ikut aku? Aku nak tukar
bajulah,” terkejut juga melihat perangai
seorang lagi sahabatnya ini. Terhenti juga tangannya dari membuka tuala yang
terikat kemas di pinggangnya. Nasib baik tidak terbuka habis . kalau tidak
maruahnya pasti diragut. Tempikan Pian itu mengejutkan Malik buat seketika.
Memandang Pian dari atas sampai ke bawah. Seraya itu juga dia tersengih-sengih
memandang tepat ke muka Pian yang berkerut seribu itu dan segera berlalu pergi
menuju ke lokernya.
Selesai
sahaja menguruskan diri, Malik segera menghampiri Pian yang kala ini sedang
berhat-rehat di atas katilnya. Terbaring menghadap ke atas. Berkalih semula
memandang ke arah Zaidi yang masih tidak berganjak dari tempatnya. Sedari tadi
lelaki itu membisu. Tidak seperti selalu.
“ Zaidi, apahal kau ni? Kau tengah
fikirkan peristiwa pagi tadi ke?” Malik melontarkan persoalannya kepada Zaidi
sambil melbuhkan punggungnya di atas katil. Zaidi pula memalingkan pandangannya
kea rah Malik. Mukannya sahaja telah mengambarkan apa yang terbuku di dalam
hati. Seketika kemudian, dia mengeluh kasar. Kedengaran sangat memberatkan
jiwa, minda dan perasaannya.
“ Bro, apasal kau risau sangat pasal
Rina tu. You tell her the truth and your problem solve. Habis cerita,” giliran
Pian pula yang mencelah. Zaidi mengalihkan pandangannya ke atas. Memandang
papan dengan pandangan yang kosong.
“ Entahlah. Aku tak boleh bagitahu
dia perkara yang sebenar. Lidah aku kelu bila nak bagi tahu apa yang berlaku.
Tak sanggup aku nak tengok dia kecewa sebenarnya,” apa yang terluah melegakan
sedikit apa yang terbuku di hati. Malik dan Pian mengangguk perlahan mendengar
cerita sahabat mereka yang kedengaran begitu sukar untuk diluahkan.
“ Aku rasa kau dah angaulah dengan
Rina,” tertawa kecil dia memikirkan keadaan sahabatnya itu apabila dikaitkan
dengan Irina. malik hanya merenung tajam ke arah lelaki memberi amaran menerusi
pandangan matanya. Gurauan tersebut kedengaran kasar. Namun, Zaidi hanya
berdiam diri malah tidak menoleh sedikit pun kepada mereka berdua.
Thursday, 12 April 2012
BAB TIGA PULUH TIGA
Langit berbalam-balam menyambut kehadiran malam tidak lama
lagi. Suasana yang begitu indah disertai dengan cicipan burung-burung yang
berterbangan menmbahkan lagi keindahan suasana di situ. Tetapi bukan pada
perasaan Irina. dia masih lagi tertanya-tanya mengapa dia tidak terpilih dalam
kem antarabangsa itu. Lagi pula, kem tersebut merupakan antara peluangnya untuk
menebarkan sayap dalam bidang ini. peluang ini memang tidak boleh disia-siakan.
Yana yang berada di sebelahnya hanya membisu. Memerhatikan
gerak-geri Irina sedari tadi. Tidak sampai hati dia untuk memberitahu tentang
perkara sebenar. Dia juga maerasakan keputusan yang dikeluarkan oleh pihak
pentadbiran tidak adil.. Takut-takut berita tersebut hanya menyakitkan hati
sahbatanya itu. dia tidak sanggup melihat kekecewaan gadis itu kerana Irina merupakan
orang yang paling disayanginya sepanjang perjalanan mereka di sini
Irina masih lagi memikirkan kemungkinan tentang perkara
tersebut. Mukanya kelihatan berkerut ,lagaknya seperti orang yang sedang
berfikir panjang. “ Tak payahlah fikir
pasal perkara tu… dah tak de rezeki. Nak buat macam mana?” Yana pula tidak
tahan lagi melihat kelakuan sahabatnya itu yang tidak berputus asa dengan apa
yang diusahakan walaupun keputusannya telah pun dapat. Gadis itu berkalih
memandang sahabatnnya dengan muka yang berkerut dengan seribu satu persoalan
yang bermain dalam benaknnya.
“ Apa maksud
kau tak dapat?” Irina merasakan ada
sesuatu yang tak kena dengan Yana. Semacam gadis di sebelahnya itu mengetahui
akan perkara sebenar. Dia memicingkan lagi pandangannya kepada Yana. Gadis itu
hanya mengambil keputusan untuk mendiamkan diri sahaja,menundukkan pandangan ke
bawah. Masing-masing hanya mendiamkan diri. Hanya derapan kaki sahaja yang
kedengaran. Namun, mata Irina tidak juga berganjak dari gadis itu.
“ Yana, asal
diam pulak ni? Is it something wrong?” Irina cuba mengorek rahsia daripada
gadis itu. pasti ada sesuatu yang d sembunyikan daripadanya.
“ Kerja
Sejarah kau dah siap dah?” Gadis itu cuba untuk menukarkan topic perbualan
mereka. Melangkah cepat-cepat menuju ke musolla . Irina menrik kasar lengan
Yana menyebabkan gadis itu tertarik ke belakang menghadap Irina. hampir sahaja
dia terjatuh tapi cepat-cepat mengimbangkan badannnya. Terpaku dia sejenak
apabila diperlakukan sebegitu rupa. Muka gadis di hadapannya mendambakan
jawapan yang mungkin sukar untuk diluahkan. Perlahan-lahan dia menundukkan
wajah. Tidak sanggp menatap muka Irina yang berkerut itu.
“ Yana, better
you tell me what’s going on right now,”suara yang dibisikkan dipicingkan ke
anak telinga gadis itu. kedengaran agak mendesak,tetapi perbuatan Irina tidak
boleh ditegah. Dia mempunyai hak untuk mengetahui perkara yang sebenar. Diaidak
mempunyai kuasa pun untuk menghalangnya. Yana masih terus-terusan membisu
seribu kata. Pandangan masih ditundukkan ke bawah. Irina masih lagi menunggu
jawapan daripada sahabatnya itu.
“ Yana….”
Irina menatap lagi wajah gadis itu. menunggu lagi dan lagi dan lagi. Masih lagi
senyap membisu. Akhirnya, Irina mengeluh kasar. Melepaskan kejapan tangannya
daripada lengan Irina dan perlahan-lahan menginjakkan kaki berlalu pergi dari
situ. Meninggalkan Yana keseorangan di situ.
Pandangan masih lagi dipicingkan ke bawah. Membiarkan Irina
meninggalkannya di situ. Bukan dia tidak
mahu menjelaskan perkara sebenar tetapi biarlah ia menjadi rahsia. Dia tidak
rela melihat kepedihan dan kesedihan hati rakannya itu. itu adalah yang
terbaik.
“I’m so sorry
Rina,” gumam Yana perlahan.
ZAIDI dalam perjalanan ke musolla selesai sahaja dia makan
di dewan makan. Kala ini dia berjalan keseorangan memandang ada lagi tugasan
yang perlu dilakukan di musolla. Tiba-tiba matanya menangkap kelibat orang yang
sedang membincangkan sesuatu. Semacam ada perkara yang penting sedang diperdebatkan.
Dipicingkan pandangan matanya agar imej hadapan djelaskan. Alangkah terkejutnya
dia apabila kelibat tersebut merupakan Irina dan Yana. Yana sedang menundukkan
wajah manakala Irina pula sedang menatapnya. Hati lelaki itu merasakan ada
sesuatu yang tidak kena. Adakah mengenai perkara pagi tadi? Mengenai perkara
perrkhemahan RGS. Hai… nampaknya dia terpekasa berdepan dengan satu lagi
masalah.
“ Apahal
termenung sorang-sorang ni?” Malik menepuk belakangnya apabila dilihat lelaki
itu terhenti langkahnya di pertengahan jalan. Ditambah pula dengan kerutan di
muka bagaikan orang yang menghadapi masalah yang cukup besar. Zaidi jengkel
pula dengan Malik. Di mana-mana pun dia pasti Malik juga berada di situ. Tetapi
apakan daya, Malik sahajalah yang menemaninya melayari kehidupan suka duka di sini selain daripada Pian.
Zaidi tersentak seketika apabila diperlakukan sebegitu
rupa, lekas-lekas dia berpaling memaling ke belakang. Memaniskan roman mukanya.
Tersenyum apabila memandang kepada sahabatnya di sebelah. Malik pun memicingkan
pandangannya kea rah yang sama dengan pandangan Zaidi. Tersengih-sengih apabila
padangannya itu tertumpu pada Irina. semacam ada sesuatu yang jahat bermain di
minda. Dia berkalih semula pada sahabatnya di sebelah. Senyuman yang terukir
tidak pula di kendurkan menjadikan Zaidi sedikit kebingungan perilaku lelaki
itu. Terangkat keningnya merungkaikan apa yang tersirat di sebalik senyuman
tersebut.
“ Apahal
tersengih-sengih ni Malik?” Akhirnya persoalan yang terluah disebalik kebingungannya.
Malik pula masih lagi tersengih-sengih, macam kerang busuk. Malas hendak
melayan kerenah lelaki itu, dia segera berlalu pergi. Malangkah cepat-cepat
agar sampai ke destinasi yang dituju. Kalau lama menunggu di situ menghadap
sahabatnya itu, alamatnya macam-macam yang akan ditanya oleh lelaki itu.
Malik pula masih lagi tersengih-sengih cepat-cepat dia
mengekori injakan kaki lelaki di hadapannya yang semakin laju. Merangkul bahu
sahabatnya dan melangkah seiringan menuju ke destinasi ynag dituju.
PERBINACANGAN untuk memilih pelajar mereka semakin rancak
diperdebatkan. Memilih pelajar yang benar-benar sesuai untuk ‘event’ yang
julung-julung kalinya diadakan. Bukan calang-calang orang yang akan dipilih
mereka. Lagi pula, acara ini merupakan peringkat antarabangsa. Penelitian dan
pelbagai kemahiran amat dititik beratkan.
“ There’s a lot
of student that participate in this envent,” Pening juga kepala Miss Fiqa
apabila di atas mejanya berlambak senarai nama yang bersepah-sepah bertaburan
dalam usahanya untuk memilih pelajar yang sesuai. Kala ini mereka berkumpul
antara semua guru-guru bahasa berserta dengan kketua bidang bagi setiap bahasa
di sekolah itu dalam usaha menyaring nama-nama tersebut untuk dibawa ke temu
duga nanti.
“ Betul tu…Nak tak nak kita kena buat ‘audition’
jugak,” kali ini cikgu Wadi pula yang menyampuk. Masing-masing sibuk dengan
kerja masing-masing hanya mengangguk perlahan tanda menyetujui apa yang
diperkatakan oleh Cikgu Wadi sebentar tadi. Memang itulah keputusan yang
terbaik untuk dilakukan memandangkan ‘audition’ yang dijalankan akan membantu
mereka untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Suasana kembali senyap. Sibuk
dengan kerja masing-masing. Menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerja yang
dilakukan.
“ Irina
Hamdan.. dia ni debater sekolahkan?” Tiba-tiba suasana yang senyap itu di
gemparkan oleh suara Miss Julia. Semua mata memandang ke arahnya. Hanya
beberapa orang yang mengangguk kepala mereka atas pertanyaan yang diajukan.
Gadis itu berkalih kembali melihat nama tersebut. “ Want to pick her?” sekali
lagi terpacul persoalan dari mulutnya. Memandang kepada Sir Shah yang merupakan
ketua dalam perbincangan tersebut. Pemuda yang keliahtan 30-an itu segera
berpaling apabila menyedari bahawa persoalan tersebut diajukan kepadanya.
Kelihatan dia berfikir panjang dalm menimbangkan keputusannya.
“I don’t think
so… Just cross out the name…” Lelaki itu berkalih kembali pada kerjanya tanpa
sebarang bicara. Miss Fiqa hanya mengangguk perlahan dan terus dengan kerjanya
yang tergendala.
Memori tersebut terus-terusan menjengah ke benaknya apabila
dia memikirkan tentang masalah gadis yang bernama Irina. Perbincangan yang
didengarinya secara tidak sengaja itu di bilik ketua bidang semasa perbincangan
itu diadakan betul-betul mengundang rasa gusar di hati kecilnya. Peristiwa itu
juga telah di ceritakan kepada Yana yang merupakan sahabat karib Irina dan
gadis itu sendiri menyuruhnya supaya merahsiakan terlebih dahulu perkara ini.
Ini lagi menggusarkan hati lelaki ini.
Lagi satu persoalan
yang kerap kali menjengah fikirannya dan
juga jiwa ialah perihal Irina. Kenapa dan mengapa dia memikirkan mengenai
Irina? Padahal gadis itu tidak kena-mengena dengan dirinya… Aish… apalah yang
terjadi pada dirinya ini..
‘ bukan dia ada
apa-apa dengan aku pun… Kenapalah pula aku nak risaukan dia’ gumam hati
kecilnya. Belaian angin yang berpuput lembut pada malam hari sedikit sebanyak
menenangkan jiwa yang bergelojak. Dia memandang ke arah langit bermohon agar
dilapangkan hatinya. Perlahan-lahan matanya dikatup dan menundukkan kepalanya
ke bawah. Terdenagar keluhan kasar yang terhembus dari rangkulan nafasnya.
ZAIDI sedang sibuk berbual dengan Malik. Kedengaran gelak tawa
dari dua orang pemuda itu. berdekah-dekah ketawanya. Bertepuk tamapr antara dua
sahabat itu. kelihatan mereka berdua gembira sekali. Tetapi keriangan tersebut
tidak bertahan lama apabila diganggu oleh Irina.
Irina melangkah laju
menuju ke tempat lelaki itu. wajahnya yang berkerut seribu menggambarkan
perasaannya kala ini. membara. Amarah. Risau. Semuanya bersatu menjadi perasaan
yang mungkin sukar ditafsirkan dengan kata-kata. Gadis itu meja Zaidi
membuatkan mereka berdua tersentak buat
seketika. Gelak ketawa mati dengan serta-merta. Terpana dengan perbuatan Irina
yang mendadak itu. gadis itu merenung tajam ke mata Zaidi. Pandangan mereka
bersatu dan lelaki itu dapat melihat bara api menerusi mata Irina. Malik pula
berpaling memandang Zaidi meminta penjelasan namun mata lelaki itu tetap
terpaku pada Irina.suasana di situ bertukar menjadi tegang.
“ Zaidi, aku ada kerja yang diuruskan.
Kita jumpa nanti ye,” Malik bangun
perlahan-lahan dan beredar dari situ. Dia tidak mahu menganggu masalah mereka
berdua. Zaidi tidak menoleh kea rah sahabatnya itu. Masih lagi lekat pada
pandangan mata Irina.
Zaidi hanya mengeluh
kasar setelah pemergian sahabatnya.
Pandangan mata yang dipicingkan perlahan-lahan dijatuhkan ke bawah dan dikatup.
“ Yes, Rina. Anything wrong?” Suaranya seakan-akan berbisik namun jelas
kedengaran oleh gadis di hadapannya. Irina tidak juga berganjak dari tempatnya.
Pandangan masih ditetapkan pada subjek.Akhirnya, dia menegakkan tulang
belakangnya dan melangkah lambat-lambat ke tempat duduk di sebelah lelaki itu.
Zaidi masih lagi menundukkan pandangannya memandang ke bawah.
Irina menarik nafas
dalam-dalam, mengumpulkan tenaga untuk menyusun bicara. Membetulkan posisi
duduknya menghadap lelaki di sebelahnya. “ I know you absolutely know about
this thing right?” dia terhenti sejenak. “ Tentang perkhemahan RGS,”Irina
menelan liurnya apabila dia selesai berbicara. Zaidi tetap juga seperti itu.
tidak berganjak sedikit pun dari tempatnya. Irina masih lagi menunggu reaksi
daripada lelaki itu.
“Zaidi…” Irina berusaha lagi memujuk hati
lelaki itu. Zaidi memang tidak tertahan lagi dengan pujuk rayu daripada gadis
itu. api kemarahan mula terpercik membakar jiwanya. Dia bukan marahkan Irina
tetapi dia sememangnya tidak sampai hati melihat kekecewaan gadis itu. Irina
dari segi luaran Nampak kuat namun, dalamannya rapuh.“ Rina kau memang nak tau
apa sebabnya kau tak tersenarai dalam ‘list’ tu? Fine, I’ll tell you,” api
kemarahan semakin memuncak tahap karma.
Dia segera memalingkan
wajah kepada Irina yang kemerah-merahan menahan marah. Gadis itu tersentak
untuk seketika melihat perubahan mendadak lelaki di hadapannya,ditambah lagi
dengan jeritan yang menggerunkan. Sehinggakan seluruh ahli kelas tersebut
mengalihkan pandangan mereka terhadap pasangan tersebut. Irina pula terkedu,
static pada tempatnya tanpa mampu membicarakan apa-apa pun. Gerun melihat
kemarahan lelaki itu.
“ Sebab kau tak terpilih dalam senarai
tu sebab…sebab….” Zaidi tidak mampu lagi untuk meneruskan kata-katanya. Ayat
yang diucapkan itu tergantaung tanpa tali. Irina menatap mata Zaidi dalam-dalam
bagai mencari jawapan pada persoalan yang terus-terusan mengasak mindanya.
Lelaki di hadapannya itu hanya mengelluh kasar dan menundukkan wajahnya. Dia
segera melangkahkan kakinya keluar dari kelas tersebut. Mula-mula dalam keadaan
berjalan tetapi perlahan-lahan bertukar menjadi larian.
Keadaan di dalam kelas
tersebut sunyi sepi bagaikan tidak berpenghuni untuk berabad lamanya.
Masing-masing terkejut denngan apa yang terjadi. Apatah lagi Irina yang menjadi
subjek utama dalam perkara tersebut. Masih lagi terperanjat diselangi dengan
perasaan takut. Dia hanya duduk tetap pada kerusinya. Fikirannya ligat
memikirkan perihal tersebut. Perlahan-lahan dia mengalihkan pandangannya ke
pintu utama kelas tempat Zaidi melangkah keluar. Menatap lamaarah tersebut.
Berharap kembalinya Zaidi menerusi pintu tersebut bagi memberikan jawapan yang
dinanti-nantikan.
Yana menghampiri
sahabatnya itu. perlahan-lahan dia meletakkan tangannya ke bahu Irina. Gadis
itu berkalih memandang Yana yang tersenyum manis walaupun pada hakikatnya hati
pilu melihat reaksi rakannya itu. matanya tampak berkaca dan akhirnya air mata
jatuh jua. Dia segera memeluk pinggang gadis itu dan membenamkan mukanya.
Menangis teresak-esak di celahan baju Yana. Gadis itu hanya mengusap lembut
belakang Irina untuk menenangkannya.
LANGIT yang membiru
disulami dengan sinaran mentari yang begitu tenang dan nyaman ditatap dengan
sesungguhnya. Kala ini Zaidi sedang melayani perasaan yang begelojak setelah
pertengkarannya dengan Irina tadi. Terus sahaja dia berlari keluar dari
kelasnya dan sampailah dia di tempat ini mengikut gerak hatinya. Dia
benar-benar buntu dan rasa bersalah menyelinap dalam dirinya. Pelbagai perasaan
yang menerjah masuk ke dalam jiwanya menjadikan perasaan tersebut bercampur
baur.
‘Aku tak patut buat Irina macam tu. Apa yang patut dilakukan sekarang?
Arghhhhh…’ hatinya meronta-ronta mencari jalan bagaimana dia ingin
menyelesaikan masalah ini. dia benar-benar buntu. Hembusan nafas yang dirangkul
dilepaskan dengan begitu kuat menggambarkan berkecamuknya hati pemuda ini..
“ Apahal aku ni bodoh sangat?” dia
mengetuk-ngetuk kepalanya apabila jalan yang dicari menemui kebuntuan yang
mungkin tersangkut di pertengahan jalan. Yana yang sedang mencari-cari lelaki
itu bersama Malik, sahabat karib Zaidi, terkejut melihat perilaku Zaidi yang
barangkali tidak siuman itu. Mereka berdua segera bergegas mendapatkan lelaki
itu.
“ Beb, apahal ni.. Kau dah gila ke?”
Malik menarik tangan Zaidi daripada terus-terusan melakukan perkara bodoh itu.
Yana yang berada berhampiran dengan kedua-dua orang pemuda itu hanya membatukan
diri melihat perilaku mereka. Dia menyerahkan segalanya pada Malik. Mahu
dibantu tiada dayanya kerana dia merupakan seorang gadis yang semestinya haram
disentuh atau dipegang.
Zaidi tersentak seketika
apabila tangannya tiba-tiba direntap ke belakang. Terhenti pergerakannya untuk
seketika. Berkalih ke belakang dan dia melihatMalik memgang kejap tangannya
dengan muka yang penuh kegusaran. Dia bingkas bangun namun, kejapan tangan
sahabatnya itu tidak pula diregangkan sedikit pun. Malik masih lagi memandang
kea rah sahabatnya itu. risau pula dibuatnya apabila melihat perilaku Zaidi
itu. Zaidi pula hanya kebingungan melihat Malik dan Yana di situ.
“ Apasal korang ada kat sini?” Masih
lagi dalam keadaan yang keningungan, lelaki ini sempat juga bertanya bagi
mendapatkan kepastian. Yana hanya mengeluh panjang dan perlahab-lahan dia
menginjakkan kakinya menghampiri mereka berdua. Malik pula hanya membulatkan
matanya kepada Zaidi yang sememangnya pelik dengan perilaku sahabatnya itu. Dia
hanya menggelengkan kepalanya dan berkalih kea rah Yana. Sejurus itu jjuga
mereka ketawa berdekah-dekah.
Zaidi yang masih lagi
mencari-cari jawapan terhadap kebingungannya hanya memandang Malik dan Yana
silih berganti. Kebingungan yang menyelubungi dirinya tidak lagi terungkai.
“ Kenapa korang ni?” Zaidi bertambah
bengang apabila tiada sebarang jawapan yang didapatinya selain daripada ketawa
yang hanya menyakitkan telinga.
“ Yana… Aku rasa dia dah oklah,”
ketawa lelaki itu tidak mengendur juga. Begitu juga dengan gadis di sebelahnya
itu. ini lagi menambahkan kebengangan Zaidi. Dia merentap keras lengannya yang
dipegang kejap sahabatnya itu dan berlalu pergi.Malik tersentak daripada
rentapan tersebut dan segera ketawa dimatikan. Situasi tersebut disedari juga
oleh Yana menyebabkan dia sedikit terkejut dengan apa yang berlaku. Mereka
segera memalingkan pandangan kepada Zaidi yang berlalu pergi itu.
“
Zaidi, wait for a minute..” Malik segera mendapatkan sahabatnya itu. merangkul
lengan dan menarik kembali Zaidi ke posisi menghadapnya. Yana berlari-lari anak
mendapatkan kedua-dua sahabatnya itu.
“ Alah, janganlah marah.. Kami
risaukan kau jer.. Tetiba lari keluar dari kelas lepas kau cakap dengan minah
tu.. Asal kau tak cakap jer perkara yang sebenarnya,” Zaidi hanya mendiamkan diri. Wajah yang
dihiasi dengan riak kemarahan itu sedikit demi sedikit mengendur.Kala ini
reaksinya hanya mendiamkan diri. Tidak mahu membongkarkan apa yang terbuku di
dalam hati.
Malik memandang kembali
kepada Yana yang sedari tadi hanya mendiamkan diri. Gadis itu hanya menundukkan
wajah memandang ke bawah. Sekarang Malik pula yang kebingungan dengan apa yang
terjadi. Ada sesuatu yang disembunyikan oleh Yana dan Zaidi daripadanya.
“ Memang aku tak bagi Zaidi cakap
apa-apa pun kat Rina,” jawapan yang diberikan oleh gadis itu seperti
mempertahankan Zaidi. Lelaki itu masih mendiamkan diri mendengar dengan sebaik-baiknya
apa yang akan diutarakan oleh gadis itu yang sememangnya mengetahui tentang
perkara tersebut. Muka Malik berkerut apabila mendengarkan apa yang dikatakan
oleh gadis di sebelahnya.
“ Maksud kau apa?”persoalan yang
diutarakan itu tidak dijawab segera.
Yana mengangkat mukanya
perlahan-lahan dan memandang lelaki yang kebingungan tersebut. Malik masih lagi
menunggu jawapan dari gadis itu. “ Kami tak nak Rina rasa kecewa jer. Sedih
kalau tengok dia kecewa. Semua ni bermula di sebabkan……,” perlahan-lahan
jawapan itu dikeluarkan menerusi mulut
gadis itu.
Selesai sahaja dia
memberitahu apa yang diperlukan oleh lelaki di hadapannya , dia segera menundukkan
wajah. Wajah Malik pula sedikit demi sedikit mengendur apabila kebingungan yang
dialaminya terungkai jua. Barulah dia mengerti apa yang tersirat di sebalik
peristiwa tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)